norsheilasalleh.blogspot.com: May 2013

I Like Babies, I Love Them

Assalamualaikum...
Salam Sayyidul Ayyam buat kesayangannn.. Harini nak tukar mood sikit, cerita pasal baby. Siapa tak suka baby, pangkah entri awal-awal. Aku syak yang tak suka baby tu mesti bukan manusia. kihkih. Acah je. Ke memang ada yang tak suka baby? +___+' 
Aku kan.. memang jenis pantang tengok baby, mesti nak gomol. Nak-nak pula yang pipi tembam macam aku kan. hahahahhaa. Bak hang, aku memang comel gila kot masa kecil dulu. Masa kecil jelah. hahahhaa dah besar camni tak comel dah. Taktau kenapa... Hilang begitu sajaaa. *wawawaaaaa larikkkk*
Comel tak? Kalau kau berani cakap tak comel, sah-sah kau jenis tak berhati perut. hihi. Bukan untuk aku la, that baby girl yang aku dukung tu. Nama dia Qhalisya. Anak kedua member baik suamiku. Kebiasaan aku cerita pasal abang dia, Amsyar. Tapi sekarang nak up entri pasal adik dia pula. 
Perghhh adik dia ni baik punya baby tau. Jarang meragam, cool je walaupun abang dia tanak main sesama. Kesian Qhalisya. Takpe nanti Lisya dah besar sikit, boleh datang rumah aunty. Main sesama dengan Acik Lia. huhu. 
Separuh masa cuti kerja, aku memang selalu habiskan dengan anak-anak kawan. Takpun dengan anak buah sendiri. Sekarang ni, aku cukup berdebar. Tunggu diorang pandai bercakap. Ewahh macam terlebih perasaan pula. Whatever it is, tak sabar nak tunggu baby Eyesha, baby Kak Suria, baby Mawar dan baby Qiela selamat keluar. Semua bulan Julai nanti. Opss tak lupa baby Namee, next year! yehaaaa. tak sabar nak tengok their babies (^____^)

TUTORIAL : EDIT GAMBAR MACAM EIDA G.E.D.I.K

Assalamualaikum...
Kagum gak mula-mula tengok eida punya gambar. Rajin dia edit.. Ingatkan susah lah sangat. Senang je rupanya. Yang pasti, korang kena rajin, mood malas buang tepi. Kalau boleh buang jauh-jauh! Jangan biarkan kemalasan membelengu korang... Yeah!
sheila shahfiekry
Dah lama bookmark tutorial eida tu. Kali ni aku share la, tutorial ni aku tak buat untuk korang-korang tau. Aku bubuh link eida kat sini, korang pandai-pandai klik dan pandai-pandai ikut sendiri tutorial yang eida dah buat ye. Yang penting, korang kena ada photoscape lah. Lain dari itu, cari sendiri tutorial kat google okey. hehhehee.
Tutorial -> Edit gambar macam Eida, kalau boleh.. ringankan tangan komen ucapkan terima kasih kat dia kalau dah menjadi! okey? Good (^_____^)

Keluar Berdating Sempena Anniversary

Assalamualaikum...
Ya Allah, syukur alhamdullilah. hari isnin tu rasa seronok sangat terbawa-bawa sampai hari jumaat rabu ni. hihi. Rasa cam baru kawin je. Penuh dengan rasa sweet, sweet dan so sweeeeet. hehe. Thank you Allah. Kurniakan suami yang penyayang dan terbaikk buat hambamu ini.
sheila shahfiekry
Balik kerja terus di-offer tengok wayang. Alahhh yang tengah hot sekarang, Fast & Furious 6. hiewhiew. Im so happy. Baba pergi beli tiket sementara sebelum aku balik kerja. Heyyy menyempat. Aku pula dah sengih-sengih lain macam kat ofis, memang syokkk sendiri. Dapat keluar pada hari istimewa kami berdua. Cuma tak dapat singgah tempat kenangan je. Rasanya next week boleh kot pergi sana. Next week ada lagi satu celebration. Yeayyyy double happy, double meaningggg. Eh?

Kami amik movie jam 10:30 malam. Haaa bijak bijak je baba, memang niat nak balik kerja untuk rehat-rehat kat umah. Oleh kerana spek mata aku dah rosak hampir 2 bulan dan tak beli yang baru, suami terpaksa pilih seat center dan agak ke bawah sikit supaya senang aku nak tengok. hehe. Overall, cerita sangat puas hati dan kelakar. Panggung penuh siot even dah hari ke-5 ditayangkan. Enjoy gila bergelak sakan dengan suami. Mujur kami pilih port paling dekat dengan rumah. Cepat la sampai, dan krohhhhh krohhhh ;p

p/s : thanks all my friends, yang sudi mendoakan kebahagiaan kami suami isteri. Semoga kalian juga berbahagia bersama yang tersayanggg. Insyallah.

Our First Wedding Anniversary

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Syukur alhamdullilah. Dah menjangkau usia setahun kami berumahtangga. Syukur ke hadrat Ilahi, dikurniakan suami yang memahami, penyayang dan baik hati. Yang selalu ada baik waktu susah mahupun senang.

Thank you so much baba, bikin strategi yang mantap masa mengorat kita dulu. hiewhiew.  Yang tetap cool even pernah ditinggalkan semata-mata demi orang lain. hikhik. Yang tetap percaya, jodoh antara kita kuat. Yang selalu habiskan makanan kat pinggan saya, yang membebel banyak time sakit hati kat tempat kerja. Yang tak lupa nak buat saya gelak terkekeh, dengar lawak tak berapa nak Raja Lawak.Yang sudi membesarkan badan untuk isterimu. Terlalu banyak 'yang' daripada baba untuk saya.

