Assalamualaikum...
Alhamdullilah. Semalam hari ke-5 berpuasa qada. Terima kasih suamiku, sudi melayan tekak isterimu. hihi. Actually, dah lama aim nak makan steak kat Ayeem Burger Bikers Cafe. Tambah pula, haritu kat cabaran luar dalam Master Chef kena masak steak. Lagi meluap-luap, meronta-ronta perasaan nak makan steak. Nak buat, tak reti. So sad.. Tapi tu lah, selalu je tak menjadi nak makan sini sebab suami memang tekak melayu. nak nasi juga baru kenyang semalaman >____<kredit gambar buat The Dotted Lines |
Harga kat sini sebenarnya lagi mahal daripada Tree Steak House, tapi janganlah korang risau. Rege mahal sebab sesuai dengan makanan yang sedap. Aku sampai nak pengsan kena sumbat semua beef steak gara-gara suami dah terkenyang sangat makan rice steak. Selalu boleh je beliau habiskan semua order termasuk air. hihi.
Segan deh nak upload gambar beef steak tu. Udoh ler bergegar gambar, gelap pula. Maaf ya, aku ingat snap cantik je. Gelojoh nak makan gitulah. hehehehehe.
gegor habis gambar, gelojoh punya pasal... maafkan daku. heee. Beef Steak ni RM19.00. Aku rasa mahal tapi aku puas hati sangat. Rasa dia cukup, dapat pula medium rare. Terbaikkkk babe. Rice Steak yang suami makan RM9.00. Jus tembikai dengan jus apple hanya rm3.50 setiap gelas. Jumlah? Sila amik kalkulator dan kira sendiri. Aku nak sambung pengsan ni ;p
Aku terpaksa pinjam gambor beef steak kat blog Ms Dots. So kredit buat The Dotted Lines. Yeayyy. Thank you so much sis! Even gambor ni tahun 2011, tapi platting dia sama. Portion tak berubah. Rasa mungkin kekal sama. Sempatlah aku berbual dengan cashier dia semalam. Cafe ni beroperasi setiap hari jam 05.30 petang sampai 02.30 pagi. Korang bolehlah datang sini dan rasa. Memang sangat puas hati! hihi. Kenyang aku semalaman. Syukur alhamdullilah :)
Buat penduduk sekitar Sungai Buloh, kot lah takda kerja kan. Moh le try walk-in-interview! Aku dah snap gambor, siap ada no telefon lagi. hihi. Tak sabar nak try kat Tree Steak House pula. wee.
p/s : kredit lagi buat blog Ms Dots aka The Dotted Lines >___<
23 comments
assalammualaikum..
wah..sedapnye Sheila mkn beef steak..lg2 dpt mkn dgn cik hubby tersayang..air kosong pun terasa sedap kan..hihi~:)
wah akak puasa qada yer..alyn dah habis qada semua..hehe, btw kak sedap nyer rasa steak,,rasa melalui penglihatan jer ni..huhu..
Uishh sedapnya mkn steak..suka sgt2 klu dpt mkn beef steak..hihi
sedap la sis
klo mahal tp rasa sedap..mmg berbaloi kita byr kan
tringin la nk mkn camtu
lama dah terperap kat umah..x kuar ni
wahh sedapnyaaaaaaa x penah mkn medium rare mkn yg biasa2 punyer je.. hihi
http://sheda-ucu.blogspot.com/
awww...mcm nak makan steak plk mlm ni...huhuhu
perghhh nak try lah nnt...sedappp ek..
menyelerakan :)
betul tu sheila...Ayeem lagi sedap dari tree tu....
hari ini puasa tak ? ehe.. akak pun tekak melayu mmg kena makan nasi kalau tak rasa tak makan je..hik
O.O dap nya
As salam dik..Nmpk sedap jerk... blh pegi nnt. Ank2 akk mmg suka western food nie :D
waaa.. berbuka dgn stik yg bole tahan harganya yea.. pergh.. mahal tp menyelerakan!.. nyum2..
Laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr :D
tu dia.. mengiurkan..
x pernah cuba tp nampak sedap
salam....hihii..patotla macm kenal je tempat ni..sha pernah makan sini tapi sha suka ayam =)// / sempat juga amek gambar restoran ni konon nk share dekt blog..tp da terperap lama . . hehe..time tu nk mkn sebb mengidam...kat tree steak house kurang sedap berbanding kat sini..ni yg sha rasa...selera tak sama ea. . hehe
orang kate, kalau makan jgn kedekut ... biar mahal janji perut said "kenyangnyeeeeee.. syukur" heeeeeee~
eh cemane akak boleh x perasan ade cafe ni eh. hehehe. maklumlah, akak sefamily mmg jenis jarang makan kt luar. selalu masak sendiri je pun. bole la try pegi nnt. x jauh dari rumah pun. hehehe
lapa akak shiela! akak xmakan sgt western tapi kalo kuah blackpaper tu menjilat jari.. fuh... sedap pulak. akak lapo ni. shiela punya salah~~
yaAllah ... tetiba perut mcm nk meletup bila nmpk makanan yg menyelerakan tue ... ***lapar tahap gaban nie ... hehehh
gravy nampak lazatttttttttttt
Kemunculan sebuah restauran masakan barat yang mengutamakan makanan sihat dan pasta
terletak di
FOODJAM
No 35, jln BRP 1/4,
Bukit Rahman Putra.
40160 Sg Buloh.Selangor
Banyak restauran barat kat area kl ni..semua menghidangkan menu-menu menarik dan sedap!
tapi 'foodjam'' bukan setakat menu-menu yang menarik dan sedap tetapi mementingkan hidangan yang sihat.
Jadi kepada yang mementingkan diet pemakanan yang baik chef obie rekemenkan
korang datanglah ke restaurant foodjam ni.
memang berbaloi dan puas hati!
bukan main cakap aje tau... harga dalam menu foodjam ni bermula RM4.00 bukan air tau..makanan ..hidangan...
pelbagai hidangan pasta bersama salmon grill , chicken grill, beef grill, prawn grill , original mash potato..tak guna instant product tau!
Yang paling Istimewa.. setiap hidangan Foodjam ni..akan diberi Sos Foodjam yang istimewa!
marvellous bro rasenye!
pasta RM6 aje...murah bro...
Insyallah dijamin berkualiti dan sedap serta murah harga. Jom CUBA!!!!!!!