norsheilasalleh.blogspot.com: January 2014

Pencarian 50 Bloglist Mamaniza.com

Assalamualaikum...


Jum meriahkan bloglist mamaniza (",)

p/s : sheila suka sangat baca entri-entri yang mama hasilkan

Bloglist Februari 2014

Assalamualaikum...


Jum meriahkan bloglist paly (",)

Review Blog 2.0 #Part 20

Assalamualaikum...

sheila shahfiekry

Blog comel milik Syahidah. Sweet dan lembut je warna blog dia. Header tu macam tajuk lagu Man Bai pula. hehe. Nice header, buat sendiri ek? Daun tu mengingatkan cerita Mohabattein. kihkihkih maaflah saya peminat cerita bollywood ^__^

Nak komen sikit, mungkin warna font boleh digelapkan sedikit dan dibesarkan supaya akak tak susah nak baca entri awak. hehe. Atas header awak tu, ada gambar-gambar, apakah? Itu iklan ke link entri macam backlink punya? Kalau dah guna yang itu, bawah entri cuba remove. Banyak sangat penggunaan iklan ni nanti orang datang blogwalking cepat jemu. Contohnya akak sendiri. hihi. Awak boleh tambahkan lagi widget top komen dalam tabber widget yang sedia ada. Bila blog nampak pendek, senang dan semakin mudah nak loading. Jangan marah baca review ni, hehe. Sekadar saranan ikhlas daripada saya. Selamat berkenalan dan semoga terus maju dalam hidup :)

sheila shahfiekry

Blog yang santai milik Tracey. Rasanya kamu orang Sabah ya? hehe. Entri-entri yang dihasilkan sangat simple, sempoi dan more to universal labels. Selamat berkenalan Tracey :)

Penggunaan background putih dah cukup mantap, cumanya ada lah beberapa komen nak utarakan. Harap boleh terima pakai ye Tracey. hihi. Untuk blog archieve, sheila rasa boleh cuba buat jenis scroll box. Maknanya lagi banyak post entri, takdalah makin ke bawah nak scroll blog Tracey. Kita jimat time orang yang nak cari post-post lama. Header blog boleh cuba reduce size. Lebih kecil, lebih comel rasanya. Yang lain bagi sheila, cool. Keep blogging ok.

sheila shahfiekry

Blog MK, lebih kepada santai dan berpuitis. Seronok juga baca. Terbuai perasaan ketika sedang serabut. Ayat bawah header dah menunjukkan bahasa sastera yang unik. Rindu nak belajar sastera pula. hehe. 

Widget terlalu banyak, tapi blog sebenarnya cantik dan bersih sebab guna background putih. Ada beberapa yang perlu sheila katakan. Diharap MK dapat terima dengan hati terbuka. Sheila sarankan penggunaan tabber widget iaitu gabungkan widget yang bersesuaian seperti follower, g+followers, fanpage, about me. Label tak perlu diletakkan di bahagian sidebar. Lagi satu, jangan masukkan 2 widget yang sama, sheila nampak fanpage sampai 2. Minta buangkan satu ya. Boleh jimatkan ruang sidebar dan loading blog. Kalau boleh, widget letak tepi sidebar je. Sebab nak nampak blog kemas. MK adjust ikut kesukaan ye, sheila hanya mencadangkan apa yang sheila rasa baik. hehehe

sheila shahfiekry

Blog kak Maria, warna purple yang agak gelap. Header penuh ciri kekeluargaan. I love it. Tak sabar suatu hari nanti nak guna header bercirikan begini. hehe. Kak Maria selalu update ilmu untuk dikongsikan dan juga berita-berita pelik lagi menggemparkan. hehe.

Sheila suka akak ada guna tabber widget, namun widget di sidebar masih banyak. Ada yang perlu di buang bagi memaksimakan penggunaan widget yang penting dan memudahkan loading blog. Total pageview, busuk.org, alexa, top komen dan juga popular post juga boleh digabungkan dalam tabber widget. Follower blog rasanya better letak dibahagian atas sidebar. Mudah orang nak follow blog sekiranya datang blogwalking. Google+ follower dengan Mr.Firdz G+ rasanya tak perlu diletak sebab kak Maria dah bubuh widget about me. Kat situ dah ada button add g+ kak Maria. Diharap kak Maria dapat menerima saranan sheila dengan hati terbuka ya.

sheila shahfiekry

Blog Mama Niza yang selalu menambat hati aku. Al-maklumlah warna hijau kan fav aku. Sejuk mata aku bila blogwalking sini. Aku suka header dan ayat bawah header mama. Sweet sangat. Penggunaan pages bawah header salah satu kebaikan untuk mengurangkan penggunaan widget di sidebar. Btw sheila suka sangat baca entri-entri yang mama update. Banyak manfaat dan ilmu dikongsikan bersama. Alhamdullilah. Terima kasih mama.

Bagi sheila, kedudukan widget nampak teratur dan menarik, cumanya kedua bloglist boleh digabungkan dalam tabber widget bersama widget lain yang bersesuaian contohnya seperti blog archieve. Yang lain bagi sheila just nice, cuma nak tanya mama siapa yang edit blog? Cantik sangat, terasa lah macam nak tukar iras-iras mama punya template. hehehhe (",)

Thai Manggo Sticky Rice (Khao Nieow Ma-muang)

Assalamualaikum...

