norsheilasalleh.blogspot.com: 2015

Hello 3rd Trimester !

Assalamualaikum...
Pengalaman keguguran masa bulan Mei banyak memberi kesan pada aku. Syukur alhamdullilah, ada hikmah walaupun hari-hari selepas pantang aku masih mengenangkannya. Tahun 2015, aku dapat rasai nikmat mengandung 2 kali. Syukur Ya Allah. Insya Allah, due date bulan Mac 2016 :)

1st Trimester
Terasa perut buncit lain macam. Debaran bermula bila mak tegur badan macam naik sikit. hehhee. Balik tu terus check upt, alhamdullilah positif. Double line naik lambat pastu tak terang. Tapi aku boleh perasan pulak double line tu. hahahhahha. Start mual dengan bau tumisan, kiranya tak berapa nak masuk dapur la untuk memasak dalam 2 minggu. Hilang selera dengan ayam, telur dan daging. Paling tak suka western, terutama hotdog! Awal trimister ni banyak makan ikan dengan sayur je. Mabuk datang 2 hari sekali. Memang melemau jelah depan tv. Start check up kk masa 12 weeks, itupun malu-malu kucing hahahhaa. Berat naik sebulan 1kg.

2nd Trimester
Masa 15 weeks, join kelas antenatal. Free by PMC Sungai Buloh. Pengalaman dulu tak sempat join kelas ni. Banyak cedok ilmu daripada doktor-doktor PMC. Aku start mengah bila dah makin membesar dengan jayanya. hahahha timbang sebulan naik 2kg. Jenuh la pergi check up sebab kk tengah renovation nak besarkan kk. Pantang berdiri lebih 5 minit, dah terasa penatnya macam berlari 5 kilometer. Mertua den pun tegur kita nampak berisi daripada mengandungkan Adam dulu. hahaha. Sempat check jantina baby sebelum balik bercuti ke kampung. oh ya, kali ni sembelit memanjang sampai boleh lepak 1 jam dalam jamban. Seram seh dibuatnya. Sebabkan itu, aku jadi sakit seluruh badan terutamanya bahagian bawah perut. Balik kampung minta bidan urut satu badan, dia siap sengkak naik sikit. Alhamdullilah cergas balik badan ni. Nak masuk bulan-bulan terakhir ni, makin suka pula buat kuih. Kadang tu popia, donut... hihiiii siap frozen banyak-banyak, senang nak goreng bila lapar :)

3rd Trimester
Mabuk kembali datang. Baru start shopping baju newborn. Yang lain recycle balik barang-barang Along Adam. hihiiii. Makin hari makin mengah. Nak buat kerja rumah pun lambat-lambat je siap. hahahhaa. Adam makin cranky, tapi mujur mami dedi rajin layan dia. Sampai nak balik rumah sendiri pun takmau :))

**********************************************************

Aku coretkan juga permulaannya, rasa tak aci pulak tak update pasal adik baby hehehhee ....

Masa balik kampung, heboh pasal akak ipar aku mengandung anak kedua. Aku pula yang teruja lebih nak mengandung lagi lepas dengar berita gembira tu. hehehe. Balik je rumah, tiap-tiap hari check upt. hahahhahah ;p

Obses pula setiap hari check upt. Mentang-mentang dapat banyak upt strip daripada @TheShopABlog. hahahhaa. Seminggu berlalu, lastly aku give up asyik negatif je. Masa tu baru aku sedar period dah seminggu tak datang. Berdebor rasanya.. hihiii then check upt lagi sekali sebab nak hilangkan debor tu...

Naik 1 line je, aku keluar dari tandas, sengih jelah kat zauj. Masa tu fikir, ok period tingtong lagi sekali. Pastu masuk tandas balik sebab nak amik upt tu buang. Aku tengok lagi sekali result, eh ehhh 2 line lah!!!! Tapi kabur sangat. Macam tak percaya. Aku tunjuk kat zauj, dia minta aku check pakai pregnancy cassette untuk lebih menjaminkan jawapan double line tu. ahhahha. Aku pun turutkan aje. Memang naik double line tapi kabur sangat-sangat. Rupanya mengandung saing dengan akak ipar. Pening mak mertua nak pilih jaga siapa time pantang nanti, tarikh bersalin kami dekat sama je. hahahahha ;p

Pastu try whatsapp Kak Kina, dia cakap kemungkinan mengandung. Fuhhh gembira sangat hati ni. Nak tidur malam tu pun tak lena, excited. Setiap malam asyik borak dengan zauj pasal nama-nama pilihan untuk jantina lelaki & perempuan... Sampai dah jumpa nama pilihan barulah stop borak pasal nama anak. hehehe.

