norsheilasalleh.blogspot.com

Wajib Tahu Tentang Uri

Assalamualaikum...
Kita selalu terlupa benda-benda camni. Kepada yang akan mendapat anak *peringatan kepada diri sendiri juga*, sila baca dan fahami ya.
Semua lelaki dan suami mesti tahu ilmu ini. Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri. Menanam uri anak atau dikenali sebagai placenta atau juga disebut sebagai tembuni. Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.
sheila shahfiekry
Uri adalah teman rapat atau kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi. Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri sehingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya dapat uri pagi, petang dah tanam.
Simpan didalam peti ais beku jika tidak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik. Jangan mengikuti kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga kita dapat menghindari diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.
Cara menguruskan uri :-
*mulakan dengan baca Bismillahirohmannirrahim
*cuci bersih-bersih, hilangkan darah-darah. Jangan gunakan sabun atau syampoo
*bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
*cuci uri dengan garam. lumurkan garam, dan cuci bersih-bersih
*cuci uri dengan asam jawa. lumurkan asam jawa, dan cuci bersih-bersih (untuk hilangkan bau hanyir darah)
*perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri
*letakkan dalam plastik atau bekas mudah reput seperti plastik tesco atau kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut (mengurangkan bau hanyir yang menarik perhatian binatang yang mungkin akan menggali uri ini nanti
*letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut
*gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau atau dikesan dan dikorek anjing atau binatang lain nanti
*baca Bismillahirohmannirrahim dan berselawat semasa letakkan uri dalam tanah dan timbus.
*tanam di tempat yang bersih dan selamat. contohnya perkarangan surau atau masjid
*letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali anjing dan binatang lain
*jangan diletakkan lilin barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat. 
Hukum menanam uri adalah HARUS (Jakim)
Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak dihospital dikehendaki membawa balik uri untuk ditanam ditempat masing-masing. 
Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.
p/s : sumber link