Thai mango sticky rice (Khao Nieow Ma-muang)
credit picture to nasi lemak lover

Choyyyy! Gambar bikin panas namanya ni!

Dah lama tekak ni memendam perasaan. hihi. Hoyyyyyyyy ini favourite kot. Tak tahu pepasal dua tiga minggu asyik terfikirkan pulut mangga (panggilan di Malaysia) ni... Haritu nampak Eida update makan ni kat Hatyai. Pastu rezeki pula ada orang nak belanja makan kat Kampung Baru, makan nasi lemak sodap. Aku sempatlah request nak cari pencuci mulut ni ;p

2-3 kedai masuk, semua kata dah habis. Siap suruh datang petang-petang sikit kalau nak. Katanya memang hot selling ni. Huwaaaaaaa muka aku terus touching 14 tingkat! Mujurlah suami pujuk sikit, ayat sikit. Think positive. Tiada rezeki nak rasa. Dulu memang aku kerap makan ni bila datang Kampung Baru. 

Bukan aku tak cuba cari kat kedai lain atau restoran Siam, tapi takda jual. Esoknya tengok Running Man episod ke-50, nampak ni lagi! Waktu tu depa ada show kat Bangkok. Aku tengok pun syahdu. Sabar jelah, inilah makanan yang paling nak makan sangat tapi paling susah nak jumpa. Mak aku ada buatkan pulut durian favourite aku, tapi tekak tak berkenan. Tekak ni nak gak pulut mangga ni T_________T

resepi : http://shiawasemrsbangpek.blogspot.com/

Review Blog 2.0 #Part 19

Assalamualaikum...

 sheila shahfiekry

Blog yang cukup sempoi milik Nisa. Aku hampir ingat ini blog lelaki sebab kiasan yang Nisa gunakan mirip kepada lelaki-lelaki yang cool dan macho. hehe. Ramai blogger lelaki yang aku kenal guna kiasan begini. hihi. Setiap entri yang dihasil pendek dan ringkas. Tapi maksudnya mendalam. Teringat nak kenal Nisa lebih mendalam, kalau boleh (",)

Background putih, just nice. Tak banyak widget dan nampak teratur. Cumanya nak bagitau traffic feed tak berapa digunakan. Mungkin Nisa boleh check stats kat blog atau di nuffnang terus. Lebih mudah dan pratikal. Sheila nak cadangkan Nisa letak widget about me, supaya senang orang nak cam Nisa bila blogwalking. hihi. Yang lain, just nice. Selamat berkenalan Nisa!

sheila shahfiekry

Blog Hakim ni ada dua. Dua-dua masuk dalam review ni. hehe. So jangan pelik ya kawan-kawan. hehe. First at all nak ucapkan terima kasih kat Hakim, sebab sudi masukkan dua blog beliau untuk direview. Nampaknya aku kena review untuk membaikpulih dua blog beliau. hehe. Besar cabaran ni >___<

Ada satu yang aku perasan, persamaan kedua blog Hakim. Dia memang rajin support giveaway atau segmen rakan blogger. No wonderlah blog archieve agak sama. Untuk baikpulih yang sheila sarankan, kurangkan ads dan backlinks. Contohnya ada di bawah entri. Kalau masih nak kekalkan kedua widget tersebut, gabungkan dalam tabber widget. Blog akan nampak lebih bersih lagi ringan. Orang pun tak serabut tengok banyak benda bawah entri. hehhee.

sheila shahfiekry

Blog Hakim yang kedua ni, warnanya putih. Agak berlainanan dengan blog pertama berbackground hitam. Blog ni lebih banyak widget digunakan. Jum sheila sarankan beberapa cadangan yang boleh menaiktarafkan blog Hakim.

Labels rasanya tak perlu nak letak di sidebar. Dua bloglist , Alexa, Flag Counter, Busuk.org dan Backlinks boleh digabungkan dalam tabber widget. Google + Followers dan blog archieve better di naikkan di bahagian atas sidebar. Manakala popular post diletakkan dalam sidebar kedudukan ketiga. Nuffnang pool and churp-churp boleh letak dibahagian bawah sekali sekiranya boleh. Lagi satu, Ads di bawah header agak banyak. Kalau dikurangkan sedikit, mungkin blog Hakim nampak lebih cantik tersusun dan ringan. hehe. Jangan marah ye Hakim, ini sekadar saranan ikhlas daripada sheila :)

sheila shahfiekry

Alamak berdebarnya nak review blog otai milik Hasrul Hassan ni. Siapa tak kenal beliau, maknanya baru hidup la kot dalam dunia blogger. hehehe. Terima kasih sudi support review sheila ni HH. Terharu kita. Sheila harap HH terima apa yang sheila akan kata dengan hati yang terbuka ya. Jangan kondem sheila pula lepas ni. kuikui ^____^

Terus terang cakap, blog HH cukup kemas dan terletak. Widget di sidebar banyak, tapi tak nampak serabut langsung. Boleh cuba gabungkan dalam bentuk tabber widget, lebih pratikal dan blog tak perlu di-scroll panjang ke bawah. Sheila rasa salah satu antara widget popular mingguan dan widget entri bergambar boleh diremove bagi memaksimakan widget disidebar. Sheila suka dengan penggunaan pages di bahagian footer blog. Semua info penting senang nak terjah. 

