Assalamualaikum...
Dah seminggu aku simpan keratan akhbar ni. hehe. Tajuknya 'Biasakan membantu ketika di awal perkahwinan". So aku dah listkan 5M beserta sekali huraian. Semoga bermanfaat kepada kita semua. Ingat, keluarga bahagia, keluarga yang sentiasa berada antara satu sama lain :)
Amalan 5M untuk gaya hidup moden berkeluarga
1. Mengajak
Suami harus menjadi pembuka aktiviti dengan mengajak isteri dan anak bersama-sama melakukan kerja domestik mengikut pembahagian tugas berdasarkan jantina. Anak perempuan boleh diajak ke dapur bagi membantu ibu memasak atau melipat baju. Anak lelaki boleh melakukan tugas bersama bapa seperti membasuh kereta, membersihkan halamanan rumah atau mengutip sampah.
2. Mendorong
Sambil melakukan kerja sertakan bersama kisah masyarakat yang boleh menjadi pendorong kepada anak-anak, misalnya tujuan membasuh pinggan sendiri atau mengemas tempat tidur. Cerita ini akan memberi motivasi kepada mereka untuk terus membantu ibu bapa melakukan kerja rumah.
3. Motivasi
Ibu bapa harus memberikan motivasi kepada anak-anak dengan mewujudkan perasaan kasih sayang dan kasihan kepada ibu bapa yang penat mencari rezeki dan perlu mengemas rumah. Ini akan mewujudkan rasa simpati kepada ibu bapa dan mereka sendiri melakukan kerja rumah tanpa diminta.
4. Menyokong
Pentingnya ibu bapa memberikan sokongan kepada anak-anak atas segala usaha dilakukan. Ibu bapa boleh mengadakan hari keluarga setiap bulan dengan mengajak anak-anak mengemas rumah, menyapu sampah dan menyelesaikan semua tugas yang diberi ibu bapa. Apabila setiap tugasan dilaksanakan dengan baik, berikan insentif misalnya membawa makan ke restoran kegemaran atau membelikan hadiah. Dengan cara ini, anak-anak berasa mereka lebih dihargai.
5. Memupuk
Setelah melakukan keempat-empat di atas, sangat penting ibu bapa memupuk nilai murni yang ditunjukkan secara berterusan. Ini boleh dilakukan melalui penceritaan dan amalan kepada anak-anak. Ibu bapa juga tidak digalakkan menunjukkan perlakuan negatif kepada anak seperti mengherdik, menengking, memukul, menghina atau menempelak jika anak tidak melakukan tugas yang diberikan. Ini akan mewujudkan rasa benci kepada ibu bapa.
sumber : Metro 13.03.2013
DICORET OLEH :
24 comments
assalamualaikum shiela...menarik2 ni..;)
As salam Shiela, info yg bagus sekali.. Tq sharing ya.. :)
perkongsian yg sangat bagus
waalaikumusalam kak mas. hehehe. thanks :)
Waalaikumusalam kak lynn. hehe. harus diadaptasikan dalam kehidupan. hehe mudah-mudahan semuanya berjaya :)
terima kasih makkk :)
macam pernah baca je..tapi kat mana ar hehe
- Admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/
- Facebook fan page
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections
- Ping blog artikel @ Facebook
https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/
http://meyrajohn.blogspot.com/2013/03/segmen-kenangan-terindah.html JOM JOIN SINI. ^^
dalam surat khabar kut. hehehhe
thanks dear :)
haa penah terbaca pasal ni...
terbaekkk...
hehehe. thanks nory :))
waahhh terbaiklah sheila, boleh jd pasangan contoh ni hihi :D
hahaha. manada. kami belum ada anak lagi. insyallah kalau ada rezeki, kami akan terapkan amalan 5M ini :)
setuju sgt2 tu!
thanks KA :)
Terima kasih atas perkongsian ini. :)
Peringatan untuk semula ibu & bapa di seluruh dunia!
| 7 Rahsia Takaful Pendidikan
>> http://takafulpendidikanterbaik.com/
wah...nice sharing kak..akak baru kahwin ya..:)
selalu gak mengajak isteri dan anak2 terbaring depan TV tengok DVD..ehhehehehe
jokes lerr...
Perkongsian yang baik..
sama-sama AzrulIzam :)
heeee. thanks Alyn. hehhee. baru lagi. hehehe :)
kohkohkoh. baiklah abg hanif :)
kena bagi hubby saya baca ni. hehe. dalam perkahwinan, memang fun kalau bantu membantu. kalau wife je buat sorang ...sobs. haha
hehehe. harus namee! hehehe. kena saling membantu barulah aman damai hubungan suami isteri. yeayyyy!