norsheilasalleh.blogspot.com: July 2013

#WW- 27 (Sakit itu Penghapus Dosa)

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
p/s : muhasabah diri wahai sahabat semua. subhanallah. Allah sayang hambanya...

Puding Triffle

Assalamualaikum...
Wallah! Lama okey tak update entri masak-masak. hihi. FYI ini hasil tangan kak reen aku. Dia buat, aku tukang snap. Biasalah blogger kan. hahahha. Haruslah nak sharing dengan korang-korang yang suka makan macam aku ni. hiewhiew ;p
sheila shahfiekry
Bahan-bahan :-
Swiss role - perisa coklat
Custard powder - birds
Kristal jelly - perisa stroberi
Peach slide - ayam brand
Susu cair - gold coin
sheila shahfiekry
1) swiss role tu haruslah dipotong sama lebar sebab nak biar cantik bila dipotong masa makan nanti
sheila shahfiekry
2) Sekiranya ada lubang-lubang antara potongan kek tersebut, sumbat dengan lebihan kek biar sama macam dalam gambar ya
3) Masukkan kastard 3 sudu tinggi, gula satu senduk leper, susu cair satu tin, air masak satu tin. Gaul dan masak atas api sederhana. Make sure gaul tau, sampai likat dan sebati adunannya
4) Tuang atas lapisan kek
5) Hias buah pic di atas adunan tadi. Jangan lupa tekan sikit buah pic tu ke dalam adunan supaya masa dah bubuh adunan terakhir, buah takkan terapung 
6) Kristal jelly + 400 ml air masak, digaul dan dimasak atas api sederhana biar sampai larut 
7) Tuang ke atas lapisan buah pic. Sila tengok gambar ye 
sheila shahfiekry
8) Lepas disejukkan, boleh hidang dan makan sepuasnya. hehehehhe
Anak buah aku tak menyabar dia tengok desert sedap depan mata. hahahhaha. Kredit to Kak Reen aku, next time aku pulak nak buat. hihi. Tak sempat nak snap gambar atas pinggan, habis licin semuanya. hehe. Jom masak dan pikat hati kesayangan >_______<

50 Pantai Tercantik Dunia

Assalamualaikum...
Sebut saja pantai tercantik di dunia, pantai di Thailand terutamanya Koh Phi Phi pastinya berlegar di fikiran. Mana tidaknya, dengan panorama indah, pantai bak kapas itu menjadi tumpuan pelancong selurh dunia. Berikut senarai 50 pantai tercantik di dunia yang dikeluarkan CNN hasil kajian siaran berita antarabangsa itu :-

1) Grande Anse Beach, La Digue Island, Seychelles
2) Rabbit Beach, Lampedusa, Italy
3) Grace Bay, Providenciales, Turks and Caicos Islands
4) Anse Source d'Argent, La Digue, Seychelles
5) Anse de Grande Saline, St. Barths
6) Cabbage Beach, Paradise Island, Bahamas
7) Wineglass Bay, Tasmania
8) Matira Beach, Bora Bora, Tahiti
9) Champagne Beach, Vanuatu
10) Palaui Island, Cagayan Valley, Philippines
11) Whitehaven Beach, Quensland, Australia
12) Tulum, Mexico
13) Pulau Perhentian Kecil, Malaysia
14) El Nido, Palawam, Philippines
15) The Baths, Virgin Gorda, British Virgin Islands
16) Luskentyre Beach, Scotland
17) Nihiwatu Beach, Sumba, Indonesia
18) Gardner Bay, Espanola Island, Ecuator
19) Maya Bay, Koh Phi Phi, Thailand
20) Rarotonga, Cook Islands
21) Juara Beach, Pulau Tioman, Malaysia
22) Boulders Beach, Cape Town, Afrika Selatan
23) Crane Beach, Barbadoa
24) Egremni Beach, Greece
25) Sun Island Beach, Maldives
26) Long Bay, Saint-Martin
27) Hanalei Bay, Hawaii, Amerika Syarikat
28) Sunrise Beach, Koh Lipe, Thailand
29) Warwick Long Bay, Bermuda
30) Grand  Anse, Grenada
31) Playa Parai-so, Cayo Largo, Cuba
32) Navagio Beach, Greec2
33) Margaret River, Australia
34) Cayo Paraiso, Dominican Republic
35) Balos Beach, Greece
36) Bahia Solano, Columbia
37) West Bay Beach, Roatan, Honduras
38) Karekare, West Auckland, New Zealand
39) Canggu Beach, Bali, Indonesia
40) Dominical Beach, Costa Rica
41) Negril Beach, Jamaica
42) D-Day Beach, Normandy, Francis
43) Nungwi, Zanzibar, Tanzania
44) Bondi Beach, Sydney, Australia
45) Patnem Beach, Goa, India
46) Natadola Beach, Fiji
47) Placencia Beach, Belize
48) Trunk Bay, St. John, U.S. Virgin Islands
49) Tanjung Rhu, Langkawi, Malaysia
50) Porto da Barra, Salvador, Brazil
Alhamdullilah, tak sangka ada 3 pulau Malaysia tersenarai (nombor 13,21 & 49). Bangga kan? Kalau ada yang rajin-rajin, cer try google gambar untuk pulau-pulau yang cantik ni. Pastu bolehlah korang pasang impian nak ke sana. Aku doakan semoga menjadi kenyataan, insyallah :)
p/s : kredit Harian Metro 25 Julai 2013

