Assalamualaikum...
Maaf lambat update pasal diri. 2 bulan kehilangan idea nak menaip. Tambahan pula ada kisah disebalik kehilangan ini...
Aku dan suami memang teruja nak timang 2nd baby. Tapi... Apakan daya, Allah Maha Mengetahui. Aku keguguran masa kandungan masuk usia 3 bulan.
Allahurabbi... Sedihnya jangan ditanya. Aku dah pernah gugur sekali diawal perkahwinan dulu. Aku dah pernah bersalinkan Muhammad Adam Husni. Dan kandungan ketiga ni, kami sekeluarga diuji lagi. Sakit keguguran lebih menyakitkan daripada sakit bersalin. Yelah, sakit bersalin hilang tatkala baby berjaya keluar daripada perut. Sakit gugur, sedih je peneman diri...
Ceritanya bermula, dua hari aku perasan ada banyak keputihan keluar. Aku diamkan aje. Hari ketiga, keluar spotting (darah warna coklat sikit)... Aku debor .. Suami bawa pergi scan perut kat Klinik Normah. Doktor scan, tak nampak heartbeat katanya. Bagi surat refer ke Hospital Sungai Buloh. Masa scan pun, macam tak solid dah bentuk baby. Macam pecah tau.. Aku sedapkan hati, tabahkan jiwa. Tak terus pergi hospital.
Suami terus bagi pesanan. Kalau takda chance, tawakal. Jangan sedih-sedih. Aku angguk. Malamnya, aku start sakit pinggang kaw-kaw. Aku cuak gila, cuba untuk tidur. Tak boleh. Subuhnya semua bangun awal. Aku nak p buang air kecil, tiba-tiba terasa macam ada benda nak keluar. Macam baby nak keluar, tapi takda rasa sakit nak bersalin.
Terus aku teringatkan adik baby. Aku niatkan dalam hati, sekiranya adik baby tak kuat. Takpelah sayang. Umi izinkan adik baby keluar. Allahuakbar. Terus aku teran sikit, keluar seketul darah beku. Menggigil aku kat situ. Berderai air mata aku, disubuh hari...
Suami bantu aku balut darah beku dengan kain, dan pergi tanam belakang rumah. Aku terus ke rumah akak ipar di sebelah rumah. Mertuaku, ipar duai dari Johor semua memang ada. Semua terkejut dengan berita keguguranku.
Bermula episod berpantang tanpa adik baby T_____________T"
Petangnya, aku nak memerut. Terasa lagi ada benda nak keluar. Kali ni dengan rasa sakit nak memerut macam nak bersalin. Aku teran sikit, keluar darah banyak. Lepas tu, nifas aku tak banyak. Seminggu je, habis dah nifas.
Oh ye, beberapa hari sebelum gugur. Aku perasan adam selalu datang peluk cium perut aku. Hari aku gugur, adam pun bersedih sama.. Tak boleh berenggang dengan aku. Adam pun tahu adik baby tak ada dah... Allah, kuatkan semangat kami sekeluarga...
p/s : doakan aku ya kawan-kawan :)
24 comments
Allah lebih tahu. Semoga sheila terus kuat ye. Insya-Allah, lepas ni ada rezeki untuk dapat adik baby lagi.
takziah sheila..
takpe..
kita pk positif je ye..
ada hikmah ape yang berlaku...
sabar..
bertabah dan bersabarlah..
Ya Allah..beratnya dugaan. semoga awak & keluarga kuat hadapi kehilangan ni. Banyakkan bersabar k.
besar dugaan awak
sabar ya
Takziah sheila, linda pernah rse sakit dan sedihnye bile gugur. Kuatkan hati, insyaAllah lepas ni ade rezeki lain utk sheila sekeluarga. Pantang2 elok2 ye dear..
Allah, sedihnya baca entry ni, kita hanya merancang, xdak rezeki shiela kali ni, saya faham perasaan shiela camna excited nk timang cahaya mata kedua, xpa la, Allah tahu apa yg terbaik, lepas ni, shiela kena lebih berhati2, mungkin rahim shiela lemah, klu ada rezeki lagi, ikhtiar doc ubat kuat rahim, dan rehat secukupnya...
tiada reseki pasti lepas ni rezeki ALLAh bg lebih baik insyaALLAH
get well soon shiela....
inshaallah, pasni mesti ada rezeki utk sheila lagi....pasti ada hikmahnya kan....
Allah..menitik air mata baca..kuatkan semangat ye sheila..in sha Allah ade rezeki lain lg nnt..
ya allah,takziah sheila..sedih baca apa yang dah berlaku. saila doakan sheila sekeluarga kuat dan tabah..
allahuarobbi.. takziah sheila...
memnag perit bila miscarriage ni.. saya pernah rasa masa awal kahwin dulu. huhuhu
sabar ye..xde rezeki..jaga diri..betul ckp awak..sakit nak bersalin terubat bila baby kuar..sakit bila gugur mmg betul2 terasa.. saya pun mcm tu jugak dulu...Insyaallah saya doakan ada rezeki adam nak dpt adik..jgn sedih2..pantang betul2..kena buat dnc x?
Banyak kan bersabar ye.Allah maha menyayangi nya. Redha je lah.. Ada hikmah di sebaliknya. Mungkin belum rezeki Adam ada adik baru. Banyakkan bersabar ye..dan rehat secukupnya
moga sheila n hb tabah hadapinya
baca pun dah rasa sedih, apatah lg mengalaminya
moga ada rezeki lg utk next baby..
takziah sheila.. insyaALLAH ada rezeki lain nanti..
Takziah shiela...
akak pon keguguran 1/4 lepas pd usia kndgn 8 mnggu...sadis...
moga kita sm2 tabah
Takziah shiela..moga ada rezeki lagi nnti
salam takziah shiela
awak kuat..
Allah nak bagi yang lebih baik..
sebaknya baca entry ni..
Takziah ya kak Sheila.
ya allah..baru terbaca..takziah sheila..takpe moga ada rezeki lain lagi
jgn sedih2 tau..takde rezeki lg tu..adam xpuas bermanja lg :)
sheila.. takziah dear. sorry ayu baru terbaca........
syukur shiela ada 2 anak2 syurga yg menunggu dan mendoakan ibu bapanya, semoga tabah ya sheila