norsheilasalleh.blogspot.com: May 2014

My False Labour Experienced

Assalamualaikum...
Currently on 39 weeks (^__^)
Berdebor yang amat. Braxton Hicks atau lebih dikenali sebagai small contractions semakin kerap sampai aku cuak yang amat. kahkahkah. Thank you mommy to be yang sudi beri panduan dan nasihat untuk pergi hospital buat check up. I'll take those advised really badly ;p
Hari selasa pagi tu ada weekly check up, suami teman kita. Dan check up kali ni aku dapat nombor giliran paling lambat iaitu 76. Normally dapat nombor between 30-50 la. Disebabkan minggu sebelum ni ada public holiday pada hari selasa, semua bantai datang pada minggu berikutnya. Klinik penuh dengan mommy to be dan baby-baby untuk check up. Fuhhh! Mencabar seh tunggu giliran dipanggil. Everything is normal to me and baby. Syukur alhamdullilah.
Nak dijadikan cerita, petangnya aku masak nasi goreng daging untuk suami. Katanya dah lama tak merasa masakan kita. Sejak mak mertua mai KL awal bulan Mei sampai sekarang ni, akak ipar yang dok masak setiap hari untuk kami. Aku dah tak larat nak berdiri lama-lama. hihi.. Tapi ku gagahi jua masak demi suami tercinta. Cehcehhh.... Siap makan petang, beriadah dengan suami sambil potong rimbunan serai yang dah lama tak diberi perhatian. Memang seronok riadah petang tu, terbongkok-bongkok badan suami isteri adjust potongan rimbunan serai depan rumah. Lega sikit, longkang dan serai nampak kemas teratur (>__<)
sheila shahfiekry
gambar selingan beriadah ;p
sheila shahfiekry
Aku start sakit pinggang lepas beriadah, jam 7 malam mula perasan baby mengeras secara kerap iaitu 5 minit sekali. Sejam aku monitor pergerakan baby. Jadi cuak sikit lepas aku update status kat group mom to be. Ramai bagi feedback, ramai yang whatsapp dan wechat kat aku bagi pesanan dan nasihat. Bertambah la kuat rasa nak pergi hospital malam tu. Sambil tu sempatlah aku dan suami jalan-jalan kat kawasan perumahan. Sampai ke kedai jalannya, konon nak cepatkan bukaan Y__Y
Lepas Isyak, bawa mak mertua sekali teman pergi hospital. Register nama dan sign surat menunggu katil kosong samada 24 / 48 jam. Pasrah tau. Tunggu seorang diri kat dalam wad bersalin. Hoii debor gila jadinya bila masa kat ruangan menunggu tu. Macam-macam jenis kes ada... I mean, ada yang menunggu masa nak bersalin, ada yang tengah leaking ketuban, ada yang 33 weeks dah leaking awal. Masa CTG (check ritma jantung baby), rasa lega sikit sebab dapat dengar dengutan jantung baby dalam 1/2 jam. Ohh ye, better siap-siap pakai kain batik next time kalau nak pergi hospital. Selalunya tak cukup kain kat sana tau. Macam aku first time masuk hospital, memang bawa beg semua dalam kereta. Masa tu suami hantar mak mertua balik rumah. Aku terpaksa tunggu 1/2jam jugalah sebelum dapat kain batik dan masuk bilik CTG.
Kemudian, menunggu giliran untuk check bukaan pula. Sebelum tu sister scan perut, amik ukuran kepala baby, tulang paha baby, tulang belakang baby, air ketuban. Seluk untuk check bukaan tu, agak sentap dan terkejut untuk first timer macam aku ni. Mujur tak terjerit sebab tengah bernafas dengan rileks. Sister sahkan belum ada bukaan. Alhamdullilah. Even kami suami isteri tak sabar jumpa baby, kami redha belum tiba masanya lagi. hihi... Balik rumah jam 1.19am (*_*)