Yang lain bagi sheila, just nice. Sheila suka baca entri-entri yang HH update. Terkini dan penuh informasi. Semoga HH terus maju dalam bidang blogging dan kehidupan. Salam ukhwah daripada sheila (",)

sheila shahfiekry

Blog Eca kenapa tak boleh buka mula-mula? Huwaaaa pening kepala mencari jalan nak blogwalking blog ni. Mujur jumpa google+ eca.. Terus klik link entri eca. Boleh buka pula, pening haihh T___T

Sheila buat review ni, tapi eca dah siap edit semua blog dia. Tak payah nak bebel panjang lebar. Jimat masa menaip. Tapi serius sheila suka suka tengok header baru eca. Blog eca nampak fresh sangat tahun baru ni. Penggunaan widget yang minima memang menyenangkan loading blog eca. Eca rajin buat tutorial dan share resepi. Sesiapa yang rasa-rasa nak belajar masak, boleh singgah sini ye! Banyak resepi kuih-kuih dan tutorial blog. Silalah jenguk blog eca ya, hehe :)

1ST MINI GIVEAWAY 2014 BY SHAD

1st Mini Giveaway 2014 by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all. Hasrat Shad nak buat Giveaway 
untuk tahun 2014 ni akhirnya tercapai jugak. Jemput semua join ya.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah :

Power Bank x1
T-shirt x1
Novel x2
Long Necklace x1
Shawl x1
Bracelet x4
Ellips Hair Vitamin x2
Fridge Megnet x1
Top-up RM5 x10
Top-up RM10 x3

Lima peserta pertama dan terakhir dapat hadiah misteri!

Parcel Zalora Dah Sampai

Assalamualaikum...

Alhamdullilah syukur. Walaupun ini kali pertama shopping di Zalora, namun semuanya berjalan dengan lancar. Rabu beli, khamis petang dah sampai barang. Aku ada cerita shopping voucher di Zalora dalam entri sebelum ni. hehe. Ada seorang blogger yang komen, macam tahu-tahu je aku beli kasut colourfull ni. hihi. Saja action buh gambar baju, seluar, sandal. Nak bagi korang kerja meneka sikit. Mak kita datang rumah kita bawa parcel ni beserta lauk ikan patin masak lomak kesukaan suamiku. Mak kalau datang rumah, mesti bawa makanan. Tahu aje anaknya rindu nak rasa masakannya T____T Aku pakai alamat rumah mak, senang sikit posmen nak cari. Kalau bagi alamat rumah sendiri, dah ler kawasan kampung + pendalaman gila. Sesatlah posmen tu karang. Naya je. 


To be truth, aku tetap berjiwa remaja walaupun going to be umi soon. Suami pun tanya kenapa tak beli sandal? Aku jawab, i love this shoes. hihi. Simple as that. Aku memang jenis simple punya orang, tak suka pakai heels, rasa tak selamat dan melayang bila pakai. Al-maklumlah, kita ni tinggi. Kang tak balance, jatuh terduduk malu pula #__#

Voucher from astro : rm50
shoes price : rm49.90
postage : rm5

So, aku cuma keluarkan duit bayar postage rm5 sebab total pembelian aku kurang daripada rm75 untuk dapat free postage. hehe. Tak kisahlah, janji puas hati bermodalkan voucher. Saiz kasut ngam, aku amik saiz 8 sebab kaki aku besar + panjang + lebar. Muahahaa (",)

Shopping Voucher di Zalora

Assalamualaikum...

Last week aku tengok ramai kawan cerita pasal Zalora. Tu tak masuk adik aku sorang yang pergi event Zalora, si Zharif tu. Menang banyak voucher kot, tumpang gembira untuk kau dik. hehe. Aku terus la sign in for the first time, terus dapat voucher rm20. Minggu sebelumnya dapat voucher rm50 daripada Astro. Sebab subscribe bill via online.

Total voucher yang ada sekarang jadi rm70. Terus laju-laju usha semua item lawa yang ada kat Zalora tu. Ni antara yang memikat hatilah. Tergoda betul tengok kemeja labuh ni. haippp

rm 39 Laura Freda Blouse
ada warna coklat, hitam, oren dengan hijau ni (",)

rm 39 Laura Irine Plain Blouse
ada warna turqouise, ungu, kuning, pink, kelabu, biru, merah

rm 45 Tahirah Pants
ada warna kuning, merah, coklat, hijau, kelabu, ungu

rm 49.90 Quinn Plimsolls
ada warna hijau, ungu, merah

rm 49.99 Neria Sandals
ada warna ni aje

p/s : Dah beli, tunggu parcel sampai aku review ya (",)

Baju Baby Sangat Comel

Assalamualaikum...

Comel gila kan? Aku terpengaruh untuk usha-usha Nano Love Baby Store sebab ada senior sekolah beli online kat sini. Senior aku lagi power, walaupun ni anak ketiga dia. Dia punya meriah nak sambut anak cukup mengagumkan. Beli via online je, macam-macam dia order. Sekali parcel sampai rumah, gila puas hati sangat. A-Z semua lengkap dibelinya. Jimat masa weh. Jeles aku tengok ^____^

Tapi lepas aku belek album yang ada, dua gambar ni yang aku suka sangat. Mahal kan walaupun satu set camni? Aku belum beli pape untuk baby, aku tunggu dapat skodeng jantina dulu. Tak sabarnya umi nak tunggu bulan februari. Harap-haraplah baby bagi umi & baba nampak jantina dia. Mudah sikit nak mula shopping nanti. Cannot tahan kot member-member yang saing mengandung dah sakan beli barang.

