Wajib Tahu Tentang Uri | norsheilasalleh.blogspot.com

Wajib Tahu Tentang Uri

Assalamualaikum...
Kita selalu terlupa benda-benda camni. Kepada yang akan mendapat anak *peringatan kepada diri sendiri juga*, sila baca dan fahami ya.
Semua lelaki dan suami mesti tahu ilmu ini. Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri. Menanam uri anak atau dikenali sebagai placenta atau juga disebut sebagai tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.
sheila shahfiekry
Uri adalah teman rapat atau kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri sehingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya dapat uri pagi, petang dah tanam.
Simpan didalam peti ais beku jika tidak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik. Jangan mengikuti kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga kita dapat menghindari diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
Cara menguruskan uri :-
*mulakan dengan baca Bismillahirohmannirrahim
*cuci bersih-bersih, hilangkan darah-darah. Jangan gunakan sabun atau syampoo
*bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
*cuci uri dengan garam. lumurkan garam, dan cuci bersih-bersih
*cuci uri dengan asam jawa. lumurkan asam jawa, dan cuci bersih-bersih (untuk hilangkan bau hanyir darah)
*perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri
*letakkan dalam plastik atau bekas mudah reput seperti plastik tesco atau kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut (mengurangkan bau hanyir yang menarik perhatian binatang yang mungkin akan menggali uri ini nanti
*letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut
*gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau atau dikesan dan dikorek anjing atau binatang lain nanti
*baca Bismillahirohmannirrahim dan berselawat semasa letakkan uri dalam tanah dan timbus.
*tanam di tempat yang bersih dan selamat. contohnya perkarangan surau atau masjid
*letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali anjing dan binatang lain
*jangan diletakkan lilin barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat. 
Hukum menanam uri adalah HARUS (Jakim)
Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak dihospital dikehendaki membawa balik uri untuk ditanam ditempat masing-masing. 
Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
p/s : sumber link

49 comments

May 5, 2014 at 12:11 PM

good info n for sharing =)

1st time singgah sini..jalan-jalan blogwalking.. salam perkenalan =)

May 5, 2014 at 12:19 PM

singgah isnin

Anonymous
May 5, 2014 at 12:25 PM

nice entry.

May 5, 2014 at 12:37 PM

assalammualaikum lalink.. caman keadaan skang ni ? ok tak ??

May 5, 2014 at 12:38 PM

baru semalam suami ecah tanya macam mana nak uruskan uri..thanks untuk info..nnti ecah suruh suami baca kat sini jer la.. =)

May 5, 2014 at 12:41 PM

nice entry.. nyway, singgah blogwalking.. isi tabung :_

May 5, 2014 at 12:45 PM

orang dulu siap tanam uri dengan pensel.. hehehe

May 5, 2014 at 12:50 PM

Thanks Shiela..singgah sambil menabung di sini..

May 5, 2014 at 1:00 PM

SimPeak, Maghribi & Republik Cheq belum pergi..Yang lain confirm menarik...

May 5, 2014 at 1:32 PM

betul tu shiela..uri perlu segera ditanam..

May 5, 2014 at 2:07 PM

Bunda pernah uruskan dua kali uri anak2 saudara bunda...anak2 kepada adik bunda...

May 5, 2014 at 2:38 PM

nice info..follow my insta : http://instagram.com/mahira_oya#

May 5, 2014 at 2:46 PM

salam sheila..lya baru brkesempatan jengah cne lawat sheila..btl tu perlu ada ilmu nie.lya bljr dari emak lya

May 5, 2014 at 3:35 PM

dua kali bersalin tak dapat tgk pun rupa uri tu..semuanya en.husband yg uruskan

May 5, 2014 at 3:37 PM

Alhamdulillah satu perkongsian yang baik walau saya lelaki tapi tekun membaca.. ini soal kesihatan tak pada akak adik perempuan.. mana satu hari nanti pada isteri kan hehehe :D

Thanks :D - http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-7-natural-history.html

May 5, 2014 at 3:47 PM

Allahuakbar....besar ciptaan nya....perkongsian yg menarik....sekarang, mak,nenek yg sibuk uruskan uri....esok lisa...kita pula...

May 5, 2014 at 4:50 PM

bagus sekali tipsnya, sangat bermanfaat, makasih ya :)

Anonymous
May 5, 2014 at 5:10 PM

info menarik ni yg dikongsikan, Gd one !

May 5, 2014 at 5:13 PM

owh.. baru tau hari ni. hehehe.. Shila take care ye. tak sabar nk baca entry shiela pasal baby :)

May 5, 2014 at 6:28 PM

salam.. good sharing... kekdg perkara penting mcm ni org terlepas pandang...

