Assalamualaikum...
Lagi 1 bulan 2 minggu Muhammad Adam Husni dah boleh diberikan solid food. Aku memang excited dan tak sabar menunggu Adam berusia 6 bulan. heeee. Penat ku tahan jebat, ku tepis segala hasutan orang yang menyuruh bagi Adam rasa sikit kuah yang tengah kita makan. Sebabnya Adam dah mula pandai menelan air liur bila tengok orang makan depan dia. Kussss semangat umi (T____T)
Sebagai seorang ibu yang tidak bekerjaya (buat masa ini, surirumah sepenuh masa), alhamdullilah tiada alasan untuk aku jadi seorang ibu yang malas nak berikan khasiat terbaik untuk anaknya. Walaupun zaman sekarang, terlalu banyak makanan bayi untuk mempermudahkan kerja seorang ibu. Namun, aku amik langkah berjaga-jaga. Segala kandungan yang terdapat di dalamnya kita tak tahu, especially bab kebersihan. Sewajarnya beri fresh food untuk anak yang dibuat sendiri, lebih terasa enak dan lebih sihat untuk anak (>____<)
Little Bean Food Processor RM199.90 RM139.00
Ini food processor paling lengkap aku rasa. Bukan sahaja boleh mengisar makanan berkhasiat untuk bayi malah steam, heat & defrost. Canggih gila kan?
ASOTV Magic Baby Bullet RM399.00 RM72.00
Blender untuk bayi! Cute sangat kan? Boleh mengisar segala jenis sayur dan makanan secara banyak untuk stok seminggu. Tak perlu tambah perasa tambahan! All natural ingredient for our baby! Jimat masa weh! Dah ler, bullet dia cute. Ini memang masuk dalam wishlist aku sejak pregnant Adam. hahahahaaa
Hito Multifunctional Food Maker RM39.90
Ini manual processor yang lengkap! Boleh sediakan makanan untuk bayi selain daripada menggunakan bahan yang selamat, ia juga tahan haba. Terdapat pelbagai fungsi seperti melenyek makanan sehingga halus dan memerah jus. Paling senang nak bawa ke mana sahaja, especially on the road. hehehe
Kidsme Food Gringer RM74.90
Sesuai untuk membuat puree tanpa menggunakan elektrik dan bateri. Perlukan sedikit tenaga manusia je, hihiii. Nak buat bubur atau kentang lenyek dalam masa yang singkat pun boleh! Wajib bawa kalau travel atau balik kampung. Tak perlu risau, anak dalam kelaparan! heeee
Boleh dapatkan baby food processor di Lazada. Dua barang teratas tu hot selling okey? Harga sebenar dia, boleh berpinar mata tengok. Sekarang ada diskaun ya. Rugi kalau tak grab sekarang, beli awal pun takpe. Boleh jimat duit (",)
nah, belanja gambar anakanda yang semakin banyak akal :)))
29 comments
comelnya...akak blend makanan awfiyah guna shake n take je
sy xde beli pn bnda ni.hehe..rasanya x guna sgt pon...just guna je blender kering kat umah.sbb blender kering tu mmg xguna pon.hehe
berbaloi-baloi
dulu harga bullet tu paling murah pon rm99..
beli jugak barang dekat lazada sbb murah! hihi..ada food processor ni lagi senang kerja nk wat makanan baby nnt.
Hahaha yang 1 and 2 tu kenapa cam cute. :D
Assalamualaikum Adam.. aunty sempat serbu blog umi Adam, sebab Azra tengah tidur... lama tak jalan-jalan sini..
cepatnya masa berlalu... dah nak boleh makan dah ek.. nanti makin sihat dan kuat la Adam ye..
jadi anak soleh tau ^^
suka tengok food processor yang orange tu (manual) too cute hokeh!!!
besar dah dia.. kejap je dah 6 bulan yer..
cepatnya masa berlalu..dah nk masuk 6 bln dah adam.
Akak pn xpernah bagi ank mknan dlm tin masa bayi w.pn seorg ibu berkerjaya..pagi gigih bersilat kat dapur utk sediakan bubur nasi utk ank2...InsyaAllah berkat airtangan ibu + zikir2 akn lahirkan ank yg xnakal dan cemerlang....
Nyum2..lepas ni makin bam bamlah adam tu...good luck mommy..rajin2 masak
comel la food procesor tu, secomel modelnya hahaha. eh tipah pun skang bila tengok org mkn dia lak lebih2 kemam bibir menjejes liur, kesian jer tengok hahaha tapi I belum ready nak bagi dia solid.. tengah syok bf lagi sebab once start solid nnt kang banyak masalah sembelit la, ruam la, allergik la.. huhuhu am so not ready.
dah byk kemudahan sekarang ni . dulu lecek guna sudu jer ...
alololo... comelnyer..
xbeli food processor lg..kebtln blender ms kawen xpakai lg, so pakai tu dl..kakakaka
Menarik...
anak sy pun next month masuk 6 bulan. ingt nk beli yg little bean tu.. mcm menarik je
& senang kn sbb sekali dgn steam..
dkna dah calit kat mulut mikhail ..bagi dia rasa sikit..hihii..
Alahai lamenye tak ke sini.Da nak masuk 6 bulan pon baby Adam.Semoga membesar dengan baik.Jadi anak soleh ye Adam.Beshnya Adam, umi rajin sediakan makanan berkhasiat.Chaiyouk2 dear. :)
owh! dah meniarap dah baby Adam...kejap jer rasanya...
ni kalau dah start makan solid food lagi debab rasa adam ni.
sekejap j adam nak masuk nam bulan kan.
suka lettew uminya kan..hihi.
ciksu ppon peram lama jugak nak beli tu.
nak pi usha la kejap.thanks shiela berkongsi
Akk ada baby bullet tu. TApi tak pernah pakai lagi...ppffttt...Tunggu next baby jer lah...hehehe...
Memg canggih2 la..smua kelenkapan baby cukup
kat sana 6bln baru start mkn ye..kat sini mcm 5 bln lg da start..so bebi Musa pon akn start mkn in 10days..tp xbeli ape pon lagi..hahah
sekarang ni memang semakin maju dan semakin memudahkan kerja.. tinggal nak atau tak aje.. Comelnya bambam tuuu... geram nengok pipi diee.. muakkkss skittt
baby bullet tu memang terbaik dan berbaloi-baloi. hari tu beli kat lazada jugak murah dan berbaloi
baby bullet tu memang terbaik dan berbaloi-baloi. hari tu beli kat lazada jugak murah dan berbaloi
Senang shopping kt lazada kn.. Bnyk pilihan. Hrga pun berpatutan..
Tak penh guna gadjet cmni.. Hehe... Buat mknn scara tradisional..