Nano Love Baby Store
Romper, pants, bib &socks rm49 (size 6M & 9M)
p/s : macam mana agaknya perasaan bila dah tahu jantina baby? 

Review Blog 2.0 #Part 18

Assalamualaikum...

sheila shahfiekry

Bro Careno, antara blogger lelaki yang rajin datang singgah blog dan komen. Aku suka background dan template yang Sheda Ucu buatkan. Nampak blog tersangat maskulin dan kelelakian. hihi. Kau tengoklah header dia, ada gambar anak isteri. Sungguh kekeluargaan. Aku tunggu turn aku pula ubah header aku. hihi.

Tak banyak benda nak komen, blog dah teratur. Cumanya blog archieve better dibuat scroll box sebabnya bila bertambah banyak entri dipublish, makin panjang pula blog dibuatnya. hehehe. Penceritaan yang selalu Bro Careno guna universal. Kadang cerita anak dia, Akiff. Best juga baca kisah budak kecik sedang membesar. hehe. Bro, semoga terus maju dalam hidup dan aktif blogging ya. Jangan lupa singah selalu blog picisan sheila ni (",)

sheila shahfiekry

Kembar aku, Sheila Eiman. Suka sangat masuk blog dia. Pernah berkolaborasi dalam satu giveaway dia. hehe. I jadi sponsor topup je pun. hihi. Header dia comel sangat, rasa nak buat camtu je. Blog dia juga ada menyediakan pelbagai tips seperti tips untuk blogger, tips keilmuan, tips cinta, tips sahabat dan lain-lain.

Tak banyak benda nak komen, adik Sheila ni pandai design blog dia. Cuma boleh disarankan untuk gabungkan beberapa widget kepada tabber. Blog mungkin akan nampak lebih unik dan menarik. Korang semua sudi-sudi jenguk blog kembar aku ni ya :)

sheila shahfiekry

Seorang lagi cikgu yang aku kenal, CN. CN sangat peramah, tak pernah tak balas blogwalking aku. hihi. Sheila suka sangat penggunaan pages. Semua yang CN bubuh, penting dan senang nak dicari dan dibaca. 

Background merah, memang cukup menambah perisa dalam blog. Nampak berani sangat. Biasanya wanita kan suka warna lembut-lembut. So macam satu keunikan tersendiri pada blog CN. Macam biasa, blog dah cukup cantik dan kemas, tapi kalau boleh kurangkan widget di sidebar? Jenuh gak nak scroll hingga ke bawah. Cuba gabungkan bloglist, blog archieve, top komentator dalam tabber widget. Yang lain semua awesome. Korang semua, rugi tak berkenalan dengan cikgu norazimah :)

sheila shahfiekry

Blog Nyssa ni first time singgah. Memang cantik dan aku suka sangat template dan background yang digunakannya. Simple gila, memang takda benda nak komen pun. Suka dengan penceritaan yang sempoi tu. Tapi aku tengok nyssa ni macam dah lama je tak berblogging, last entri pada 15 Oktober 2013.

Apapepun, nak ajak korang semua terjah-terjah la nyssa ye. Mana tahu lepas ni nyssa muncul semula dan berblogging. Boleh korang berbalas blogwalking. And nyssa, maafkan sheila ye sebab lambat sangat buat review ni. Entah nyssa baca ke tidak review ni. sobb sobbb sobbbb T____T

sheila shahfiekry

Antara blogger yang rajin dan sporting balas komen dengan aku. Memang cukup warrior! hehe. Seorang guru muda yang cukup aktif berblogging, dan berfacebook. hihi. Sheila suka sangat template yang muja guna ni. Nampak lebih tersusun dan efisen (dieja dengan betul ke?) Sesuai dengan pekerjaan muja sebagai guru professional.

Agak pelik sheila tengok header muja, ingatkan betul-betul header. Rupanya gambar berlink entri ekk. Dibahagian sidebar muja pun nampak lebih sedikit sebabnya muja dah alihkan sedikit sebanyak dipages bawah header. Mungkin widget about me boleh dialihkan ke tepi sidebar. Button fanpage bawah entri tu rasanya tak perlu kot. Muja dah letak benda yang sama kat sidebar. Overall, sheila taknak banyak komen. Sheila harap muja terus berblogging dengan semangat yang berkobar-kobar. hehe. Korang, jum follow muja yang hot ni (",)

Pregnancy Stages

Assalamualaikum...

credit to link

Alhamdullilah, alahan dah beransur hilang, perut pula dah maju kedepan. Seluar baju semua banyak tak muat dah. Kaki tak bengkak lagi, dan malam baby sangat aktif bergerak dan menendang! Suka betul ajak umi dia berborak ye (",)

Review Blog 2.0 #Part 17

Assalamualaikum...

sheila shahfiekry

Acik Alyn yang mempunyai seorang anak. Background purple memang menarik hati ditambah pula header yang penuh keceriaan dan kekeluargaan. Ahh seronok sheila pandang header tu.

