norsheilasalleh.blogspot.com: August 2013

Happy 3rd Blog Anniversary :)

Assalamualaikum...
31 Ogos 2010, tarikh aku mula berblogging. Bila aku baca semula segala penulisan aku, memang boleh buat tergelak. Ayat-ayat banyak skema dan sarkastik. Ahh aku rindu update entri di waktu embun menitis. Sejak pemergian laptop kesayangan, aku hanya sempat update melalui tab. Mujur aku masih sayangkan blog peribadiku ini. Satu pencapaian indah bila aku mula guna domain sendiri. *free tahun pertama pulak tu*
Hari ni, aku meraikan hari bersejarah blog ini. Dah 3 tahun usianya. Sudah 912 entri telah dipos selama 3 tahun tapi banyak entri yang terpaksa deleted atas sebab peribadi (",)
sheila shahfiekry
p/s : blog anniversary korang bila?

Pesanan dan Nasihat Bersama

Assalamualaikum...
Bacalah Sejenak Artikel Ini, kerana artikel ini adalah sebuah nasihat untuk kita semua. Kredit : fb Fiza Saad
____________________________________
Wahai Saudaraku Se-Iman Dan Se-Islam..
Hati-hatilah dalam membuang air kecil, kerana banyak orang tersiksa di dalam kubur akibat air kencing tersebut.

Rasulullah saw menasihati kita.
Bersabda rasulullah saw : ”Hati-Hatilah dalam membuang air kecil (air seni) kerana banyak orang tersiksa di dalam kubur kerana tidak berhati-hati dalam membuangnya”.

Untuk itu berhati-hatilah dalam membuang air kecil. Saya temukan banyak sekali dalam kalangan lelaki yang membuang air kecil dengan cara berdiri. Saya sendiri pernah melihat teman saya yang membuang air kecil dengan cara berdiri, kerana ada saat itu saya tidak sengaja melihatnya. Setelah ia selesai dengannya,

Lalu saya bertanya kepadanya :
”Wahai temanku, janganlah engkau kencing dengan cara berdiri kerana banyak orang tersiksa dalam kubur gara-gara tidak berhati-hati dalam membuang air kecil, dan Allah SWT melaknat orang yang kencing dengan cara berdiri, Kencinglah dengan cara mencangkung agar air seni itu tidak melimpah ke mana-mana.

Iya menjawab :
hai temanku, kencing dengan cara mencangkung itu bagi perempuan, nanti aku jadi perempuan lagi…

Inilah jawaban temanku itu.
Astaghfirullah, ­Sesungguhnya jika ia tahu akan siksa kubur itu, nescaya iya tidak akan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri akan membuat air kencing itu memancut dan mencurah ke mana-mana.
Air seni yang terkena pakaian maka akan menjadi najis baginya. Dan jika iya melaksanakan solat, pastilah solatnya takkan diterima Allah SWT.
”Allah SWT tidak akan menerima shalat seseorang, kecuali dalam keadaan bersih” (Hadist Riwayat at-Thabrani dan Al-Hakim).

Oleh sebab itu janganlah biasakan kencing dengan cara berdiri. Kencing dengan cara berdiri adalah perbuatan orang Nasrani. Janganlah engkau mencontohi gaya hidup mereka. Kerana gaya hidup mereka semuanya tidak ada yang berpahala, bahkan mendapat dosa.
Oleh sebab itu kita dilarang kencing dengan cara berdiri. Ingatlah bahwa kebersihan itu sebagian dari iman. Sebuah pesan (Nasihat) untuk terkasih. Dari kekasih untuk yang terkasih. Perkataan baik itu datangnya hanya dari Allah, dan perkataan yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri dan kekurangan saya dalam menuntut ilmu agamanya Allah SWT.

Subhanallah Wabihamdih Subhanakallah humma Wabihamdika Asyhadualla Ilaa Hailla Anta Wa’astaghfiruka ­ Wa’atubu ilaik
JIKA BERMANFAAT, SILA SEBARKAN WALAUPUN SATU AYAT!

