Assalamualaikum...
Selesai sudah Part 1 & Part 2. Kita proceed aje Part 3 yang merupakan story mory perjalanan daripada Kuala Lumpur - Krabi dan juga check in hotel di Aonang yang paling best. Tapi review keseluruhan pasal hotel aku buat dalam entri lepas ni okey babes?
Balik kerja hari jumaat tu, sempatlah amik masa sikit kemas rumah dan kemas beg baju sebelum bertolak ke rumah Yaya jam 12 tengah malam. Kenapa rumah Yaya? Rumah dia centre KL. Senang nak pergi sana sini. Eida sampai dulu, kemudian aku, diikuti Nory dan Mila Daripada jam 12 tengah malam hingga ke 3.30 pagi kitorang membebel sesama sendiri. Semua excited tau, aku je agak letih tak bermaya. Sebab waktu tidur dah terbabas. Manja betul badan ni +___+
Balik kerja hari jumaat tu, sempatlah amik masa sikit kemas rumah dan kemas beg baju sebelum bertolak ke rumah Yaya jam 12 tengah malam. Kenapa rumah Yaya? Rumah dia centre KL. Senang nak pergi sana sini. Eida sampai dulu, kemudian aku, diikuti Nory dan Mila Daripada jam 12 tengah malam hingga ke 3.30 pagi kitorang membebel sesama sendiri. Semua excited tau, aku je agak letih tak bermaya. Sebab waktu tidur dah terbabas. Manja betul badan ni +___+
Daripada rumah Yaya kami amik 3 buah teksi untuk 11 orang naik untuk ke KL Sentral. Perjalanan singkat je, tapi depa cas double price sebab midnite. Redha. Untuk cab yang aku, Hadi, Eida dan Andi naik depa cas RM18.00. Time ni, Eida bayar dulu, sebab balik KL nanti aku yang bayar. Sampai je kat KL Sentral, turun ke platform bawah untuk naik shuttle bas ke LCCT. Tiket untuk seorang RM8.00, dan makan masa lebih kurang 1 jam sahaja. Semua bantai lentok dalam bas. Al maklumlah tak cukup tidur gamaknya. hoho ;p
Sebelum terbang, aku dan suami sempat terjah kiosk Hot & Roll. Lapar punya pasal bantai beli 2 set prata berharga rm6.50 per set dan air botol berharga rm2 sebotol. Mahal kan? Ada sebab kitorang terpaksa beli kat airport. hmmm. Aku tak sempat beli breakfast untuk santap dalam penerbangan. Betapa kecewanya bila ternampak pramugari tolak troli makanan. Kembang kempis tekak menahan baunya! Redha kuasa dua.
Alhamdullilah, lepas 1 jam 20 minit kami selamat landing di Lapangan Terbang Krabi. Please alert, waktu di Thailand lambat 1 jam daripada Malaysia tau. Walaupun ini penerbangan pertama buat kami suami isteri, aku tetap bajet cute dengan muka selamber. weeee (",) Ramai gila orang Malaysia honeymoon sana. Couple sebelah seat aku pun honeymoon gak. Waaaa jeles aku tengok couple duduk sebelah pasangan. Aku? Jauh terpisah. Sob sob sobbb. Tapi cuma 2-3 keluarga je yang aku terserempak kat tepi jalan Aonang dan naik satu bot dengan kami pun ado. hihi
arrived (",)
Keluar daripada imigresen, terus nampak dia. hehe. Aku taktahu la dia ni betul-betul orang Thailand ke tak pasal aku rasa dia macam Nepal kan? hehee. Dia guide kami ke van yang disediakan oleh pihak hotel :)
Taraaaaaaa
FYI, kami tempah 2 buah van dengan pihak hotel sebab tak nak risaukan diri amik public transport. Dijamin selamat, alhamdullilah. Yang naik van pertama, Aku, Hadi, Eida, Andi, Yaya, Syafiq dan Mus. Mila, Mcdee, Nory dan Zoul naik van kedua. Perjalanan daripada airport ke hotel makan masa 1 jam. Mata ni takleh diam, kiri kanan nak pandang. Al-maklumlah, masuk negara orang kan ;p
masa ni, dah tergamam tengok caves kiri kanan, teringat Batu Caves Malaysia ;p
Taraaaaa! Aonang Goodwill Hotel, simple tapi menarik! Lokasi dekat Aonang, hanya 15 minit berjalan kaki boleh sampai ke pantai. hee.
nah, berkaki-kaki untuk korang! hihi
Ready to goooo :)
Mari mengira
* tambang shuttle bas ke LCCT : RM16.00 untuk sepasang
* makan minum di LCCT : RM15.00 untuk sepasang
* tambang van untuk pergi balik airport-hotel, hotel-airport : RM55
total : RM 95.00 #
23 comments
hihi...korang mmg janji yer buat entry sesama yg gmbr seme pun sama yea. tadi baru baca blog nory cemgini jugak.. huhuhu
hari tu dlm lrt, nmpk org pkai paju I Love Krabi.. tetiba teringat percutian akk2 blogger yang comel2 ni.. hehehhee
Ala xpe la terpisah kejap je kan *tp dlm ati redooo sjalah ye* hehe.....
assalaamualaikum sheila. sorry lambat jumpa comment form ni ha,, cenonet sangat, kih3. bestnya la boleh gi negara orang.. jiran malaysia tapi mesti best giler kan,, muja yang dok klate ni pun tak pernah jejak thailand lagi tau. i do wish to go to thailand one day.. hehehe.. hope you will always be happy :D
pcl tak sampai lagi ke sana..aduhaii, bestnya koranggg !!
yeayy! sheila dah up. heeeeeeeeeeeeeeeee
syok nye.. nak honeymoon kat krabi jugak lah.. hehehe
hi salam sheila.. dah pergi eh krabi? hehehe.. best kan kan... next, pergi la phuket plak.. me pon belum pergi pergi lagi.. jom jom hehehe..
wah..beznye
setrip lagi tu
nak join jugak..menyebok ngan org tgh honeymoon tuuuu..hikhik
Bestnye kan....bile la agaknye leh smp sne
laaaaaaaaaa.. krabi tu kat thailand.. asya ingatkan kat mana..hehe
Pengalaman menarik ni Sheila, jalan2 bersama suami & teman2. Akan datang, Insyaallah makan angin bertemankan anak-anak pulak..
wahhh bestttnyaaaa :)
wah jauh berjalan....
Nice.. dah baca part 1, 2, 3. Thanks for sharing and make me and my wife miss krabi so much. Kami ke krabi pada 19 hingga 21 Jun yang lalu tapi bawak kereta drive dari KL ke Krabi. Memang seronok di sana. Rasa macam nak pergi lagi je.
seronoknyer dier yer !
wahhhh..part sampai ke 10 ade tak..ehhee..awesome la korg
yeaayyyy....next plisss...
hehehehe...
adehh nk cari mood karang entry krabi lg lah...
mood oh mood..come to mama!!!
ehhh sama lah kat bandung pun lewat sejam. selalu tidur pukul 10 kat malaysia sampai bandung hari tu pukul 9 sana dah tarik selimut. sebab dah biasa tidur pukul 10. wakakakkaka
best3.. :)
bestnya pergi ada geng..hehehe
dah macam family day pula ye..
bestnya jalan negara jiran .. adik-adik2 akak ajak pi Krabi hujung tahun ni tapi anak-anak pulak nak ke KK .. so maybe next time to Krabi.
Percutian budget yg sgt membantu utk kami nk ke sana nnti...