Blog menarik, ada penggunaan tabber widget seperti yang selalu sheila syorkan rakan blogger untuk buat. hehe. Sheila suggest about me dan followers diletakkan dibahagian atas nuffnang. Gambar anak boleh dibuat slideshow bagi menambahkan keceriaan dalam blog. Label isi perut rasanya tak perlu kot. Blog archieve kan sama kegunaanya. Apa yang sheila sarankan ni, hanya untuk meringankan blog dan buat blog nampak kemas tapi padat dengan infomasi. hihi. Apapepun, sheila harap akak terus berblogging ya. Selamat berkenalan (",)

sheila shahfiekry

Blog adik Hidayah Salim ni comel je. First time singgah blog dia. Tak sangka nama ayah sama. hehe. Kita panggil Yaya je boleh kan? kan? Tengok gambar rasa cam muda lagi Yaya ni. Comel je tengok header dia. Penulisan Yaya di entri jua, menambat hati akak +____+

Cumanya warna font perlu digelapkan sedikit, akak tak berapa nak nampak bacaan di blog. hihi. Akak rabun jauh, maaf ye. Tak banyak benda nak komen kat blog adik sebabnya blog dah diedit secantik dan seringkasnya. Salam perkenalan daripada akak, semoga Yaya terus maju dalam kehidupan dan berblogging dengan sukses ya. Jum berkenalan dengan dia?

sheila shahfiekry

Blog ni khas untuk contest. So taktahu nak komen camne. hihi. Yang bagusnya, blog contest camni khas akan support segala giveaway mahupun segmen rakan blogger lain. Aku rasa mesti blog ni pernah dapat banyak hadiah kan? Teringat dulu aku rajin join contest, boleh dikatakan murah rezeki selalu terima hadiah yang tak disangka-sangkakan. hihihi ;p

Nak bagi pendapat sikit tentang widget. Walaupun ini blog contest, tetap juga kita perlu jaga penampilannya supaya orang datang berblogwalking tertarik hati nak terus follow blog ni. Ye dok? Widget followers, blog archieve sila letak dibahagian atas supaya orang senang nak berkenalan dengan tuan blog. Popular posts tu awak boleh cuba ubah jadikan yang berwarna warni. Contoh boleh tengok dekat link ni. Yang lain okey je. Sheila doakan semoga awak murah rezeki, selalu menang hadiah segmen/giveaway ya :)

sheila shahfiekry

Kak Ida, seorang blogger yang aku anggap macam kakak. Alhamdullilah, sekarang kami kongsi satu perasaan bahagia yang sama. Syukur Ya Allah, bakal anak kami akan lahir pada tahun yang sama. Yahoooo! Makin rapatlah kami nanti, kalau dapat jumpa kan best :)

Pasal blog, rasanya bloglist boleh gabungkan dalam tabber widget bersama dengan traffic dan blog archieve. Nampak panjang sangat blog untuk discroll.. Label bawah blog boleh diremove kalau nak maksimumkan penggunaan widget. Yang lain bagi sheila, just nice. Suka berkawan dan berbalas blogwalking dengan Kak Ida. Semoga kita berada dalam kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan sepanjang mengandung dan bersalin. In shaa Allah (",)

sheila shahfiekry

Farihan, selamat berkenalan! hehe. First time singgah sini. Comel ayat yang digunakan Farihan di bahagian headernya. Muka Farihan ada iras dengan blogger Maria Menado. hehehe.

Widget "wallpaper" tu memang kosong ke? Kalau ya, baik dibuang. About me dengan followers baik diletakkan dibahagian sidebar. Biar senang orang nak kenal tuan blog dan follow blog. Gambar di dalam entri, sila kecilkan semasa buat entri. Saya tengok gambar di entri sampai makan space sidebar. heheeee. Ada beberapa widget boleh digabungkan seperti busuk.org, si stalker, gambar, dan juga tetamu jemputan. Iklan nuffnang dekat atas header dengan tepi sidebar bukan iklan yang sama ke? Memang perlu dibuat 2 iklan, atau boleh dijadikan satu sahaja? 

p/s : Diharap ramai orang sudi jenguk blog-blog yang aku dah buat review ni. Ada banyak gambar header blog di dalam review yang sebelum ni telah dibuang tanpa sedar di bahagian google. Tak dapat nak masukkan balik. Harap kalian halalkan ye T_____T'

Tommee Tippie Giveaway

Assalamualaikum...

Semua mummy-to-be, please baca entri ni. Nak bagitahu kat instagram BabiesMall ada buat giveaway tommee tippie di instagram! Bukan dekat blog mahupun facebook ya. Rugi gila kalau tak join! Aku dah selamat joined semalam. Baru start semalam ni. hahhaa (^________^)


" Oleh kerana ada yang request buat tommee tippie punya giveaway, here is our giveaway. 1st giveaway hadiah dapat kat sorang. Second ada 2 pemenang so 3rd akan ada 3 pemenang lah kan

Syarat2 senang saje. Just repost this picture in your instagram and quote " I want (colour of the bottle of ur choice) @babiesmall! Pastu hastag #babiesmallgiveaway. Simple je kan. And remember, posting more than 1 entry will make your entry invalid :)

