norsheilasalleh.blogspot.com: March 2014

Kisah Produk Harum Malam

Assalamualaikum...
Jeng jeng jeng! Semestinya korang semua dah kenal dan pernah dengar nama produk ni kan? Rasa macam dah lama tak review produk. Kali ni aku nak story sikit pasal apa itu produk Harum Malam yang tengah famous dan hot selling ni (",)
sheila shahfiekry
Harum Malam membantu menyihatkan badan dan mencegah bau badan disamping mencegah masalah dalaman wanita, memberi tenaga dan menambahkan stamina untuk aktiviti seharian. Terdapat ramuan khas dalam menyelesaikan masalah badan berbau yakni di ketiak dan juga kawasan sulit wanita. Pengambilan 2 sudu sehari HM yang konsisten pasti akan membuahkan hasilnya dalam masa yang singkat.

Sebagai contoh ; pemakanan petai, jering dan sesetengah minuman pastinya akan membuat air kencing dan bau badan kita sedikit berbau daripada biasa. Kerisauan biasa dihadapi seiring dengan tohmahan percuma daripada orang-orang sekeliling. Pastinya memalukan diri kan? HM yang diformulasikan dengan ekstrak ros (for sure bau ros kan wangi) yang sememangnya bagus untuk menangani masalah bau badan. Selain itu, berkesan juga untuk merapatkan organ intim wanita dengan pengambilan 2 sudu waktu pagi sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur.

Teruja tak baca? Murah je, sebotol RM33 untuk Semenanjung manakala RM39 untuk Sabah dan Sarawak. Nak beli kombo murah untuk sebulan, grab 3 botol berharga RM90. Jimat RM20 kat situ pastu siap free postage. Sangat menguntungkan kat situ !!! (",)
sheila shahfiekry
Jangan salah anggap tentang HM ni. Boleh diamalkan oleh anak dara mahupun yang telah berkahwin kecuali dibawah umur 16 tahun. Sekiranya bawah umur mempunyai masalah juga boleh diamalkan cumanya dos pengambilan perlu dikurangkan kepada setengah sudu di waktu pagi dan setengah sudu lagi di waktu malam sebelum tidur. So jangan khuatir ya ~
Terdapat 14 bahan kandungan di dalam HM, boleh tengok gambar kat bawah ni :-
sheila shahfiekry
Gambar di bawah pula, terdapat 9 kebaikan HM yang kita boleh dapat dengan pengambilan secara konsisten.
sheila shahfiekry
Antara khasiat lain Harum Malam : -
1) membantu menyegarkan dan menyihatkan badan
2) mencantikkan dan menyerikan seri wajah
3) membantu menghilangkan bau badan dan mulut
4) melegakan panas badan
5) menegangkan payudara
6) memulihkan rasa rapat
7) mengencangkan otot kewanitaan
8) menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal
9) menambahkan keharmonian suami isteri (bagi yang dah bernikah ya)
10) menyihatkan rahim
11) mencantikkan payudara agar sihat dan montok

Oh ya, sebelum terlupa nak beritahu cara-cara mengenali produk HM yang original. Sebab dah ada tiruan dalam pasaran sekarang. Kang kalau tak reti nak kenal jenis original, sia-sia la amik secara konsisten takut macam-macam side effect lain yang timbul pula. So beware ya. Perhatikan 3 perkara ni, penutup botol warna pink, tiada cop hologram dan botol tidak boleh kemek.
sheila shahfiekry
Berminat untuk order? Boleh klik LegacySecretTrading , harga RM40 termasuk postage untuk Semenanjung, RM45 untuk Sabah Sarawak. Link yang berkaitan dengan HM, boleh tengok ada banyak testimoni di sini :-

Telekung Kanak-Kanak

Assalamualaikum...
Comel tak telekung kanak-kanak ni? Melting tengok babe.. Sejuk mata memandang... Kalau ada yang berkenan nak tempah, boleh lah baca sikit info kat bawah gambar ya. Aku just share saja. Heee (",)
RM45 include postage
kain jenis lycra 
dikenakan deposit RM10 untuk tempahan
warna boleh pilih 
amik masa 2-3 minggu ikut giliran customer
p/s : murah tak?

MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway !

Assalamualaikum...
Mari support satu mini giveaway daripada rakan blogger Siti Zara Nurhaidah. Beliau sudah berkahwin ya, jangan ada yang terniat nak ngorat. Tengok tajuk entri pun dah tahu beliau berstatus "puan" kan ;p
Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)
Ucapan sheila buat zara dan suami :-
" Alhamdullilah, sudah masuk 2 tahun pernikahan kalian. Sheila doakan semoga kalian berterusan bahagia hingga ke Jannah, menjadi suami isteri yang soleh & solehah, dikurniakan zuriat comel-comel penyeri rumahtangga dan rasailah manisnya rumahtangga dengan penuh barakah dariNYA. In shaa Allah, akan sampai rezeki baby yang comel dengan berkat kesabaran kalian atas dugaanNYA. Usaha tangga kejayaan. Baby MH sheila tak sabar nak ada geng..hihi "
p/s : done follow semua peraturan mini giveway, heee (",)

Debaran 9 Minggu Lagi !

Assalamualaikum...
Alhamdullilah. Sudah masuk 3rd trimester yang cukup mendebarkan. Dok baca pengalaman orang bersalin, semakin nervous dan tak sabar. Makin aktif baby ni, satu hiburan yang indah buat umi. Thank you baby teman umi sentiasa.
Aku tak kisah samada czer atau normal, yang penting baby selamat lahir ke dunia. Macam tak percaya diri ni bakal menjadi seorang ibu tak lama lagi. Terfikir camne rasa sakitnya nak bersalin? Kaedah nak meneran pun dok terbayang-bayang sekarang. Berkhayal fikir bab bersalin ni. Lepas bersalin tu, mampu ke jaga anak? Berjaga tengah malam untuk menyusu anak? Didik anak sebaik-baik khalifah? Allahurabbi... Tak mampu nak ungkap apa perasaan yang sedang bermain sekarang... 
Syukur alhamdullilah, tengok rakan-rakan blogger EzmalizaNory, MamaSyafi & Fifi Nadhrah dah selamat melahirkan zuriat mereka... Tak sabar tunggu mereka update gambar baby masing-masing.
Kalau tengok checklist, tinggal sikit je lagi barang nak kena beli. Breastpump tunggu ETA tak mai lagi. Jenuh gak menunggu bulan ni. Mujur tak rushing lagi. Sabar menanti breastpump tu dan 2 barang online yang lain. Sabar tu kan separuh dari iman? Hujung minggu ni akan ke Opening Sale - Set Berpantang kat Taman Permata. Dah ada rakan blogger yang kirim beli. hehee. Tak sabar nak ke sana, beli loose item (ofcourse ada 20% less) untuk si pengirim. Kita punya beli online daripada website Anugerah. Yang tu review akan keluar tak lama lagi. Tunggu ya ~
Oh ya, kat tepi sidebar ni aku ada sediakan widget khas perjalanan sepanjang mengandung ni. Klik yang tertulis Umi + Baby Journey. Segala tips, cerita mengandung atau acara membeli online mahupun walk in kedai, semua yang dah siap publish entri akan dilekatkan link di situ untuk mempermudahkan mommy kat luar sana buat rujukan. hihi. In shaa Allah, harapnya membantu kalian. 