Adam pun dah tak lasak kat perut macam dulu. Senang sikit hati ibu mengandung ni. Tapi tulah malas nak update cerita kat blog macam dulu sebab mengandung kali ni aku suka menjahit. Lepas ni tak pastilah dapat update blog lagi ke idok. hiewhiew :))

Mula berjinak bisnes menjahit barang kraft, antaranya yang tengah hot & trending sekarang Busy Book aka Quiet Book, pastu ada juga amik tempahan flashcard ABC, flashcard hijaiyyah. Actually aku siapkan adam punya 20 aktiviti Busy Book, then updated kat fb. Ada la kawan2 yang request buka order. So start dari situ berjinak2 la. Hahahaha. Normally order siap dalam 2 minggu. Aktiviti boleh pilih dari album instagram @craftbysheila. Harga semua dah stated per aktiviti. Boleh juga nak request from google. Tapi sekarang dah tak buka order. Nak rileks2 sebelum bersalin. hehehhee :)

Antara feedback daripada customer yang dah tempah :-

Tak tahu la, kang askar dah 2 kat rumah masih mampu nak terima tempahan Busy Book ke idok. hihiiii tapi rindu nak bergelumang dengan barang2 kraft ni....

Babeskin365 Whitening Soap & Double Serum Premium

Assalamualaikum...
Sememangnya aku ada masalah kulit muka yang kusam, kering, juga ada black head yang degil tak mahu keluar even aku picit keluar sampai merah hidung. Cissskek sungguh black head ni. Hahahhaa… Malu tau nak jumpa orang especially outing dengan kawan! Thanks to Janice yang introduced me to this product. Babeskin365 juga pernah keluarkan produk minuman oat, yang juga aku dah consume sebelum ni. As a loyal costumer, haruslah aku cuba product terkini mereka ; Whitening Soap & Double Serum Premium. Serius terbaik tau… Selain Ephyra, ni produk kedua yang mampu menarik minat aku untuk cuba dan ternyata bukti yang aku perolehi cukup menyakinkan aku adalah pengguna bijak pandai, hahahhahaha  (“,)
sheila shahfiekry
Whitening Soap – RM29(WM) & RM39(EM)
Diperkaya dengan Vitamin A, C & E. Diperbuat daripada bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk semua jenis kulit, tak kira normal atau sensitif. Dengan harga pasaran RM 29.00 (Semenanjung) & RM 39.00 (Sabah&Sarawak), korang tak perlu beli sabun badan sebab Whitening Soap ni boleh digunakan pada muka dan seluruh badan. Haaaa jimat kan? Satu badan putih bersih sekata. Penjimatan yang berbaloi bagi aku. Walaupun seketul sabun ni hanya seberat 50gm, tapi boleh pakai lebih daripada 2 bulan tau. Aku dah pakai sebulan lebih, pun tak luak lagi bentuk sabun ni. Warna sabun menarik hati, hijau memang warna fav. Hihii bau sabun ofcourse sedap.  I likeeeeeee J
Cara guna : masa tengah cuci muka, urut muka perlahan-lahan dan tinggalkan untuk 2 minit. Kemudian baru bilas muka.
Antara kelebihannya :
  • ·         Kulit lembab
  • ·         Kulit tidak mengelupas
  • ·         Kulit cerah dan berseri
  • ·         Menanggalkan sel kulit mati
  • ·         Kurangkan noda dan lingkaran gelap bawah mata