Tarikh akhir penyertaan : 31hb Jan 2014. Cepat!!! #babiesmallgiveaway "

p/s : Dah berkobar-kobar nak join juga? Jum follow instagram : Babies Small

Review Blog 2.0 #Part 16

Assalamualaikum...

sheila shahfiekry

Yana ni salah seorang blogger yang rapat dengan aku. Blog beliau ada menyediakan tips, tutorial dan juga merupakan seorang blogger yang kreatif sebabnya Yana ada jual felt craft. Semuanya cantik-cantik dan murah je. Boleh terjah kat fb Nazlyizan Creation

Background dengan header memang comel. Yang tak berapa cuma widget dekat blog. Jum sheila reveal satu-satu ya. Hope yana tak marah sheila tauu. Labels tu rasanya tak perlu letak. Yana boleh gabungkan widget popular posts, blog archieve, bloglist, referer dan busuk.org kepada tabber widget. Blog akan nampak lebih teratur dan senang blogger nak klik mana yang patut. Yang lain, dah ok. Itu je yang boleh sheila komen sikit. Yana, teruskan berblogging aktif ya! Semoga ukhwah terjalin berpanjangan dan dapat berjumpa, in shaa Allah (",)

sheila shahfiekry

Blog ni dah tak aktif, so aku cari dekat google jumpa lagi satu link. Rasanya owner dia orang yang sama kot : http://www.aynorablogs.com/. Betul tak Aynora? Sebenarnya first time jejak kaki blog ni. Boleh nampak daripada pages ada memberikan tips, petua, resepi, tips kerjaya, himpunan doa dan tazkirah. Memang menarik kalau dibaca semuanya.

Blog nampak sedikit serabut dengan widget-widget yang ada berterabur di atas entri dan di bahagian sidebar. Sheila nak cadangkan ads by nuffnang diletakkan dibawah entri. Artikel menarik minggu ini dengan artikel paling hot boleh digabungkan dalam tabber widget bersama dengan bloglist, blog archieve supaya nampak lebih kemas. Sebabnya dekat bahagian bawah entri awak ada buh widget follower, g+, fanpage dengan about me. Terlalu banyak widget jadi tak kemas sebenarnya. Ini pada pandangan sheila. Kalau awak taknak repair, takda masalah. Hak awak. hihi. Bahagian pages memang cukup menarik, apa yang perlu dicari oleh blogger boleh terus klik disitu tanpa bersusah payah nak search older post. Btw selamat berkenalan ya >_________<

sheila shahfiekry

Hunny ni rapat dengan aku, bermulanya kerana kereta. Beliau juga boleh dikatakan famous kerana kereta Kuresya yang selalu menang hadiah contest kereta dan sering mendapat tempahan untuk digunakan dalam wedding photoshoot. Kuresya dia warna pink dan beliau sangat gilakan barang Hello Kitty. Tak percaya? Cuba terjah blog dia. hehhee.

Template yang awak guna, terlalu banyak widget. Apa kata awak cuba reduce widget yang tak diperlukan, contohnya widget kat sidebar sama dengan yang awak dah letak kat bahagian pages bawah header. Awak jimatkan sidebar, so blogger yang datang blogwalking akan senang nak baca dan klik mana yang patut. Mana yang boleh awak gabungkan kepada tabber widget dan buat scroll box pun menarik juga. Blog yang simple ni unik sebenarnya. Tak memerlukan masa yang lama untuk dapatkan pengunjung setia. Trust me dear. hihi :)

sheila shahfiekry

Seorang blogger yang menggunakan nama samaran Memmet Lenggeng. Nama sebenarnya tidaklah daku ketahui. hihi. Boleh check dekat pages ada folder khas untuk pengalaman bercuti dan lawatan yang pernah beliau pergi.

Background blog dah cukup menarik ditambah dengan header yang buat hati rasa tenang melihatnya. ML, sheila nak kupaskan sedikit sebanyak mengenai widget di bahagian sidebar. Bloglist dan blog archieve boleh diubahkan dalam bentul scroll box supaya blog jadi lebih pendek tapi padat dengan infomasi. Life traffic feed rasanya tak berapa diperlukan kerana stats boleh dibaca di nuffnang kan? About me dan followers boleh diletakkan dibahagian atas segala widget agar memudahkan orang mengenali dan cam owner serta tekan button follow dengan mudah. Widget search harus diletakkan dibahagian atas, senang orang nak cari previous entri. Widget Translate dengan facebook share boleh digabungkan dengan widget lain dalam bentuk tabber widget. Boleh refer di sidebar sheila. Ada sebarang pertanyaan, boleh tanya sheila direct ke email ya. hihi. Jangan marah naa kak :)

sheila shahfiekry

Sweetie merupakan seorang ibu dan blogger yang rajin berblogwalking. Suka tengok entri masakan beliau. Dessert yang mengiurkan tekak ibu mengandung. Entri-entri yang dihasilkan berkisar tentang masakan dan life. Penceritaannya sempoi. I love to read it kak sweetie :)

Blog dah cukup simple, tapi ada juga nak disarankan. hehe. Blog archieve, bloglist dan widget sweeten sheila rasa akak sweetie buat scroll box mungkin nampak lebih pendek dan menarik. Gambar dessert tu, kak sweetie buat slideshow. Fuhh mesti awesome! Live Traffic Feed rasanya tak berapa nak digunakan kot. Kak sweetie boleh check stats dekat nuffnang kan? Yang lain semua comel dah. Teruskan berblogging kak sweetie, thanks kerana sudi rajin datang blogwalking blog sheila (",)

Shield Bagpack - Tolong Pilihkan?

