Assalamualaikum...
Sorry la, lately ni aku banyak share pasal puree untuk Muhammad Adam Husni je. hihi. Gini ler gaya seorang ibu dalam masa yang sama seorang blogger. Ada je benda nak share kat blog picisan ni. Aku suka tulis sini, kenangan setiap moment anakanda membesar. Nanti dia dah besar, mesti rindu nak baca perkembangan dia membesar dengan jayanya.
Setiap hari excited nak kasi anakanda makan. Masa ni, aku kasi makan sehari sekali waktu lunch time. After that, bagi minum air masak sikit. Mula-mula anakanda tak berapa suka minum air, menyembur je kerja dia. Lama-lama dia minum juga. Puree ke-3 anakanda, epal merah. Rasa dia manis masam, sedap tau. Aku pun share puree dengan anakanda. Now dah bagi 2 kali makan, Adam sekarang berselera makan. hehehee
Khasiat dan kebaikan epal :-
* amalan menghidu epal dapat membaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran
* membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas
* mengurangkan risiko penyakit jantung
* melindungi sendi tulang
* membantu mengekalkan berat badan (epal hijau)
* kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan
* meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir
* anti-kolestrol, membantu mengekalkan tahap kolestrol dalam darah
* selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dalam mengimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan
1) Beli epal merah, untuk baby kita kasi yang manis sepatutnya. Cari yang masih fresh tau
2) Cuci bersih, dan potong menjadi dua bahagian. Nak buang kulit dulu pun boleh. Tapi aku kupas kulit lepas belah dua. senang nak handle. hihi..
3) Potong dadu, make sure biji dibuang ya. Kemudian masukkan dalam periuk kukus. Kukus dalam 10 minit atau sehingga empuk sahaja.
4) Sejukkan epal sebelum blend. Letak sikit air dalam pengisar, ambil daripada periuk kukus . Kisar puri ni pekat supaya masa nak makan boleh tambah air masak atau susu badan. Terpulang la kepada kalian nak pekat atau cair puri tersebut.
5) Tapis ni penting bagi aku sebab nak bagi tekstur epal yang dikisar lebih halus dan mudah dihadam anakanda. Al-maklumlah, gigi takda kan.
6) Hasilnya, boleh terus dimasukkan secara sama kuantiti ke dalam bekas comel baby bullet ni. Jangan lupa pusingkan tarikh korang siap masak puri ni
7) Letak puri sama rata, kemudian masuk dalam freezer. Frozen puree tahan 3 bulan ya, kaedah dia sama macam ebm. Aku maintain follow 4 day-rules. Ada lebih stok epal, kita simpan je. Mana tahu emergency case, boleh guna. hihiiii
Hari pertama makan dah habiskan 2 bekas baby bullet. Dia suka sangat epal ni. Yeayyy good boy. Happy umi tengok anakanda makan habis, siap minta-minta lagi. kredit info
hafizamri (",)