sheila shahfiekry
Double Serum Premium - RM119(WM) & RM129(EM)
      1)      Repairing Booster (Double brightening & Anti-acne)
      2)      Ultimate Mega Lift (Skin elasticity activation & Anti-wrinkle)
Serum ni ada 2 jenis tau. Kena apply sejurus lepas cuci muka guna Whitening Soap untuk penghasilan seri pada kulit. Sokongan daripada sel semulajadi untuk memperbaiki kulit muka juga tona muka sekata. Garis muka, kedutan mahupun pori yang besar juga akan beransur mengecil, diperbaharui dengan sel baru yang lebih sihat dan menggebu. Setiap botol mengandungi 15ml, dan tahan untuk 2 bulan. Harga sangat berpatutan, sebab dapat 2 botol serum. Rugi kalau tak grab oiii…
Cara guna : selepas cuci muka pagi dan petang, gunakan 1-2 titisan setiap satu botol. Sapu pada seluruh wajah. Untuk hasil yang lebih bagus, guna Reparing Booster dan diikuti Ultimate Mega Lift.
Antara kelebihannya :
  • ·         Kulit lembut
  • ·         Kulit lebih lembab
  • ·         Muka lebih suci
  • ·         Kulit muka lebih cerah
  • ·         Mengurangkan kulit berminyak
  • ·         Mengurangkan kedutan
  • ·         Menutup lubang pori yang besar
sheila shahfiekry
Pengalaman hari pertama guna Whitening Soap & Double Serum Premium ; Whitening Soap sangat menyegarkan kulit muka. Terasa la kulit lebih licin. Mungkin kerana aku jarang guna produk muka, so agak senang nak rasa perubahan bila guna sesuatu produk. haahhaha. Sila bezakan sendiri gambar daripada hari pertama hingga yang terkini. hihiiiii :)
sheila shahfiekry
Jangan lupa untuk cuba serum dan sabun daripada Babeskin365. Memang berbaloi dan terbukti berkesan seawall 7 hari! Seronoklah raya dengan muka yang lebih bersih dan cerah. Oh ya, ada contest bernilai RM1000 untuk dimenangi. Jangan lupa terjah facebook Babeskin365 tau!!!
Facebook : Babeskin365 
Instagram : Babeskin365
Website : www.babeskin365.com
Zuraeca Sdn Bhd
No. 12-C Jalan BS9, Taman Bukit Segar, 43200 Cheras, Selangor
Hotline : +603 9100 2265

A&J Burger Grill Sg Buloh, Terbaik Bohhhh !

Assalamualaikum...
Ni cerita dah dekat 2 bulan terperam lama dalam draft, baik aku post sebelum memory lost. hahahhaa.  Aku teruja dapat makan burger bakar. hihiii fyi kat Sungai Buloh ni susah gila nak jumpa tempat yang sediakan makanan sedap. Tak percaya, cer tanya orang yang tinggal kat Sungai Buloh ni ;p

Anj Burger Grill, milik penuh bumiputra bernama Joe & Acot. A&J gabungan initial nama mereka berdua. hehehe Actually depa berdua ni pernah buka gerai bersebelahan suatu ketika dulu. So dapat idea buka stall burger bersama. Officially A&J open on 20/10/ 2012. Dulu mereka berdua je, sekarang dah ada 7 staff yang lain. Terletak di sebelah rumah parents Abg Acot. Mulanya nak jual burger Ramly sahaja, tapi untung macam tak marvelous kata orang. Kena pula time tu burger bakar tengah 'famous' sangat kat Malaysia. Dengan hanya menjual burger bakar biasa, tercetus idea nak buat set burger bakar dengan gabungan french fries yang disadur dengan mayonis & cheezy, salad, meatball, garlic bread, mash potato, mushroom soup.

My first time makan sini dulu, memang suka gila dengan mushroom soup dan set burger daging. Setiap set burger ada disediakan air kordial seperti oren, anggur. Memang menjimatkan order set burger kat sini... Sebab tu jadi loyal customer. Time takda selera nak makan nasi, mesti dating dengan suami kat sini. hihiii. Sejak tu dah tak pandang burger mcd, burger kfc. hahahha. Penangan burger bakar A&J memang terbaikkkk.
RGB (Rasta Grill Burger) RM21.90
set couple untuk 2 orang
set ni termasuklah 2 ketul RGB + fries + mash potato + garlic bread + 2 mushroom soup + 2 gelas air yang ditetapkan
(cth : air kordial sarsi, sirap, oren, anggur)
(teh o, air limau)
Chicken Grill RM11, set ni takda air
Hotdog Jumbo RM5.50
 