Senarai Baby Shop Yang Dipercayai

Assalamualaikum...
Tergerak hati nak buat entri ni. Kot lah, mommy kat luar sana teringin nak beli barang baby yang murah dan dipercayai. Sebabnya, awal pregnant dulu aku sendiri blur dan confius nak beli barang baby yang berpatutan kat website atau facebook mana. Aku jenis susah nak percaya kat online shop. So kat bawah ni aku list down tempat yang aku dah purchased ya. Kiranya semua ni boleh dipercayai melalui pengalaman aku tanya harga, feedback cepat dan barang sampai dengan selamatnya. hihi. Lengkap juga umi + baby checklist. diharap dapat bantu korang bijak berbelanja, jangan jadi macam aku. semua benda nak beli. hehehe (",)
1) first time shopping barang baby (SmartKids Mart, Kluang, Johor)
*legging 4 helai RM20 (Ezmaliza Ezrik) di Expo Baby Mid Valley
*baju new born 1 helai RM16
*rompers 4 helai RM27.60
*sock 3 pasang RM6.90
*barut 2 helai RM5.90

2) shopping di marissa shoppe (Shah Alam)
*Bagpack warna hitam (free changing mat kecik) = RM89
*Nappy rash cream brand Pureen = RM8.20
*Wet wipes brand Anakku (botol sekali dengan refill pack) = RM19.90
*Milk storage  brand Malish (disposable) = RM10
*Detergent brand Pureen = RM18.90
*Nasal block nose brand Pureen = RM4.50
*Rubbercotsheet (waterproof) = RM19.90
*Tungku baby = RM10
*Set mandian baby brand Pureen = RM15
*Sapu tangan = RM18
*Bunjut mandian herba (untuk aku) = RM12

3) butik fiffy sg buloh
*baju new born (hijau) =RM11.90
*baju new born (coklat) =RM11.90
*baju new born (putih+seluar panjang) = RM14.31
*baju new born (putih+seluar pendek) = RM14.31
*mitten & booties (2 set) = RM6.21 (kali dua sebab 2 pasang)
*baby bib = RM4.95
*cotton bud = RM3.15
*tuala mandi (2 helai) = RM11.90

*long sleeves rompers 5 in 1 RM30 not include postage (RM6) qaisara baby worlds
*knitted owl hat RM18 not include postage Nana IslamioParadise
*toileteries Pigeon RM15 not include postage Nana IslamioParadise

*romper Liverpool RM25
*tight with sock 4 in 1 RM28

*electric breastpump RM229 include postage dari Pump On The Go

*storage bottle 30pcs RM90 include postage dari E-MumShop

*combo murah RM145, drying rack RM29 dari E-MumShop

*set berpantang luaran RM147 not include postage (RM10) dari Anugerah
*set berpantang dalaman dari Shaklee

10) Lain-lain review
*Nursing bra Autumz Zoe RM73.80 include postage dari Nursing Bra Untuk Ibu 
Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bi khair
Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulit Ya Allah, sempurnakan dengan kebaikan. Amin

12 Days More , Umi !

Assalamualaikum...
Hai korang semua !!!
Ramai yang bertanya samada kita dah bersalin ke belum... hihi... Kita masih lagi rileks kat rumah. Baby belum nak keluar lagi. hihi. Dekat 2 minggu lepak rumah, memang bosan sebenarnya. Rindu nak kerja tau. Persiapan baby dengan umi dah terletak tepi pintu rumah. Hari-hari tunggu 'sign' nak masuk hospital. hihi. Excited campur nervous >______<
Tengok member seangkatan dah selamat bersalinkan baby comel-comel. Semua dalam mode berpantang sekarang. So happy for them! Tertanya-tanya bila giliran kita. Alhamdullilah, semalam ada pergi scan perut untuk check air ketuban, kedudukan uri dan kondisi baby. Semuanya ok, alhamdullilah. 
sheila shahfiekry
Syukur alhamdullilah, murah rezeki baby. Tak sangka tersenarai jadi pemenang giveaway Tolly Joy kat blog Illy Ariffin. Terharu sangat. Wiwiwiiii...
p/s : jaga diri baik-baik ye korang, nanti ada masa lagi aku online ye. doakan aku dan baby selamat. Terima kasih semua yang masih sudi singgah membaca entri dan komen sambil menabung sini (",)

