Simpul Biawak @ Kekejangan Kaki | norsheilasalleh.blogspot.com

Simpul Biawak @ Kekejangan Kaki

Assalamualaikum...

Dengar macam pelik, tapi aku selalu alami ni sejak zaman remaja lagi. Tapi selalu kena kat paha sebabnya dok meneran lama kat dalam toilet. Muahaha. Takpun, kena dekat tapak kaki. Perghh dia punya terkejut masa terkena simpul biawak ni, boleh bawak nangis meraung kot Y______Y

Bila mengandung ni, masuk 2nd trimester je terus kena kat betis. Waktu cuti raya cina, kami balik kampung. Tak sangka pula, kampung tengah sejuk sangat. Tak payah pakai kipas pun takpe. Aku pakai stokin pun boleh simpul biawak lagi. Adoyaiii. First tu kat kaki kanan, aku cepat-cepat tegakkan kaki dan urut betis. Alhamdullilah okey, sambung tidur balik. Pagi tu kena lagi sekali, kat betis juga. Tapi kena serentak dekat dua kaki aku ni.



Serius, aku panik time tu! Aku buat sama cam dalam gambar rajah. Still tak menjadi. Aku bangun pergi sapu minyak panas. Urut kejap kat betis. Pun tak jalan gak. Aku sabarkan hati, tunggu suami bangun dulu. Baru beritahu dia. Seharian tu aku jalan pakai tumit, macam orang tua je rasa. Slow motion langkahnya.

Balik KL tu, beli minyak afiat. Suami urutkan kaki. Aku kan sebenarnya tak boleh diurut. Penggeli sangat. Terjerit-jerit aku tahan geli sambil berdekah-dekah gelak. Sengal pula rasanya, tapi nak buat camne kan. Sense of humor terlebih ;p Suami aku sabar je melayan. Masuk hari ketiga, aku urut sendiri kaki, tak guna minyak pun. Alhamdullilah. Hari ke-4, aku boleh berjalan seperti biasa. Cumanya kesan bengkak masih terasa lagi kat betis tu. Kena usaha urut lebih ni gamaknya.

Aku terus rajin google dan dapat sedikit info ini :-
Beberapa kemungkinan punca kekejangan kaki berlaku semasa hamil
* Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya dalam simpanan badan anda.
* Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Serta kesan kepada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.
* Terlalu letih membawa perut yang semakin membesar

Apakah cara untuk melegakan :-
* Buat regangan. Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang. (rujuk gambar atas tu)
* Urut otot yang kejang itu.
* Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Tips elak kekejangan :-
* Minum air masak secukupnya (sebaik-baiknya 2-3liter sehari atau lebih)
* Lapik kaki dengan bantal supaya kaki anda berada dalam posisi lebih tinggi daripada kepala semasa tidur.
* Urut kaki dan betis secara lembut sebelum tidur untuk melancarkan peredaran darah.
* Pakai stokin sokongan, dan kasut yang sesuai dan selesa sepanjang hari.
* Lakukan senaman regangan otot sebelum tidur.
* Elakkan terlalu banyak berdiri.
* Mandi dengan air suam sebelum tidur.
* Ambil suplemen kalsium magnesium, pengambilan suplemen Ostematrix Shaklee dapat membantu mengatasi masalah ini.

p/s : credit buat blog Ibu, hebatkan. Aku memang amalkan ostematrix shaklee, cuma waktu pagi je. Sekarang, malam pun aku amik sebelum tidur. Tips yang ada semua aku follow. Alhamdullilah, semakin pulih.