 Rasta John RM7 (macam roti john laaa)
 Oblong RM5
Monster Combo RM13
termasuk meatball & wedges, set paling orang suka beli
Set Meatball - ada meatball, wedges, salad
1) set meatball 10biji - RM7
2) set meatball 15biji - RM10
3) set meatball 20biji -RM13
 Naked CCB (Crispy Chicken Burger) RM11.90
set ni tanpa roti, sesuai untuk orang yang kurang gemar makan roti burger

Combo Platter (daging sahaja) RM12 
pun sama tak ada roti burger 
Fuhhhh... tengok gambar balik pun boleh terliur babe.. Tak sabar nak ajak suami makan sini lagi. Ngeeee nasib baik dekat gila dengan rumah den :)))
Satu kerugian bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan Sungai Buloh, tak cuba rasa burger bakar A&J... Harga sangat reasonable. Patty daging tebal, fuyohhhh kenyang perut semalaman. Masa food review tu, jangan cakap lah berapa banyak makan. hahahhaha. Sumpah mengenyangkan.
Terima kasih tak terhingga buat Abg Joe, Abg Acot dan team A&J yang sudi layan kami rombongan bloggers haritu... Semoga terus sukses dalam bisnes ni (",)
Facebook : A&J Burger Grill
Instagram : A&J Burger Grill
Waktu operasi : Isnin-Sabtu (ahad tutup)
Masa operasi : 6 petang - 12 malam
Alamat : Lot 70-D, Kg Melayu Sg Buloh, Selangor (boleh waze, google hehehe)

Keguguran

Assalamualaikum...

Maaf lambat update pasal diri. 2 bulan kehilangan idea nak menaip. Tambahan pula ada kisah disebalik kehilangan ini...

Aku dan suami memang teruja nak timang 2nd baby. Tapi... Apakan daya, Allah Maha Mengetahui. Aku keguguran masa kandungan masuk usia 3 bulan.

Allahurabbi... Sedihnya jangan ditanya. Aku dah pernah gugur sekali diawal perkahwinan dulu. Aku dah pernah bersalinkan Muhammad Adam Husni. Dan kandungan ketiga ni, kami sekeluarga diuji lagi. Sakit keguguran lebih menyakitkan daripada sakit bersalin. Yelah, sakit bersalin hilang tatkala baby berjaya keluar daripada perut. Sakit gugur, sedih je peneman diri...

Ceritanya bermula, dua hari aku perasan ada banyak keputihan keluar. Aku diamkan aje. Hari ketiga, keluar spotting (darah warna coklat sikit)... Aku debor .. Suami bawa pergi scan perut kat Klinik Normah. Doktor scan, tak nampak heartbeat katanya. Bagi surat refer ke Hospital Sungai Buloh. Masa scan pun, macam tak solid dah bentuk baby. Macam pecah tau.. Aku sedapkan hati, tabahkan jiwa. Tak terus pergi hospital.

Suami terus bagi pesanan. Kalau takda chance, tawakal. Jangan sedih-sedih. Aku angguk. Malamnya, aku start sakit pinggang kaw-kaw. Aku cuak gila, cuba untuk tidur. Tak boleh. Subuhnya semua bangun awal. Aku nak p buang air kecil, tiba-tiba terasa macam ada benda nak keluar. Macam baby nak keluar, tapi takda rasa sakit nak bersalin. 

Terus aku teringatkan adik baby. Aku niatkan dalam hati, sekiranya adik baby tak kuat. Takpelah sayang. Umi izinkan adik baby keluar. Allahuakbar. Terus aku teran sikit, keluar seketul darah beku. Menggigil aku kat situ. Berderai air mata aku, disubuh hari...

Suami bantu aku balut darah beku dengan kain, dan pergi tanam belakang rumah. Aku terus ke rumah akak ipar di sebelah rumah. Mertuaku, ipar duai dari Johor semua memang ada. Semua terkejut dengan berita keguguranku. 

