norsheilasalleh.blogspot.com: 2014

Kerja Baru Aku


Assalamualaikum...
3 bulan 15 hari yang lepas aku bergelar surirumah sepenuh masa. Memang betul enjoy stay kat rumah jaga anakanda. Tapi, nak masuk tahun baru ni makin banyak pula bebanan yang suami tanggung. Aku nampak kawan update lubang kerja. Terus laju-laju tanya apa job. Then cari office tu dan direct call ke bos dia. Datang interview memang gugup la. hahaha. Aku memang jenis cepat nervous. While interview, nampak macam aku tak berjaya. Kawan pula inform ramai datang interview. After 1 week, dapat call untuk masuk kerja. Alhamdullilah syukur. Rezeki anak.

Ni dah masuk seminggu bekerja. So far semuanya ok. Still on learning process. Tugas kita admin sales & logistics. Tempat solat ada, nak pam susu pun boleh. Even not direct inform my bos tapi kantoi and he just wondering how many time i have to go pumping. hahahhaa. My bos lelaki, sudah kawin tapi belum ada anak. Itu pasal aku segan nak minta permission direct dengan dia. Just kautim dengan officemate je. Mujur bos izinkan. Alhamdullilah
Waktu pam 2 kali je buat masa sekarang. Tak berani curi masa lebih sebab 3 bulan pertama ni kena perform betul-betul. Harap dapat kerja lama sini, hehee
Doakan kita ya (",)

Go Green Giveaway By Ayu Zan

Assalamualaikum...

Hari ni nak join satu giveaway daripada mommy to be Ayu Zan. hehee. Ayu buat giveaway ini tanda sokongan support go green. heeee. Sebagai kawan blogger, mestilah aku nak join. Sebabnya ada pada jawapan aku kat bawah ni.
pertanyaan Ayu : nyatakan sebab anda menyokong kempen go green dan apakah rasionalnya penggunaan cloth pad @ pantyliner boleh basuh.

jawapan Sheila : Anakanda sheila pakai cloth diaper, ianya sangat mudah untuk diguna, dibasuh sekaligus menjimatkan wang ringgit. So bagi sheila cloth pad dan cloth diaper sama fungsinya. Dan paling best boleh pakai berkali-kali sampai rosak ataupun lusuh. Lagi satu, tuala wanita pakai buang mengandungi beberapa komposisi kimia untuk kelihatan "suci bersih".. Kalau diletak pada faraj, boleh mendatangkan mudarat pada diri. Sheila nak jaga kesihatan untuk sentiasa cergas menjaga anak dan suami tercinta.

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca link entri Ayu ni

3rd Solid Food : Apple

Assalamualaikum...
Sorry la, lately ni aku banyak share pasal puree untuk Muhammad Adam Husni je. hihi. Gini ler gaya seorang ibu dalam masa yang sama seorang blogger. Ada je benda nak share kat blog picisan ni. Aku suka tulis sini, kenangan setiap moment anakanda membesar. Nanti dia dah besar, mesti rindu nak baca perkembangan dia membesar dengan jayanya. 
Setiap hari excited nak kasi anakanda makan. Masa ni, aku kasi makan sehari sekali waktu lunch time. After that, bagi minum air masak sikit. Mula-mula anakanda tak berapa suka minum air, menyembur je kerja dia. Lama-lama dia minum juga. Puree ke-3 anakanda, epal merah. Rasa dia manis masam, sedap tau. Aku pun share puree dengan anakanda. Now dah bagi 2 kali makan, Adam sekarang berselera makan. hehehee

Khasiat dan kebaikan epal :-
* amalan menghidu epal dapat membaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran
* membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas
* mengurangkan risiko penyakit jantung
* melindungi sendi tulang
* membantu mengekalkan berat badan (epal hijau)
* kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan
* meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir
* anti-kolestrol, membantu mengekalkan tahap kolestrol dalam darah
* selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dalam mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan
sheila shahfiekry
 1) Beli epal merah, untuk baby kita kasi yang manis sepatutnya. Cari yang masih fresh tau
sheila shahfiekry
 2) Cuci bersih, dan potong menjadi dua bahagian. Nak buang kulit dulu pun boleh. Tapi aku kupas kulit lepas belah dua. senang nak handle. hihi..
sheila shahfiekry
 3) Potong dadu, make sure biji dibuang ya. Kemudian masukkan dalam periuk kukus. Kukus dalam 10 minit atau sehingga empuk sahaja.
sheila shahfiekry
4) Sejukkan epal sebelum blend. Letak sikit air dalam pengisar, ambil daripada periuk kukus . Kisar puri ni pekat supaya masa nak makan boleh tambah air masak atau susu badan. Terpulang la kepada kalian nak pekat atau cair puri tersebut.
sheila shahfiekry
 5) Tapis ni penting bagi aku sebab nak bagi tekstur epal yang dikisar lebih halus dan mudah dihadam anakanda. Al-maklumlah, gigi takda kan.
sheila shahfiekry
 6) Hasilnya, boleh terus dimasukkan secara sama kuantiti ke dalam bekas comel baby bullet ni. Jangan lupa pusingkan tarikh korang siap masak puri ni
sheila shahfiekry
 7) Letak puri sama rata, kemudian masuk dalam freezer. Frozen puree tahan 3 bulan ya, kaedah dia sama macam ebm. Aku maintain follow 4 day-rules. Ada lebih stok epal, kita simpan je. Mana tahu emergency case, boleh guna. hihiiii
sheila shahfiekry
Hari pertama makan dah habiskan 2 bekas baby bullet. Dia suka sangat epal ni. Yeayyy good boy. Happy umi tengok anakanda makan habis, siap minta-minta lagi. kredit info hafizamri (",)