37 comments

February 7, 2014 at 1:07 AM

Bgaus info.. kadang2 travel terkene masalah kaki mcm ni memang paham huhuhu.. :D

February 7, 2014 at 6:14 AM

sheila kene rajin minum susu and klu kejang macam tu, kene lawan balik sama mcm dlm gmbr tu

February 7, 2014 at 7:08 AM

Masa kejang nie la boleh manja lebih2 sikit ngn husband kan.. hehehe

February 7, 2014 at 7:53 AM

ni baru kena pagi tadi ni...sakit gile....lambat pulak tu nak baik

February 7, 2014 at 8:00 AM

Assalamualaikum.. wife ada jgak kena.. cara wife sya, dia tinggikan kaki masa tido..lapik batal.. sblm pakai stokin sapu krim mustajab pati halia tu..yg warna kuning.. :-)

February 7, 2014 at 8:37 AM

za dulu mmg blh dikatakan tak kena kejang langsung.. cuma skali yg plg teruk za rsa msa tu tgh drive.. nsb baik dh nk sampai.. bhya klu time drive kena.. mlm2 sblm tdo sapu minyak dulu, pastu tggikn kaki..

btw, psl bengkung tu, beli je kain 2.5 gitu, pastu potong 2 melintang. cantumkan jadi lah 5 meter. itu je bengkungnya.. :)

February 7, 2014 at 8:54 AM

rasa nak meraung kalau kena simpul biawak nie..lagi la shiela skrg tgh pregnantkan..mesti selalu kena...hehe

February 7, 2014 at 9:05 AM

Alhamdulillah setakat ni xkena simpul biawak lg.. tkt lak..

Anonymous
February 7, 2014 at 9:50 AM

masa ngandung zara dulu..dri 3 bulan sampailah 9 bulan..duk kena simpul biawak ni. sakit yang amat...ni belum kena lagi hihihi..tiap tiap malam tido mesti pakai stokin. takut masuk angin...

February 7, 2014 at 10:09 AM

kalau preggy mmg selalu kena simpul biawak ni. mmg x bole nak elak. hehehe. husb akak la yg selalu tlg urutkan pelan2..

February 7, 2014 at 10:24 AM

Assalamualaikum Sheila, cramp ni jadi masa pregnant, nak cuba kasut baru jadi, dengan jari jari kaki jadi keras, panicked gak, kena relax lama, buat regangan tu baru ok. Tapi Sheila tak mengandung pun jadi, mungkin kurang garam kut. Take care dear :)

February 7, 2014 at 11:01 AM

pergh.. time kena simpul biawak ni. memang sakit habis. kalau kena time tidur, tak pasal kaki husband kena sepak. bukan apa, xd niat nk derhaka cumanya nk kejutkan dia suh bangun tolong leraikan simpul biawak. mulut dah xbleh nk cakap, kaki jea la jalan. sobs.sob.. nasib baik dia paham. phiuw~

February 7, 2014 at 11:51 AM

ek ?? simpul biawak ?? 1st tym zara dgr ni.. nama lain ntuk kkejangan ek ? ooooo.. bykkn minum air suam tauu masa preggy ni.. zara pena kekejangan area betis juga tp xslalu laa then xteruk, sakit mmg sakit tp still bleh tahan.. heheh

February 7, 2014 at 11:58 AM

member ada gak yg sllu kena cramp camni.. mmg jenuh meng aduh la dia.. dr zmn study kat uni dulu dia sllu kena.. cian dia bila time kena.. tula amek ms jugak nk ok.. kena take time urut dlu pelan2.. take care tau sheila :)

February 7, 2014 at 12:18 PM

salam. bahaya jugak kes kes kekejangan ni..

February 7, 2014 at 12:32 PM

saya pun selalu kena ni esp klu byk drive

February 7, 2014 at 12:41 PM

simpul biawak upanyer..
mmg unik nama ni..
shark x sure plak pernah kena ke x.

February 7, 2014 at 12:53 PM

kat kampung panggil.. sengal biawak.. dulu kat mrsm rasanya ada pelbagai nama, ada yang panggil 'ular something la' lupa lak panggilan penuh... lain negeri, lain nama timangannya :p

ingatkan org yg dah pernah berssalin je kena kekejangan ni, baru tau remaja pun kena juga rupanya

February 7, 2014 at 1:33 PM

Assalamualaikum sheila...memg skit kalo kena simpul biawak nih kan...