Siapa Shahfiekry Sebenarnya

Assalamualaikum...
Hari tu aku ada cerita serba sedikit tentang kenali Sheila Salim. Tak sangka ramai sahabat-sahabat minta panjangkan lagi entri pengenalan diri. hihi. I is segann, adik-beradik penyegannnn. Cita-cita tak berapa nak besar, pastu belum tercapai. Takkan nak cerita dekat korang semua? pfttt ;p
Seeloknya, biar habis situ lah pengenalan diriku. Aku rasa nak cerita sikit pasal Shahfiekry. Kalau korang perasan domain & header blog ni aku pakai nama Sheila Shahfiekry. Dah banyak kali orang tanya siapa Shahfiekry sebenarnya.

Yang sebenarnya, Shahfiekry tak wujud dan takda lelaki bernama itu dalam hidup aku. hoho. Aku suka nama Shah & Fikri, tapi akal remaja aku advanced lebih. Nak create nama tu jadi unik, maka terciptalah Shahfiekry bila aku gabungan kedua nama tersebut. haha ^^

Mula terjebak dengan dunia blogging ni daripada akak dan adik aku. Depa dah lama joined. Masa awal berblogging, blog ni guna nama Sarkastik Sheila Shahfiekry atau lebih dikenali Triple S sejak 31 Ogos 2010.  Lepas dah tukar blogspot dot com ke dot my, terus bubuh Sheila Shahfiekry je sebagai pengenalan diri yang lebih afdal. Kononnya nak biar sama dengan domain. hahhaaaa

Semangat berblogging diserikan dengan kehadiran Toshiba kesayangan model lama. Aku sayang barang-barang vintage ni. Tapi jodoh tak lama, tak sampai setahun pakai rumah kena pecah masuk. Inilah satu-satunya kenangan gambar laptop kesayangan, kenangan mula berblogging dengan Toshiba ni. Huwaaaa sedihnya :(
sheila shahfiekry
Walaupun laptop ni dah lama meninggalkan aku, aku tetap terus berblogging. Teruskan semangat tapi dah tak boleh nak update kisah-kisah pendek nukilan sendiri kat sini. Masih mengumpul duit untuk beli new pc. Doakan aku ya sahabat semuaaaaaaaaa :)