Bermula episod berpantang tanpa adik baby T_____________T"

Petangnya, aku nak memerut. Terasa lagi ada benda nak keluar. Kali ni dengan rasa sakit nak memerut macam nak bersalin. Aku teran sikit, keluar darah banyak. Lepas tu, nifas aku tak banyak. Seminggu je, habis dah nifas. 

Oh ye, beberapa hari sebelum gugur. Aku perasan adam selalu datang peluk cium perut aku. Hari aku gugur, adam pun bersedih sama.. Tak boleh berenggang dengan aku. Adam pun tahu adik baby tak ada dah... Allah, kuatkan semangat kami sekeluarga... 

p/s : doakan aku ya kawan-kawan :)

Mengandung & Surirumah Kembali

Assalamualaikum...
Hari terakhir bekerja, rasa sedih juga walaupun suka sebenarnya dapat berhenti kerja. Sejak dua menjak ni, badan dah tak bermaya, asyik lah MC. Performance kerja dah tak cun macam dulu. Plus otak dah takleh nak hadap stress dengan busy-nya kerja as sales & logistics.

Esok 1 May 2015, officially jadi surirumah sepenuh masa kembali. ehhhhh tarikh ni jugalah aku start cuti masa tunggu bersalinkan Muhammad Adam Husni tahun lepas. ahahhahah. Tarikh yang berulang kembali. Oh ya, untuk tidak mengelirukan kawan-kawan semua tentang post Mengandung Lagi? , keluarga kecil ku insyallah akan bertambah tahun ni.

Alhamdullilah syukur. Walaupun kami takda merancang apa-apa, takdir yang Allah tetapkan cukup manis buat kami sekeluarga. Inilah suprised yang paling kitorang suka. hehehhee. Tak sangka ya, 2 bulan pertama tu takda rasa apa-apa. Tak terfikir aku mengandung, sebab period memang problem. Datang sesuka hati, 2 bulan sekali. Tak menaruh harapan la, masa suami minta aku test upt tu. Naik double line laju gila, menangis aku kat situ. Kena pula suami tengah dukung Muhammad Adam Husni depan bilik air, sama-sama speechless. No wonder adam agak manjaaaaaa. Nak jadi abang long rupanya.
Kesian pula rasa kat Adam, tapi happy dapat rezeki anak lagi. 13 April, amik kesempatan check upt & scan dekat Klinik Normah. My fav klinik, ofcourse sebab doktor perempuan dan berbangsa Melayu. Very understanding me... Since mengandung adam dah selalu check in sini. So kita teruskan legasi miahahhaha. First time scan, tengok degupan jantung adik baby. I was like terharu Ya Rabbi. 
Indahnya rasa ni.. Sama feeling macam first time pregnant dulu...
Mohon jasa baik kalian semua doakan perjalanan kali kedua membawa zuriat dalam perut.. Semoga semuanya selamat, tak sabar aku nak tengok anak-anak membesar depan mata ni... Cepatlah adik baby membesar, umi baba tak sabar nak pergi scan jantina awak. Geng umi ke geng baba & abang long... (",)
p/s : congrats too mom to be again Mawar & Nazirah , Miza, Nad & Nadia welcoming all of you to the club. miahahhaha. Happy sebab ada geng, boleh? (>_____<)

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015

Assalamualaikum...
Mega Giveaway datang lagi. Ofcourse kena support kak ina. muehahha plus hadiah yang ditawarkan awesome, jubah muslimah lawo-lawo, siap ada trial pack Ephyra, Ephyra Skin Bar. Semua tu menggoda untuk aku cuba nasib hehehhee. Kalau menang memang best lerrr...  Nak tengok hadiahnya? Klik->link. Thanks to sponsor awesome Jubah Muslimah Moden & Gorgeous Dresses & AwanazStyle Muslimah Shop (",)

Best Gila Lasertag !