Terima kasih sayangku, menikahi dan menyayangi saya sehingga hari ini. Semoga hubungan kita kekal bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata penyeri rumahtangga. Amin...

Happy first aniversary my lovely hubby, i love you. Always, insyallah (^___^)

2 Kaedah Tunai Haji Melalui KWSP

Assalamualaikum...
Dah lama dalam draft, hampir berdebu entri ni. Oleh kerana keluarga mertua menunaikan umrah bermula ahad 26 Mei 2013. Sesuai sangat untuk di-share dengan semua. Tertangkap topik ni dalam majalah Mingguan Wanita. Terbuntang mata nak memahami isi kandungannya.
sheila shahfiekry
Mingguan Wanita bilangan 1532
untuk 29 Mac - 04 April 2013
Sebenarnya tak ramai ahli KWSP beragama Islam yang sedar tentang 2 kemudahan yang disediakan KWSP dalam urusan menunaikan haji.

*** Kemudahan pertama ialah pengeluaran secara langsung dari Akaun 2 KWSP untuk menampung sebahagian kos menunaikan haji. Kita juga holeh melihat kemudahan ini sebagai satu sokongan kepada dana Tabung Haji yang sudah sebati dengan bakal-bakal jemaah haji.

*** Kemudahan kedua membolehkan seseorang ahli KWSP yang mempunyai simpanan KWSP membuat pendaftaran haji dengan Lembaga Tabung Haji tanpa perlu mendepositkan simpanan minima sebanyak RM1,300.00 dalam akaun Tabung Haji.

Perbezaan utama antara kemudahan pertama dan kedua ialah dari segi pengeluaran. Ahli KWSP tidak boleh mengeluarkan simpanan KSWP mereka kerana kemudahan kedua ini hanya bertujuan untuk pendaftaran bagi mendapatkan giliran mengerjakan haji. Ia juga bertujuan untuk membiayai ibadah haji itu sendiri. Memandangkan simpanan KWSP bagi maksud tersebut masih kekal di KWSP, maka simpanan ini akan menerima dividen KWSP seperti biasa.

Mereka yang layak perlu memenuhi syarat berikut :-
* Beragama Islam dan mempunyai akaun simpanan Tabung Haji
* Warganegara Malaysia/Permastautin Tetap
* Mempunyai simpanan KWSP dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM1,300.00
* belum mencapai umur 55 tahun

Untuk daftar ahli KWSP boleh pergi ke mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam dengan membawa MyKad dan Penyata Ahli KWSP. Oleh kerana pendaftaran cuma atas nama individu ahli berkenaan, dia tidak boleh membuat pendaftaran bagi pasangan (suami isteri) atau ibu bapa atau anak-anak. Ahli yang tidak mempunyai Tabung Haji boleh membukanya dengan deposit minimum RM2.

Peringatan, ada ahli yang cuba ambil kesempatan dengan mendaftar semata-mata atas harapan dapat "potong jalan" supaya dapat mengerjakan ibadah haji dengan lebih cepat. Ternyata mereka kecewa kerana pemergiaan haji masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji.

Sekiranya ada ahli yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini, mereka boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP tanpa melibatkan pertukaran tarikh giliran haji yang telah diberi sebelum ini.

Ahli KWSP yang telah mendaftar haji di bawah prosedur Tabung Haji sebelum ini boleh menukarkannya kepada kemudahan Pendaftaran Haji Ahli KWSP dan tahun peruntukan haji kekal seperti sedia ada. Manakala wang pendaftaran haji RM1,300.00 sebelum ini akan dicairkan. Buat masa ini, pertukaran ini hanya boleh dibuat dimana-mana cawangan Tabung Haji sahaja.

Mereka yang menjadi ahli KWSP dan ditakdirkan hilang upaya boleh membuat Pengeluaran Hilang Upaya tetapi TIDAK AKAN DIBERI KEISTIMEWAAN untuk menunaikan haji lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan, walaupun mempunyai simpanan yang mencukupi. Prinsipnya masih sama iaitu pemergiaan haji masih tertakluk kepada sistem giliran mengerjakan haji yang sudah ditentukan oleh Tabung Haji.

Kita sudah hampir sampai ke penghujung artikel ini. Mungkin ada pembaca akan bertanya soalan ini? Bolehkah saya mengeluarkan simpanan KWSP bagi tujuan membiayai kos keseluruhan menunaikan ibadah haji? Kunci kata di sini "keseluruhan". Dukacita dimaklumkan "Tidak Boleh", atas alasan simpanan KWSP adalah simpanan persaraan. Kalau masih ingat lagi, memang kemudahan pertama mengizinkan pengeluaran dari Akaun 2 tetapi terhad kepada RM3,000 (pada artikel ini ditulis). Dana untuk mengumpul wang memerlukan anda mencari simpanan tambahan dari akaun-akaun bukan KWSP seperti Tabung Haji, Takaful, akaun mudharabah dan lain-lain. Hati-hati agar memilih akaun yang patuh syariah 100 %.

Pembaca artikel ini dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat dan syarat-syarat terkini dalam laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000.

credit : Mengurus Kewangan - Majalah Wanita bilangan 1532, 29 Mac - 04 April 2013.

FM Jerami

Assalamualaikum...
Finally, sampai juga FM yang aku menang daripada Puan Stoberi aka Kekda yang baik hati tu, hahahhaha. Cemas campur kaget masa dihulurkan surat cokelat oleh staff guard. Ingatkan surat amaran apenda. Rupanya hadiah kiriman Kekda.
sheila shahfiekry

Kekda, terima kasih banyak ya. Semoga segala perkara yang kekda sedang lakukan dirahmatiNya. Insyallah.