Bila Kesayangan Merajuk

Assalamualaikum...
Sedihnya hati ni, bila kesayangan merajuk kelmarin. Keluar dari tol jalan duta, terus kesayangan takleh jalan. Mujur ada kon prospel, buh kat belakang kereta. Cuak gak kalau kenderaan lain tak perasan kesayangan kami rosak.
sheila shahfiekry
Sepanjang berada kat tepi jalan tu, pihak plus dan kenderaan lain ada juga datang membantu. Tapi, kesayangan lupa nak tambah minyak hitam. Tunggu dekat 40 minit, bestfriend suami sampai. Dah bubuh minyak hitam tapi kesayangan taknak jalan.
sheila shahfiekry
Kami cuba bawa, tak jauh mana. Bila sampai part naik bukit, takleh naik pula. Dugaan sungguh. Bestfriend suami masih follow kami dari belakang. Calling orang lain, minta bawa kereta. Risau gak nak panggil towing, yelah time tu dekat nak berbuka dah. Kena maki sia-sia je. Tak disangka-sangkakan, muncul satu trak towing. Diskusi cas penghantaran, dapatlah rm100 sampai dekat bengkel kereta seberang rumah. Merasa lah aku duduk dalam kesayangan sambil di-towing.
sheila shahfiekry
Berbelah bahagi perasaan ni, lepas berbuka baru perasan. Kesayangan merajuk bersebab. Rupanya dah banyak hari kitorang bincang nak beli kereta lain. Kesayangan merajuk ye tuan nak amik kereta lain. No worries sayanggg, you still with us walaupun ada kereta lain. Kau tetap kami kenang....
p/s : tak sabar nak bagi jantung turbo pada kesayangan. semoga cepat baik yeeeeee >_______<

Kenali Sheila Salim

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Rasanya dulu aku pernah buat satu entri pasal siapa diri aku sebenarnya. Tapi aku terpaksa buang sebab kat dalam entri tu banyak gambar yang tak tutup aurat. So izinkan lagi sekali aku kenalkan diri aku pada sahabat semua. Kalau terasa diri bukan sahabat aku, toksah lah sibuk membaca sini. Aku tak kesahkan korang pun. Aku kesahkan sahabat-sahabat aku je. hiks
Aku tahu, mesti ramai keliru dengan nama-nama yang aku biasa pakai kan? hehe. Nama penuh dan juga nama sebenar aku mengikut IC dan surat beranak adalah Norsheila binti Salleh. Tetapi lebih dikenali sebagai Sheila Salim melalui facebook, twitter, blog, wechat, whatsapp dan lain-lain. hihi. Salim tu ayah aku lah. Instead of Salleh @ Salim. Nama Salim ni papa guna masa kerja dekat oversea dulu ;p

Aku dilahirkan di Hospital Daerah Batu Pahat, Johor pada 6 Jun 1990. Dah lepas dah birthday aku. Kalau ada nak bagi hadiah lagi, gua sudi je terima. hihi. Aku anak ke-5 daripada 7 adik-beradik. Yang paling sengal aku, yang paling ayu pun aku. *larik*

Mendapat pendidikan awal di tadika kemas Solok Wan Moh,kemudian naik darjah satu di Sekolah Kebangsaan (Cina) selama setahun 2 bulan. Dua bulan tu sempat darjah 2 sekejap kat situ sebelum ikut keluarga berpindah ke Sungai Buloh. Darjah 2 hingga 6 di Sekolah Kebangsaan Sungai Pelong. Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Bandar Baru Sungai Buloh kemudian sambung tingkatan 2 hingga 5 di Sekolah Menengah Damansara Damai 1. Fuhh. Jenuh gak menukar sekolah ni. Mujur main kawasan Selangor je. Tak lari mana. Lepas kawin, menyewa bersama suami tercinta kat Sungai Buloh balik. hihi :)

Alhamdullilah. Sudah selamat bernikah dengan jejaka kipas-susah-mati, Norhadi bin Kahar. Masih belum dikurniakan cahaya mata. Mohon rakan-rakan yang sering bertanya perihal anak, sila fahami hati perempuan yang mudah tersentuh ini >_____<

Mula berblogging sejak 31 Ogos 2010, dengan menggunakan domain sheilashahfiekry.blogspot.com kemudian mula tukar domain kepada sheilashahfiekry.my dengan harapan akan terus menaip tanpa penat dan lelah kerana aku sangat sukakan penulisan. Impianku, ingin menjadi seorang penulis buku. Jurnalnya belum pasti. Tapi besar harapan aku, semoga sahabat semua sudi support aku (",)

Promosi Entri Khas di Kelab Blogger Belia

Assalamualaikum...
Sebagai blogger, rasanya tak sah kalau tak join kelab atau group yang sedia ada kat facebook. Ada manfaat tersendiri bila kita join kelab. Kita boleh promosikan link entri terkini kita, boleh kenal blogger yang lain dan yang paling pentingnya, Hasrul Hassan selaku admin di Kelab Blogger Belia menawarkan pinned post di laman utama tetapi ada syaratnya : -