Assalamualaikum...
Big thanks to NadiaFarahida aka mummy bunga yang sudi jemput kita dan suami. Also thanks to pihak Laserwarzone yang sudi sponsor tournement kitorang. Best gilaaaaa wa rasaaaa ;)))
sheila shahfiekry
Lasertag ni permainan moden paling cool aku pernah main sebabnya takda rasa sakit-sakit pun sepanjang bermain laser ni sebab dah nama pun laser kan. Kau tembak guna cahaya laser je pun, aim dekat 4 point pada baju setiap pemain aka musuh korang, terus dapat kumpul markah. Basiclly sama macam paintball la . Tapi main dalam aircond, cepat berpeluh pun cepat kering. muahahhaaa ;p
sheila shahfiekry
Liplap lampu kat baju, meriah ok... Excited aku dibuatnya. 
sheila shahfiekry
Ni sesi blogger amik gambar. Tengok sendiri arena lasertag. Banyak halangan ataupun tempat yang boleh korang sorokkan diri sambil melasertag musuh. Oh ya, ada cctv juga. So gelagat kitorang bermain lasertag telah diperhatikan oleh kengkawan kat luar. hahahha. Malu lak rasa T__________T"
sheila shahfiekry
Keadaan dibawah yang gelap, tapi jangan risau sebab tempat lasertag ni glow in the dark. Termasuk dengan baju perisai yang korang kena pakai nanti.
sheila shahfiekry
Masa tournement, ada 6 team semuanya. Setiap team ada 6 orang. So total semua 36 orang yang main tak termasuk anak-anak blogger yang datang teman makpak main lasertag. hihiiii. Ramai gila, penuh satu bilik tu dengan blogger sahaja. Excited suamiku masuk first game, satu team dengan Mcdee, Zul. 
sheila shahfiekry
Macam masuk berperang betul-betul aku rasa, asyik lah mengejar dan berlari je. Jenuh aku lari selamatkan diri, tetap dikejar sampai dapat. Setiap kali masuk game, macam terlupa pula diri ni mengandung. Setiap kali habis game, dengan mengahnya dan berpeluh baru teringat aku mengandung. Muahahhahaa. Tapi serius gian wehh main laser ni, aku bergilir dengan suami sebab kitorang bawa Adam. Menyesal lak tak register nama zauj ku kat kumpulan lain, tapi risau takda siapa jaga anak den ;p Merasalah main 2 game seorang sekali :)))
sheila shahfiekry
Juadah isi perut setiap kali sebelum dan selepas berperang. hahahahha. Kenyang perut, terus pergi berperang lagi. muahahhaa ;p
sheila shahfiekry
Meh aku terangkan harga untuk korang bersuka ria main lasertag. Kalau main secara group, better amik Party Package sebab harga RM50 seorang, dan semuanya pihak Laserwarzone yang uruskan. Korang dapat main 4 games, minimum 15 orang termasuk makan minum dan penggunaan 2 jam Function Room (tempat korang rehat dan makan minum). Nak buat office tournement pun boleh, nak bawa sepupu sepapat main pun boleh, tarak hal punya. All in one punya pakej. Taknak guna package pun boleh, korang boleh pilih untuk main :-
1 game RM20
2 games RM32
3 games RM42
Unlimited RM60
Kalau aku nak repeat nanti, aku mesti amik unlimited punya. Main sampai lebam, puas hati baru balik rumah. ahhahahhaa. Khas untuk student, harga lebih murah la untuk setiap game yang aku mention kat atas ni. Bolehlah release tension kat sini bila habis exam ke. hahahhaha. Baru ringan kepala hilang stress belajar ;p
sheila shahfiekry
muka orang tak menang , mesti repeat wehhh ;p
sheila shahfiekry
Cepat-cepat pergi terjah, rugi tau tak cuba main lasertag ni. Lokasi Laserwarzone ni ada 3 je buat masa ni kat Malaysia :-
* 2nd Floor Ecurve Damansara
* 2nd Floor Wangsa Maju Malk
* 4th Floor Gurney Plaza Penang

Sedih aku sebab dapat tempat tercorot, muahahha. Have fun sangat sebab tembak-tembak orang walaupun aku tak kenal dalam gelap...kihkihhh.

call : 03-41310006

p/s : credit pic to blogger Boni Kacak, hahaha halalkan ye sheila cedok gambar ni ;p