Sabda Rasulullah SAW ;
“Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.”(HR. Muslim)

Leave Your Past Away

Assalamualaikum...
Lama tak bercerita di luar topik kebiasaan. Nowdays aku perhati ramai sahabat-sahabat aku putus cinta, sambung cinta dan juga bergaduh sesama gender. Hiks. Aku letih jadinya sebab aku faham situasi tu. Al-maklumlah pernah terkena sekali. heeeee.
Dulu, aku punya 2 teman paling akrab. Ye akrab. Seorang lelaki berbangsa Melayu, seorang lagi lelaki berbangsa India. Aku pernah mention banyak kali kat blog ni. Sila usha previous post. huhu. Sejak habis zaman sekolah menengah, kitorang bertiga pergi mana pun bersama. Family kami bertiga tak kisah kami asyik luang masa bersama sebabnya they trust us a lots. Really. A lots :)
Sampailah one day, aku punya bf which is bukan suamiku (HK) selalu sangat cemburu merajuk bila tahu aku selalu luang masa dengan depa berdua. As far we knew, lelaki ke perempuan ke memang ada sikit cemburu bila berkaitan dengan member kekasih. Tetapi yang aku nak highlight kat sini, kenapa cemburunya lain macam? Bergaduh sampai putus cinta, meleret-leret juga lah kes tu =___=
sheila shahfiekry
Dan aku rasa ex-bf aku salah sangat sebab fikir lepas kami putus hubungan tu aku akan declare dengan one of my bestfriend. hahahahaha. Ternyata awak salah. Silap besar tahu tak. Tak sampai berbulan, aku jumpa lelaki yang boleh terima kekurangan kelebihanku dan juga 2 sahabat baikku itu. Terima kasih suamiku, aku bersyukur kerana kesulitan masa lalu membahagiakan aku sekarang :)
" Don't let your past into your future. Be happy with your present. Don't let insecurity lead over you - sheda zulkifli.

Kiriman Vietnam Dari Jiranku

Assalamualaikum...
Alhamdullilah... Jiran sebelah rumah baru balik daripada Vietnam dan dia ada belikan barang untuk kami. Allah, sejuk hati bila tengok dalam plastik ada telekung, fridge magnet dan sedikit gula-gula. Terharu sangat tengok, sedangkan daku cuma mampu beri dia FM je masa balik daripada Krabi berbulan yang lalu >______<
Terima kasih banyak Ziela atas pemberian kamu, saya tak tahu pun awak pergi Vietnam. Tapi saya perasan lah nape hari bekerja pun tak nampak kereta awak. hehehe. Insyallah kalau saya pergi mana-mana, saya akan belikan yang special buat awak, heeeee.
p/s : semoga murah rezeki jiranku (",)

GIVEAWAY FAIR & LOVELY bersama ASYIK MAIBUROGU.

Assalamualaikum...
Giveaway Fair & Lovely bersama Asyik Mailburogu
Mula tu terkejut gak tengok dateline dia dah tamat 18 Ogos, tak sangka Asyik lanjutkan sampai 24 Ogos. Sebanyak 10 pemenang akan dipilih untuk menerima hadiah 1 set hamper Fair & Lovely bernilai RM50. Terus teruja nak join, heeee. 
Cara nak join mudah je :- korang kena jawab soalan, lengkapkan slogan tak lebih 200 patah perkataan dan cerita sikit pengalaman indah berhari raya dengan wajah cerah berseri. Simple kan? Jom join kawan-kawan!
* Kandungan yang terdapat dalam Advanced Multi Vitamin ialah vitamin B3, C & E.
* Fair & Lovely Advanced Multi Vitamin dan Asyik Mailburogu dapat memberikan inspirasi serta mengubah hidup saya secara positif kerana wajah berseri dan kulit yang cerah dapat menaikkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang tersayang, keluarga dan sahabat handai tak kira dimana atau bila masanya. 
* Pengalaman indah saya di Hari Raya Aidilfitri dengan wajah cerah berseri tak boleh dilupakan bila sanak saudara tegur wajah yang berseri seperti ibu mengandung. hehe. Wajah tak nampak kusam walaupun penat memasak dan sibuk melayan tetamu. Tak perlu makan vitamin tambahan seperti collagen, hanya gunakan pencuci muka dan krim Fair & Lovely semua masalah kulit dan wajah selesai :)