PAGES - SHEILA SHAHFIEKRY.MY

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Sheila Shahfiekry.My
Tiba-tiba terasa poyo yang amat *mohonbagitendangan* sebab buat satu pages khas untuk Sheila Shahfiekry.My. hahahahha. Tolong lah jangan marahkan aku ye, aku sesaja je buat pages ni. Sekadar nak menyenangkan rakan-rakan facebook yang dah pot pet pot pet sebab tak reti nak cari link blog dan entri yang terbaharu. hihi.

Tercetusnya pages ini lepas aku like pages Deq Noor. Itupun sebab Bro Framestone yang update status mohon like page Deq Noor. hahaha. Selama ni memang tak terlintas kat hati nak buat. Lagipun aku rasa cam poyo sangat bila update entri terbaru kat dalam ruangan facebook personal. Selama ni aku memang nyorokkan blog aku daripada public. hihi. Ramai je kipas-susah-mati yang sering nak singgah sini. Menambahkan geruan dalam hati. 
Penyelesaiannya, buat satu pages. Bolehlah tanpa segan silu update entri baru kat situ. Orang tanak like ke, tanak komen ke. Tak kisah. At least, tak menganggu facebook personal tu. Sekian, kalau ada blogger yang dah create pages untuk blog. Silalah tinggalkan link kat ruangan komen ni ya. Insyallah aku akan like pages korangggg. Thank you :)

PELIHARALAH JANGGUT

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
source : facebook
Sunnah Menyimpan Janggut & Kelebihan Menyimpan Janggut 

Janggut lelaki mengandungi hormon testosterone yang amat diperlukan untuk kesuburan wanita.

Janggut boleh melindungi kelenjar sebum di bahagian muka daripada terkena acne vulgaris bacteria. Oleh sebab itu, ia dapat melindungi seseorang daripada jerawat.

Menghangatkan kawasan muka dan melindungi dagu daripada bahaya.

Lebih panjang dan tebal janggut seseorang itu, sepatutnya dia akan menjadi seorang yang lebih bijak.

Menghindarkan daripada mendapat penyakit tekak dan gusi.

Mengelak daripada mendapat kebanyakan penyakit yang berkaitan dengan sisterm pernafasan seperti asma.

Memelihara muka daripada terkena bahan-bahan kimia yang merbahaya dan pencemaran udara.

Melindungi kulit dan seterusnya mengurangkan kedutan akibat penuaan.

KEKURANGAN MENCUKUR JANGGUT.
Mencukur janggut boleh menyebabkan sel-sel semula jadi pada bahagian muka terhakis. Perbuatan ini boleh menyebabkan seseorang berisiko tinggi untuk mendapat kanser pada bahagian muka.
#pakat simpan janggut kaum adam, ikut sunnah ^_^#

MY CUSTOM FRIDGE MAGNET

Assalamualaikum...
Alhamdullilah. Hampir seminggu menunggu, akhirnya barang telah diterima. Yahooo! Puas sangat hati. Gambar-gambar menarik kami berdua telah diabadikan dalam bentuk fridge magnet, heyyyyy cute sangat. Hilang terus rasa sakit pinggang yang mencengkam, sekarang rasa nak lompat-lompat je. hihihiiiiii.

Korang ingat tak aku ada post entri pasal photo magnet just rm19 for 8 pieces? Tak rugi rupanya aku grab deals ni. Syukur, rezeki... Beli murah sangat, pastu comel pulak tu. Tak kisahlah kecik ke hape, yang penting gambar muka kitorang kat FM tu. Style kot. Kau hado? ;p

Recommended sangat beli deals murah dekat Living Social. Thanks to Photo Delivery Enterprise, yang redha je layan karenah aku. hiewhiew. Masuk ofis terus nampak satu parcel atas meja. Dup dap dup dapppp...
sheila shahfiekry
yang teristimewa
sheila shahfiekry
kenangan terindah kami berdua
Confirm dah tak muat nak letak FM lain lepas ni. hahahhahaa. I love fridge magnet to the max (^_____^) Tolong jangan jeles ya wahai pencinta fridge magnet, hihi ;p

CARA NAK MASUKKAN BIG POINTS ID DALAM BOOKING ITINERARY AIRASIA

Assalamualaikum...
Baca tajuk sekali nafas dan sepanjang ini, boleh semput oii. kahkahkah! Maafkan aku. Aku cuba nak tulis in english, sama gak panjangnya. Baik guna bahasa melayu. Senang nak difahami, kan? hihi. Rentetan entri AirAsia dan Tune2Big, terniat di hati nak buat tutorial. 

Aku dah berjaya buat semalam, so hari ni nak share ilmu dengan korang-korang yang dah beli tiket flight, tapi tak sempat nak masukkan Big Points ID dalam itinerary yang baru korang booking tu. Untuk flights yang dah lepas, tak boleh rasanya. Dan pastikan korang memang ada ID dalam Big Points tau. Kalau tak, tak menjadi tutorial ni.

Mesti korang tak nak rugi kan. Lagi-lagi banyak faedahnya yang kita boleh dapat. Mudah sangat caranya, tapi alert ya some part yang penting. Aku dah mark kat bawah ni :-

