norsheilasalleh.blogspot.com: January 2015

Marathon Buat Puree

Assalamualaikum...
Lama tak share buat puri anakanda. hahaha. Aku ingat takde orang baca entri blog especially pasal adam. Ehh ada yang masih setia rupanya. Terharu 20 saat aku. hahahhaa thanks korang...

First puri avocado, lulus.
2nd puri lobak, lulus.
3rd puri epal merah, lulus.

Yeayyy happy aku tengok anak da boleh terima puri yang aku buat. Dah pernah buat bubur campur kentang dan lobak. Tak habis, tapi takpe. Percubaan saja. Tak puas rasa buat puri, combo puri belum try. Tapi terus combo sayur dengan bubur. Ahaks.

Kali ni maraton, dengan pertolongan suami. Suka beliau nak tapiskan puri anakanda. Seronok tengok beliau masuk campur bab urusan anakanda...
sheila shahfiekry

Dan yang terkini, aku sempat potong buah + sayur dan kukuskan saja. Suami tolong part sejukkan buah + sayur yang dah dikukus, pastu blend dan masuk dalam bekas baby bullet.
sheila shahfiekry
puri keledek - kukus baru blend
sheila shahfiekry
puri lai - kena kukus baru blend
sheila shahfiekry
puri timun jepun - kena kukus baru blend
sheila shahfiekry
puri keladi - kena kukus dulu baru blend
sheila shahfiekry
puri pisang berangan - kopek kulit dan buang biji kalau ada, dan blend
sheila shahfiekry
puri betik - kopek kulit dan korek isi, dan blend
Kitorang dah kenalkan sweet potato ; keledek dengan keladi, timun jepun, buah lai, buah pear, epal merah, pisang berangan, betik, avocado, lobak, labu... Yang takleh terima keledek/keladi sebab angin. Adam tak poo poo lebih 3 hari. Terus tak bagi makan dah. ahahhaha 

Step by step, aku da tak sempat nak snap macam mula-mula. Aku tulis jelah. Aci la ye?
1) Basuh buah/sayur sebersihnya
2) Potong dadu, supaya senang nak blend
3) Masuk dalam periuk kukus
4) Make sure, cucuk buah/sayur guna garfu untuk pastikan dah masak
5) Sejukkan potongan buah/sayur
6) Tambah air sedikit/ebm/fm ataupun air rebusan untuk senang diblend.
7) Siap masuk ke dalam bekas baby bullet

Esok tinggal nak tapau masuk tuppeware, hantar ke rumah babysitter. Anakanda sekarang dah makan 3 hari sekali. Kuat makan macam umi baba juga. hahahah (",)

Neezaneedles Carrier

Assalamualaikum...
My current obsession is babywearing. hahaha very mak-mak punya style sekarang. Kita cerita sikit pasal carrier. Aku ada beli Andrea dekat Marissa Shoppe masa bulan 11 tahun lepas. Masa tu my baby Adam usia 5 bulan. Dia pun baru je mula nak kenal orang. Masih dalam situasi easy to handle. Alhamdullilah.

Baru je masuk 3 bulan guna Andrea, dah tak support knee to knee (k2k), actually bukan salah Andrea pun. Adam yang makin membesar. Ingat nak jual Andrea, tapi rasa sayang pula sebab itu first carrier Adam. Better simpan for next baby, in shaa Allah.