* Buat satu entri promosi khas seperti yang aku buat.
* Ping entri tersebut ke kelab @ group selain Kelab Blogger Belia
* Print screen tugasan anda
* Upload gambar yang menunjukkan anda telah ping entri blog anda itu di group lain. Klik klik add photo/video Kelab Blogger Belia untuk muat turun naik tugasan tersebut dalam album Promosi Pinned Post. Pada bahagian description gambar tersebut, anda letak url entri promosikan Kelab Blogger Belia.
Lepas baca entri muja, terus add Kelab Blogger Belia. Tak sampai 4 jam, dah approved. hihi. Thank you so much HH. Ramai gila blogger tersohor dah joined kelab ni. Apa kata, kita tambah kenalan melalui kelab yang sedia ada ni :)
sheila shahfiekry
Korang yang nak join tu, klik Kelab Blogger Belia :)

Dapat Hadiah Lagi

Assalamualaikum...
Alhamdullilah. Dah lama tak joined giveaway, tak sangka menang pulak dalam Giveaway Kami In The House & Simple Giveaway by Asyik. Alhamdullilah, rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ni. Parcel daripada blogger Kak Yanti dah terima jumaat minggu lepas. Sukanya kita dapat tambah koleksi fridge magnet, keychain dan kad raya. heeee >____<
sheila shahfiekry
Parcel daripada Asyik pula berupa voucher Guess, Body Shop & review blog daripada blogger Asyik. heeeee. Tak sangka dapat hadiah tambahan keychain daripada Asyik. Katanya Giorgio Izas yang bagi. hehehe. Thank a lot!
p/s : terima kasih banyak Kak Yanti & Asyik

Hotel Murah di Krabi, Thailand

Assalamualaikum...
Entri yang dinantikan semua, review hotel penginapan kami selama 4 hari 3 malam berbulan madu. hiks. Opss terlupa, kalau ada yang perasan kitorang berlima mungkin ada persamaan gambar dalam entri kan. Sila faham ye. Kami memang berkongsi gambar. hihi. Cuma jalan cerita insyallah akan cuba olah sikit. Mohon korang tak meluat ;p
Aonang Goodwill Hotel, simple tapi awesome babe. Lokasi dekat Aonang, hanya 15 minit berjalan kaki boleh sampai ke pantai. hee. Kami booking online di Agoda.com dan dapat price RM258 untuk 4 hari 3 malam termasuk dengan daily breakfast. Siap ada bath tab lagi, sungguh puas hati, pandainya pilih hotel. hehe ;p

Kami beli siap dengan daily breakfast sebagai langkah berjaga-jaga. Bukan susah pun nak dapat makanan halal tapi kemungkinan bangun lewat, berebut toilet dengan suami isteri pastu nak jalan sikit daripada hotel semata-mata nak cari breakfast kemudian nak berkejar aktiviti yang telah disetkan. Fuhh. Boleh pitam pagi-pagi tu x___x 
sheila shahfiekry
reseption yang sangat kemas >__<
sheila shahfiekry
Bilik aku satu floor dengan Eida dan Yaya  Tapi waktu check in hanya bilik aku dengan bilik Nory je tak siap kemas. So aku dengan suami menumpang kat bilik EidaNory dengan Zoul tumpang barang dan bersiap kat bilik Mila. Petang baru bilik kami siap >___<
sheila shahfiekry
bilik kami , no 213
sheila shahfiekry
gajah comel
sheila shahfiekry
2 ekor gajah atas katil
sheila shahfiekry
Lupa nak bagitahu, sini wifi free. Password aku ingat-ingat lupa. Takpe,boleh minta dekat Nong (",)
sheila shahfiekry
sheila shahfiekry
sheila shahfiekry
sheila shahfiekry
Dibuka pada tahun 2008, bangunan 4 tingkat ni ada 22 bilik. Waktu untuk check in jam 2 pm, check out jam 11am waktu Thailand okey. Jarak antara hotel dan airport 36km dan perjalanan makan masa hanya 30 minit je. Fasiliti lain yang depa sediakan adalah pc untuk layari internet, buku untuk bahan bacaan sampingan :-
 sheila shahfiekry
sheila shahfiekry
15 baht = RM1.5
20baht = RM2.00
40baht = RM4.00
sheila shahfiekry
Daily breakfast, supply tenaga untuk aktiviti sehingga lunch time, weee ;p
sheila shahfiekry
ofcourse, halal
sheila shahfiekry
Antara fasiliti lain :-
Airport transfer, bicycle rental, room service, laundry service/ dry cleaning, smoking area, restaurant, shops, tour, safety deposit boxes, wi-fi in public areas and parking.
alamat :
Ao Nang Goodwill
420/22 Moo 2,
Aonang, Muang, Krabi 81000
Tel : (66) 75 695 601
Fax : (66) 75 695 602
Mobile : (66) 87 275 1160 (Sun)
Email : aonanggoodwill@hotmail.com
Website : aonanggoodwill.com
Mari mengira
* harga hotel untuk 4 hari 3 malam : RM258.00