Assalamualaikum...

Semenjak kandungan semakin membesar, makin kerap pula mata ni usha pages baby stuff. The most yang aku suka dan usha setiap hari kat fb dengan instagram : Marissa Shoppe. Aku memang suka gila tengok cara dia deal dengan customer. Alhamdullilah, belum pernah dengar bad thing pasal online shop ni.

marissa shoppe

Benda pertama yang aku survey, bag untuk isi barang baby. Kat bawah ni ada 2 jenis backpack yang lain size dan harga berlainan. Yang murah ni nampak macam kecik sikit kan? Yang besar ni macam awesome, boleh letak banyak benda. Tak kisahlah berat ke tidak, itu belakang cerita. Tapi nak tanya kengkawan juga, biasanya korang beli bagpack brand apa ye?

Boleh tak tolong komen korang rasa better beli yang mana satu? 

marissa shoppe

Price not included postage.. 
instagram : http://instagram.com/marissa_shoppe
whatsapp for fast reply : 017-3555 820 
call : 03-5545 4165
alamat : No. 7A, Tingkat 1, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
Seksyen 20, Shah Alam (atas Speed Mart)
operasi : 10 am - 06 pm
email : marissa.shoppe11@gmail.com

Review Blog 2.0 #Part 15

Assalamualaikum...

sheila shahfiekry

Blogger yang banyak beri link download segala drama hot. hehe. IN juga sering berbalas blogwalking dengan aku. Sampai sekarang taktahu profile sebenar IN. hihi. Aku anggap dia perempuan je berdasarkan instinct aku. hihi. Blog ni ada menyediakan tutorial blog dan download item. Mostly drama adaptasi novel yang hot kat tv3. Sila terjah ye.

Tak banyak yang boleh aku komen sangat tentang template dia. Blog tu dah diedit secantiknya. Suka pula tengok template dia. Kemas dan teratur. Yang lain bagi aku, just nice. Korang jangan lupa terjah blog ni yaaa :)

sheila shahfiekry

Mempunyai tema "blog yang tak berapa nak luar biasa" memang cukup sempoi dan cool bagi aku. hihi. Juga ada menyediakan tutorial blog, sila terjah ye. Sudah mempunyai isteri dan seorang anak yang comel. Sila jangan ngorat beliau lagi. hihi +_____+'

Template blog menarik tapi agak padat. Nak cadangkan supaya buat tabber widget dan cantumkan beberapa widget di sidebar untuk mempercepatkan loading blog. Widget "entri terbaik minggu ini" sebenarnya sama fungsinya dengan blog archieve. Bagi sheila tak perlu kot nak perbanyakkan widget yang sama fungsinya. Biar blog nampak simple tapi menarik hati. Sheila suka baca entri-entri di blog. Keep it up bro :)

sheila shahfiekry

Tak sangka, Zam ni merupakan seorang guru. hehe. Dah bertambah kawan blogger yang merupakan seorang guru *bangga*... Seorang yang rajin update blog, rasa kagum gak sebab cikgu kan biasanya busy. Maybe Zam seorang yang pandai mengaturkan masanya. Header blog cantik dan simple. Haa nak bagitau sket, muka Zam seiras dengan abang ipar sheila. hihi ;p

Macam biasa, widget di sidebar agak banyak. Sheila syorkan penggunaan tabber widget untuk mengurangkan masa loading blog. Tabber widget juga dapat membantu mencantikkan sidebar dan agak mudah rakan blogger nak klik apa yang mereka nampak daripada scroll ke bawah yang agak panjang. Maknanya kita membantu para blogger yang sedang blogwalking menjimatkan masa mereka. Tak gitu? hihi.

sheila shahfiekry

Blog yang aku suka blogwalking. Kenit ni suka makan cendol rasanya, tengok dekat header siap ada gambar makan cendol. hihi. Background blog memang cukup cantik dan menarik. Header tu kalau kasi kecik sikit mesti lagi comel tau kenit. Sheila paling suka dengan nama link kenit! (",)

Sheila nak cadangkan bloglist kenit buat dalam scroll box. Nampak kemas sikit. Widget "networkedblog"  dan "traffic" macam dah takda kepentingan je. Mungkin boleh delete kot. Ranking blog, widget terbaik di busuk.org, bloggerisme, jom borak boleh disatukan dalam tabber widget. Widget yang banyak dekat sidebar buat blog nampak sarat. Jum ringankan blog dan cantikkan mata memandang. hihi. Ini pendapat sheila, kalau kenit taksuka dan tak mahu tukar. Tak mengapa tau >___<

sheila shahfiekry

Antara blogger yang pernah aku jumpa masa event iftar bersama blogger. Haritu baru je dapat hadiah sebab tersenarai jadi top komentator di blognya. Terharu gila dapat hadiah banyak. hihi. Thank you DN ya. DN sering kali pergi event blogger, kalau korang baca diblog DN ada food review, movie review, hotel review dan juga travelog negara yang pernah DN jejak kaki.