Pewaris Blog?

Assalamualaikum...
Kejadian berlaku pada 4/12/14. Sedang aku leka menaip entri disamping memeluk anakanda Muhammad Adam Husni, tiba-tiba jari jemari kecil anakanda sedang mengetuk keyboard. hahaha. Comel sangat!
sheila shahfiekry
Rupanya dia perhati tingkah laku umi dia, then tiru. Dia cuba menaip.. sempat la aku snap pic hahhaaa (",)

2nd Solid Food : Carrot

Assalamualaikum...
Alhamdullilah, menu pertama avocado dah lepas. No sembelit, poo poo just nice and on time. kahkahh. Proceed menu kedua, karot. Baba dia punya idea. Kita ikut je, janji low risk allergy foods and safest first foods.

Khasiat dan kebaikan karot :-
(kaya dengan Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari, jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu mendapatkan kulit yang lebih cerah)
* meningkatkan kuasa imuniti & juga membantu untuk memerangi kanser
* membantu menghasilkan penglihatan yang baik ; kurangkan rabun
* membantu mengeluarkan kolestrol yang tidak baik dalam badan
* mempunyai lebih banyak kalori yang membantu meningkatkan kuasa ingatan seorang kanak-kanak
* boleh melegakan tekanan dengan mengambil segelas jus karot setiap hari
* diperkaya dengan Beta-karotena, Alfa-karotena & Lutien yang membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
* mempunyai serat yang membantu membersihkan kolon dan mengurangkan lemak di hati
* herba lobak boleh digunakan untuk mencegah jangkitan. digunakan pada luka mentah masak @ dicincang
* Beta-karotena membantu melambatkan proses penuaan sel-sel di dalam badan
sheila shahfiekry
1) Beli sebatang karot, basuh bersih dan potong dua. Aku tak buang kulit, padahal kulit kena buang. Adoii sengal sendiri. Korang make sure buang kulit karot tau! Pilih yang fresh tau, baru terjamin kualiti dia :)
sheila shahfiekry
2) Potong comel-comel bagi mudah nak kisar nanti. Letak dalam pengukus dalam 10-15 minit.
sheila shahfiekry
3) Lepas sejuk baru boleh dikisar. Aku taruk sikit air dari periuk kukus tu untuk kisar puri karot. Agak-agak untuk jadikan puri pekat.
sheila shahfiekry
4) Agak-agak dah lumat, boleh amik spatula dan asingkan ke dalam setiap bekas baby bullet. Jangan lupa pusingkan tarikh pada penutup bekas baby bullet tu.
sheila shahfiekry
5) Tambah sikit air masak dalam puri untuk cairkan sedikit, ready kasi anakanda makan. Yehaaa.
sheila shahfiekry
First time makan, baba dia suapkan. Not bad, habis sebekas kecil. Tapi aku bubuh puri karot tu suku je. Kemudian bila campur air jadi setengah bekas. Nak pekat atau cair puri, ikut suka hati korang ye. Adam poo poo okey, ada sikit la meneran macam sembelit. Tapi sehari je. hahahhaa. Hari ke-3, aku terlebih cairkan, tapi adam makan habis. Alhamdullilah. Tiada alergik, dan adam boleh terima karot (",)
ps/ : excited buat puri anak. hahahhaa kredit info kepada Cahaya Purnama.

Whatsapp Paling Win

Assalamualaikum...
Lama...


Tak bercerita pasal suami. haha. 


Sejak ada anakanda Muhammad Adam Husni, facebook, instagram malah blog semua penuh dengan cerita anakanda saja... 