Maternity + Nursing in Muslimah Way

Assalamualaikum...
Paling susah nak cari kat market atau shopping mall adalah baju nursing muslimah! Jenuh tau mencari, kita ni badan dah membesar dengan jayanya. Daripada saiz M terus masuk L tanpa ragu-ragu. Muahaha. Orang paling baik bantu aku memberi link-link baju muslimah ni adalah blogger Kak Mimie. Kak Mie ni banyak bantu aku. Pasal domain dengan nuffnang pun kak Mie juga yang tolong. Terima kasih banyak kak Mie sudi tolong mak buyong ni (",)
sheila shahfiekry
Aqeela Muslimah Wear ni salah satu gedung online yang aku suka usha. Aku memang nak sangat beli baju mengandung tapi khas juga untuk menyusu. Kalau pergi jalan-jalan, senang nak menyusukan anak kan. Aku amik saiz L la, sebab tak bajet kurus keding macam dulu. Sobs sobs sobss. Pasrah je ayat. Kalau korang masuk website ni, klik terus bahagian sales tau. Yang terbaru aku tengok banyak design baju mengandung-menyusu tengah murah. Kau beli 3 pasang RM100 ke atas dapat free postage tau.
sheila shahfiekry
Ini contoh cart aku ya. Lepas bersalin, tukar fesyen mak-mak. hiewhiew. Suka sangat dengan t-shirt ni. Selesa, labuh paling penting 2 in 1. Mengandung pakai ni, dah bersalin pun boleh pakai untuk breastfeeding. Harga berbaloi-baloi ~~~

Perginya Ami Schaheera T____T"

Assalamualaikum...
Inalillahiwaninallahirojiun. Buat sahabat blogger Kak Ami Schaheera yang telah meninggal dunia jam 1.29 pagi 26 Mac 2014 di Hospital Ampang akibat sesak nafas. Walaupun cuma 2 kali berjumpa dan berbual mesra, i adored her. Kuat semangat melawan sakit kanser selama 3 tahun. Kalau korang tak kenal siapa beliau, allahyarhamah berbaju hijau di dalam gambar atas. Aku sendiri tak percaya she was cancer fighter masa pertama kali jumpa dalam trip Lost World of Tambun. Allahuakbar. Sedih sangat baca timeline facebook dan instagram pasal allahyarhamah.
Kak Ami, semoga kamu ditempatkan dikalangan orang yang beriman di sisi Allah SWT. Naz, be strong please. Redha dan tabahlah dengan dugaan pemergian isteri tercintamu.... Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarhamah Kak Ami Schaheera...

Solat

Assalamualaikum...

p/s : semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. amin (",)

Medela Swing Breastpump To Let Go

Assalamualaikum...
Sorry ya, harini nak buat iklan sikit. Nak tolong kawan jual breastpump dia. Kalau ada berminat, cepat-cepat pm kat fanpage aku ya. hehehe. Terima kasih banyak.. Sudi-sudilah spread to friends ya ~~~
condition : tip top
owner : pernah guna sekali
harga : RM530 *boleh try nego dengan owner sendiri ya*
waranty : start 15 Januari 2014
pm dekat fb : Sheila Shahfiekry

Homemade Aiskrim Goreng

Asssalamualaikum...
Suami isteri suka sangat makan aiskrim goreng ni. Ritu kawan-kawan blogger pesan buat sendiri adalah lebih baik serta jimat. Sejak merasa seketul aiskrim goreng berharga RM2.50 kat Kuala Selangor. Suami dok sebut-sebut je. Nak buat sendiri katanya. Tanpa menghampakan diri, balik kerja terus singgah Econsave beli aiskrim coklat brand econsave RM5.49 dengan roti gardenia RM3.30. 
sheila shahfiekry
Boleh tengok step by step yang dah ada dalam gambar. Kos buat sendiri tak sampai RM10 dan yang paling penting puas hati. hiewhiew. Oh terlupa nak kreditkan kepada Kak Ann yang post resepi semudah abc ni. Terima kasih banyak Kak Ann. Walaupun mudah ku tetap cedok resepi ni. hiewhiew ;p
sheila shahfiekry
Ni masuk peti sejuk sehari semalam, cubaan pertama kita buat 4 ketul dulu. Lepas berjaya, kita buat lagi 8 ketul. hehee. Kita buat stok banyak-banyak dalam peti sejuk, asal teringin je cepat-cepat goreng... 
sheila shahfiekry
Lepas mengeras dalam freezer, time nak menggoreng tu gunakan dengan api yang panas ya. Masak tak sampai 1 minit pun. Pastu makan dengan lahapnya, serius terasa kepuasan tercapai ~~~

Segmen : Kenali Sirah Rasulullah SAW

Assalamualaikum...