1. Buka website AirAsia, log in ID korang...
sheila shahfiekry
2. Klik Manage My booking, cari flight tiket yang korang dah beli tu 
sheila shahfiekry
3. Klik Modify, yang dalam kotak hijau tu. klik ya..
sheila shahfiekry
4. Kat bahagian atas tu ada Update Details, klik Big Points 
sheila shahfiekry
5. Akan keluar nama korang seperti yang tertera kat bawah ni, nampak kan lookup Big Shot ID tu? Klik button tu
sheila shahfiekry
6. Akan keluar pop up window kecik cinonet, key in email ID Big Points korang, kat bawah tu tulis nama bapa korang. hehehhee. Apa motif? Gua sendiri enggak pasti dong ;p
sheila shahfiekry
7. Lepas dah submit, dia akan bagi Big Shot ID korang.. Ada 10 nombor tau. Nombor ni ada kat profile BP korang. Amik je kat situ kalau nak lebih mudah.
sheila shahfiekry
8. Please alert, jangan copy paste nombor ya. Dia takkan valid. Aku dah terkena dah. hihi. Wajib key in satu-satu nombor Big Shot ID korang. Then, submit. Yeayyy
sheila shahfiekry
9. Big Points tu akan masuk ke dalam akaun korang 5 hari lepas departure ya. So gagahkan diri menunggu ya.
sheila shahfiekry
10. Say thanks to me, boleh?
p/s : hopefully ini membantu anda ye, sharing is cuteeeeeeeeeee :)

REZEKI MOHON GRILL HAMPIR SETAHUN +_____+

Assalamualaikum...
Tinggal seminggu lebih je genap setahun aku tinggal kat rumah sewa ni. Alhamdullilah syukur, sejak jiran sebelah baru masuk ni. Landlord banyak betulkan itu ini demi keselesaan dan keselamatan kami. Aku dah lama nakkan grill untuk pintu depan dan belakang rumah.

Yelah dah duduk di perkampungan ni mesti ramai tak bajet nak buat grill kan? Tetapi bahayanya tetap ada tau. Tak kiralah daripada manusia mahupun binatang. hihi. Aku syak kalau ada kawan-kawan mai rumah aku, mesti tumpang rasa kesian. Rumah kitorang ni rumah tengah tau. So dapur kat rumah kitorang ni dia buat lain pattern sikit. Bahagian tengah rumah, antara ruang tamu dengan pintu belakang rumah. Mesti korang terfikir acaner aku masak setiap kali kan? Tolonglahhhh, jangan biarkan aku cerita kat sini. Sadis wehhh. Sadis sungguhhh +________+

Memang ada kepentingan sangat grill ni dipasang. Contohnya ialah aku boleh memasak tanpa meninggalkan asap tebal dan bau yang kuat kat dalam rumah. Ada faham tak? Tersirat ni maksudnya. hihihihi.......
Kelihatan lembaga dalam gambar ni, jangan khuatir ya. Itu suami aku. Elok je aku nak snap, dia interframe. I redhaa saja. Aku terus bagitau nak tangkap gambar pintu rumah yang takda grill ni. hihi. Buat kenang-kenangan je. Pastu senyap-senyap update dalam blog. hahaha. Bini siapalah ni.. *sorok muka*
Anak landlord dah janji nak pasang grill ni masa hari bekerja. So aku bagi kunci rumah dekat akak ipar, pesan tengokkan rumah. Lagipun rumah dia pun dapat grill baru. Yehaaaaaaaaaa. Kami suka! Ada lagi pesanan lain, minta dia tangkap gambar proses nak bubuh grill tu. hihihi. Sengal kuasa dua dah ni. hahaha. Lantak. Janji sekarang dah senang hati...
Semalam, seharian kat tempat kerja dok terfikir dan terbayangkan rumah je. Acaner rupa grill, acaner rupa tukang grill. Eh dah salah tulis ni. hihi. Memang jenis tak penyabar punya orang kan. Gitu lah. Berangan tak sudah. Sampai rumah je, terus. Wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh *versi lagi panjang* 
Seperti dalam penjara, kata suami. haha. Yang penting, terasa selamat! Pasni tak perlu risau nak duduk rumah sorang. Percaya tak, setiap kali orang ketuk pintu rumah aku bawak pisau dapur kat tangan? hahahaaa. Aku tiru gaya mak aku. hahaha. Sejak rumah mak kena pecah masuk 2 tahun lepas, kami sungguh berhati-hati. heeee.
Jemputlah datang ke rumah, insyallah. Biskut kering, air manis dihidangkan. hihi (^___^)

TUNE2BIG - FINAL CALL EVERY WEDNESDAY

Assalamualaikum...
Entri ni khas buat kaki melancong yang sering guna perkhidmatan AirAsia (AA) dan Tune2Big. Semua orang tahu AA antara salah satu jual agensi yang jual tiket murah-murah. Tapi bukan motif aku nak suruh korang beli tiket melancong pun. Cuma nak bagitau korang, yang mana memang ada ID AirAsia dan Tune2Big tu.. Berita baik punya ni... 
Tengah syok wechat dengan kengkawan, dapat info dari Big Shots. Aku memang ada subscribe Big Shots ni. Rasanya daftar dulu masa dekat Matta Fair bulan 3 yang lepas. Setiap hari rabu boleh redeem points untuk Free Flight, Hotel stays, enjoy priority access, earn Big Points and enjoy no processing fee. 
Pada si rajin melancong tu tolonglah set mind, set jam, set masa korang ya. Setiap hari rabu kena rajin-rajinlah usha points yang dah terkumpul. Start 100 points je, memang dah boleh redeem. Pastu here we gooooooo :)
Berbaloi weh guna AirAsia dan Big Shots ni. Banyak faedahnya. Aku pun baru nak kumpul points. Mungkin 2 atau 3 tahun boleh lah nak redeem. kuikui... Jom sign up -->link

sheila shahfiekry
Final Call! just one day, on wednesday only
1 big point per RM2 spent. Kat mana nak spent? Haaa dah tentulah dekat AA. Tak kiralah samada flight, courier barang melalui AA, AA Concert Red Tix, travel or shopping di AA Mega Store. Jom kita melancong... Menuju tahun melancong Malaysia 2014, wooot wooot (^__^)

#WW- 20 (MUHASABAH DIRI)

Assalamualaikum...