May 5, 2014 at 7:22 PM

CN tak tahu apa2 pasal uri ni sbb ayah mertua yang uruskan semua, CN kat spital n encik suami sibuk uruskan CN..hehe

May 5, 2014 at 9:25 PM

Para suami sepatutnyerr kena tahu bab2 urus uri ni ..Sekarang zaman pon canggih dah ader jual produk untuk urus uri nie ..

May 6, 2014 at 8:37 AM

prnah dgr tau oyang cerita orang dulu...kalu ank lelaki....tanam uri dengan paku...spya pndai brtukang..yang pompuan taruk asam jawa biar bsar pndai mmsk...hehehe...mcm2....

May 6, 2014 at 10:17 AM

Selalu gak Nurul dengar org tanam uri dgn pencil, pen, buku.. huhu.. kononnye supaya anak pandai..

May 6, 2014 at 11:35 AM

Nice sharing sheila.. =D

May 6, 2014 at 11:40 AM

bagus entry nie sheila.. info yg sangat berguna untuk bakal ibu bapa moden sekarang...

May 6, 2014 at 12:22 PM

masih lagi ikut petua orang lama2 sheila...itu yang terbaik.

May 6, 2014 at 1:05 PM

semua suami kena belajar ni, akak anak dari no 1 sampai yg ni pun dia yang uruskan

May 6, 2014 at 3:14 PM

Good info. Thanks SS.

May 6, 2014 at 4:38 PM

Nice sharing sheila...moga dipermudahkn..

May 6, 2014 at 4:41 PM

kak ana dulu syukur Alhamdulillah semasa bersalin arwah opah yang uruskan semua.. semoga sheila jua akan dipermudahkan olehNya nanti.. amin.

May 6, 2014 at 6:43 PM

aah kan sheila. org dulu2 byk pantang larangnya. siap letak itu ini. dah blh kategori kurafat.

moga kita sentiasa amalkan syariat islam

May 6, 2014 at 10:16 PM

Assalamualaikum moksu . . terima kasih atas peringatannya :) ~~ menabung nuffnang mcm biasa . :)

May 6, 2014 at 10:25 PM

Assalamualaikum moksu . . terima kasih atas peringatannya :) ~~ menabung nuffnang mcm biasa . :)

May 6, 2014 at 10:31 PM

terima kasih ats pkongsian kak shila..
memng pkara mcm ni kena ambil tahu

May 7, 2014 at 1:12 PM

salam. thanks share :)

May 7, 2014 at 3:13 PM

Hii..saya datang dan follow kamu..feel free to hit me back yeah..

*meet new friends*

Moga dipermudahkan..😆

May 7, 2014 at 3:16 PM

nice sharing sheila. tak lama dah nii hehehhe

May 7, 2014 at 3:16 PM

nice sharing sheila. tak lama dah nii hehehhe

May 7, 2014 at 4:02 PM

k nrl x pernah tengok pun uri tu... dari anak 1st ke yang 3rd, ayah mertua yang uruskan dan yang last barulah suami sendiri yang uruskan... :)

May 7, 2014 at 11:33 PM

rasanya uri boleh ditanam di kaw rumah juga ...

May 8, 2014 at 2:02 AM

uri mmg perlu ditanam dgn sempurna ...

May 8, 2014 at 1:40 PM

anis pun ada baca pasal uri ni kat FB haritu.. memang penting kita kena tahu pasal cara pengurusan uri ni.. esp en2 suami diluar sana.. hehe

May 8, 2014 at 5:46 PM

ini memang wajib tahu ni..tq share sheila :)

May 10, 2014 at 6:31 AM

tima kasih shiela
tambah ilmu di pagi subuh ni :)

May 10, 2014 at 11:34 AM

bahaya plak kalau uri nih dihidu binatang kan..

May 11, 2014 at 5:17 PM

uri anak sulong, mak mertua yang uruskan.. anak kedua, hubby uruskan sendiri sebab bersalin kt kl je. Zura risau gk kot hubby geli nk uruskan uri tuh, alhamdulillah dia berjaya buat sorang2 dgn bantuan menerusi telefon ke mak dia.. hahaah

May 13, 2014 at 4:31 PM

Selalu..akak,memang mak yang uruskan dan tanam..memang dia expert bab2 yang tu,,so yang 3rd ni hopefully mak akak masih mampu untuk urus uri baby nanti..hehee

May 16, 2014 at 1:18 PM

Assalamualaikum sheila..uri akak nenek akak yg uruskan..die yg bsuh

Post a Comment