Rasulullah Saw ( Nabi Muhammad ) dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal ( 20 April 571 Masihi ) di Makkah. Nama bapa baginda ialah Abdullah Bin Abdul Muthalib manakala ibu baginda bernama Aminah Binti Wahab. Ibu susuan baginda pula bernama Halimatus Saadiah.
Baginda telah dijaga oelh Halimatus Saadiah selama 4 tahun. Semasa di dalam kandungan, bapa baginda telah meninggal dunia. kemudian ibu baginda pula meninggal dunia.
Baginda kemudian dijaga oleh datuknya. Apabila dewasa, baginda digelar Al - Amin kerana sentiasa berkata benar. Baginda kemudian berkahwin dengan Siti Khadijah.
Ketika baginda berusia 40 tahun, baginda sering pergi ke Gua Hira untuk menyendiri daripada kaumnya yang gemar menyembah berhala.
Atas perintah Allah SWT, pada 17 Ramadhan  malaikat Jibrail datang kepada baginda untuk mengajar baginda membaca dengan menyebut " bacalah " namun baginda tidak dapat membacanya. Baginda berasa takut dan segera pulang ke rumah.  
Selepas menyedari baginda merupakan seorang Rasul, akhirnya selama 3 tahun baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi kepada keluarga dan sahabat terdekat. Kemudian, Allah SWT memerintahkan baginda berdakwah secara terang-terangan.
Pelbagai tentangan dihadapi dari kaum Quraisy. Ada yang merancang untuk membunuh baginda. Lalu kemudian Allah SWT telah mememrintahkan baginda berhijrah ke Kota Madinah.
Pada 12 rabiulawal 11 Hijriyah, Rasulullah Saw telah wafat ketika baginda berusia 63 tahun dan dimakamkan di Kota Madinah.
Sabda dan pesan baginda kepada seluruh umat manusia :
“Aku telah meninggalkan kepada kamu dua perkara yang tidak akan kamu sesat selamanya
dan selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara itu iaitu : Kitabullah (Al-Quran)
dan Sunnah Rasulullah (Hadis)

Segmen Kenali Sirah Rasulullah ini diilham dan dianjurkan oleh Blogger Nilam  dan disokong oleh Zaza Zehra. Tamat pada 30 Mac 2014.

Perut Mengandung Pun Aurat Ya

Assalamualaikum...

Ada rakan yang berkongsi di group Mom-to-be... Alhamdullilah, terima kasih untuk peringatan berguna ni. So mommy kat luar sana, hopefully take note ya dear. Mungkin tanpa sedar, kita over excited nak sambut kelahiran zuriat sampai terlupa dengan maruah dan aurat kita. Semoga berfaedah peringatan ini... In shaa Allah (",)

Parcel Datang Lagi

Assalamualaikum...
Setiap hari ada je yang berkenan dihati. Hari-hari baca review mom-to-be yang buat preparation baby mereka. Padahal, aku tinggal cari set bersalin. Boleh pulak terbeli benda lain setiap minggu. hahahhaa. Makin teruk perangai shopping online aku ni. Macam takleh bendung. Ada je benda yang nak dibeli. Yang wajib cari, ETA lambat lagi. So jadi salah satu penyebab aku beli benda lain. 
Tolonglah, ada tak apa-apa tips nak hilangkan gian membeli online ni? Kesian kat mama, setiap hari nak keluar pun risau fikirkan parcel yang akan datang ke rumah. Posmen pun siap kenal mama lagi. hahaha. 
carter 5 in 1 RM30 not include postage (qaisara baby worlds)
knitted owl RM18 not include postage (Nana IslamioParadise)
toileteries Pigeon RM15 not include postage (Nana IslamioParadise)

Parcel odw (free postage) akan ada next review for this :-
*Electric breastpump RM229 dari Pump On The Go
*Bumble Bee storage bottle 30pcs RM90 dari E-MumShop
*Nursing bra Autumz Zoe RM73.80 dari Nursing Bra Untuk Ibu 

Segmen : Sihat Bersama SHAKLEE

Assalamualaikum...

mama lynn the story teller ada buat satu segmen mudah. Boleh klik gambar atas untuk tengok syaratnya. Aku tak lepaskan peluang menyertai segmen ni untuk memenangi hadiah awesome shaklee - Alfafa Complex (stok untuk sebulan, 330biji). Perghhh. Menarik gila kan? Jatuh rahang kejap. Mana tahu ada rezeki baby... heeeee
Slogan ; "Saya suka produk shaklee kerana sejak mengandung, saya dapat rasai kehebatan shaklee pada diri dengan izin Allah Taala"
p/s : semoga murah rezeki baby...

