Assalamualaikum...
Entri ni yang paling last tau. Takda review lagi lepas ni. Yeayyyy. Nak fokus kat benda lain pulak. Pada yang mungkin baru jenguk sini, bolehlah baca 2 entri sebelum ini iaitu Part 1 & Part 2.
Lokasi untuk skytrex ini di Taman Pertanian Malaysia atau lebih dikenali sebagai Bukit Cerakah Shah Alam. Kitorang suami isteri sesat sampai 2 kali kot. haha. Tak patut kan? Padahal dekat gila dengan rumah kitorang. 1/2 jam dah sampai. Perghhh basah ketiak walhal belum buat aktiviti lagi. Korang boleh je amik map kat bawah ni. Insyallah tak sesat.
Kat bawah ni aku terangkan serba sedikit tentang apa yang ada kat sana ye. Aku harap penerangan ni sedikit sebanyak dapat difahami korang semua, insyallah.
parking sangat luas, jangan risau ye
entrance
Kalau korang tak sempat amik sarapan, no worries. Boleh brunch dekat Restoran Taman Botani. Ada jual nasi campur, berbagai jenis lauk dan tak lupa finger food seperti nugget, hotdog dan sebagainya. Alhamdullilah. Kitorang berdua makan situ, rege not bad. Rasa pun sedap. Terliur pula mengingatkannya ;p
sebelah restoran ni, kaunter tiketlepas masuk daripada kaunter, ada gerai jual barangan kraf
shuttle bas yang bawa ke lokasi skytrex 3 kilometer ke dalam tau
borang wajib kena isi sebelum mulakan cabaran
kaunter serba boleh, boleh beli air botol, beg bekas air, kunci loker dan glove
we're rental personal protective equitment (PPE) - harness
Terdapat banyak lagi aktiviti yang terdapat kat situ contohnya cycling, kayak, paintball, swimming pool, fishing, chalet and camping site. Sebarang pertanyaan, boleh contact mereka di :-
Skytrex Sdn Bhd
Management & Administration Office
C33-2-7 Block C Jaya One,
No. 72A Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : +6013 276 9841 (please call only 9am-6pm)
Faks : +603 7960 8290
Email : skytrex@skytrex-adventure.com
Website : http://www.skytrex-adventure.com
10 comments
wow! hebat dapat beraktiviti lasak. Bagus utk kesihatan
bile nmpk ade jual2 tu..wah sgt best ni..QH xpenah skali pon ke situ..leh la makan angin kt stu nti..hehe
ida pernah pergi sini.. ida berbasikal.. perghh! penat gile.... dah la berbukit bukau.. huhuhuhuhu
bas tu diperbuat daripada kayu ke?? wah. menarik tu
Salam sheila...alamakkkk! dah part 3 ke?? memang best la adventure cam ni yek...dulu kenit pakai harness tu buat flying fox ...fuh! ketat giler!hahahaha sakitttttt :D
Jap nak gi part 1 n part 2 plak ngeeee ~
uniknyaaa bus shuttle tuu.. hehehe lepas ni boleh la buat rombongan kat sini... menarik! byran pun berpatutan
bestttt ni...lama tk jejak kaki ke bukit cerakah..byk perubahan dh skrg ni ek..
pelukan kasih sayang pic last tu..
pewit :)
yumida buat fanpage tu..ikut tutor nih:
http://www.lyssasecret.com/2012/01/tutorial-facebook-like-button-for.html
Lama betul tak kesana.....
amboiiih.. sesat jalan sampai basah ketiak .. hihihi... xpe..sesat jalan lea yg buat kita ingat setiap jalan2 betul x? heh3..
bestnya sheila dapat jalan2 n macam aktiviti dibuatnya... jeles i tauu!