Tiba-tiba masuk whatsapp yang penuh dengan gambar dan caption sekali....




umi selalu jaga baba 


 kat kedai selalu dulu kan baba


yang ni kelakar.. selalu saja.. haha


 anything 4 u..


thanks umi.. masaklah sedap-sedap hari-hari (",)


I love you more.. Infinity...
[with heart]
p/s : terus berkaca-kaca mata aku T____________T"

First Solid Food : Avocado

Assalamualaikum...
Alhamdullilah..Allah izinkan Adam cepat sembuh daripada demam + selsema. Kami sepakat nak share moment Muhammad Adam Husni makan bersama. Bila berdua ni senang sikit, ada tukang suap dan tukang rekod video. hihiiii. Start kasi Adam makan petang sebab tengahari baru keluar beli barang dapur. Aku beli sebiji je, RM4.29 kat Econsave. Avocado ni buah yang bagus. Rasa dia berlemak dan tak manis pun.

Khasiat dan kebaikan avocado ;-
(kaya dengan Vitamin A, B kompleks, C, K dan E, Fosforus, Magnesium, Asid Folik dan Serat)
* mengawal tekanan darah
* menggalakkan kesihatan mata
* melindungi daripada kanser
* menyembuhkan nafas berbau
* ciri-ciri anti penuaan
* penjagaan kulit
* mengekalkan kesihatan jantung

Meh tengok cara buat puree avocado ;-

sheila shahfiekry
1) Beli sebiji pun cukup, cari buah yang warna gelap dan sedikit lembut (boleh dirasa dengan tangan tapi make sure jangan picit pulak! kang lebam buah tu)
sheila shahfiekry
2) Basuh dan kupas. Biji buang, korek isi guna sudu.
sheila shahfiekry
sheila shahfiekry
3) Lenyek isi avocado guna sudu. Campur air sikit demi sikit bagi senang nak lenyek. Boleh tahan lenguh gak kerja melenyek ni. Saja taknak guna blender, over excited nak kerah kudrat tak seberapa ni. hakhakk
sheila shahfiekry
4) Optional : nak kasi effect perfect thinner puree, sila tapis puree. Hasil dia lebih umphhh kata orang
sheila shahfiekry
5) Masukkan dalam ice tray, letak 3 bekas cukup sebab kita follow 4 day rules untuk check whether ada kesan sampingan pada baby bila makan satu jenis buah/sayur (nak tahu alergik ke tidak)
sheila shahfiekry
6) Aku buh satu sudu je dalam mangkuk, isi sikit air dan kacau sebati. Takmau terlalu pekat, biar cair sedikit
sheila shahfiekry
7) Get ready dengan video, captured moment pertama kali anakanda makan.
8) Ada sign bila anak dah takmau makan, which is mengelak sudu kena mulut, alihkan muka atau menangis. hahahhaa
p/s : Adam makan beberapa suapan je, takpe. Good job baby! The next 3 days masih makan puree avocado. Walaupun tak habis, umi tetap happy tengok perkembangan awak sayang. Nanti umi belanja puree lain pula ye, hahhaha kredit info kepada Sobri Yaacob & Ibu Nina.

Persediaan Solid Food Adam

Assalamualaikum...
Punyalah excited nak start solid food kat anakanda Muhammad Adam Husni, alih-alih jatuh demam 2 hari sebelum masuk usia 6 bulan. Pasrah, kena lambatkan solid food dia. heeee. Check up pun kena anjak ke awal bulan Disember. For information, sekiranya anak demam injection tidak boleh diberikan (semasa check up bulanan)
Muka anakanda yang tak bermaya. Kain kuning atas kepala tu basah, haahha buat sejukkan kepala dia. Berapa kali jatuh dah tu, dia tak suka rasanya. Lastly, pakaikan cool fever masa tidur.
sheila shahfiekry
1) Food Processor

Berbalik kepada persediaan solid food Adam. Masa bulan 10 dah belikan Baby Bullet daripada Lazada. Tengah murah, haruslah grab. Dalam tu, diberikan sekali user manual and cookbook. Terbaik! Siap ada segala info cara penyediaan, penyimpanan dan resepi khas untuk baby. Tak wajib pun beli BB ni, tapi disebabkan aku teruja dengan food processor yang dibuat khas untuk baby.
sheila shahfiekry
Make your own baby food - you know EXACTLY what is going into each meal because you pick the ingredients. No starchy fillers, no hidden salt or sugar, no scary "non-food" suprises... The safest way to feed your baby!
What you get :-
berbaloi kan cuma RM70
klik Lazada untuk beli Baby Bullet
2) Feeding Set
Beli set mangkuk sudu dekat warehouse my dear. Yang sudu tommee tippee tu, my sis belikan untuk Adam. Yang bagusnya, kalau terlalu panas puri, sudu tu akan bertukar warna tau. Nanti i review kalau betul ye. ahhaha.
Masa dekat warehouse my dear tu, terjumpa 2 helai bibs yang besar maka kita beli. Dah pakaikan kat Adam, memang puas hati. Cover seluruh baju Adam. hehe hope takda la banyak sangat baju nak dibasuhnya.
sheila shahfiekry
sheila shahfiekry
3) Storage
Back up ice tray, konon tak cukup nak buat stok frozen puree in case nak kena tinggalkan Adam dekat my sis-in-law kalau ada hal kecemasan. hihiii. Nampak kat kedai dua ringgit, ice tray bernombor ni banyak pilihan warna tapi aku pilih warna kegemaran, hahahha. Pasrah baba dengan Adam ;p
sheila shahfiekry
4) Steamer
I pinjam mak punya je. haahaha
5) Penapis
Untuk tapis kasi puri lebih halus 
sheila shahfiekry
p/s : nantikan entri solid food pertama adam, heeee. 4 days rules kita ikut :))) 