#WW- 28 (Maintain Loving)

Assalamualaikum...

p/s : pasni cubalah romantis dengan pasangan masing-masing :)

Segmen : 1st Segmen Singgah Blog Saya 2013

Assalamualaikum...
Sebagai rakan blogger kak eda, haruslah i akan support segmen beliau. heee. Mudah je cara nak sertai segmen ni. 
* Korang follow blog :- Kisah Si Dairy
* Buat entri bertajuk "Segmen : 1st Segmen Singgah Blog Saya 2013
* Copy banner dan backlink ke blog Kisah Si Dairy
* Tinggalkan link entri anda ke bahagian komen Kisah Si Dairy
p/s : jom meriahkan segmen ni, untung-untung dapat kawan baru ...

Lost World of Tambun Blogger's Getaway

Assalamualaikum...
Lost World of Tambun, salah satu taman tema di Malaysia yang popular. Juga tersenarai di dalam 10 Destinasi Pelancongan Terbaik untuk The Best of Malaysia Awards 2013. Taniah taniah. Terletak di Ipoh Perak, menjanjikan kepuasan bagi anda yang gemarkan aktiviti air. Haii bestnya kalau dapat spend time di sini bersama blogger semua.

Seramai 30 blogger yang berjaya hasilkan entri kreatif akan dipilih untuk menyertai getaway ini bersama The Butterfly Project Malaysia pada 22-23 September 2013. Boleh berkenalan dengan lebih rapat sambil bergembira di taman tema. Pastinya menjadi satu pengalaman yang luar biasa menarik. heheheheee.
Sebagai orang yang tak pernah jejak kaki ke taman tema ini, haruslah i nak share dengan korang camne rupanya taman tema ni. Kalau ada yang dah pernah pergi, tolong jangan jeleskan kita ye. hehehhe. 
lost-world-of-tambun cliff-racer-2
" saya nak pergi sebab saya tak pernah jejak kaki ke taman tema ini "
Bukan sekadar taman tema, ada beberapa perkara yang menarik di sana. Antaranya Amusement Park. Petting Zoo, Tiger Valley, Hot Springs & Spa, Tin Valley. Baru je dengar nama-nama ni, hati dah tertarik-tarik nak pergi sana. 
Saphira's Lair, haii teringinnya nak merasa =____='
Sekiranya ada rakan blogger yang ingin mencuba-cuba macam aku, jom klik info dibawah ini. Cepat ye, ramai rakan blogger dah terpilih jadi pemenangnya  :-
FB Lost World of Tambun :
https://www.facebook.com/lostworldoftambun

Dating Berdua Dengan Yang Halal

Assalamualaikum...
Lama gila tak dating. heeee. Kalau aku cakap lama, memang makan bulan jelah. Takdalah sampai bertahun-tahun. Take noted okey. Macam tak percaya bila suami yang ajak pergi dating, tengok movie dan makan-makan. I was shocked and feeling melayang ke lautan cinta. muahahhahaa ;p

Pangggggggg!

Terperasan lebih pulak. hahhaa. First time masuk OU dengan suami. Suami den tak suka jejalan buang masa kat shopping mall besar. Selalu lepak Jusco atau Tesco. Sangat mak-mak kan? hahahhaa. Alhamdullilah aku bersyukur, suami sempoi. Time boleh jalan jauh, dia tetap luangkan masa dengan isterinya. Terima kasih suamiku.
Chicken Rice Shop ni, beliau yang nak sangat makan. I is follow je. Not bad, super kenyang. Alhamdullilah syukur. Siap-siap makan, terus masuk TGV nak tengok wayang. World War Z, cerita pasal zomba zombie. Penuh dengan aksi terkejut-terkejut. Tension mak tengok tau! Last-last, aku ketap bibir. Motif sebab taknak menjerit seorang diri kat dalam wayang tu. Aku tak paham nape cerita suspend ni aku sorang je over terkejut. Apakah aku je punya sense yang kuat? Muahhhahahaaaaa. Abaikan kata-kataku. Sekian, yang enjoyed sangat dating dengan suami tercinta :)