MESIN JAHIT MAK

Assalamualaikum...
Ini entri edisi mengangkut mesin jahit mak daripada Segambut ke Sungai Buloh. hihi. Dekat seminggu lebih jugalah cuba buat arrangement. Al-maklumlah, mak beli mesin ni daripada mak Fiza (girlfriend along). So aku kena jadi orang tengah antara along aku dengan suami aku. Apa fungsi suami aku dalam edisi kali ni? haha. Beliau pinjam lori tempat kerja beliau untuk menjadi pengangkutan semasa delivery ni. hihi.
sheila shahfiekry
Waktu ni, keadaan mendung. Hampir hujan juga. Suami bilang 'dia bisa mengangkat sendirian'. I keep smilling. Sebagai langkah keselamatan, kami tutup mesin jahit ni dengan pelapik kalis air. Taruk batu keras atas pelapik tu bagi pelapik tak melayang dan mesin tak terkena hujan. Alhamdullilah, walaupun hujan lebat. Mesin jahit selamat sampai ke rumah den. Mak den suruh simpankan, buat pameran dalam bilik stor. hihi. 
Yang lucunya, masa penghantaran. Along den naik kereta dia sorang, menonong balik rumah mak. Sedangkan kitorang yang naik lori ni straight balik rumah kitorang. Blurr kejap. Aku confirm memang aku ada pesan dekat along kena hantar mesin jahit kat rumah kitorang. Terus bukak tab, dan call along. Perghh tergelak dia,dengar aku minta dia datang SB. Kelakar kau long. Padahal lori kitorang belakang dia. Takkan dia tak nampak yang lori kitorang dah hilang dari pandangan mata dia? Confius aku long, hihi ;p
sheila shahfiekry
Mujur ada bilik lagi satu yang dibuat khas menjadi stor. Maklumlah, kami duduk berdua. Rumah pula kecik, tapi selesa. Tak boleh merungut, celah bedah mana nak dapat rumah ada tanah bagai ni. Syukur alhamdullilah. Dah kecewa duduk rumah flat dekat 10 tahun camtu. Mak masih bermastautin di rumah flat tersebut. Alahaii bila lah aku nak dapat tanah seekar dua, boleh bikin rumah comel untuk mak. heee. Opssss terlupa, mak ada call. Sekadar nak dengar aku ucapkan 'Selamat Hari Ibu'.. Mak, mak ni comel tau. Akak sayangggggggggg mak!
Elok je dah mandi-mandi hujan tu, siap taruk barang. Kitorang p makan bertiga. First time along mai rumah. Rasa nak melompat-lompat je. Dekat setahun dah adik dia duk luar dengan suami, tak pernah berkesempatan singgah. Syukur alhamdullilah.Along sudi datang juga teratak kami berteduh. Thanks along. Kenyang makan-makan, borak-borak dan lawak-lawak.
Along, insan yang banyak bersusah payah demi keluarga dan adik-adiknya. Along, kau ibarat bapa buat adik-adikmu. Thanks alot bro ;p

MENUMPANG MASUK UTUSAN MALAYSIA

Assalamualaikum...
Syukur ke hadrat Ilahi. Walaupun aku bukan kaki travel yang fanatik, tak sangka rezeki dapat masuk paper. Tapi masuk paper dengan nama menumpang bawah Nory lah. hihi. Mujur yaya inform awal, suruh beli Utusan pagi sabtu tu. Tapi aku tak excited sangat, dah nama pun menumpang. Segan-segan nak minta suami belikan paper Utusan edisi 11 Mei 2013 (sabtu). Whoah first time beli Utusan weh. Tanjat gigirl tengok paper panjang besar gedabak tu. kuikui :p

Slow-slow selak paper tu, pastu dah sampai page yang sepatutnya. Aku terus baca karangan panjang lebar tu. Tengok gambar 3 keping kat USS, buat geli hati. Gambar para suami tak bape jelas. Yang sejelasnya gambar kami si blogger. Untunglah boleh tumpang menumpang kan.
sheila shahfiekry
Apapepun, thank you dekat Utusan. Sudi masukkan bajet ciput kami dalam ruangan Cuti-Cuti Bajet. And taniah buat Nory, masuk paper lagi. Dan izinkan aku, yaya, eida dan mila menumpang sekaki dua. huhu :p

BLOG REVIEW #11

Assalamualaikum...
Lagi pemenang Mini GiveAway by Aina Mansor untuk direview. Blog ketiga ni dimiliki oleh Aina Areen. Wah nama lebih kurang dengan penganjur GA ni. hihi. First at all, doodle muslimah dekat header tu nampak comel sangat. Kita suka tau!

Actually, blog Aina ada dua. Yang Blog Contest tu dia guna untuk menyertai segala contest. Tapi dia request review blog personal dia. Tapi kan, ah kak rasa blog adik Aina Areen ni dua-dua macam untuk contest je. hihi. Confius kejap ah kak ;p
blog personal - Aina Areen
Header comel, sesuai dengan karektor Aina yang bertudung dan sopan gitu. Auw! Blog pun kemas. Widget tak bersepah dan sakai macam blog ah kak sheila ni. huewhuew. Penggunaan warna font yang sesuai, tak terang, tak gelap. Yang sedang-sedang saja *ehh ternyanyi pulak*
Penulisan sangat comel, simple. Suka ah kak baca. Entah kenapa, ah kak rasa blog Ayna sweet. Terasa cam nak edit lah lepas ni. huewhuew! Aina baru mula blogging since first Februari tahun ni tapi dah ada seramai 682 followers. Gempak dik. Ah kak punya followers masih ciput lagi... hihi. Ah kak perasan Aina banyak menang hadiah giveaway kan. Taniah dik. Taniah.. Anyway Aina, keep blogging yeah. Semoga terus sukses dalam hidup ya. 
p/s : Again, taniah dear. Menang contest Aina Mansor. Salam perkenalan :)

