Koleksi Pakaian Luar Zalora | norsheilasalleh.blogspot.com

Koleksi Pakaian Luar Zalora

Assalamualaikum...
Koleksi pakaian luar atau lebih dikenali sebagai outerwear. Antara yang termasuk dalam kategori outerwear ialah cardigans, jackets, blazer, coats dan seumpamanya. Aku sendiri banyak koleksi cardigans dan itu merupakan fesyen penyelamat aku sejak daripada zaman remaja. Walaupun sekarang dah masuk zaman mak-mak, cardigans masih lagi fesyen yang aku sering guna sebab lebih mudah nak melangkah keluar rumah bersama suami dan anak teruna yang dalam fasa serba ingin tahu J
Biasanya koleksi pakaian luar ni diperbuat daripada material kain yang tebal kerana fungsi pakaian luar ni untuk menghangatkan badan si pemakai terutamanya ketika waktu sejuk. Tapi dah jadi trend sekarang ramai yang tidak teragak nak menggayakan pakaian luar ni sebagai pelengkap gaya harian mereka. Malah ada yang rasa berkeyakinan tinggi apabila menggayakannya.
So hari ni aku share la tips sikit pasal koleksi pakaian luar atau outerwear kat korang semua agar kita sama-sama bergaya dalam cara yang betul dan sopan sebagai muslimah. Hehehe. 

Cara paling terbaik dalam penggayaan, pakaian luar ni boleh ‘menyelamatkan’ gaya simple korang. Kombinasi terbaik bagi cardigans ialah jeans dan t-shirt bundle yang orang takkan tahu pun kita tengah pakai, hikhikhikkkk J
Bagi cuaca sejuk pula, coats atau jacket paling ideal untuk digayakan kerana boleh menghangatkan tubuh si pemakai sekaligus tampil bergaya.
Bagi yang bekerjaya pula, jangan takut-segan untuk gunakan cardigans atau blazer bersama pakaian formal pejabat seperti kemeja, blaus. Pasti nampak menarik dan lebih profesional

Sebenarnya outerwear ni adalah sangat membantu kita yang sukakan gaya simple tapi bergaya. Bagi sesiapa yang nak mulakan gaya ini, aku suggest korang masuk website Zalora. Outerwear yang ada kat situ semua lawa dan harga berpatutan. Sesuai la dengan ekonomi kita yang perlukan lebih sederhana. Jimat masa korang pergi shopping mall, jimat tenaga 4 tulang tu sekaligus menjimatkan duit korang. Ada sales yang awesome untuk kaki shopping macam kita-kita ni. Hihihiiii. Jangan lupa terjah website Zalora tauuuuu :P

6 comments

January 28, 2016 at 11:09 AM

Oh! Nice, Zalora mmg banyak koleksi yang best2, tapi nampak gaya aku tak dapat lagi nak shopping dekat situ. Aku mmg suka pakai outerwear ni, terutamanya jacket dan blazer. Selalunya aku pakai untuk tahan panas matahari dan sejuk air-cond. Tapi kebanyakkan outerwear aku secondhand dari kakak2 atau yang paling murah aku boleh dapat dari kedai! XD hmmm tak sabar tunggu ekonomi meningkat sikit! -blogwalk sini :3

January 28, 2016 at 11:31 AM

cantiknyaaaaaaaaaaaa

January 29, 2016 at 9:18 AM

saila sukaaaaaa cardigan..hehehe!

February 20, 2016 at 7:34 PM

Baju kat Zalora ni memang lawa-lawa belaka.
Sesuai untuk semua occasion.

Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

February 22, 2016 at 9:55 AM

koleksi nya memang cantik2.. sesuai untuk orang kurus dan tinggi...


pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #22. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/01/senarai-url-blog-22.html

pemenang diumumkan kat http://www.mialiana.com/2016/02/pemenang-bertuah-url-blog-22.html

February 22, 2016 at 11:26 AM

sy baru nak g shopping zalora tapi keliru nak beli apa huhu

Post a Comment