Tutorial Booking Flight Air Asia | norsheilasalleh.blogspot.com

Tutorial Booking Flight Air Asia


Assalamualaikum...
Lama terperap entri ni sebenarnya. Tapi lately ni, ramai juga friends yang tanya pasal camne nak booking tiket terbang Air Asia. Aku pun sebenarnya terlupa cara-caranya tadi, so lepas berjaya beli dua ketul tiket jejalan untuk kami suami isteri. Makanya otak kembali cergas dan aku buatlah tutorial ni balik. Aku guna itinerary pergi Krabi ya.
First at all, harus buka website Air Asia. Pastu wajib ada ID di Air Asia. Supaya senang nak booking. Pilih destinasi samada return back atau 1 way, isi berapa penumpang dan juga tarikh pergi dan balik.
sheila shahfiekry

Lepas klik button search, dia akan keluar macam kat bawah ni. Korang boleh check dan klik ikut harga dan masa yang dinyatakan. Kalau dia dah automatik bagi harga promo, jangan lepaskan peluang ya!
sheila shahfiekry

Nampak tak harga tiket pergi balik untuk 2 orang tanpa beli seat, makanan dan insurans, RM588. Fuhh berpeluh kau nak bayar sedebuk gitu. Menyesal gila time promo tak grab awal-awal. heeee.
sheila shahfiekry
Terus proceed next, yang ni kena isi semua tempat kosong maklumat penumpang untuk guest 1 iaitu korang (si pembeli tiket), guest 2 atau 3 untuk orang lain contohnya seperti situasi aku. Isikan nama suami. Kat bawah kolum ni dah boleh add on untuk meals, baggage, sport equipment dan inflight comforts. Boleh skip meal, purchase masa check in atau beli masa dah naik kapal terbang. hehhee. Bayar tunai lah dalam kapal terbang, okey? Paling murah makanan adalah roti, rm9. Kalau nasi atau western food rm12. Baggage, free hanya sampai 14kg sahaja. Sila alert ya*
sheila shahfiekry
Yang ni, insurans. RM23 untuk seorang. Tak pasti pulak dalam setiap penerbangan harga insurans sama atau tidak. Tak perasan. Aku untick dan klik seterusnya
sheila shahfiekry
Nak duduk bersama pasangan dalam flight? Boleh. Untuk pergi balik punya flight pun boleh. Tapi seat warna merah ni hot seat. Harganya tak ingat. hehehe
sheila shahfiekry
Sekarang, lepas confirm semua. Review balik. Kalau dah make sure, taknak tukar apa-apa, boleh terus proceed pembayaran. Aku buat pembayaran online guna Cimb Click. Kalau lain, i dont know. hehe. 
***Payment method - to proceed, please disable your pop up blocker. Sila ikut langkah-langkah yang diberikan dalam gambar dibawah ya. 
sheila shahfiekry
sheila shahfiekry
Kalau tak paham, boleh tanya aku direct with leave your comment here or email me personally. Heee. Harapnya dapat membantu korang yang rungsing tu. Insyallah.
sheila shahfiekry
Kemudian, boleh log in id untuk Cimb Click. Settle pembayaran, tunggu email daripada pihak Air Asia. hehhee. Selamat bercuti kesayangan semua :)

p/s : counter check in dia cas rm10 tau. Aku sarankan check in online la. Free of charge!

33 comments

October 10, 2013 at 11:50 AM

Fiza pun teringin nk g krabi, tp cm tak berani je nk travel keluar malaysia...

October 10, 2013 at 12:00 PM

Faham, puan :) Tiba masanya buka balik entry ni.. hehe TQ!

October 10, 2013 at 12:06 PM

nice sharing shiela..buat masa nie belum lagi guna perkhidmatan flight...
insyallah mana tau dapat pi makan angin jauh skit..nak try jugak naik flight...hahaha..jakun.

October 10, 2013 at 12:20 PM

tutorial yg ditunggu ... hehehh nnt kalau yana lupa lg boleh dtg sini. TQ sheila

October 10, 2013 at 12:51 PM

hu2.. sheila buat entri ni, teman lak yang berdebior2 nak terbang disember ni.. adeh...

October 10, 2013 at 12:59 PM

Bagus tutorial ni...Bolehlah minta diskaun tambahan dari Air Asia ni...hehe

October 10, 2013 at 2:27 PM

assalamualaikum.. ima x berapa faham la yg bahagian checkin online tu..

