Assalamualaikum...
Dengar macam pelik, tapi aku selalu alami ni sejak zaman remaja lagi. Tapi selalu kena kat paha sebabnya dok meneran lama kat dalam toilet. Muahaha. Takpun, kena dekat tapak kaki. Perghh dia punya terkejut masa terkena simpul biawak ni, boleh bawak nangis meraung kot Y______Y
Bila mengandung ni, masuk 2nd trimester je terus kena kat betis. Waktu cuti raya cina, kami balik kampung. Tak sangka pula, kampung tengah sejuk sangat. Tak payah pakai kipas pun takpe. Aku pakai stokin pun boleh simpul biawak lagi. Adoyaiii. First tu kat kaki kanan, aku cepat-cepat tegakkan kaki dan urut betis. Alhamdullilah okey, sambung tidur balik. Pagi tu kena lagi sekali, kat betis juga. Tapi kena serentak dekat dua kaki aku ni.

Serius, aku panik time tu! Aku buat sama cam dalam gambar rajah. Still tak menjadi. Aku bangun pergi sapu minyak panas. Urut kejap kat betis. Pun tak jalan gak. Aku sabarkan hati, tunggu suami bangun dulu. Baru beritahu dia. Seharian tu aku jalan pakai tumit, macam orang tua je rasa. Slow motion langkahnya.
Balik KL tu, beli minyak afiat. Suami urutkan kaki. Aku kan sebenarnya tak boleh diurut. Penggeli sangat. Terjerit-jerit aku tahan geli sambil berdekah-dekah gelak. Sengal pula rasanya, tapi nak buat camne kan. Sense of humor terlebih ;p Suami aku sabar je melayan. Masuk hari ketiga, aku urut sendiri kaki, tak guna minyak pun. Alhamdullilah. Hari ke-4, aku boleh berjalan seperti biasa. Cumanya kesan bengkak masih terasa lagi kat betis tu. Kena usaha urut lebih ni gamaknya.
Aku terus rajin google dan dapat sedikit info ini :-
Beberapa kemungkinan punca kekejangan kaki berlaku semasa hamil
* Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya dalam simpanan badan anda.
* Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Serta kesan kepada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
* Terlalu letih membawa perut yang semakin membesar
Apakah cara untuk melegakan :-
* Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang. (rujuk gambar atas tu)
* Urut otot yang kejang itu.
* Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.
Tips elak kekejangan :-
* Minum air masak secukupnya (sebaik-baiknya 2-3liter sehari atau lebih)
* Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur.
* Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur untuk melancarkan peredaran darah.
* Pakai stokin sokongan, dan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari.
* Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur.
* Elakkan terlalu banyak berdiri.
* Mandi dengan air suam sebelum tidur.
* Ambil suplemen kalsium magnesium, pengambilan suplemen Ostematrix Shaklee dapat membantu mengatasi masalah ini.
p/s : credit buat blog Ibu, hebatkan. Aku memang amalkan ostematrix shaklee, cuma waktu pagi je. Sekarang, malam pun aku amik sebelum tidur. Tips yang ada semua aku follow. Alhamdullilah, semakin pulih.