Pakej Homestay + Kereta Paling Murah di Langkawi

Assalamualaikum...
Desa Kemboja Homestay ni, officemate aku yang rekomen. Dia kata best, cepat-cepat aku whatsapp tuan empunya Desa Kemboja Homestay. Terus book untuk tarikh percutian. Aku dapat rumah ada 3 bilik, 2 tandas dan juga Innova hanya RM750. Murah tak? Puas aku survey dan baca review blogger lain, kebanyakan homestay takda sediakan kereta. Kebetulan yang ni dapat harga pakej, terus rasa paling murah dan paling berbaloi sebab percutian ni 4H3M. Ofcourse kita nak jaga keselesaan ahli keluarga sepanjang bercuti :))))
Lokasi pun dekat sangat dengan Airport Langkawi, tak sampai 10 minit bawa kereta (3km), dah boleh sampai. Tak perlu nak rushing pergi airport waktu balik tu... Nak ke Pekan Kuah jauh sikitlah, tempat shopping HIG & Idaman Suri. hihiiii
Bilik nombor 1, master room. Ada katil besar, kipas besar, aircond dan juga tandas. Memang selesa sangat sebab aku tak perlu kongsi tandas dengan ipar duai. Lega bila suami dapat cop master room. Kemudahan yang berguna untuk kami tiga beranak. Suami suka benar dengan warna dinding setiap bilik tidur. Nyaman rasa nak pandang lama-lama. Tak sabar rasa nak cat rumah sendiri. hihiiiii ;p
Satu-satunya bilik yang ada almari cuma master room kitorang. hahaha. Cepat-cepat keluarkan semua baju tiga beranak masuk almari. Ada ruang yang mencukupi untuk solat. Sejadah juga disediakan di setiap bilik. Yang perempuan tu, sila alert bawa telekung travel sendiri.
 *maaf gambar agak kabur, nak cepat hehehe*
Bilik nombor 2, katil besar, kipas besar & aircond. Akak & abang ipar stay bilik ni. Simple tapi selesa.
Bilik nombor 3, katil besar + kipas besar. Mak mertuaku & mak mertua akak iparku stay sini. Disebabkan bilik terakhir ni kat belakang. Dan cuma ada kipas je, banyak pula nyamuk. Kesian mak-mak. Sepatutnya aku bawa ubat nyamuk jenis elektrik... Terlupa pula sebab excited nak g Langkawi. Ngeeeee ;p
Dapur, semuanya lengkap. Kitorang request kat owner, kuali + blender. Kitorang jarang makan luar, sebab banyak kali terkena kedai yang tak sedap je. Kedai yang best-best semua mahal. Lari bajet lak kalau masuk situ. Miahhaha plus air tangan mak-mak memang sedap. Kenyang perut kami semua...Balik daripada berjalan, tinggal nak isi perut kat rumah je. Pagi-pagi, pulun masak masa subuh. 
Setiap hari basuh baju 2 kali. Pagi dan malam. Kitorang semua tak bawak baju banyak. Pakat pakai berulang kali je sebab nanti nak beli baju baru hahahhaha. Peti sejuk pun berfungsi. Simpan buah-buahan untuk Adam makan.
Yang ni meja makan. Simple tapi menarik hati kitorang. Iron disediakan kat sini, tapi gambar rosak, tak dapat nak masuk kat sini. Memang terasa macam rumah sendiri tau. Kalau kat hotel, belum tentu dapat semua ni kan? 
TV oldskool tapi jangan khuatir, ada astro tau. Tapi kitorang tak sempat nak layan tv pun walaupun berita. Sibuk berjalan pagi sampai malam. Balik untuk makan, mandi & tidur. Muahahhaha. Mak-mak pun ngikut aje ke mana kitorang bawa. Mujur tak sakit-sakit dan demam kat sana. Kuat berjalan juga depa berdua ni. hihiiii. Opsss sebelum terlupa, atas tv ni ada Al-Quran. Boleh mengaji.
Tempat adam berpaut, nak belajar berjalan. hehehhe. Ruang tamu memang cukup besar. Siap bawak masuk penyidai letak kat ruang tamu, sebab malam takmau sidai kat luar. Sebab masa kitorang kat sana, malam hujan. Sidai luar pun tak guna, pagi nanti tak boleh pakai baju balik.
Penyidai baju, ada banyak ruang yang disediakan. Sekali basuh baju, semua boleh sidai kat sini. No worries.
Pintu masuk rumah :)
Seketul Innova yang kuat minyak tapi serius sangat selesa nak kereta ni. hehehhee. Sesuai untuk orang yang travel dengan keluarga. Bonet cinonet tapi tetap muat untuk seketul buggy Adam yang kitorang bawa daripada KL.
Rumah warna coklat tu, tuan empunya Desa Kemboja Homestay. Syukur sangat dapat guna khidmat beliau. Last day, siap bawa kuih muih bagi kitorang. Terharu sangat jumpa orang baik ni. Sedap betul pau sambal tu. Terliur aku bila teringatkan. hihiiii.