Shape Your Body With Secret Laxing

Assalamualaikum...
For sure, semakin maju masyarakat kita semakin banyak pula produk melangsingkan badan dalam market. Salah satu produk yang tengah hot sekarang adalah Secret Laxing! Produk ni bukan sebarangan produk yang tumbuh bagaikan cendawan dalam market kita sekarang. Produk ni daripada syarikat yang sama mengeluarkan produk Harum Malam. hihi ;p
Merupakan produk pelangsingan yang mengabungkan berbagai aspek pengurangan lemak tubuh dalam satu botol secara mudah, sihat dan efektif. Terdapat banyak khasiat yang terkandungan di dalam produk SL ini antaranya :-
* membantu mengawal berat badan dan membentuk tubuh dengan ideal
* membantu mengecilkan lingkaran pinggang dan merampingkan perut
* membantu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak tubuh (thermogenic) agar terjadi penurunan massa lemak dan meningkatkan massa otot
* green tea membantu menormalkan kolestrol dan gula darah
* sebagai anti-oksidan dan mengoptimalkan proses detoks racun dan membaiki sistem pencernaan
* membantu memperbaiki penampilan tubuh dan mengencangkan otot
* membantu mengawal rasa lapar
* membantu meningkatkan energi dan stamina
* membantu meningkatkan metabolisma pembakaran lemak menjadi energi
* mengandungi serat konsentrat untuk membantu melancarkan proses buang air besar dan memperbaiki sistem pencernaan tubuh
* membantu mencegah timbulnya penyakit merbahaya
* membantu menjaga kesihatan mata dan dan kulit serta menjadikan tubuh awet muda
Apa yang penting sekali dalam menggunakan produk ini adalah kurus sambil berdiet tanpa berlapar. Haaa hebat kan? Teruja tak nak cuba? hihi... Antara bahan yang terkandung di dalam sebotol SL ini adalah honey, prune, delima, goji berry, sireh, beet root, L-carnitine, senna leaf, garcinia cambogia, green tea, acai berry, dandelion, white kidney bean, grape extract dan juga rose water.
Cara pengambilan 2 sudu besar 2 kali sebelum sarapan atau bersenam, boleh diambil setiap hari dan juga diminum terus. Tetapi ibu mengandung, ibu menyusukan bayi serta memiliki penyakit merbahaya seperti sakit gastrik, darah tinggi, gangguan jantung dilarang minum produk SL ini. Dilarang mengambil secara berlebihan daripada yang ditetapkan. Sesuai diminum oleh lelaki mahupun perempuan berusia 18 tahun hingga 50 tahun. Digalakkan minum air suam dan buah bagi melancarkan sistem metabolisma tubuh dan meningkatkan hasil kerja suplemen ini. 
Berminat nak cuba? Harganya :-
RM33.00 sebotol untuk Semenanjung
RM39.00 sebotol untuk Sabah & Sarawak
BRD18.00 sebotol untuk Brunei
SGD18.00 sebotol untuk Singapura
Mana nak order? Terjah fanpage Secret Laxing ya :-
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang produk yang ada, boleh direct klik pada link-link dibawah ya :-
p/s : nantikan review produk ini selepas 30 hari ya. kihkihhhh....

Cerita Mengandung #4

Assalamualaikum...
Third Trimester
7 bulan :-
Check up bulan ni bermulalah 2 minggu sekali. Dah minggu air gula for 2nd time (mujur kali ni mampu tahan diri daripada muntah) dan alhamdullilah takda kencing manis. Start kira baby movement. Excited tapi kepenatan juga ulang alik KK setiap 2 minggu. Banyaklah cuti half day. Hopefully bos understanding.
Cramp memang selalu terjadi, lagi-lagi time menggeliat nak bangun subuh. haha cuak gila terus berlipat pergi ke dinding dan luruskan kaki. Pinggang sebelah kiri semakin lenguh, maybe taktahan nak tampung berat tuan badan. huhu. Kerja rumah still buat even dibantu suami. Masak lagilah heaven, suami dok dapur bantu isteri. Seronok ada pembantu, hehee. Jadi tukang pengacau pun rasa bahagia. 
Cerita berat badan pula, turun 0.5kg sebab ada ganti puasa 9 hari. Tapi masa berbuka, tetap melantak macam betul-betul tengah bulan puasa. Boleh gitu? Selera asyik nak makan kuih-muih je. Kemudian masa 2nd check up, naik 3 kg pula. Nampak sangat 2 minggu tu gigih melantak ;p
8 bulan :-
32 minggu, tidur semakin susah. Pinggang kerap sakit kena rajin kalih badan masa tidur. Selera semakin berkurangan walaupun cepat lapar. Dah tak kuat kaki nak berjalan, apatah lagi nak stand badan. Pergi tawaf GM Klang dah terasa hilang separuh tenaga. Nak recharge makan masa berhari kot. heee. Check up minggu pertama bulan April, berat badan turun 1kg. haha. HB normal alhamdullilah. Check up minggu ketiga bulan
April boleh pula naik 3kg. Pelik bin ajaib. Nurse sampai minta kita timbang 2 kali depan dia T____T"