Lagi sekali carrier hunting bermula. Mujur la suamiku semakin suka babywearing. Siap berebut lagi. Mami Danish rajin whatsapp aku nama instashop/facebook page yang jual carrier. Dulu lagi kitorang aim Snuggbaby. Tapi setiap kali dia buka slot, confirm tak dapat masuk. Ramai berebut nak masuk slot ni.
So aku diperkenalkan kepada Neezaneedles Carrier milik Kak Niza. First time scroll insta dia, terus teruja. Serius lawa. Awal bulan haritu dia buka slot, email dia terima 400++ tau. Menangis aku baca T____T'

Dia perlu print out semua email contact, dan buat cabutan bertuah. Perghhh perghhh cuak umi Adam dengan Mami Danish. Selang 2-3 hari dapat email. Alhamdullilah, rezeki anak-anak. Suka gila kitorang, sama-sama dapat masuk slot.
Tengoklah antara yang aku berkenan di hati. Aduiii lawa kan? Aku pilih standard size je. Tak sabar nak jumpa Mami Danish, Mama Aryan dan group whatsapp . Babywearing sesama (",)
 
p/s : do support local brand, credit pic to neezaneedles

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Assalamualaikum...
Sempena perayaan Tahun Baru Cina pada bulan februari nanti, Nile.com.my yang merupakan online shopping Malaysia yang menjual baju, seluar, kasut, beg, barang-barang gym, buku, barang dapur dan banyak lagi telah melancarkan Giveaway bernilai RM150 untuk 5 pemenang bertuah. Perghhhh best gila kalau jadi antara yang bertuah ni. hihiiii
http://www.nile.com.my/page.php?cd=96
Macam tahu-tahu je aku suka barang free ni, hehehe. Aku kan suka sangat online shopping ni, ekekeee ;p
hahaha, mesti korang pening kenapa aku letak gambar sampai double kan? Actually aku takda nak usha benda lain kecuali barang nak pergi travel. ahahhaha. Satu untuk suami, satu untuk aku. Sweet tak? Aummmm ;p

Jumlah harga barangan :-
RM61.60 + RM61.60 + RM12.90 + RM12.90 = RM149.00

Jum join giveaway paling awesome ni, singgah blog Lyssa Secret. Mana tahu kan murah rezeki korang. hehe. Melayu, Cina, India atau lain-lain pun boleh join asalkan alamat kat Malaysia. hahaha. Free delivery weh... Jimat banyak ni (",)

p/s : semoga berjaya ya...

Ephyra Skin Bar - Best Sangat !

Assalamualaikum...
Alhamdullilah, rezeki berpeluang mencuba sendiri produk Ephyra yang terbaru iaitu Ephyra Skin Bar.  Ini produk kedua keluaran Oceanlife2u selepas Ephyra (untuk minuman)... Yang unik dan awesome sekali pasal produk ni, bukan hanya untuk mencuci muka malah boleh digunakan untuk mencuci badan. 
Dah lama aim nak guna produk Ephyra ni. Aku suka tengok perubahan wajah duta produk Ephyra ni, Memey dan Norman Hakim. Baca testimoni customer dekat instagram ephyra2u, makin membuak perasaan nak guna sendiri Ephyra ni. Baca lebih lanjut tentang Ephyra Skin Bar di sini (link)
sheila shahfiekry
Saving gila pakai ni, sebab aku kerat 1 buku sabun kepada 4 bahagian. Sebulan guna 1 bahagian. Jimat 4 bulan duit suami aku. hahahhaa. Bijak tak? Yelah, produk ni belum dipasarkan secara meluas. Hanya boleh didapati (free, sementara stok masih ada) dengan membeli Ephyra premium set (30sachet)... Kang habis, mana aku nak beli?
 Cara menggunakan :-
1) basuhkan muka, gosok Ephyra Skin Bar sampai berbuih di tapak tangan
2) urut serata muka selama 5 minit
3) bilas bersih
aku guna sehari 2 kali, pagi sebelum pergi kerja & malam sebelum tidur
Dua gambar selfie ni, dekat office. Hahahaa. Aku dah guna ephyra skin bar selama 1 bulan bermula 14 Disember 2014 - 14 Januari 2015. Banyak sangat kesan baik yang aku notice seperti :-
  • muka tidak kusam
  • muka semakin cerah
  • muka bebas minyak
  • tona wajah sekata
  • kurang jeragat
  • kurang blackhead
  • kulit muka lebih licin dan lembap
  • lingkaran gelap bawah mata pun semakin pudar
Serius, aku suka sangat kesan positif yang aku dapat selepas menggunakan Ephyra Skin Bar selama sebulan. Dan aku akan teruskan menggunakan Ephyra Skin Bar. Mungkin akan bertambah kesan positif pada wajah aku, hehee. Aku memang tak pakai make up langsung, so ephyra banyak membantu muka aku kelihatan bersih dan tak kusam lagi walaupun anak dah berusia 7 bulan lebih. 
FAQ :
  • Harga sudah tentu mampu milik! Sekotak RM40 (50gm)
  • Boleh dipakai untuk seisi keluarga kecuali baby
  • Boleh dipakai untuk mencuci muka dan juga seluruh badan
  • Sekotak mampu tahan sebulan, tapi aku kerat jadi 4 bahagian. Penjimatan berganda selama 4 bulan, yeayyyy (>____<)
Korang jangan lupa cuba sendiri ya !

Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)
Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.

New Year Giveaway With Eversoft Skinz Youth Recall by AJ

Assalamualaikum...
Terpanggil nak join giveaway kembar birthday - Ayue Jean. Rugi kot kalau tak join. hihiii mudah je.
  • Perlu tepek bannar diatas dalam entri
  • Tajuk entri kena "New Year Giveaway With Eversoft Skinz Youth Recall by AJ"
  • Follow blog www.ayuejean.com, like fanpage Blog Cherita AyueJean, like page Eversoft Skinz dan follow instagram @ayuejean
  • Tinggalkan link penyertaan kat ruangan entri AJ ->LINK
  • Tamat pada 11.59malam, 10 Januari 2015
  • Pemenang akan diumumkan pada 15 Januari 2015
  • Pemenang berdasarkan slogan paling kreatif dan menarik 
  • Pemenang 5x Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Eversoft Skinz Youth Recall bernilai RM250 setiap satu

Slogan : " Eversoft Skinz menjadi pilihan kekal cantik di tahun baru 2015 kerana tahun 2014 telah berlalu dengan wajah dan kulit muka yang kusam. Sheila mahu tampil confident dengan menggunakan produk kecantikan Eversoft Skinz Youth Recall sekaligus nampak muda remaja seiring usia walaupun sudah mempunyai seorang anak. "
p/s : semoga murah rezeki dapat cuba produk ni, hehehhee

My Printable Planner

Assalamualaikum...
Happy sangat menaip ni sambil siapkan printable planner. Aku tak jual ye, aku beli direct dengan blogger Kak Shakina Farhan. Ye, softcopy semua ni RM10 je. Rugi wooo tak grab... P cepat terjah blog Kak Shakina Farhan (link)

Lepas je aku berjaya unzip semua folder dan print out, terus teruja ajak abang pergi kedai buku, beli file yang unik, cover A4 warna putih, pen warna-warni dan sticker love. hahahahha. Sticker love tu cute sangat, aku grab ah walaupun aku bukannya minah jiwang-blues ni. hihiii. Abang siap cakap aku macam nak masuk sekolah weh. Gelak dia, anakanda pun sama terkekeh je dalam bookstore. Maybe dia faham umi dia sedang excited. Tu yang asyik gelak aje padahal takde sape buat lawak atau agah dia. hihi (>_____<)
sheila shahfiekry
Nak mula menabung dan plan everything nicely, lebih tertib dan tak serabut. Eventhough aku ni clumsy punya orang. Pastu lepas bersalin tu, daya ingatan berkurangan. Ada je benda yang aku lupa, so aku kena rajin menulis dalam planner by day. Supaya esok lusa orang tanya, aku buka planner je. hahaha. Boleh gitu?
sheila shahfiekry
please, kalau terhilang planner ni sila hantar balik ke puan empunya ya. hehehe nama tak sempat tulis dah snap gambar. hahahhaa ;p
sheila shahfiekry
Account info, contact semua aku isi nama keluarga + keluarga mertua + kawan-kawan rapat sahaja. hahahhaa. Nanti dari masa ke semasa aku print out lagi banyak, then buh la kawan-kawan biasa punya contact. hehehe nanti ada lak yang kecik hati baca blog aku. ahahhaha ;p
sheila shahfiekry
Celebrate :-
  • anniversaries
  • birthdays
  • gifts list
  • party planner
  • notes
sheila shahfiekry
 To-Do-List :-

