Assalamualaikum...
Alhamdullilah, setelah 9 hari bercuti sakan akhirnya hari ni aku masuk kerja juga. hihiiihi. Masih lagi mood mengantuk, lemau dan mahu beraya sakan lagi tetapi duit bukan jatuh daripada langit. Haruslah berusaha keras untuk kerja semula ;p
Dua hari sebelum raya, aku TERcuti sebenarnya. Officemates Melayu semua dah start mode cuti raya since hari isnin 5 Ogos tu. Aku tersilap percaturan bila tulis start cuti pada hari raya pertama. So dengan rasa memandai dan sesuka hati aku cuti awal 2 hari sebelum raya. Serius selamba badak kan. hahaha. Ada aku kisah? Aku dah bosan kerja seorang diri, cakap seorang diri, feeling raya seorang diri. Takmau takmau. Baik aku cuti dulu, tolong mak menjahit dan mengemas ada faedahnya. Kan?
Macam yang semua perasan di last post aku dah bagitau raya tahun ni kitorang suami isteri beraya di rumah mak aku. hehehe. Tahun kedua beraya dengan suami, tapi kelakar sangat sebab kitorang tak sedondon. Sepupu sepapat semua tanya kenapa tak pakai sedondon. I is sengih nampak gusi je >_________<
Petang raya kedua, kitorang bertolak balik Johor dengan akak ipar sebab raya ketiga ada open house kat kampung. Tahun ni giliran rumah Cik Tenet. Tahun lepas giliran rumah mak mertua aku. Setiap tahun ada open house ikut giliran adik beradik mak mertua. Memang best sebab semua sepupu sepapat suami ado. Dapatlah berkenalan lagi, aku kan baru tahun ke-2 beraya bersama. Mana nak hafal nama, nak cam muka depa-depa tu ;p
Semua rumah makcik pakcik kitorang serbu beraya. Memang happening gila, jadual pun pack. Keluar pagi, balik petang. Tak melekat lama dekat rumah. Masa ni lah kita eratkan silaturahim sesama sanak saudara dan keluarga.
Oh yee, part open house semua settle dalam 2 hari je. Raya ke-5 kitorang pergi menjala ikan kat parit. Sebagai menantu, aku yang pertama tau ikut suami, ipar, pakcik dan sepupu pergi menjala. hahaha. Merasa gak aku duduk tengok orang menjala kat parit. Yang tu next entri cerita okey ;p
p/s : rindu sangat nak blogwalking!
22 comments
wuuu..macam best je menjala....
Meriah ye....
AJ tahun ni tak meriah pun...
Hehehhe...
tak kisahlah x sedondon janji tersa kemeriahan beraya kan...
wahh! cuti sakan! ramainya dpt kumpul camtu.. mesti meriah kan...
Selamat Hari Raya Sheila ;)
Raya sakan2 eh... Weiii jalan ikan bestnya.
Selamat Hari Raya SHeilaaaaaaaaa
wah akak, ramai betul ahli keluarga sanak saudara semua tu, pastinya meriah kan..:), selamat hari raya kak, maaf zahir batin..:)
ramainya...akak dalam mood bercuti..so malas nak buat keje sangat..hahaha
Assalamualaikum mok su . bestnya menjala . . :D
kenapa? kenapa x sedondon?
kita tak beli baju raya pun tahun ni..
walaupun 1st time beraya sebagai suami isteri.. punyalah xde mood nak shopping, tapi excited nak beraya bersama.. hahha.. macam2 kan
wah meriah raya Sheila..ramai sedara dlm gmbr tu..selamat har raya..;)
aah..jadual raye mmg ketat n padat
nak tengok tv pun x berkesempatan
byk sgt minum bergas..jdkan diri ini mabuk sekejap..sambil sakit perut..hehe
jemput baca & komen entry yumida ni sis sheila:
http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html
pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)
Assalamualaikum yang, boleh TER ya.. hehe ngada! Selamat Hari Raya :)
wah.. hari raye sempat menjale ye.. fifi raye tahun ni banyak dekat rumah je.. tak larat nak pusing rumah sedare..
Ala mcmne boleh tak sedondon nie..hehehe akak dh 11 tahun wajib sedondon raya pertama..lps tue xpe tak sedodon pn..xpe la sheila janji meriahnya btl x... ramai btl saudara mara yer.. mesti best.. ;)
musim2 raya ni bz semua kaan.. hehe xsempat nak ber-bw. anyway selamat hari raya sheilaa.. maaf zahir batin, if slama ni ad wt sheila terasa or apa2 :)
meriahnye raya!
eid mubarak ya!
selamat hari raye kak sheila. :)
Wah keluarga besar..bestnya...
hahhaa..cuti awal takpe..bos paham..hhahaa...biar tak sedonodn aslkn raya bersama