Assalamualaikum...
Lepas berpenat dan lelah dengan aktiviti hari pertama, kami pulang ke hotel untuk bersihkan diri dan rehat seminit dua. Next, kami semua dah planning nak jalan-jalan dan shopping sikit kat tepi pantai Aonang tu. Bila tahan teksi aka tuk tuk, driver cakap baik pergi Night Market Krabi Town, sebab setiap sabtu ada night market ataupun pasar malam yang jual barang murah. Semua setuju :)
Sedang elok feeling naik tuk tuk dan makan angin petang di Krabi, tiba-tiba tuk tuk berhenti tepi jalan. Ehhh pelik. Ohh rupanya our driver nak suruh kami bergambar dekat sini.
Sedang elok feeling naik tuk tuk dan makan angin petang di Krabi, tiba-tiba tuk tuk berhenti tepi jalan. Ehhh pelik. Ohh rupanya our driver nak suruh kami bergambar dekat sini.
Lama tak lama, 15 minit gak kitorang semua kat sini dan bergambar sakan. Opss lupa, Mus tak joined sebab mentidur dengan lena si adik Yaya tu kat bilik. Kesian dia, penat follow kakak abang dia berjalan. hihi. Kat sini Nory ada al-kisah, tunggu dia update ya ;p
Sampai je town, driver kitorang yang sangat baik hati tu cakap sanggup tunggu kami 2 jam sementara kami shopping sakan. Duit tambang pun kami tak bayar lagi tau. Aku sangat terharu, sebab driver tu percaya dengan kami semua. Siap sanggup menunggu kami. Orang kat Krabi ni semuanya baik-baik tau. Rasa nak duduk sini je. huhu. Balik tu baru kami bayar tambang pergi dan balik. Puas hati babe
Kami dinner nasi ayam sementara tunggu hujan berhenti. Nampak simple dan unik kan? Sedap. Smooth je rasa nasi tu. Ayam pun dia bagi isi semata-mata. Memang puas hati sebab depa pakai beras siam. Beras siam besar, seketul-ketul masuk tekak. Lagi satu, kat sini kami tak dapat nak order milo ais, teh ais and so on. Depa dah siapkan air kosong dalam jag. Tinggal ais dalam cawan je diberikan. Itupun percuma rasanya, ataupun kira sekali dengan sepinggan nasi ayam berharga rm4.00. Abang siap tambah sepinggan lagi, lapar sangat katanya. Landmark, gerai ni depan farmasi. Dekat dengan traffic light simpang 4. Sila cari sampai dapat ye ;p
Sedang elok habis makan, hujan pun berhenti. Kami terus bersemangat redah jalan ke Night Market Krabi Town. Alahh lebih kurang macam pasar malam dekat Malaysia juga. Cuma compared dengan sini, harga sangat-sangat murah. Juling mata tengok price yang super nice tu.
lilin wangi, comel sangati like fried chicken ;p
Camne nak cari makanan halal di Krabi? Korang cari logo bintang dan bulan sabit. Nak lagi bagus, confirmkan dengan peniaga. hehe. Aku beli 3 ketul, buat makan dalam hotel sebelum tidur. hehe sedap weh! Gila kau, ayam goreng tak sedap. Harus sedap dan mengenyangkan perut ;p
Abang ni tengah gigih siapkan 9 order pancake daripada Eida. Terima kasih ida, belanja kitorang semua makan pancake coklat + pisang yang super sedap tu. Murah rezeki ida, hihi. Pancake kat Night Market Krabi Town memang sedap gila, kitorang merasa kat tempat lain kat area hotel, tak sesedap sini. Lemaknya, sedapnya, manisnya memang mengiurkan tekak ;p
bukti aku excited sampai nak telan dengan pinggan sekali. huhu ;p
beli FM sini murah ;p
Pastu odw balik hotel, singgah tempat agen kat Aonang untuk booking Phi Phi Island untuk esoknya. Sambar juga barang dekat kedai berdekatan.
Sempat beli t-shirt sepasang untuk aktiviti Phi Phi Island esoknya bersama dengan beg kalis air (waterproof bag) kat kedai Aonang Night Plaza. Nak tahu camne rupanya beg kalis air? Jap ek, nak cerita sikit kat kedai ni ada seorang sales woman yang sangat kerek tanak bagi harga murah sedangkan kami borong baju dia banyak. Tak recommended korang untuk beli kat sini. Seriously !
Mari mengira
* tambang tuk-tuk ke Krabi Night Town (pergi balik) 200thb : RM20.80 sepasang
* 3 pinggan nasi ayam 80thb : RM12.50 untuk sepasang
* beli kiwi ice blended 50thb : RM5.20
* beli 3 ketul ayam goreng 30thb: RM3.10
* beli frigde magnet (3 papan) 300thb: RM31.20
* beli keychain (1papan) 100thb : RM10.40
* beli 2 helai seluar tight 200thb : RM20.80
* beli 1 tote bag 126thb : RM13.10
* beli sehelai t-shirt 150tbh: RM15.60
* beli sepasang t-shirt Aonang 300thb : RM31.20
* beli waterproof bag 300thb : RM31.20
* beli barang di 7-E 60thb : RM6.20
* pancake RM3 - Eida belanja, terima kasih Puan Eida. semoga murah rezeki awak :)
total : RM201.30 (rate aku tukar duit RM ke THB - 10.40)
15 comments
Gambar yg first tu, lawa background dia...seronok honeymoon
walla mmg seronoklah kat sana yer
Thanks for sharing info..
welcome welcome sheila.. sedapkan pancake tuh. heyyy teringat ingat niii...acena? huuu~
Phi-phi Island ? Wah memang gila cantik pulau tu.
Mesti seronok bercuti kan Sheila ?
cantiknyaaa lilin wangi tu.. murah2 la kat sana....
alaa,, jlez lagi,, mmm,,, baiknya la driver tu,, dictator pun ada jugak,, siap berenti sebab nak mintak kita amik gambar,, hehe,, moga muja pun dapat yang baik kalau gi memana :D
comelnya lilin tu. geram tengok
bestnya melancong ke luar negara hehe
jeles..jeles...jeles... wuhaaa
Aku klau g tmpt org mmg suke jenjalan pasar mlm... even dlm msia sendiri... dpt jumpa menu2 yg jarang jumpe kompom beli...
banana + nutella pancake mmg terbaek wookk.... ayam goreng dia mmg lain drpd yg lain.. heheh....
terliur plak tgk pancake coklat + pisang tu...btw murah gak harga fm n keychain kat sna ye sheila
adui terliur lagi tengok pancake tu..hehe
kira mcm uptownlah ni yer.... tgh bygkan .. mcm manalah rasa pancake yg sedapp tu...