Assalamualaikum...
Apa pasal aku sengal sangat tadi. Tak pepasal kena taip 2 kali cerita yang sama. haha. Malam tadi aku tidur tak lena pun, rindu sangat kat suami. Dia selamat sampai ke kampung dalam 2pagi. Semalam aku dah siap berjanji temu dengan ex classmate. Gerak sesama ke tempat undian. Thanks Faten sudi pergi undi sesama. Sampai kat sekolah lama kitorang, ada lagi sorang kawan tunggu, Nur namanya.
Penat gak beratur, bawah matahari. Walaupun baru jam 11:30 pagi. Kami berborak, hilangkan rasa debaran dan takut yang melanda. Al maklumlah first time mengundi kan. Lagi-lagi aku yang agak penakut sejak kawin. hahaha. Aku lebih suka ada suami disisi. Feel comfort. Tapi harini, aku alone,single without him. Mujur ada kawan-kawan. Actually ramai gak ex schoolmates yang kami terserempak. hihi. Masih lagi menggunakan alamat Damansara Damai dkat IC.
Lepas dapat no siri, kami sempat berbual dengan cikgu-cikgu yang turut serta menjadi sukarelawan di sekolah. Sedikit malu bila cikgu tanya kenapa tak sambung study. I cakap i dah kawin. Cikgu terkejut! Terus laju tanya ada baby ke tidak. huewhuew. I is malu plus segan yang amat.
Naik ke tingkat atas, siap menyanyi lagu sekolah sebelum masuk ke bilik buang undian. Nur la ingat lirik, kami gelak lepas. 6 tahun tinggalkan zaman sekolah. Masih terasa segar kenangan bersekolah bersama. Very nice.
Aku boleh blank kejap lepas dicalit dakwat kekal di jari telunjuk tangan kiri. Nape ntah, tak faham aku. Lepas terima 2 kertas undian untuk Negeri dan Parlimen, terus ke kotak untuk memangkah. Di situ sekali lagi blank. Hampir nak tanda tick bukan pangkah seperti sepatutnya. Nyaris tau nak rugi satu undian. Syukur aku cepat sedar. hahaha. Korang ada buat cam aku ke? hihi.
Keluar sahaja dari bilik mengundi, rasa gembira dan bangga kerana telah melaksanakan tanggungjawab pada negara dan agama. Insyallah. Semoga Malaysia selamat, dan maju jaya dibawah pimpinan Islam. Ini kalilah, undi sendirian tanpa suami dan berjauhan. Next time, i nak tukar alamat kampung dia. heee, Tak sabar nak jumpa dia malam ni. Selamat mengundi semua :D
16 comments
Saya pun dah mengundi..tgh tunggu keputusan dpn tv
samalah kita. berdebar lain macam.... heee
amboi..sakan aih jari depa..mcm pakai inai..hehe...
tahu takpe. redha je kena calit gitu. hehehe ;p
wahhh..seronoknya dpt jumpa kawan2 dan cikgu :)
suka sangat. hihi dikira reunion tak sengajainya pun adoi ter ber ;p
semoga Malaysia terus maju. dan Melayu pehlisss jgn berpecah belah yeeee ;p
insyallah :)
hehe rasa puas jugak lah sebba dapat jalankan tanggungjawab pd negara. ecewah. hehe. namee masa dalam bilik undi tu dah blur2 dah nak pangkah ke apa ni. hehe. pastu dalam kepala fikir..kenapa takboleh tanda right..kenapa kena pangkah. hehe
menyempat nak fikir gitu ye namee. hihi. yeayy rasa puas kan lepas dapat laksanakan tanggungjawab. cuma sedih lain kalilah kot baru dapat terajui negara. haha namee serius lawok ;p
dakwat dekat jari Shiela hilang tak?
masih ada lagi. maybe sebab sheila tak membasuh kut. heee
wah.. samaaa... 1st time. akak suke gile g mengundi.. macam hari raya pulak, bangun siap pagi2. hehehe....
siapa pun yg menang. semoga berjaya meminpin negara dengan amanah. hehe.
hahahah semua kata gitu. debar lain macam masa bangun pagi kan. hihi. insyallah Malaysia akan terus maju. insyallah :)
ini kalilah....like...!!!!
hahahahaha thanks like :D