3rd Solid Food : Apple | norsheilasalleh.blogspot.com

3rd Solid Food : Apple

Assalamualaikum...
Sorry la, lately ni aku banyak share pasal puree untuk Muhammad Adam Husni je. hihi. Gini ler gaya seorang ibu dalam masa yang sama seorang blogger. Ada je benda nak share kat blog picisan ni. Aku suka tulis sini, kenangan setiap moment anakanda membesar. Nanti dia dah besar, mesti rindu nak baca perkembangan dia membesar dengan jayanya. 
Setiap hari excited nak kasi anakanda makan. Masa ni, aku kasi makan sehari sekali waktu lunch time. After that, bagi minum air masak sikit. Mula-mula anakanda tak berapa suka minum air, menyembur je kerja dia. Lama-lama dia minum juga. Puree ke-3 anakanda, epal merah. Rasa dia manis masam, sedap tau. Aku pun share puree dengan anakanda. Now dah bagi 2 kali makan, Adam sekarang berselera makan. hehehee

Khasiat dan kebaikan epal :-
* amalan menghidu epal dapat membaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran
* membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas
* mengurangkan risiko penyakit jantung
* melindungi sendi tulang
* membantu mengekalkan berat badan (epal hijau)
* kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan
* meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir
* anti-kolestrol, membantu mengekalkan tahap kolestrol dalam darah
* selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dalam mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan
sheila shahfiekry
 1) Beli epal merah, untuk baby kita kasi yang manis sepatutnya. Cari yang masih fresh tau
sheila shahfiekry
 2) Cuci bersih, dan potong menjadi dua bahagian. Nak buang kulit dulu pun boleh. Tapi aku kupas kulit lepas belah dua. senang nak handle. hihi..
sheila shahfiekry
 3) Potong dadu, make sure biji dibuang ya. Kemudian masukkan dalam periuk kukus. Kukus dalam 10 minit atau sehingga empuk sahaja.
sheila shahfiekry
4) Sejukkan epal sebelum blend. Letak sikit air dalam pengisar, ambil daripada periuk kukus . Kisar puri ni pekat supaya masa nak makan boleh tambah air masak atau susu badan. Terpulang la kepada kalian nak pekat atau cair puri tersebut.
sheila shahfiekry
 5) Tapis ni penting bagi aku sebab nak bagi tekstur epal yang dikisar lebih halus dan mudah dihadam anakanda. Al-maklumlah, gigi takda kan.
sheila shahfiekry
 6) Hasilnya, boleh terus dimasukkan secara sama kuantiti ke dalam bekas comel baby bullet ni. Jangan lupa pusingkan tarikh korang siap masak puri ni
sheila shahfiekry
 7) Letak puri sama rata, kemudian masuk dalam freezer. Frozen puree tahan 3 bulan ya, kaedah dia sama macam ebm. Aku maintain follow 4 day-rules. Ada lebih stok epal, kita simpan je. Mana tahu emergency case, boleh guna. hihiiii
sheila shahfiekry
Hari pertama makan dah habiskan 2 bekas baby bullet. Dia suka sangat epal ni. Yeayyy good boy. Happy umi tengok anakanda makan habis, siap minta-minta lagi. kredit info hafizamri (",)

23 comments

December 17, 2014 at 9:47 AM

waaa dah makan..makin bambam la adam pasni... mel lg 2 minggu br boleh mkn..tp dh bg makan [un sket2 hihi sbb dia asik nyebuk je time org makan...

nak beli la baby bulle tu..mcm best je..

December 17, 2014 at 10:23 AM

Alahaiii suka makan apple ye. :D

December 17, 2014 at 10:25 AM

shila nanti snap adam husni buat muka masam2..hehe.. mesti comeii..

December 17, 2014 at 10:36 AM

yay, sedap kan adam.. manis gitu..

December 17, 2014 at 10:50 AM

Pndainyer...bgus2..mkn bnyk2..membesar ngan sihat ye.

December 17, 2014 at 10:58 AM

bestnya....wah bagus adam dah start makan solid food ye....bagus ni buat puree guna buah2...bukan apa elok untuk sistem pencernaan...

December 17, 2014 at 11:55 AM

shiela, serius ciksu tak sabar dh tnggu bby masuk 6 bulan. hihi

December 17, 2014 at 11:55 AM

hehehe..seronoknya buat homemade makanan baby..

December 17, 2014 at 12:09 PM

nak buatlah kat anak mengasuh,hehe

December 17, 2014 at 2:37 PM

http://madey09.blogspot.com/ follow yang ke 1051 ya..terbaik cara bagi baby makan buah fresh

December 17, 2014 at 2:38 PM

ramai blogger wanita ya..ke mana lah kaumku adam..hehehe

December 17, 2014 at 2:38 PM

ramai blogger wanita ya..ke mana lah kaumku adam..hehehe

December 17, 2014 at 3:51 PM

Selamat menjamu selera wahai si anak kecil.. :)

December 17, 2014 at 4:30 PM

vavavavavaahhh adam... satu satu die dapat makan yummmyyyy

December 17, 2014 at 8:49 PM

kak uni pun buat puree epal juga. tp tak frozen. prepare new and fresh utk setiap kali makan. memang agak time consuming tp kak uni n hasben sepakat taknak frozenkan puree2 ni sume. :)

December 18, 2014 at 12:27 AM

Mikhail lebih suka pisang dari epal.

December 18, 2014 at 1:34 AM

seronokkan bila bby dah start solid food. heeee nt bila da pandai mkn lg seronok tgk.

December 18, 2014 at 9:53 AM

alololo comey nya dia..

December 18, 2014 at 11:22 AM

Aryan dulu...tak suka mkn apple.dia suka mkn carrot dgn kentang.hihi.stress betul dia klu akk buat yg masam2 manis.hahhaa

December 22, 2014 at 10:25 AM

perkongsian yang baik...

December 25, 2014 at 1:18 AM

uish..seronok die makan tu

December 26, 2014 at 7:36 PM

nyum2 sedapnya, kalau baby selera makan mmg smgt nak buatkan makanan dia kan sheila

December 28, 2014 at 10:52 PM

Best tgk dia mkn...

Post a Comment