BLOG REVIEW #10

Assalamualaikum...
Lagi pemenang Mini GiveAway by Aina Mansor untuk direview . Blog kedua ni dimiliki oleh Nurul Iman. Tapi nama sebenar dia bukan Nurul Iman tau. Ismi Nor Atilia Athira. Fuhh. Panjang sungguh nama awak. First jejak blog ni, terasa cam aura seorang lelaki. Lepas godek sana sini, baru tahu kepunyaan perempuan. hahaha *punyasengalsheila*
Kalau ikutkan daripada persepsi kali pertama aku, blog ni nampak a bit mystery. Mungkin kerna blog ni pakai background hitam kot? Terasa misteri tau. Blog ini berkisar tentang agama dan juga coretan personal Alia. *macamnamaakakiparsheila* Untuk makluman, Alia sedang tunggu keputusan UPU. Kalau dapat medic, insyallah jadi seorang doktor. Yeayyyy (",)
Actually, penulisan Alia ni sangat-sangat simple. Untuk highlight setiap penulisan beliau dalam sesebuah entri, Alia gemar gunakan gambar yang berkaitan. Comel betul. Dulu aku pun suka buat gitu. Lama-lama dah malas nak bubuh gambar yang comel tu. heee. Penggunaan warna font agak sesuai dengan background hitam tulin tulen tu. 
Anyway, takda benda sangat nak dikomenkan sheila. Sheila tahu Alia buat yang terbaik untuk diri Alia dan keluarga. Keep blogging, and good luck with the result dear. Insyallah, usaha tangga kejayaan. 
p/s : Again, taniah dear. Menang contest Aina Mansor. Salam perkenalan :)

BLOG REVIEW #9

Assalamualaikum...
Sebagai salah seorang penaja dalam Mini GiveAway by Aina Mansor, aku wajib review 3 peserta memenangi tajaan di-review oleh aku. hihihi. Aina pun tak habaq mai kat cheq, nasib baik ada yang terjah blog ni dan beritahu dia salah seorang pemenang tajaan aku.
Kegunaan header kartun yang comel lagi menambat hati. Terfikir lak camne nak buat sendiri header camni? Dik, ajar ah kak boleh tak? *sambilkenyitmata* Anyway, blog Mira kemas. Entri berkisar tentang general, Islam, tips, personal dan juga suka support contest rakan blogger yang lain. Disebabkan ini kali pertama jejak ke blog Mira, ah kak rasa Mira sangat pandai mengatur sesuatu. 
Dah lama Mira dalam bidang blogging kan? Ah kak punya blog muda setahun dari Mira. Huewhuew. Tapi Mira, kenapa tak gunakan gambar sendiri kat tepi widget Almond tu? Nak juga kenal wajah blogger. Lagi satu nak habaq mai ah kak tak nampak sangat warna tulisan Mira. Soft purple ni boleh ditukarkan dengan warna yang lebih hitam mungkin? Maklumlah ah kak ni rabun orangnya. hihi *malu*
Opss ya, Mira baru tingkatan 4 ye? Belajar rajin-rajin tau. Tahun depan SPM. Tahun penentu segalanya. #Eh? Amboii muda-muda dah berblogging. Kerlasss kau dik. Apapapun, good luck Mira. Keep blogging dear (^____^)
p/s : Again, taniah dear. Menang contest Aina Mansor. Salam perkenalan :)

SANTAI TRAVEL BLOGGER WITH SOTA

Assalamualaikum...
Maafkan daku sekiranya aku agak terlambat up kan entri ini. Busy tak hengat kat ofis pasal PRU13, kat rumah tak terlayan dek suami. hihi. Adalah dekat 2 minggu terabai entri ini. Ampun beribu-ribu lemon! Dengan penuh rasa takzim nak cerita serba sedikit tentang event ni. 
sheila shahfiekry
Event ni agak santai, sesuai dengan nama Santai Travel Blogger. Haruslah santai kaw-kaw berbanding dengan jublee dinner Kuala Lumpur Tourism Association kat Hotel Istana tempoh hari yang bisa menegangkan urat punggung. hihi. Syukur allhamdullilah, rezeki dijemput pihak SOTA untuk ke Flora Cafe yang awesome serupa nak kawin lagi sekali kat situ. haha. SOTA atau nama panjang penuh pengertiannya adalah Smart Online Travel Assistant. Paham tak paham tak? Dah terang lagi menyuluh maksud dia takda tersirat lagi tersurat. Kau jangan tanya balik SOTA tu apa. Aku hempap kang...Budak-budak pun tahu maksudnya. kihkih. Lokasi kali ini di The Ampwalk, Ampang.
sheila shahfiekry
Memperkenalkan, Project Manager SOTA iaitu Encik Zainal Abidin Othman yang sangat peramah orangnya... Sebelum event bermula, beliau pas bisnes kad dekat kami, pastu terus sembang dekat table kami. Serba sedikit intipati majlis telah diterangkan kepada kami.
Seriously, cafe ni cantik sangat. Dah macam wedding cafe. Bunga berjuntai-juntai disekeliling cafe. Memang terserlah rasa nak jiwang lagi romantik. *matakeatastangandibahu*
sheila shahfiekry
Disarankan, sekiranya korang pergi melancong last minute punya plan, aku cadang kau pergi website diorang ni http://www.sota.travel. Kau boleh booking hotel ikut bajet dalam pakej yang disediakan. Tak kiralah kau kaya ke sederhana ke miskin macam aku ke. kuikui. Yang penting, korang tak perlu risau bila sampai destinasi, takda hotel. No nothing. Depa sedia membantu :)

