norsheilasalleh.blogspot.com: July 2015

Babeskin365 Whitening Soap & Double Serum Premium

Assalamualaikum...
Sememangnya aku ada masalah kulit muka yang kusam, kering, juga ada black head yang degil tak mahu keluar even aku picit keluar sampai merah hidung. Cissskek sungguh black head ni. Hahahhaa… Malu tau nak jumpa orang especially outing dengan kawan! Thanks to Janice yang introduced me to this product. Babeskin365 juga pernah keluarkan produk minuman oat, yang juga aku dah consume sebelum ni. As a loyal costumer, haruslah aku cuba product terkini mereka ; Whitening Soap & Double Serum Premium. Serius terbaik tau… Selain Ephyra, ni produk kedua yang mampu menarik minat aku untuk cuba dan ternyata bukti yang aku perolehi cukup menyakinkan aku adalah pengguna bijak pandai, hahahhahaha  (“,)
sheila shahfiekry
Whitening Soap – RM29(WM) & RM39(EM)
Diperkaya dengan Vitamin A, C & E. Diperbuat daripada bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk semua jenis kulit, tak kira normal atau sensitif. Dengan harga pasaran RM 29.00 (Semenanjung) & RM 39.00 (Sabah&Sarawak), korang tak perlu beli sabun badan sebab Whitening Soap ni boleh digunakan pada muka dan seluruh badan. Haaaa jimat kan? Satu badan putih bersih sekata. Penjimatan yang berbaloi bagi aku. Walaupun seketul sabun ni hanya seberat 50gm, tapi boleh pakai lebih daripada 2 bulan tau. Aku dah pakai sebulan lebih, pun tak luak lagi bentuk sabun ni. Warna sabun menarik hati, hijau memang warna fav. Hihii bau sabun ofcourse sedap.  I likeeeeeee J
Cara guna : masa tengah cuci muka, urut muka perlahan-lahan dan tinggalkan untuk 2 minit. Kemudian baru bilas muka.
Antara kelebihannya :
  • ·         Kulit lembab
  • ·         Kulit tidak mengelupas
  • ·         Kulit cerah dan berseri
  • ·         Menanggalkan sel kulit mati
  • ·         Kurangkan noda dan lingkaran gelap bawah mata

sheila shahfiekry
Double Serum Premium - RM119(WM) & RM129(EM)
      1)      Repairing Booster (Double brightening & Anti-acne)
      2)      Ultimate Mega Lift (Skin elasticity activation & Anti-wrinkle)
Serum ni ada 2 jenis tau. Kena apply sejurus lepas cuci muka guna Whitening Soap untuk penghasilan seri pada kulit. Sokongan daripada sel semulajadi untuk memperbaiki kulit muka juga tona muka sekata. Garis muka, kedutan mahupun pori yang besar juga akan beransur mengecil, diperbaharui dengan sel baru yang lebih sihat dan menggebu. Setiap botol mengandungi 15ml, dan tahan untuk 2 bulan. Harga sangat berpatutan, sebab dapat 2 botol serum. Rugi kalau tak grab oiii…
Cara guna : selepas cuci muka pagi dan petang, gunakan 1-2 titisan setiap satu botol. Sapu pada seluruh wajah. Untuk hasil yang lebih bagus, guna Reparing Booster dan diikuti Ultimate Mega Lift.
Antara kelebihannya :
  • ·         Kulit lembut
  • ·         Kulit lebih lembab
  • ·         Muka lebih suci
  • ·         Kulit muka lebih cerah
  • ·         Mengurangkan kulit berminyak
  • ·         Mengurangkan kedutan
  • ·         Menutup lubang pori yang besar
sheila shahfiekry
Pengalaman hari pertama guna Whitening Soap & Double Serum Premium ; Whitening Soap sangat menyegarkan kulit muka. Terasa la kulit lebih licin. Mungkin kerana aku jarang guna produk muka, so agak senang nak rasa perubahan bila guna sesuatu produk. haahhaha. Sila bezakan sendiri gambar daripada hari pertama hingga yang terkini. hihiiiii :)
sheila shahfiekry
Jangan lupa untuk cuba serum dan sabun daripada Babeskin365. Memang berbaloi dan terbukti berkesan seawall 7 hari! Seronoklah raya dengan muka yang lebih bersih dan cerah. Oh ya, ada contest bernilai RM1000 untuk dimenangi. Jangan lupa terjah facebook Babeskin365 tau!!!
Facebook : Babeskin365 
Instagram : Babeskin365
Website : www.babeskin365.com
Zuraeca Sdn Bhd
No. 12-C Jalan BS9, Taman Bukit Segar, 43200 Cheras, Selangor
Hotline : +603 9100 2265

A&J Burger Grill Sg Buloh, Terbaik Bohhhh !

Assalamualaikum...
Ni cerita dah dekat 2 bulan terperam lama dalam draft, baik aku post sebelum memory lost. hahahhaa.  Aku teruja dapat makan burger bakar. hihiii fyi kat Sungai Buloh ni susah gila nak jumpa tempat yang sediakan makanan sedap. Tak percaya, cer tanya orang yang tinggal kat Sungai Buloh ni ;p

Anj Burger Grill, milik penuh bumiputra bernama Joe & Acot. A&J gabungan initial nama mereka berdua. hehehe Actually depa berdua ni pernah buka gerai bersebelahan suatu ketika dulu. So dapat idea buka stall burger bersama. Officially A&J open on 20/10/ 2012. Dulu mereka berdua je, sekarang dah ada 7 staff yang lain. Terletak di sebelah rumah parents Abg Acot. Mulanya nak jual burger Ramly sahaja, tapi untung macam tak marvelous kata orang. Kena pula time tu burger bakar tengah 'famous' sangat kat Malaysia. Dengan hanya menjual burger bakar biasa, tercetus idea nak buat set burger bakar dengan gabungan french fries yang disadur dengan mayonis & cheezy, salad, meatball, garlic bread, mash potato, mushroom soup.