Honeymoon Trip to Krabi Part 8

Assalamualaikum...
Terasa panjang gila cerita Krabi sebab dah main part-part ni. hmm. Sorry ekk pada orang yang terblogwalking sini, mungkin terasa bosan. Pesanan penaja, sila pangkah x cepat-cepat, thank you :p
Risau juga dihati ni kalau-kalau dah masuk part ni ada cerita mitos ataupun tokok tambah tanpa disedari, hihi. Dah lebih 3 minggu balik bercuti pun masih tak dapat nak habiskan cerita. hahaha. Ini cerita pasal aktiviti hari ketiga. Time ni barulah kitorang sepakat nak beli pakej melalui pihak hotel sahaja. Sepatutnya kayaking kena spend time separuh hari, tapi disebabkan kami berkeras kejung juga nak amik kayaking sekali dengan 4 Island, pihak hotel cuba juga jayakan untuk kami. weeeeeee, naik longtail tau? Kami dapat harga seorang 650thb termasuk lunch tau :)
sheila shahfiekry
Kami naik tuk tuk macam biasa, pergi ke Noppharatara Beach macam aktiviti Phi Phi Island. Kali ni, kita kena isi nama dalam borang yang disediakan. In case terjadi apa-apa kat tengah laut, senang nak contact keluarga di Malaysia. Selesai isi borang, kami isi masa kami yang terluang dengan bergambar. hehehe. 
sheila shahfiekry
Tak sah kalau tak melompat kan? Kat negara orang bolehlah, kalau kat Malaysia aku fikir 24x kot. hohohoooo. Para suami lompat ala-ala thai, gila smart. Depa-depa ni kalau photoshoot, mesti menjadi. Jeles kita tau >______<
sheila shahfiekry
Adalah dalam 15 minit menunggu orang boat mai bagi taklimat sikit tentang longtail. Dibahagikan kepada kumpulan. Kitorang semua satu hotel so dapatlah naik longtail yang sama. Siap bagi warning takleh nak berdiri tiba-tiba kat atas longtail, longtail boleh terbalik. Masa tu aku nervous tahap kelapan agaknya. Takleh bayangkan betapa takutnya naik longtail. ohh seram ;p
sheila shahfiekry
Korang masuk longtail je wajibkan diri pakai life jacket tau. Aku sangat-sangat percaya pada life jacket sebab aku kan tak reti berenang. Tapi nak pesan satu benda la, kalau duduk dekat bahagian dalam mesti korang pening sebab bau enjin sangat kuat. Aku yang duduk depan pun boleh terbau, camne ntah orang duduk dalam kan? Alert : bawa minyak kapak/koyok untuk emergency case
 sheila shahfiekry
Inilah rupa longtail yang kami naik, masa ni kitorang dah sampai first island iaitu Railay - Phranang Beach. Syok gila sini pasal betul-betul tengah laut. Kitorang berjalan di tepi persisiran air menuju ke toilet. Harus sediakan duit syiling tau, nak masuk dia cas 20thb. Aku siap membuang sisa lagi, hohohoho. 
sheila shahfiekry