  • daily schedule
  • daily to do
  • cleaning schedule
  • homeschooling
  • weekly blogging
  • groceries
  • mini groceries
  • notes

sheila shahfiekry
 Budget :-

  • bills to pay (checklist)
  • 52 weeks saving challenge
  • wishlist (work for it)
  • receipts (proof of payment)
  • monthly budget (no pain no gain)

sheila shahfiekry
 Ibadah :-

  • Al-Quran recitation (table time untuk khatam Al-Quran/ how many pages/what surah/lesson learnt)
  • monthly prayers time (cut & paste every month)
  • daily zikir
  • weekly to-do Ibadah
  • weekly Ibadah checklist
  • Ramadhan menu planner
  • tazkirah to jot down

sheila shahfiekry
 Fitness :-

  • weekly meal plan
  • weekly exercise plan
  • weekly weight log

sheila shahfiekry
Calendar :-

  • public holiday 2015
  • calendar 2015
  • calendar 2016
  • 12 months calendar (2015)

sheila shahfiekry
Tab label (ni gambar lepas aku potong ya)
sheila shahfiekry
 pakai cover rainbow, rasa awesome. kahkahakahhh ;p
sheila shahfiekry
calendar by monthly ;p
sheila shahfiekry
Ni gambar lepas siap semuanya. Aku beli file unik sikit supaya tak diambil oleh officemates ataupun orang lain. hahaha. Lain sikit, senang nak cam dari jauh dah nampak file hijau kesukaan aku ni. hahaha. Bermulalah aku mencatatkan segalanya dalam planner ni. Oh ya, aku dah pilih nama khas untuk planner ni sebab sticker love tu hahahhaa - My Love. ahhahhaa. Gasaklah guna nama My Love kan... Esok lusa senang guna nama ni je kalau update dekat blog/instagram/facebook.
p/s : korang ada planner tak? hehehe

Jum Kurus 10KG dan Menang RM1000 !

Assalamualaikum...
Sukacita nak maklumkan pihak Nikko Beauty & Wellness telah melancarkan pertandingan kurus dan menang setelah mengeluarkan produk kurus mesra pengguna iaitu Nikko Slimm Juice. Berita baik ini khas untuk orang :-
  • yang berniat mahu berat ideal kembali
  • yang susah nak membuang air besar
  • dalam proses menguruskan badan
  • dalam proses mengawal perbelanjaan (masalah bernafsu tengok makanan sedap)
  • yang takda masa nak pergi gym
  • yang nak kurus & nak menang duit sekaligus, hihiiii ;p

Korang yang tergolong dalam kategori diatas, adalah wajib harus baca entri aku ni sampai habis sebab korang berpeluang kurus sambil memenangi RM1000 dengan mudah!  Nasib baik aku memang kurus, kalau tidak memang nak join contest ni. hihi. 
Syarat kelayakan untuk menyertai pertandingan ini, perlu beli sebotol (atau lebih) Nikko Slimm Juice dari HQ Nikko Slimm Juice (link) dan minum 2x sehari. Perlu amik gambar sebelum & selepas penggunaan Nikko Slimm Juice dan capai target turun 10KG penurunan berat badan dalam masa sebulan. 

