Assalamualaikum...
Ini entri edisi mengangkut mesin jahit mak daripada Segambut ke Sungai Buloh. hihi. Dekat seminggu lebih jugalah cuba buat arrangement. Al-maklumlah, mak beli mesin ni daripada mak Fiza (girlfriend along). So aku kena jadi orang tengah antara along aku dengan suami aku. Apa fungsi suami aku dalam edisi kali ni? haha. Beliau pinjam lori tempat kerja beliau untuk menjadi pengangkutan semasa delivery ni. hihi.
Waktu ni, keadaan mendung. Hampir hujan juga. Suami bilang 'dia bisa mengangkat sendirian'. I keep smilling. Sebagai langkah keselamatan, kami tutup mesin jahit ni dengan pelapik kalis air. Taruk batu keras atas pelapik tu bagi pelapik tak melayang dan mesin tak terkena hujan. Alhamdullilah, walaupun hujan lebat. Mesin jahit selamat sampai ke rumah den. Mak den suruh simpankan, buat pameran dalam bilik stor. hihi.
Yang lucunya, masa penghantaran. Along den naik kereta dia sorang, menonong balik rumah mak. Sedangkan kitorang yang naik lori ni straight balik rumah kitorang. Blurr kejap. Aku confirm memang aku ada pesan dekat along kena hantar mesin jahit kat rumah kitorang. Terus bukak tab, dan call along. Perghh tergelak dia,dengar aku minta dia datang SB. Kelakar kau long. Padahal lori kitorang belakang dia. Takkan dia tak nampak yang lori kitorang dah hilang dari pandangan mata dia? Confius aku long, hihi ;p
Mujur ada bilik lagi satu yang dibuat khas menjadi stor. Maklumlah, kami duduk berdua. Rumah pula kecik, tapi selesa. Tak boleh merungut, celah bedah mana nak dapat rumah ada tanah bagai ni. Syukur alhamdullilah. Dah kecewa duduk rumah flat dekat 10 tahun camtu. Mak masih bermastautin di rumah flat tersebut. Alahaii bila lah aku nak dapat tanah seekar dua, boleh bikin rumah comel untuk mak. heee. Opssss terlupa, mak ada call. Sekadar nak dengar aku ucapkan 'Selamat Hari Ibu'.. Mak, mak ni comel tau. Akak sayangggggggggg mak!
Elok je dah mandi-mandi hujan tu, siap taruk barang. Kitorang p makan bertiga. First time along mai rumah. Rasa nak melompat-lompat je. Dekat setahun dah adik dia duk luar dengan suami, tak pernah berkesempatan singgah. Syukur alhamdullilah.Along sudi datang juga teratak kami berteduh. Thanks along. Kenyang makan-makan, borak-borak dan lawak-lawak.
Along, insan yang banyak bersusah payah demi keluarga dan adik-adiknya. Along, kau ibarat bapa buat adik-adikmu. Thanks alot bro ;p
28 comments
mungkin along curi-curi pergi makan ABC tu.hahaha
Bestnya bila ada abang @ kakak kan.. Akk xde pun uhuhuhuhu
nnt raya dapat la pakai baju yg dijahit guna mesin itu kan sheila?! ;)
hahahaha ABC time hujan lebat? impossible tu boni. huehhuew ;p
kak lynn anak sulung ke? hehehhee
yang, kat rumah mak saya ada 3 mesin jahit tak termasuk kat rumah. mmg mak akan jahit baju raya setiap tahun hihihi :)
hehe..suka baca entri kak sheila, sempoi jer..:)
thanks Alyn sayang, sudi baca entri2 sengal akak ni. huehuew :)
itu along sheila ye? ada sipi sipi sikit muke sheila. hehhehehe
aah, ada ke? hahahhaa biasanya orang cakap muka kitorang tak serupa. huewhuew ;p
Gitew lah yer jadi anak sulong. Besar tanggungjawab.
betul kak nea. lagi2 anak lelaki kan :)
wahh .. best nya. setiap kali raya tak perlu risau booking tukang jahit. hehehh jauh perjalanan mesin tue erkk ^^
Hi saya try melawat kawasan jap nie..
amboi jauh berjalan mesin jahit tu hehehe
tahu takpe. mujur mak pandai menjahit. syukur Ya Allah. hehehe jauh gak. mesin bersiar-siar :)
thank you lizzie, sudi singgah sini. hehehe :)
KA, nasib baik buh kat rumah sheila. kalau kat rumah mak, jenuh nak angkat naik tingkat 3 ikut tangga (=__________=)
besarnye mesin tu..moga selamat sampai ke destinasi..sure mesin tu syok dpt jenjalan jgk
sis..beg yg sis pos dah sampai arini...santek! x sabar nak pakai bila g dating nanti..hehe..makasih ye :)
hahahhaha, rasanya seronok lah mesin tu. hihihi. alhamdullilah. sampai pun. glad that u happy. nanti upload dalam entri, sheila nak tengok ye <3
assalamualaikum shiela...senang kalau ada mesin jahit sendiri mcm ni apa2 boleh jahit...:)
haa ni kes nak jahit baju raya la ni :)
waalaikumusalam kak mas. heee tahu takpe. sheila je tak pandai2 lagi +_____+
hana, kalau sheila yang buat alamatnya tak beraya la kitorang. kihkihkh ;p
heheheh, berat kot mesin tu shiela.. :)
hahahha. orang dah biasa angkat barang berat syida. hihihi :)
bestnya ada abg. akak hanya ada kakak2 je. tu pun selalu bertekak masa kecik2 dulu. ni bila masing2 dah kawen, ikut suami. dlm family ada sorg je adik lelaki. yg 7 beradik lain, perempuan
alhamdullilah, sheila ada 2 abg,2 akak, 2 adik pompuan. sheila takda adik lelaki. hihihi. zaman kecik mmg best kan kak suria. da besar ni semua buat hal masing2 +____+