Menjala di Parit Kampung

Assalamualaikum...
Seperti yang dijanjikan. Hari sebelum menjala, kami ipar duai pergi beraya kat rumah Pok Su. Tak tahu hujung pangkal cerita, heboh nak pergi menjala esok pagi. Aku yang agak terpinga-pinga tapi secara drastik buat keputusan nak ikut. Mula-mula tab nak ditinggalkan kat rumah. Abang ipar tegur suruh bawa tab, boleh tangkap gambar katanya. 
Aku pun bungkuslah beberapa kuih raya buat makan sambil tengok depa menjala. hehehe. Start motor, rider dengan suami ke kawasan parit kat belakang kampung. Waktu 10 pagi kat kampung, agak terik lah cuacanya. Not bad, boleh terbakar kulit ;p

Siap parking kereta dan motor, aku bawa turun bekas berisi kuih raya dengan botol air ke port yang selesa. Poksu, Syafiq, Mirul, abang ipar- Azli dan suami dah terjun dalam parit. Aku duk usha dari tepi. Sibuk snap gambar depa-depa. hehhee. Antara yang buat aku geli hati adalah part suami aku landing baik punya dalam parit. hehehe ;-
siap sengih-sengih lagi, feeling macam berenang dalam kolam agaknya ;p
Waktu ni, depa semua busy tangkap pakai tangan kat lubang tepi parit tu. Nampak gaya macam seronok sangat dapat tangkap ikan pakai tangan. Aku rasa mesti kembang kempis hidung suami den bila berjaya perolehi ikan hasil tangkapan sdn bhd. Weeeeeeeeeeeeeee. Sampai calar balar badan dan tangan dia, 3 baldi penuh babe, ikan parit depa dapat. Jenuh la isteri-isteri kat rumah tu nak siang ikan >_______<
Gambar berdua suami dan abang ipar, wajib ada. Sebab nak up masuk fb katanya. hahahaha. Biasalah kan, semua benda nak update kat fb. hihihi. Cerianya wajah depa dengan ikan kat tangan. Aku pun ceria gak, tangkap gambar depa-depa. Rasa nak join masuk parit je, tapi macam tak senonoh lak tiba-tiba aku je wanita kat dalam tu kan. kihkihkih. 
Balik, goreng ikan putih ni dan buat asam pedas sekali. Gila terliur babe teringatkan. Menyesal sangat tak bawak balik ikan putih ke kl. Kalau tak...........
p/s : effect yang suami dapat - calar balar kat tangan dan badan. badan terbakar dan sengal-sengal satu badan. Terus malam tu pergi berurut ;p

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2

Assalamualaikum...
Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1.   10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2.   Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
3. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