Aku cukup suka dengan template dan background yang DN guna. Rasa harmoni je bila jejak sini. Aku suka penggunaan tabber widget bagi mengehadkan widget di sidebar. Takda apa nak dikomennya sheila. Blog DN dah cukup cantik. Sheila nak ajak kawan-kawan datang singgah blog DN, baca travelog beliau. Mana tahu, suatu hari nanti korang nak melawat negara tu. Boleh cedok ilmu dan cari tempat yang menarik yang pernah DN pergi. hihi. DN, teruskan berblogging ya *_____*

Pakej Chocolate Fountain Murah 2014

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul buat semua sahabat blogger yang beragama Islam. Sihat ke semua orang? Mesti korang cuti-cuti kat rumah kan? Pagi tadi aku kerja. hahaha. Hari ni nak share dengan korang benda yang mesti ada kat kenduri kawin, majlis pertunangan, aqiqah, bridal shower, jamuan hari raya, korporat event iaitu chocolate fountain! Heeee! Semakin mendapat tempat di hati budak, mak ayah budak dan segenap lapisan umur. Siapa yang suka coklat sangat-sangat, baik mengaku cepat! Ada banyak promosi khas daripada Eida Baharum sempena bulan ulangtahun pernikahan yang ke-4 bersama suaminya, Andi.
Eida Baharum

Pakej coklat fountain daripada Eida yang tak berubah lagi harganya. Masih murah bagi aku. Hee. Tak tahu la kat tempat lain, dapat lagi tak harga camni sedangkan tahun baru ni semua benda naik harga mencanak-canak. Huwaaa T___T

Eida Baharum

Ingat nak sambut anniversary dengan coklat fountain ni, tapi nampaknya tarikh tu dah termasuk dalam bulan berpantang, maka aku kena cari tarikh lain. Mungkin sambut birthday suami aku ke? hehe. Macam bernas kan. Agak-agak larat tak kitorang nak habiskan coklat 1 kg tu? hahahaha. Kalau on, aku pun nak booking awal-awal dengan Eidaaaaa. Nak makan puas-puas sebelum bersalin ^____^

Pakei Mini Coklat Fountain 20 pax ke bawah RM50
Eida Baharum

Jimat sangat kalau korang booking mulai bulan ni. Sampai 5 pakej yang Eida sediakan khas untuk korang-korang yang tergilakan coklat macam aku ni. Untuk pengetahuan korang semua, harga yang Eida dah mention kat dalam gambar semuanya lepas diskaun ya!

***Keistimewaan untuk bulan ni : boleh tempah untuk 12 bulan akan datang dengan harga lebih murah dan yakni jimat gila dengan syarat book tarikh awal dan bayar 50% deposit pada bulan Januari ni sahaja ya***

Eida Baharum

Jom baca setiap pakej yang semestinya ada kelainan dari segi harga dan apa yang korang dapat melalui gambar-gambar yang ada ni :-

 1) Pakej Kasih 50 pax RM250
Eida Baharum
pakei yang sesuai untuk buat makan-makan kat rumah,
 jemput bestie datang chit chat ke

 2) Pakej Rindu 50 - 150 pax RM450
Eida Baharum
pakej yang sesuai untuk majlis aqiqah & jambul,
majlis hari jadi dan rumah terbuka

3) Pakej Sayang 150 - 300 pax RM600
Eida Baharum
ni paling sesuai untuk semua majlis, tapi ikut bajet tuan rumah la

4) Pakej Cinta 300-600 pax RM900
Eida Baharum
pakej baik punya bajet untuk majlis pernikahan yang simple

5) Pakej Raja Sehari 600 pax keatas RM1400
Eida Baharum
pakej untuk pernikahan yang super grand.
confirm semua tetamu dapat merasa coklat :)

Ada juga servis lain yang Eida sediakan. Nak tambah pembantu boleh, nak add on cucuk buah atau marsmallow atau nak minta Eida delivery dan amik mesin ke pintu rumah pun no hal punya. Semuanya ada cas yang Eida dah mention kat gambar bawah ni. Jangan korang tak ingat atau buat-buat lupa ya ;p

Eida Baharum

Eida dah start bisnes ni daripada tahun 2012 lagi, kalau korang refer kat blog coklat fountain boleh nampaklah nama pelanggan Eida dan tarikhnya sekali. In shaa Allah, Eida update event-event yang guna servis dia kat blog dengan fanpage coklat fountain. Tak perlu risau atau was-was. Eida ni rakan blogger yang dah banyak kali jumpa dan outing sesama dengan aku. Boleh refer la percutian kami ke USS dan Krabi tahun lepas >________<

Sedikit gambar yang pernah Eida amik semasa berbisnes ni. Korang nak minta dia deko meja khas untuk letak coklat fountain pun boleh rasanya. Kena tanya Eida sendiri ya. Eida ni rajin layan soalan-soalan orang, hihi

Eida Baharum

Eida Baharum

Eida Baharum

Berita baik buat orang yang tinggal di Ipoh, Perak! Tempahan turut diterima, ada agen terlantik Eida di sana. Berminat nak booking untuk slot coklat fountain untuk majlis korang? Details Eida complete kat bawah. Cepat booking ya :-

Fast reply sms/call/whatsapp : 012-2334792 Eida Baharum
Email : sheloveschocolate29@gmail.com / iedand23@gmail.com