My first time makan sini dulu, memang suka gila dengan mushroom soup dan set burger daging. Setiap set burger ada disediakan air kordial seperti oren, anggur. Memang menjimatkan order set burger kat sini... Sebab tu jadi loyal customer. Time takda selera nak makan nasi, mesti dating dengan suami kat sini. hihiii. Sejak tu dah tak pandang burger mcd, burger kfc. hahahha. Penangan burger bakar A&J memang terbaikkkk.
RGB (Rasta Grill Burger) RM21.90
set couple untuk 2 orang
set ni termasuklah 2 ketul RGB + fries + mash potato + garlic bread + 2 mushroom soup + 2 gelas air yang ditetapkan
(cth : air kordial sarsi, sirap, oren, anggur)
(teh o, air limau)
Chicken Grill RM11, set ni takda air
Hotdog Jumbo RM5.50
 
 Rasta John RM7 (macam roti john laaa)
 Oblong RM5
Monster Combo RM13
termasuk meatball & wedges, set paling orang suka beli
Set Meatball - ada meatball, wedges, salad
1) set meatball 10biji - RM7
2) set meatball 15biji - RM10
3) set meatball 20biji -RM13
 Naked CCB (Crispy Chicken Burger) RM11.90
set ni tanpa roti, sesuai untuk orang yang kurang gemar makan roti burger

Combo Platter (daging sahaja) RM12 
pun sama tak ada roti burger 
Fuhhhh... tengok gambar balik pun boleh terliur babe.. Tak sabar nak ajak suami makan sini lagi. Ngeeee nasib baik dekat gila dengan rumah den :)))
Satu kerugian bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan Sungai Buloh, tak cuba rasa burger bakar A&J... Harga sangat reasonable. Patty daging tebal, fuyohhhh kenyang perut semalaman. Masa food review tu, jangan cakap lah berapa banyak makan. hahahhaha. Sumpah mengenyangkan.
Terima kasih tak terhingga buat Abg Joe, Abg Acot dan team A&J yang sudi layan kami rombongan bloggers haritu... Semoga terus sukses dalam bisnes ni (",)
Facebook : A&J Burger Grill
Instagram : A&J Burger Grill
Waktu operasi : Isnin-Sabtu (ahad tutup)
Masa operasi : 6 petang - 12 malam
Alamat : Lot 70-D, Kg Melayu Sg Buloh, Selangor (boleh waze, google hehehe)

Keguguran

Assalamualaikum...

Maaf lambat update pasal diri. 2 bulan kehilangan idea nak menaip. Tambahan pula ada kisah disebalik kehilangan ini...

Aku dan suami memang teruja nak timang 2nd baby. Tapi... Apakan daya, Allah Maha Mengetahui. Aku keguguran masa kandungan masuk usia 3 bulan.

Allahurabbi... Sedihnya jangan ditanya. Aku dah pernah gugur sekali diawal perkahwinan dulu. Aku dah pernah bersalinkan Muhammad Adam Husni. Dan kandungan ketiga ni, kami sekeluarga diuji lagi. Sakit keguguran lebih menyakitkan daripada sakit bersalin. Yelah, sakit bersalin hilang tatkala baby berjaya keluar daripada perut. Sakit gugur, sedih je peneman diri...

Ceritanya bermula, dua hari aku perasan ada banyak keputihan keluar. Aku diamkan aje. Hari ketiga, keluar spotting (darah warna coklat sikit)... Aku debor .. Suami bawa pergi scan perut kat Klinik Normah. Doktor scan, tak nampak heartbeat katanya. Bagi surat refer ke Hospital Sungai Buloh. Masa scan pun, macam tak solid dah bentuk baby. Macam pecah tau.. Aku sedapkan hati, tabahkan jiwa. Tak terus pergi hospital.

Suami terus bagi pesanan. Kalau takda chance, tawakal. Jangan sedih-sedih. Aku angguk. Malamnya, aku start sakit pinggang kaw-kaw. Aku cuak gila, cuba untuk tidur. Tak boleh. Subuhnya semua bangun awal. Aku nak p buang air kecil, tiba-tiba terasa macam ada benda nak keluar. Macam baby nak keluar, tapi takda rasa sakit nak bersalin. 

Terus aku teringatkan adik baby. Aku niatkan dalam hati, sekiranya adik baby tak kuat. Takpelah sayang. Umi izinkan adik baby keluar. Allahuakbar. Terus aku teran sikit, keluar seketul darah beku. Menggigil aku kat situ. Berderai air mata aku, disubuh hari...

Suami bantu aku balut darah beku dengan kain, dan pergi tanam belakang rumah. Aku terus ke rumah akak ipar di sebelah rumah. Mertuaku, ipar duai dari Johor semua memang ada. Semua terkejut dengan berita keguguranku. 

Bermula episod berpantang tanpa adik baby T_____________T"

Petangnya, aku nak memerut. Terasa lagi ada benda nak keluar. Kali ni dengan rasa sakit nak memerut macam nak bersalin. Aku teran sikit, keluar darah banyak. Lepas tu, nifas aku tak banyak. Seminggu je, habis dah nifas. 

Oh ye, beberapa hari sebelum gugur. Aku perasan adam selalu datang peluk cium perut aku. Hari aku gugur, adam pun bersedih sama.. Tak boleh berenggang dengan aku. Adam pun tahu adik baby tak ada dah... Allah, kuatkan semangat kami sekeluarga... 

p/s : doakan aku ya kawan-kawan :)