Desa Kemboja Homestay
019-8009646
Lot 1043, Taman Desa Kemboja
MK Bohor, 07000 Langkawi

Walaupun ini percutian keluarga, tapi 9 haribulan tu birthday zaujku. Kira percutian yang bermakna lah buat beliau. Saja aku pilih tarikh hari lahir beliau untuk pergi bercuti. heheheeee, kek takda beli. Hadiah pun tak sempat kasi, yang ada cuma suprised paling bermakna dapat ku berikan. hihiii. Syukur alhamdullilah.

Cara Check-in Website MAS Airlines

Assalamualaikum...

Alhamdullilah, selamat bercuti sudah di Langkawi bersama keluarga minggu lepas. So aku nak kongsikan sikit cara nak check in via website untuk Mas Airlines. Sengal teruk aku dibuatnya minggu lepas. Google sana sini. Tapi cara yang ditunjukkan tu aku tak berapa nak memahami. Lepas berjaya buat sendiri, haruslah kasi tutorial. Manalah tahu, next trip aku boleh rujuk sini miahahhahaa ;p
Ini merupakan pengalaman pertama kali naik Mas Airlines. Sebelum ni pernah naik Air Asia je. Aku beli tiket masa promosi awal tahun ni. Dua hari sebelum penerbangan, dah boleh buat check in website kat SINI. Isi semua butiran yang diperlukan macam aku explain kat bawah. Tak faham, sila komen ye ;p

Best pasal MAS is seat free, boleh pilih dan luggage pun include sekali 30kg seorang dalam harga tiket. Tak perlu susah-susah nak bayar seat & luggage macam penerbangan lain. Infants pun ada 30kg luggage tau. Yang ni untuk economy punya. Business & First Class 40&50kg. Awesome kan?

*sila klik gambar untuk tumbesaran*
Identification Information :-
E-ticket number - masukkan nombor tiket korang.
last name /surname - masukkan nama ayah korang hehehhee
flight date - tarikh naik kapal terbang
flight number - nombor kapal terbang
origin - lokasi nak naik kapal terbang
Select passengers :-
klik je semua nama penumpang, macam aku ada bawa mertua dan ipar duai. Semua tiket aku belikan, so senang sekaligus check in
Select flights :-
klik nombor kapal terbang yang kita naik
Passengers : -
Nationality - kena pilih warganegara kita hehehe

Confirmation & Details :-
korang bolehlah pilih seat sesuka hati, free tau. Best betul MAS ni. hehehehe. Infants kena duduk atas riba ibu. So adam punya seat pilih sama seat dengan aku je. hehehehe
Lepas dah siap, sila klik confirm seat change
Make sure, check semula nama-nama penumpang dan seat. Kalau dah kautim betul, klik confirmation
Say agree to security requirements
Dan Print Boarding Pass macam biasa. PDF File, nak print takda warna pun takda masalah ok. Aku debor semacam, risau kena print berwarna hahahhaha sengal rasa. Check in untuk penerbangan pulang, aku buat dekat kiosk. tak sempat nak snap pic masa tu sebab bateri kamera kong. LOL. Next time aku cuba buat tutorial dekat kiosk pula ye. hahhahhaa
Sekian, nanti aku update entri Langkawi. hahahhaa. Nak juga share sini buat kenangan peribadi. Best sangat sebab first time melancong bawa anakanda sulung dan adik baby. Oh ye, tak lupa bawa mertua dan ipar duai sekali. Homestay pun awesome. Semua aku update kemudian ya. Busy kerja minggu ni, tatataaaa ;p