sheila shahfiekry
Selepas masing-masing siap membuang, kitorang berjalan menuju ke atas bukit. Di atas buluh-buluh yang dijadikan pagar, ada banyak monyet. Suamiku dan Nory je buat muka comel lagi teruja dapat jumpa monyet. Awal-awal aku dah jauhkan diri =__='
sheila shahfiekry
Boleh tahan penat gak berjalan macam mendaki. Separuh jalan, patah balik sebab risau pihak boat tak tunggu kitorang. Meraung wehhh kalau kena tinggal, nanti rugi tak buat aktiviti. Last day pulak tu. So kami agak carefull :)
sheila shahfiekry
Sempat juga bergambar kenangan bersama suami. Terik cuaca kat tengah laut ni, terasa bahang membakar kulit muka dan kaki. Tak sabarnya nak naik boat. Perut dah mula berbunyi walaupun pening lalat jadinya dibuai ombak akibat longtail. Pengalaman takkan ku lupakan (",)
sheila shahfiekry
Kitorang sampai kat island kedua Poda Island untuk makan tengahari. 
sheila shahfiekry
Terasa lega perut dapat makan, lauk sangat sedap. Walaupun tak bertambah, terasa kekenyangan yang amat. Alhamdullilah. Tak sampai 15 minit lepas habis makan, kitorang sekumpulan 11 orang ni, berkayaking. Kayak memang siap dibawa atas longtail sebelum kami bertolak mula-mula. Kami suami isteri first berkayak. Ya Allah, seronok sangat. Syukur berpeluang berkayak dengan suami. Ini experienced kedua, dulu pernah berkayak kat sungai dalam PLKN. hehehe. Abang sangat cuak kat depan tu, mujur isteri dia pandai handle. Sikit-sikit aku brek, tak nak berjauhan dengan geng yang lain.
sheila shahfiekry
Kayaking, best gilaaaaa lepas gian berkayak ;p
sheila shahfiekry
Macam biasa, kat tengah laut pun bergambar. Eida punya kamera memang khas untuk aktiviti bersandarkan air. Nasib baik kan, kalau tak kena beli juga sebiji kamera kalis air. hehehhee. Teringat pula Go Pro Hero 3 Xtreme Camera Black Edition tu *____*
sheila shahfiekry
berdua dengan mu, honeymoon atas air ;p
sheila shahfiekry
Yeahhh, gigih sungguh suamiku berkayak. Memang penat + lelah la, agak jauh juga guide kita bawak. Rasanya macam tawaf separuh island. Then kita stop kat satu tempat. Bergambar sakan kat sini. Guide kitorang tu sangat-sangat pandai amik hati kitorang. Thank you so much Mr. Guide. hehehe.(tak ingat nama beliau dah) Mr. Dom.
sheila shahfiekry
lompat jangan tak lompat ;p
sheila shahfiekry
kenangan berkayak bersama
sheila shahfiekry
Sekarang masa untuk snorkelling di Chicken Island. Aku dah exhausted, lepas makan terus berkayak. Sekarang snorkelling pula. Lemau gila, tangan menggigil. Sebenarnya aku taknak turun tapi fikir sebab nak enjoy kan. Try push my self turun. Dapatlah sekeping dua gambar kat sini. Pastu suami, Syafiq dan Andi tarik aku ke longtail sambil aku terapung, heaven okey. Malas nak berkuak lentang, hahaha thank you so much korang sudi tarik kita hihihi ;p
sheila shahfiekry
 romantiknya suami siapa ni? >____<
sheila shahfiekry
happy tau ada sekeping gambar dengan ikan ;p
sheila shahfiekry
Sampai ke island terakhir iaitu Tup Island, kat sini posing banyak. Seronok betul dapat jejak sini. Kalau tak silap, kat sini tempatnya korang boleh berjalan dari island pertama ke island kedua dengan berjalan kaki. Tapi lepas air pasang, takleh jalan dah. heee. Aktiviti 4 Island kami berakhir di sini.
sheila shahfiekry
Mari mengira
* 4 Island + Kayaking + lunch 1300thb sepasang : RM135.20
* masuk toilet 40thb sepasang : RM4.15
total : RM 139.35 # (rate aku tukar duit RM ke THB - 10.40)