Cerita Raya Aku

Assalamualaikum...
Alhamdullilah, setelah 9 hari bercuti sakan akhirnya hari ni aku masuk kerja juga. hihiiihi. Masih lagi mood mengantuk, lemau dan mahu beraya sakan lagi tetapi duit bukan jatuh daripada langit. Haruslah berusaha keras untuk kerja semula ;p
Dua hari sebelum raya, aku TERcuti sebenarnya. Officemates Melayu semua dah start mode cuti raya since hari isnin 5 Ogos tu. Aku tersilap percaturan bila tulis start cuti pada hari raya pertama. So dengan rasa memandai dan sesuka hati aku cuti awal 2 hari sebelum raya. Serius selamba badak kan. hahaha. Ada aku kisah? Aku dah bosan kerja seorang diri, cakap seorang diri, feeling raya seorang diri. Takmau takmau. Baik aku cuti dulu, tolong mak menjahit dan mengemas ada faedahnya. Kan?
Macam yang semua perasan di last post aku dah bagitau raya tahun ni kitorang suami isteri beraya di rumah mak aku. hehehe. Tahun kedua beraya dengan suami, tapi kelakar sangat sebab kitorang tak sedondon. Sepupu sepapat semua tanya kenapa tak pakai sedondon. I is sengih nampak gusi je >_________< 
Petang raya kedua, kitorang bertolak balik Johor dengan akak ipar sebab raya ketiga ada open house kat kampung. Tahun ni giliran rumah Cik Tenet. Tahun lepas giliran rumah mak mertua aku. Setiap tahun ada open house ikut giliran adik beradik mak mertua. Memang best sebab semua sepupu sepapat suami ado. Dapatlah berkenalan lagi, aku kan baru tahun ke-2 beraya bersama. Mana nak hafal nama, nak cam muka depa-depa tu ;p
sheila shahfiekry
Semua rumah makcik pakcik kitorang serbu beraya. Memang happening gila, jadual pun pack. Keluar pagi, balik petang. Tak melekat lama dekat rumah. Masa ni lah kita eratkan silaturahim sesama sanak saudara dan keluarga.
Oh yee, part open house semua settle dalam 2 hari je. Raya ke-5 kitorang pergi menjala ikan kat parit. Sebagai menantu, aku yang pertama tau ikut suami, ipar, pakcik dan sepupu pergi menjala. hahaha. Merasa gak aku duduk tengok orang menjala kat parit. Yang tu next entri cerita okey ;p
p/s : rindu sangat nak blogwalking!

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum...
Alhamdullilah, hari ni hari raya babe! Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Aku dan suami beraya di rumah mak aku, kl. Tahun ni turn rumah mak aku, heeee. Esok petang kami balik rumah keluarga suami pulak.
Taktahu bila lagi boleh update blog, buh lah sekeping gambor raya kami. Maaf baju tak sedondon. Tak kuasa nak redah Jalan Tar lagi semata-mata cari baju sedondon. Huuuuu nasib lah sayangku, kan :P

Luqman In The House

Assalamualaikum...
p/s : anak buah aku ni suka main mata tau, ehhee ;p

Sony Xperia Water Resistance

Assalamualaikum...
Lama dah tak pakai sony. Hampir 2 tahun kalau tak silap. Last pakai model sony pun boleh terlupa. Alahaiiii sheila ni. Apa pun tak boleh. Kelmarin usha-usha kat timeline fb, tertengok Anne Raihan up gambar ni. Memang kecur terus air liur. Melayang sudah target nak beli pc baru tu. Senang betul nak racun si sheila ni. hihihihiooooooo :p

Ada kelebihannya kenapa aku sentiasa kejar brand sony ni. Sejak mula berblogging since Ogos 2010, aku snap segala jadah masuk entri semua pakai phone sony tauuu. So aku tahu kualiti dia sangat awesome to the max. Itu bagi aku la, buat pengguna lain yang tak pernah guna sony maybe tak tahu kot. Seriously, aku jatuh cinta lagi!
Model baru sony ni, kalis air babe. Tak dapat#GoPro yang mahal tu, terkam sony ni pun kira oraits juga. hikhik.
p/s : Nanti aku update harga pasaran yaaa. Stay tune babes :D

Giveaway Pertama YangBaik Ogos 2013

Assalamualaikum...
Alhamdullilah, akhirnya blogger YangBaik lancarkan giveaway dia semalam. Sebagai rakan blogger, haruslah kita support dia. Syaratnya pun senang. 
* Terbuka kepada seluruh warga Malaysia termasuk Sabah & Sarawak

* follow blog YangBaik

* klik g+1 untuk entri giveaway pertama YangBaik Ogos 2013

* promosikan giveaway ini dan tinggalkan komen serta url di ruangan komen giveaway YB.
Mudah kan? Jom ramai-ramai support YangBaik. Tarikh bermula giveaway 1 - 31 Ogos 2013 :)
p/s : ternanti ulangtahun ke-3 blog ini

Cara Solat Khas Untuk Wanita

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
p/s : klik imej untuk tumbesaran. kredit buat pelukis gambar rajah ni

Pixajoy - Affiliate Programme

Assalamualaikum...
Lama dah tak usha website Pixajoy. Godek lah itu ini, pastu baru perasan ada program baik punya. Korang tahu tak kalau korang dah register dengan depa. Automatik korang masuk dalam affiliate programme.
Apa itu affiliate programme dari Pixajoy? Korang boleh buat extra money sepanjang tahun hanya dengan sharing pixajoy kepada website lain. Cer usha bawah ni.