Awal April ni, suami isteri jatuh sakit. Seminggu gak baru kebah. Sakitnya macam tak kebah-kebah sebulan ni. Baby start mengeras secara kerap juga. Paling suka baby dok bagi siku ke lutut kat perut bahagian kanan ni. Semua barang baby dah siap dobi dan botol semua steril sudah. Nak rehatkan mental dan fizikal bila masuk bulan terakhir.
9 bulan : -
Berdebar sangat masuk 36 minggu ke atas ni. Setiap masa dihitung dengan penuh semangat. Nak jumpa baby tak lama lagi. Allahuakbar. Heee aku akan mula cuti kerja start 1 Mei. Bos bagi kebenaran awal sebab aku kan the only staff. hihi

Kemungkinan besar ini blog akan terabai sebelum bersalin. Kalau tengok aku takda blogwalking ke blog korang, harap memahami ya. In shaa Allah, kalau panjang umur, aku buat come back dengan entri pengalaman bersalin. Doakan kami berdua selamat ya...
Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bi khair
Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulit Ya Allah, sempurnakan dengan kebaikan. Amin

Wajib Tahu Tentang Uri

Assalamualaikum...
Kita selalu terlupa benda-benda camni. Kepada yang akan mendapat anak *peringatan kepada diri sendiri juga*, sila baca dan fahami ya.
Semua lelaki dan suami mesti tahu ilmu ini. Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri. Menanam uri anak atau dikenali sebagai placenta atau juga disebut sebagai tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.
sheila shahfiekry
Uri adalah teman rapat atau kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri sehingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya dapat uri pagi, petang dah tanam.
Simpan didalam peti ais beku jika tidak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik. Jangan mengikuti kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga kita dapat menghindari diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
Cara menguruskan uri :-
*mulakan dengan baca Bismillahirohmannirrahim
*cuci bersih-bersih, hilangkan darah-darah. Jangan gunakan sabun atau syampoo
*bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
*cuci uri dengan garam. lumurkan garam, dan cuci bersih-bersih
*cuci uri dengan asam jawa. lumurkan asam jawa, dan cuci bersih-bersih (untuk hilangkan bau hanyir darah)
*perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri
*letakkan dalam plastik atau bekas mudah reput seperti plastik tesco atau kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut (mengurangkan bau hanyir yang menarik perhatian binatang yang mungkin akan menggali uri ini nanti
*letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut
*gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau atau dikesan dan dikorek anjing atau binatang lain nanti
*baca Bismillahirohmannirrahim dan berselawat semasa letakkan uri dalam tanah dan timbus.
*tanam di tempat yang bersih dan selamat. contohnya perkarangan surau atau masjid
*letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali anjing dan binatang lain
*jangan diletakkan lilin barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat. 
Hukum menanam uri adalah HARUS (Jakim)
Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak dihospital dikehendaki membawa balik uri untuk ditanam ditempat masing-masing. 
Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
p/s : sumber link

Debaran Labour Room

Assalamualaikum...
Yeayyy, bulan Mei yang cukup special sudah tiba! Sebab nak sambut baby dan juga wedding anniversary kami yang kedua. Ramai dah bertanya, bila tarikh due date. hehee. Nervous mengira detik nak bersalin. Sekarang dah masuk 36 minggu pegang title mak buyong, lagi 28 hari bersamaan 4 minggu lagi dengan izin Allah Taala, baby akan keluar pada 29 Mei 2014. Terima kasih banyak sebab selama ni korang layankan aje semua post entri pasal persediaan aku dan baby. Maaf, takda niat nak riak dan menunjuk. Dari awal lagi, semua yang kita share sekadar caring. Nak jadikan tempat rujukan mommy to be luar sana sebab sejak awal pregnant aku sendiri bingung nak buat apa, beli apa dan apa itu checklist sebenarnya. haha. Ilmu pasal parenting totally zero ;p
Sebelum terlupa, nak mohon maaf sesangat dekat semua sahabat kalau ada salah silap aku selama ni. Doakan aku dipermudahkan urusan dalam labour room nanti. In shaa Allah, kalau semuanya dah selamat kita akan kongsikan pengalaman bersalin dan wajah kesayangan hamba ya (",)