Untuk menyertai pertandingan dan maklumat lanjut, boleh hubungi :-
Website  :  http://www.nikkobeauty.com.my
Facebook  :  https://www.facebook.com/nikko.slim.juice.hq
Email  :  staffnikko@gmail.com
H/p  :  019-3444513

Bagi yang tak pernah dengar pasal Nikko Slimm Juice. Meh aku terangkan serba sedikit :-
  • 1 botol RM60 (harga mampu beli)
  • Hanya minum 2x sehari.
  • Jus sedap ni "kurang manis" yang berperisa raspberry
  • 1 botol mengandungi 260ml dan mampu tahan 2-3 minggu
  • Halal dan mendapat kelulusan KKM
Cara diet gaya Nikko Slimm Juice :-
Breakfast
  • Makan 1 sudu besar Nikko Slimm Juice sebelum breakfast
  • Wajib amik breakfast, walaupun sedikit
  • Gantikan heavy breakfast seperti nasi lemak kepada oat atau roti
Lunch time
  • Makan nasi segenggam kecil
  • Lebihkan lauk :- sup sayur/ sup ayam/ ayam bakar
  • Kurangkan makanan berminyak/bergoreng
  • Lebihkan air putih :- sahut cabaran minum air 2-3liter sehari
Tea time
  • Say no to kuih muih ;p
  • Amik buah-buah atau roti
  • Oat sangat digalakkan
Dinner
  • Makan 1 sudu besar Nikko Slimm Juice
  • Latih diri makan awal di antara jam 6 petang - 8 malam
  • Makan nasi segenggam kecil 
  • Lebihkan lauk

Rugi kot kalau tak join contest lumayan ni, mana tahu sambil korang nak kurus, bertuah badan menang RM1000. Macam-macam boleh buat dengan duit ni. hihiiii. Belanja keluarga makan besar pun bagus juga. Jangan lupa, sambil nak kurus tu berdietlah secara sihat. Jangan sampai tak makan langsung, ikat perut dengan tali rapia, ekekekeeee. Selamat menyertai dan semoga korang semua kurus dan sihat-sihat selalu (",)
Contest Mudah Nikko Slimm Juice ini dianjurkan oleh Farid Laham Network dan ditaja oleh Nikko Beauty serta duniafarisya.com

Resepi : Cucur Labu Sedap

Assalamualaikum...
Haii semua orang! Apa khabar? Sihat ke? Kalau tak sihat, jangan lupa makan ubat ye... Entri pertama tahun 2015, adalah entri resepi. Wahhhh silalah korang semua jangan marah ye. Takda idea nak up entri baru. Ni kira modal lah juga, lama mengidam nak makan cucur labu. Sejak mengandungkan anakanda lagi, tapi asyik tak terbeli labu je. Semuanya sejak tengok Kak Intan Berlian update entri cucur labu ni. Memang buat terliur je kalau mengenangkan. Maka, kita buatlah sendiri (",)
sheila shahfiekry
Bahan utama haruslah labu, diikuti tepung gandum, gula, garam, baking soda dan juga air rebusan labu.

Caranya senang banget :-
sheila shahfiekry
Labu kena rebus atau kukus ya. Aku kukuskan aje, dalam 10-15 minit camtu dah masak. Terus korek isi labu guna sudu. Memang senang je part ni. Pastu mix dengan tepung gandum.
sheila shahfiekry
Rupa setelah diadunkan semua bahan termasuk gula, garam, baking soda, tepung, labu dan air kukusan labu. hehehe. Gula/garam secukup rasa tau, pandai-pandai la korang sukat. Baking soda aku buh secubit dua je.
sheila shahfiekry
Taraaaa! Lepas goreng, makan panas-panas, memang hmpphhh sangat. Aku makan seorang je, suami tak suka cucur labu ni. ahhahaa. Nasib baik anakanda tak kembung perut sebab breastfeed dengan aku. hahahhahaa. Sekian, silalah balik buat sendiri okeyyyy (>____<)