Lagi satu nak cakap, korang boleh live chat online dengan diorang kat website tu. Aku try dah, semua benda aku tanya. Aktiviti, tempat apa yang menarik dekat tempat yang kita nak pergi melancong tu. Macam private chat dekat facebook tu. Haa sama sangat. Service so friendly. Sambil-sambil chat, dapat juga link-link yang berguna info kita. Aku dah try, aku rasa kerja menbuat bajet jadi mudah dan tak membebankan! Yehaaa!

sheila shahfiekry
aku dah lapar sangat time ni =.='
sheila shahfiekry
mee rebus johor :)
sheila shahfiekry
baju nak sama je. huewhuew

sheila shahfiekry
aksi bebas katanya ;p
Tak ramai pun yang menghadiri meeting ni. Tapi dapatlah juga buat kenalan baru. Alyza Fisol namanya. Memang tak pernah kenal pun. Aku tak pernah merayap ke blog dia sampailah lepas dah kenal ni. Ke sebab aku jenis katak dibawah tempurung yang jenis tak suka merayap dekat blog-blog yang famous amos? Dia pun bawa suami juga. Tapi suami dia selamba je joined sekali. Suami kitorang lepak kedai mamak je. O_o Selamba Alyza selamba. kehkeh. Eh haaaaiiii Alyza! haiiiiii ;p
sheila shahfiekry
bersama 3 orang kuat SOTA : Kak Syuhaida, Nill,
akak sebelah Yaya tu tak tau nama *sorry*
sheila shahfiekry
eida,mila,alyza,Encik Zainal,aku,yaya & nory
sheila shahfiekry
bersama Alyza dan Wan yang suka melancong! hihi
Last but not least, di mana ada Yaya, Eida, Nory, Mila, tentu aku ada sekali. hihihi. Tolong lah jangan bosan tengok gambar kitorang ye. Acara menaip laju sudah tamat, sekian. Terima kasih SOTA. See you soon (^____^)

2004 SAKSI KAMI BERSATU

Assalamualaikum...
Rentetan daripada mengundi, aku nak share sikit satu gambar kat bawah ni. Nampak biasa, tapi punya sentimental value buat aku dan 5 teman yang lain. Bersedia untuk membaca ayat jiwang lagi meleleh... kuikui acah je ;p
sheila shahfiekry
Agaknya dah lama aku tak sebut-sebut nama diorang kat dalam blog. Huwarghhh, sorry geng! Tahun 2004 merupakan tahun pertemuan aku dan 5 lagi gadis yang punya otak sedikit mereng dan gila-gila yang amat. Percayalah, aku sayang korang macam darah daging sendiri. Nazatul Fatin, Nurul Ain, Intan Syafiqa, Ain Ruzaida dan Nurul Anne. Sejak tahun itu, kami masih kamceng. Masih lagi contact eachothers cuma jarang jumpa sebab kekangan masa cuti. Tambahan pula aku seorang je yang dah kawin. Waaaaa wiiiiii.. Walaupun dah jadi isteri orang, masih tak menjaminkan aku takkan buat kepala mereng lagi gila sekiranya kami berenam jumpa. Percayalah cakap kakton! hahaha

Memorial yang kami cipta bersama, ukhwah yang terjalin. Sebati dalam diri kami. Tak mudah digantikan dengan wang ringgit mahupun manusia lain. Seutuh tulisan yang kita create bersama di dinding luar kelas matematik. hihi. Sempat la aku minta kawan snap masa mengundi tempoh hari. Terus tag dekat instagram dan fb diorang semua. Memang tergelak lah masing-masing. Semoga kita berjumpa lagi dalam masa terdekat. Insyallah.

Teringat waktu berkahwin tu, mereka lah tulang belakang dalam majlis aku. Thank you my gigirl. Korang the best! Muah muah! Nanti korang kawin, aku nak tolong pulak ye. Jangan tak jemput pulak.Wee ;p
sheila shahfiekry
Eqa, Fatin, Anne, Aku, Farah & Ain 
p/s : i missed our memories, friends ♥

#WW- 19 (AURAT)

Assalamualaikum...
sila klik gambar untuk enlarge 
p/s : jagalah aurat anda, buat gadis-gadis yang belum berkahwin. Ingatlah dosa anda masih berkongsi dengan ibu bapa kamu. Buat para isteri, dosa anda ditanggung oleh suami tercintamu. Mahukah kita membiarkan orang yang kita sayangi menanggung dosa-dosa atas kekhilafan kita sendiri? Renung-renungkan :)

CRAZY LOW FARES TO INDOCHINA

Assalamualaikum...
link ->AirAsia
Buka email terus teruja yang amat. Memang plan nak pergi IndoChina. Masa belum pasti, tapi tengok rege dia menarik sangat. Tambahan pula, aku ni cepat terpedaya dengan mulut-mulut yang suka melancong. hahahaha. So, kepada yang nak melancong lagi 2 atau 3 bulan akan datang ke kan. Grab terus peluang yang ada. Murah wehhh :)



KAKI NOVEL TERMURAH

Assalamualaikum...
Selang 2 hari test shopping novel secara online, dengan sukacitanya aku rasa nak melompat terus masa dapat parcel kat ofis. hihi. Gembira bukan main tau, dapat beli novel, gedik lah rasanya. Maaf. Akan ku cuba behave sebentar lagi. heee. Servis daripada Kaki Novel ni boleh dikatakan bagus dan memuaskan hati. Senang berurusan dengan pihak KN.