Giveaway Ephyra Bar Skin Di Mialiana.com

Assalamualaikum...

Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)


Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Saya!

Umur pengguna? 24 tahun

Jantina pengguna? (Perempuan)

Jenis kulit? (Berminyak, Kering)

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Sejak bersalin 6 bulan lepas, kulit muka sheila semakin kusam dan tidak sekata. Puncanya kerana tak berani nak gunakan produk kecantikan sepanjang mengandung dan bersalinkan Adam. Sheila ingin cuba Ephyra Skin Bar yang mengandungi collagen, yang dapat membantu menyelesaikan masalah kulit muka sheila supaya dapat tampil lebih selesa dan confident bertemu sahabat handai sekaligus nampak muda remaja walaupun sudah mempunyai seorang anak. heeeee (",)

Pengguna Ephyra? (Tidak)
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Yeay Along Dah Kawin !

Assalamualaikum...
Alhamdullilah, syukur Ya Allah. Dipermudahkan segala urusan majlis pernikahan along pada 11 & 12 Oktober yang lalu. [dah sebulan pun depa kawin].. Fuhhh berdebar hati ni, nak tengok along kawin. hahahhaa. Almaklum ya, along kuat bekerja. Macam tak percaya, dah sampai jodoh dia dengan buah hatinya, Kak Long Fieza. 
sheila shahfiekry
Daripada rumah menuju ke Masjid Al-Qurtubi yang terletak di Segambut, along punya muka memang debor habis. Kena pula pengantin lelaki naik kereta dengan aku dan suami. Suami try calm down along. Entah, sebab aku perempuan kan. Aku tak rasa debaran yang biasanya lelaki rasa bila nak akad nikah. hihiii so suami sangat memahami along, katanya ~~~

Sampai masjid, dekat 1 jam juga tunggu kat dalam tu sebelum akad nikah. Kesian along, nervous gila dia.. Diam tak berkutik kat sejadah tunggu kadi mai. kihkihhh. Akhirnya, sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz. Alhamdullilah syukur. Hilang terus rasa debaran kat hati aku. Yeayyy yeayyy dapat kak longgggg (>____<)
sheila shahfiekry
Along & Kak Long (",)
Dan yang paling bestnya, papa pun turut hadir sekali walaupun along cuma anak tiri dia. Alhamdullilah. Suka tengok keluarga berkumpul ramai-ramai ni. Rasanya last dulu masa aku nikah, 2 years ago kot. 3 anak perempuan mak dah nikah, masing-masing dah ada anak. Cucu mak sekarang dah 5 orang, kembar perempuan dan 3 lelaki. Tak sabar tunggu anak-anak along pula. Semoga dimurahkan rezeki zuriat yang banyak ye longggg, hihiii. Tinggal abang bob, amoy dengan adik punya kenduri je ;p
 sheila shahfiekry
bersama Kak Ija dan anaknya Irfan, thanks sudi mai kenduri (",)

Maaf, takda gambar sekeluarga. Tunggulah daripada Official Photographer ya. hihiii. Ohh ye, mak sempat jahitkan dress seragam untuk aku, adik  dan mak sendiri... Tema emerald green + shawl warna kelabu. Kak Reen je ikut tema, kitorang punya lari sikit. kihkihhh. Apapepun, love you mak! Cantik dan selesa sangat dress yang mak buat, flowy dan paling penting ada nursing zip. Horeyyy. Senang hati nak menyusukan Adam. 
sheila shahfiekry
Lepas habis kenduri, kitorang adik beradik termasuk ipar duai pergi ke Taman Layan-Layang untuk photoshoot. Nahh belanja sekeping gambar ye. Diorang tak habis shooting, aku dan suami dah balik sebab mendung sangat. Takut tetiba hujan, kesian kat Adam. hihiiii
sheila shahfiekry
kak long dengan adik dan sepupunya
sheila shahfiekry
along dan geng macho

Tak pernah nampak along sehensem ini, kaklong semanis ini... huhuuuu
p/s : welcome to our family kak long, lepas ni boleh selalu request masakan sedap-sedap, yeayyy ;p