Pakej Chocolate Fountain Murah 2014 | norsheilasalleh.blogspot.com

Pakej Chocolate Fountain Murah 2014

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul buat semua sahabat blogger yang beragama Islam. Sihat ke semua orang? Mesti korang cuti-cuti kat rumah kan? Pagi tadi aku kerja. hahaha. Hari ni nak share dengan korang benda yang mesti ada kat kenduri kawin, majlis pertunangan, aqiqah, bridal shower, jamuan hari raya, korporat event iaitu chocolate fountain! Heeee! Semakin mendapat tempat di hati budak, mak ayah budak dan segenap lapisan umur. Siapa yang suka coklat sangat-sangat, baik mengaku cepat! Ada banyak promosi khas daripada Eida Baharum sempena bulan ulangtahun pernikahan yang ke-4 bersama suaminya, Andi.
Eida Baharum

Pakej coklat fountain daripada Eida yang tak berubah lagi harganya. Masih murah bagi aku. Hee. Tak tahu la kat tempat lain, dapat lagi tak harga camni sedangkan tahun baru ni semua benda naik harga mencanak-canak. Huwaaa T___T

Eida Baharum

Ingat nak sambut anniversary dengan coklat fountain ni, tapi nampaknya tarikh tu dah termasuk dalam bulan berpantang, maka aku kena cari tarikh lain. Mungkin sambut birthday suami aku ke? hehe. Macam bernas kan. Agak-agak larat tak kitorang nak habiskan coklat 1 kg tu? hahahaha. Kalau on, aku pun nak booking awal-awal dengan Eidaaaaa. Nak makan puas-puas sebelum bersalin ^____^

Pakei Mini Coklat Fountain 20 pax ke bawah RM50
Eida Baharum

Jimat sangat kalau korang booking mulai bulan ni. Sampai 5 pakej yang Eida sediakan khas untuk korang-korang yang tergilakan coklat macam aku ni. Untuk pengetahuan korang semua, harga yang Eida dah mention kat dalam gambar semuanya lepas diskaun ya!

***Keistimewaan untuk bulan ni : boleh tempah untuk 12 bulan akan datang dengan harga lebih murah dan yakni jimat gila dengan syarat book tarikh awal dan bayar 50% deposit pada bulan Januari ni sahaja ya***

Eida Baharum

Jom baca setiap pakej yang semestinya ada kelainan dari segi harga dan apa yang korang dapat melalui gambar-gambar yang ada ni :-

 1) Pakej Kasih 50 pax RM250
Eida Baharum
pakei yang sesuai untuk buat makan-makan kat rumah,
 jemput bestie datang chit chat ke

 2) Pakej Rindu 50 - 150 pax RM450
Eida Baharum
pakej yang sesuai untuk majlis aqiqah & jambul,
majlis hari jadi dan rumah terbuka

3) Pakej Sayang 150 - 300 pax RM600
Eida Baharum
ni paling sesuai untuk semua majlis, tapi ikut bajet tuan rumah la

4) Pakej Cinta 300-600 pax RM900
Eida Baharum
pakej baik punya bajet untuk majlis pernikahan yang simple

5) Pakej Raja Sehari 600 pax keatas RM1400
Eida Baharum
pakej untuk pernikahan yang super grand.
confirm semua tetamu dapat merasa coklat :)

Ada juga servis lain yang Eida sediakan. Nak tambah pembantu boleh, nak add on cucuk buah atau marsmallow atau nak minta Eida delivery dan amik mesin ke pintu rumah pun no hal punya. Semuanya ada cas yang Eida dah mention kat gambar bawah ni. Jangan korang tak ingat atau buat-buat lupa ya ;p

Eida Baharum

Eida dah start bisnes ni daripada tahun 2012 lagi, kalau korang refer kat blog coklat fountain boleh nampaklah nama pelanggan Eida dan tarikhnya sekali. In shaa Allah, Eida update event-event yang guna servis dia kat blog dengan fanpage coklat fountain. Tak perlu risau atau was-was. Eida ni rakan blogger yang dah banyak kali jumpa dan outing sesama dengan aku. Boleh refer la percutian kami ke USS dan Krabi tahun lepas >________<

Sedikit gambar yang pernah Eida amik semasa berbisnes ni. Korang nak minta dia deko meja khas untuk letak coklat fountain pun boleh rasanya. Kena tanya Eida sendiri ya. Eida ni rajin layan soalan-soalan orang, hihi

Eida Baharum

Eida Baharum

Eida Baharum

Berita baik buat orang yang tinggal di Ipoh, Perak! Tempahan turut diterima, ada agen terlantik Eida di sana. Berminat nak booking untuk slot coklat fountain untuk majlis korang? Details Eida complete kat bawah. Cepat booking ya :-

Fast reply sms/call/whatsapp : 012-2334792 Eida Baharum
Email : sheloveschocolate29@gmail.com / iedand23@gmail.com

16 comments

January 14, 2014 at 6:36 PM

sedapnye..meh sini yumida tolong habiskan..sekali ngap je...so yummy

January 14, 2014 at 6:42 PM

wah.. meriahnya... cantik,

January 14, 2014 at 7:10 PM

mcd BTHO? dekat umah nina nieee. hehe

January 14, 2014 at 10:31 PM

Macam sedap ja. Hehe

January 15, 2014 at 1:06 PM

yeyyy PC suka makan coklat..***angkat tangan sambil kelip kelip mata nih..hehe..nice sharing..insyaAllah oneday nak try juga..

January 15, 2014 at 1:26 PM

Assalamualaikum sheila..memg murahkan...tersangatttt murah

January 15, 2014 at 2:44 PM

Assalam...

Wah sedapnyer...meriah dengan coklat...pakej boleh tahan....

Salam Maulidur Rasul...

January 15, 2014 at 4:18 PM

Akak dah selalu makan benda nie..hehehe

January 15, 2014 at 4:37 PM

tak pernah tgk dekat ler benda ni..sll tgk gambar je..hihi

January 15, 2014 at 4:55 PM

wahhhh... sedapnya
cuma sayang momoy dah lama pantang mam coklat

January 15, 2014 at 7:18 PM

salam maulidur rasul..insyallah nanti sy forward entry nie jika ada yang berminat...

Regards,
-Strider-

January 16, 2014 at 8:23 AM

memang murah ni..sedapnya lah..thanks share sheila..tapi jauh pulak perak tu.

January 16, 2014 at 10:17 AM

cantiknye deco.. confirm2 mmg sedap..

January 16, 2014 at 3:35 PM

meleleh2 tgk coklat tue ... sambil lap air liur ... hehehhh yummy

January 16, 2014 at 5:50 PM


Silahkan singgah di WEB kita kakak :-)
buat anak-anak kakak yang mau belajar

https://play.google.com/store/apps/developer?id=Kastari+Sentra+Media.+PT

January 18, 2014 at 9:34 PM

nina xtau pulak pasal pakej ni.. kt png xda lg rumah kenduri ada benda ni. hehe. nampak sedapp laa :)

Post a Comment