Assalamualaikum...
Buka kotak, terus nampak botol yang sangat comel ni. Arghhh sukanya! Pandai ehh guna warna yang sesuai untuk menarik minat baby. Product UMEE ni, dah pernah review sebelum ini. Dulu kita buat review botol susu UMEE (link), kali ni review training cup pula (",)
receiving on 19th Mac 2015 via Koopers_Distribution |
Drinking cup terbaru jenama UMEE dari Holland, diperbuat daripada plastik premium PP dan dilengkapi dengan Air Vent System yang boleh membentuk satu pengaliran udara yang positif. Boleh membantu anak minum dengan lebih senang dan lancar. Anak senang nak control sedutan dan tidak mudah tersedak selain mengurangkan gejala kembung.
Pic 1 : 4 point fixing |
Pic 2 : screw ring |
Pic 3 : soft spout |
"The mother touch training cup" maksudnya puting training cup ni tak keras macam jenama lain, spout drinking cup ini jenis lembut. Ini penting untuk pertumbuhan gigi dan gusi. Seperti gambar rajah 3 ini, 2 lubang kecil puting ni dapat mengelakkan anak daripada tersedak air. Alhamdullilah, setakat ini Adam minum guna drinking cup ni takda masalah.
Special : cap, handle & spout boleh masuk kat botol UMEE. Boleh interchange, oiii jimat dan bagus gila kan? Ehhh, korang faham ke tidak? Means, semua replacement drinking cup ni, boleh muat pakai pada botol UMEE lagi satu. Yang gambar bawah ni laaaa ;p
Normally 6 bulan sekali, akan tukar replacement or beli botol baru kan? Jangan risau, nak cari kat mana semua replacement botol UMEE, terjah instagram Koopers_Distribution. Suka betul berurusan dengan depa. Pengedar tunggal kat Malaysia tau... Apa-apa, beli direct dengan depa je senang.
2 replacement soft spout, boleh purchase sekaligus :) |
Model blog, heehehhee anakanda bersama baba. First trial guna drinking cup. Not so bad. Adam cuba juga menyedut, walaupun dia luah balik semua air masak tu. hahaha. Tiba-tiba jadi teething bottle pula, dia gigit-gigit puting botol ni. hahahahha. Adam so manjaaaaa selama ni. Sebab tu takmau nak pegang sendiri. Maybe lepas guna drinking cup yang ada pemegang ni, Adam boleh belajar sendiri. Tak sabar tengok perkembangan anakanda membesar. heeee ~~~
10 comments
Amboii Adam santai nampakkk. Hahahaha.
wow :)
mmg ngah cri botol utk danish munim air masak.. omey la botol ni..
shila kite beli brand tome tippe x silap.. puting clear color mcm puting botol susu tp anaqi cm xbrape suka.. bila bg diluah sembur2 balik.. mayb sbb puting dia kecik n kalau nk sedut kena buat duck face sket kot.. dia tak gemor..
Wah...br tau..bgus utk gigi bby..
amboi.. big boss betul adam..
Wahh..terbaiklah...
Blh geng umar xmo pgg btl sndiri.haha
akak pun ada belikan awfiyah training cup ni..Pakai straw memang tak pandai lagi..uhu...
x sabar la pulak nk tgk anakanda beta guna hihi
setakat ni bg botol air masak pon bukan dihisapnya digigit j. pastu main tuang air.