October 10, 2013 at 2:36 PM

mmg selalu check flight guna online ni mmg senang kannnn :)

October 10, 2013 at 2:45 PM

wahh..perkongsian yang berguna..

October 10, 2013 at 3:01 PM

Wahhh..dah beli tiket untuk jalan-jalan..bestnye.. ^_^

October 10, 2013 at 3:03 PM

Bagus info ni.. t kasih diatas perkongsian ye :)

October 10, 2013 at 3:11 PM

terima kasih atas perkongsian ini. first time saya booking flight air asia untuk ummi dan bapak saya dahulu agak kekok. dah tu tersilap tarikh booking pulak.langsung kena charge RM100 seorang

October 10, 2013 at 3:29 PM

bagus tutorial ni sheila.. mudah difahami.. akak selalu nak booking try and error je selama ni.. hihi..

October 10, 2013 at 3:39 PM

citer pasal online air asia nie teringat kes member baru2 ini..dia nak beli ticket balik 18 sept tapi dia tak perasan yang dia pilih 18 oct. so bila nak select return ticket tu baik double check. kalau tak kena denda laa kalau nak tukar flight date utk return..

Regards,
-Strider-

October 10, 2013 at 3:43 PM

maila datang sabah,sangat dialu-alukan..hehe ada baju tradisi kaum bajau.kalau nak sopan :)

Anonymous
October 10, 2013 at 4:10 PM

nanti bila dah habis sekolah. sheila boleh lah try tutorial ni. nak pi jalan-jalan. heheheee

October 10, 2013 at 4:18 PM

wahhh...nak g bercuti ker...hihihi

October 10, 2013 at 4:24 PM

salam kak, selamat petang, senang tuto akak, kalau mama nak pergi mana-mana boleh mama guna tuto ni, bagus kak, terbaik!

October 10, 2013 at 4:34 PM

ekekekeke...bagus gak entri ni... saya biasanya suruh wife a.k.a Cheq Eem yang booking flight.... pernah gak buat sendiri tp sistem air asia ni asik upgrade jer.. kelam kabut jadinyer...

October 10, 2013 at 4:59 PM

As salam... Bagus tutorial nie...tq sharing :D

October 10, 2013 at 5:38 PM

bagus tutor ni..tp belum ada rezeki nak terbang kemana-mana tempat lg skang ni

October 10, 2013 at 5:46 PM

Sheila.. senang jer kan nk booking.. tp mmg btl kena grab awal kalau tiket dah murah.. akak kalau aa buat promosi sanggup tnggu 12tgh mlm utk book.. tp alhamdulillah berbaloi la dpt hrga murah.. =D

October 10, 2013 at 5:49 PM

Sorry nk tnya sikit..Kenapa mama as pnggil k.sheila??.. umur sheila brp yer?? =D

October 10, 2013 at 6:50 PM

wah..nice tutorial sheila
nnti nak berhoneymoon yumida nak refer entry sheila ni
belum pernah lg booking tiket
sellau direct ke kaunter dia
yg x ebznye ade charge tambahan rm10 utk sorg
klo kami berdua dah rm20, pulang balik dah rm40 terbang kat situ..membazir je..
kan kan kan...

isi tabung komli sheila sini

October 10, 2013 at 7:20 PM

Kna tempah awal2 eh..baru murah tiket air asia ni

October 10, 2013 at 8:31 PM

ho2.. datang singgah lagi.. nak bagi tahu lama dah.. ta[pi terlupa lak.. yeman udah letak butang search, senang sheila nak cari entri lama2..heee

October 11, 2013 at 8:53 AM

jalan-jalan lagi..wahh bestnya.. pg bila ni..

October 11, 2013 at 11:14 AM

Pernah booking sekali je..utk family pergi melancong ke Sarawak..

October 11, 2013 at 9:13 PM

dulu masa study kat sarawak, ni la rutin duk beli tiket air asia online, dulu rajin tgk site air asia untuk dapatkan tiket murah..hehe

October 14, 2013 at 2:10 AM

sekali je akak penah naik air asia, pastu lain-lain semuanya naik mas...hihi, lebih kurang je rege dia

October 14, 2013 at 7:03 PM

Akak xpnh booking pun...

October 22, 2013 at 12:40 AM

time nak honeymoon nanti lehla buka...hehe

October 24, 2013 at 2:17 PM

haaa dah boleh beli lagi tiket ni sheila. kekekkee

Post a Comment