Apa yang anda dapat?  :-
1) RM10 on the spot when you sign up as a Joy Affiliate ;
2) 10% of the 1st nett order made by a customer referred by you ;
3) 5% of the following nett order made by customer within 90 days of 1st order

Bagaimana nak earn money? :-
1) Minimum payout rm50
2) Earnings will be credited into your Bank Account

Jom start sekarang :-
1) sign up dengan Pixajoy. Kalau sudah, RM10 automatik kredit pada akaun Joy Affiliate anda
2) sila lihat banner link atau text link yang sedia ada
3) pilih salah satu, untuk diletakkan di website anda
4) copy coding yang telah disediakan di banner link atau text link
5) pengunjung akan klik banner link atau text link anda
6) bila mereka membuat order, pihak Pixajoy akan detect mereka sebagai pengunjung anda, earning akan dikreditkan pada akaun Joy Affiliate anda
7) sila lihat trafik unik daripada pengunjung yang klik banner link atau text link anda di akaun Joy Affiliate anda.

p/s : thanks Eida, sebab kenalkan aku pada pixajoy :)

Semakin Bulat Sebab Pregnant

Assalamualaikum...
Siapa yang lose weight ketika bulan ramadhan ni? Cer bagitau aku. heee. Aku tak pasti pulak yang aku dah makin bulat. Setahu aku la, seluar jeans yang aku biasa pakai pun londeh. Apa cer ekk. Boleh pulak one of my friend komen 'makin bulat sheila!'
Terkedu aku. Terus pandang cermin muka, tenung paling dalam sekali. Rasa nak retak lah cermin tu aku buat. hiks. Tu belum lagi tambahan orang komen bila tengok perutku memboyot ke depan. Soalan cepu emas paling mahal dalam hidup aku iaitu tentang zuriat! Tersentap kejap mak noks. Rata-rata yang bertanya pulak member baru kawin, pastu siap cakap hal anak tu biarlah lambat sikit. Allah Maha Pemurah, dia bagi cepat kat depa. 
Bertuah korangggggggg. Aku gembira untuk koranggg tau. Setiap hari tengok facebook depa yang tengah pregnant ni dengan harapan tinggi nak tengok perut depa yang makin membesar. Ibu mengandung adalah seksi pada pandangan mataku ;p
Mujur, suami snap gambar tak nampak full body. I is selekeh okeyy. Aku bukan gemuk sebenarnya, cuma pipi je semakin membulat. Bukan sebab pregnant, hehehhee. Maaflah pasal tajuk tu, saja bagi saspen sikit. Aku terharu sangat, ada member-member yang dah pregnant yang sudi bagi tips macam-macam. Siap suruh beli jamu, makan ubat. Terima kasih banyak kat korang. 
Aku bersyukur ada korang dalam hidup aku. Haaa nak pesan sikit je boleh tak kawan-kawan? Aku harap kita guna media social ni secara berhemah. Jangan sampai dalam keadaan tak sedar ianya menambah dosa. Bertutur guna akal ya. Aku dah melalut jauh, nak ucap Salam Ramadhan hari yang ke- 24 :)

10 Malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Aku percaya, ramai sahabat kat luar sana dok kalut nak siapkan preparation nak raya kan? Alhamdullilah, gaji + bonus raya dah masuk. Tapi tahun ni kami berdua beraya dengan sederhana je. Al-maklumlah kesayangan jatuh sakit, sekarang dekat bengkel lagi. Setiap hari tuan kesayangan turun bengkel pergi usha-usha. Puan kesayangan doakan dari kejauhan je, semoga dipermudahkan segalanya.
p/s : dahulukan akhirat barulah duniawi, semoga berkat hidup kita :)