taraaaaaaa :-
sheila shahfiekry
fb mereka -> Kaki Novel
Korang jadi ahli mereka, automatik less rm4 setiap sebuah buku tau. Kat kedai buku manada harga sales camni wehhh. Pastu postage dalam Malaysia diorang kasi free, luar negara je kena cas. Weeeeeee. Makin panjanglah tangan nak klik itu ini. Nasib baik takda orang bising-bising. huhu. Dah lama dah jadi ahli diorang ni, cuma first time membeli online. hehehe. Paling best adalah,cubaan mempengaruhi kawan-kawan di muka buku adalah binggo! Klik website Kaki Novel dan daftar sebagai ahli secara percuma. You will never regret unless you dont like the book! hahaha

Tengah fikir-fikir, nak beli buku apa pula lepas ni. Untuk bulan lepas sahaja, dah hampir 15 buah buku dibeli. Rasanya perlu stop membeli buku, dan masa untuk menabung dan melancong! Opsss ;p

p/s : ada kwn lelaki dekat instagram ckp novel semua halusinasi. dongeng semata-mata. hahahahahahahah ;p

TUTORIAL - TABBER WIDGET

Assalamualaikum...
Credit buat Syida yang sudi memberi tunjuk ajar dekat aku. hehe. thanks again dear. So harini aku berhasil untuk share dengan korang tutorial nak buat tabber widget. Berkurun lama aku cuba follow tutorial orang yang handal-handal. Ternyata aku gagal. hahaha. Nasib baik syida ni baikkkk orangnya tau (^____^)
sheila shahfiekry
* Layout >> Add a gadget >> copy kod dibawah ini
* tabCount : 3 , adalah sebanyak mana korang nak tambah widget kat situ.

<style type="text/css">
    .tabber {
     padding: 0px !important;
     border: 0 solid #bbb !important;
    }
    .tabber h2 {
     float: left;
     margin: 0 1px 0 0;
     font-size: 12px;
     padding: 3px 5px;
     border: 1px solid #bbb;
     margin-bottom: -1px; /*--Pull tab down 1px--*/
     overflow: hidden;
     position: relative;
     background: #E3F3E9;
     cursor:pointer;
    }
    html .tabber h2.active {
     background: #fff;
     border-bottom: 1px solid #fff; /*--"Connect" active tab to its content--*/
    }
    .tabber .widget-content {
     border: 1px solid #bbb;
     padding: 10px;
background: #fffffff;
     clear:both;
     margin:0;
    }
    .codewidget, #codeholder {
     display:none;
    }
    </style>
    <script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.6.0/jquery.min.js"></script>
    <script type="text/javascript" src="http://greenlava-code.googlecode.com/svn/trunk/publicscripts/bloggertabs0.1_min.js"></script>
    <script type="text/javascript">
    $(document).ready(function() {
     $('#codeholder').bloggerTabber ({
      tabCount : 3
     });
    });
    </script>
    <!-- to make sure the widget works, do not alter the code below -->
<div id='codeholder'><p>Get this <a href="http://www.bloggersentral.com/2011/05/create-tabbed-content-blogger-widgets.html" target="_blank">tabber widget</a></p></div>

Macam contoh yang aku buat, tabCount tu aku bubuh 3 je. So kita kena drag 3 widget yang nak digabungkan contohnya : followers + bloglist + top commentator. Make sure preview dulu baru save okey. Kalau tak menjadi tanya aku ataupun Cik Syida ya :)

MY 1ST VOTE PRU13

Assalamualaikum...
Apa pasal aku sengal sangat tadi. Tak pepasal kena taip 2 kali cerita yang sama. haha. Malam tadi aku tidur tak lena pun, rindu sangat kat suami. Dia selamat sampai ke kampung dalam 2pagi. Semalam aku dah siap berjanji temu dengan ex classmate. Gerak sesama ke tempat undian. Thanks Faten sudi pergi undi sesama. Sampai kat sekolah lama kitorang, ada lagi sorang kawan tunggu, Nur namanya. 
 Penat gak beratur, bawah matahari. Walaupun baru jam 11:30 pagi. Kami berborak, hilangkan rasa debaran dan takut yang melanda. Al maklumlah first time mengundi kan. Lagi-lagi aku yang agak penakut sejak kawin. hahaha. Aku lebih suka ada suami disisi. Feel comfort. Tapi harini, aku alone,single without him. Mujur ada kawan-kawan. Actually ramai gak ex schoolmates yang kami terserempak. hihi. Masih lagi menggunakan alamat Damansara Damai dkat IC. Lepas dapat no siri, kami sempat berbual dengan cikgu-cikgu yang turut serta menjadi sukarelawan di sekolah. Sedikit malu bila cikgu tanya kenapa tak sambung study. I cakap i dah kawin. Cikgu terkejut! Terus laju tanya ada baby ke tidak. huewhuew. I is malu plus segan yang amat. 
 Naik ke tingkat atas, siap menyanyi lagu sekolah sebelum masuk ke bilik buang undian. Nur la ingat lirik, kami gelak lepas. 6 tahun tinggalkan zaman sekolah. Masih terasa segar kenangan bersekolah bersama. Very nice. Aku boleh blank kejap lepas dicalit dakwat kekal di jari telunjuk tangan kiri. Nape ntah, tak faham aku. Lepas terima 2 kertas undian untuk Negeri dan Parlimen, terus ke kotak untuk memangkah. Di situ sekali lagi blank. Hampir nak tanda tick bukan pangkah seperti sepatutnya. Nyaris tau nak rugi satu undian. Syukur aku cepat sedar. hahaha. Korang ada buat cam aku ke? hihi. 
 Keluar sahaja dari bilik mengundi, rasa gembira dan bangga kerana telah melaksanakan tanggungjawab pada negara dan agama. Insyallah. Semoga Malaysia selamat, dan maju jaya dibawah pimpinan Islam. Ini kalilah, undi sendirian tanpa suami dan berjauhan. Next time, i nak tukar alamat kampung dia. heee, Tak sabar nak jumpa dia malam ni. Selamat mengundi semua :D