February 7, 2014 at 1:41 PM

orang pegnant meang selalu mudah kena Sheila, banyakkan minum air & istirehat, ok

February 7, 2014 at 1:57 PM

very the doctor sangat shiela ni..good info..

February 7, 2014 at 3:09 PM

sekarang nie kena lebih kan kalsium lah jawabnya... take care sheila... hehe...

February 7, 2014 at 3:56 PM

biasa terjadi untuk ibu hamil terutamanya bila kandungan dah besar dan lagi dekat nak bersalin insyaAllah tip ni dapat membantu.

February 7, 2014 at 4:01 PM

simpul biawak name die? ape ke hodohnyaaa name? hahahhaa.. ida dulu salu gak kene, buat cf kan.. ida amalkan ostemtrix tu, skrg dah xkene dahhh .. syukur ;)

February 7, 2014 at 4:35 PM

dulu semasa preggy selalu gak kena...sekarang dah teramat jarang kena...pastikan pakai stokin time tidur...

February 7, 2014 at 4:58 PM

Hoho.. takutnya kena simpul biawak ni.. dah la xsuke pakai selimut time tidor. Nasib baik suami rajin nak urut2 kaki sebelum tidor..time tidor je mestikena bising dgn suami..hehe

February 7, 2014 at 6:14 PM

kite smalam dah kena lagi tau. biase nya pkl 4 laaa. pemalas pakai stoking. tp kan b4 kena tu nsb terjaga dulu . so cpt cpt bengkok kan kaki. kalau dok straight lg sng kena

February 7, 2014 at 6:38 PM

pernah kena time tidur..sakit ya amat..kalau nak cepat picit ibu jari..nanti darah akank cepat mengalir..petua orang lama..pernah try dan menjadi :)

February 7, 2014 at 7:43 PM

Hai sheila.Kalai di melaka org panggil ular-ular.Tasha masa prgnnt selalu kene.mcm nk putus urat betis ni.Nak nangis.Sellulah pakai stokin masa tidur k :0

February 7, 2014 at 8:40 PM

eh nina pun pernah kena mcm ni.. memang sakit time2 jd kt tandas atau tgh tidur. petua yg bagus la. boleh amalkan :)

February 7, 2014 at 10:19 PM

First time saya dengar simpul biawak. Orang pregnant memang selalu sakit2 kaki eh. Tapi saya memang jarang kena kejang kaki.

February 8, 2014 at 3:33 PM

Salam sis. Urgh.. Sangat la tidak suka bila kaki kejang.. Nasib la masa mengandung dulu tidak kena. Selalunya bila rasa ada 'aura' kaki mau kejang tu cepat2 tarik ibu jari kaki ke belakang, terus tidak jadi kejang. ^^

February 9, 2014 at 1:55 AM

Simpul biawak ni mmg sakit.. kdg2 dah mcm ok, bila jln kuat sket.. dia dtg balik...

February 10, 2014 at 11:16 AM

Masa mengandungkan anak ke3, selalu kena simpul biawak ni... pernah kena time tu tgh drive, nasib baik jalan masa tu jem, tgh benti so terus regangkan kaki, amik minyak urut kat dlm beg, sapu & urut pelan2... alhamdulillah, sekejap je dah ok balik... boleh plak masa tu memang benti lama jgk, dekat 5 minit... jem teruk... time pregnant yang ke3, mmg selalu bawak minyak urut pi mana2, takut kejang kaki tiba2...

February 12, 2014 at 4:50 PM

akak punya solution selalu minum susu dan tambah makan pil kalsium je, Alhamdulillah, settle, tp org lain, tak tahulah pulak

March 1, 2014 at 8:54 PM

banyak dh tips ni..hehhee..

October 6, 2015 at 9:07 AM

Salam, tq jenguk blog saya .. moga sihat selalu.

Post a Comment