Anak Buah Kembar

Assalamualaikum...

Comel tak anak dara kembar ni? Please kata muka macam aku. hiewhiew ;p
sheila shahfiekry
Kenalkan, anak buah kembarku. Syafiqah & Syahirah. Anak kepada Kak Ngah. Rindu sangat dekat mereka berdua. Allahurabbi... MokTie rindu sangat kamu berdua. Semoga kalian sihat dan membesar jadi anak yang solehah ya (",)

Rasanya selama aku berblogging ni, aku tak pernah up gambar kembar ni kan? Ni cucu pertama dalam keluarga aku, barulah keluar Fahrin dan Luqman (anak Kak Uda) dan in shaa Allah tahun ni seorang lagi cucu akan lahir ke dunia. Pastu lepas raya, Along nak nikah pula. Yeayy dapat kaklong baru... Ohh bestnya. Semakin besar keluarga aku. hehe. Tak sabarnya tahun depan raya belah keluarga aku. Tunggu Abang Bob, Amoi dengan Adik je tak nikah lagi. hihiiii. Adik maybe lambat sikit kot, sibuk belajar nak capai target jadi ustazah. Semoga dipermudahkan urusan pembelajaranmu adik  ~~~

CPC Nuffnang Bergerak

Assalamualaikum...

Rentetan daripada post My Nuffnang, selepas seminggu pasang iklan nuffnang berkat pertolongan kak Mimie. Berkat sahabat semua sudi singgah serta menabung sini. Syukur alhamdullilah, semalam buka nuffnang nampak CPC (cost per click) dah bergerak amount-nya. Terima kasih banyak kalian... Walaupun rm6, terasa hilang rasa merajuk bertahun dekat nuffnang. kihkih
sheila shahfiekry
17/03/2014
Ni dikira earning bermula ek? Ini ke yang dipanggil BE? Kenapa CPUV tak ada campaign? Jadi persoalan pula. hehe. Tapi kita dah siap hantar tiket ke pihak nuffnang semalam. Harap-harap cepat dapat feedback. Pening juga kepala nak faham konsep nuffnang, al-maklonglah... Selama ni tak pernah amik tahu apa itu nuffnang. Dah 3 tahun berblogging, baru nak bertatih balik. Maafkan kita Y____Y
p/s : murah rezeki baby, syukur alhamdullilah (",)

Single Electric Pump To Let Go

Assalamualaikum...
RM200 include free postage dengan free gift bottle storage (Autumz)
Hai mommy semua! Ada berita nak share dekat sini. If korang masih belum beli breastpump, aku nak beritahu ada member aku nak let go Snow Bear Electric Single Pump. Tak pernah guna lagi pump ni sebab beliau ada double pump lain. Kalau korang berminat, boleh add facebook Hyatt Ghapa dan pm untuk bertanya lebih lanjut ya (",)
p/s : i tukang cari buyer je...

Tukar Template Denim

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
12 Mac 2014 : Tiba-tiba tergerak hati nak tukar template blog. Sebenarnya, template denim ni kita dah pernah pakai sebelum ni. Kita suka sangat, so kita pakai balik. Ubah sana-sini sikit je... Okey tak korang? Tangan kita tak kreatif pun. Harap-harap pengunjung blog suka dengan perubahan ni...Komen lah sikit, korang suka ke tidak? Terima kasih
Tapi tak puas hati sebab bloglist hilang terus. Jenuh nak masukkan balik, bila save tetap tak keluar kat blog. Why? Blogspot ada problem ke???

Sunnah Nabi Guna Jari Telunjuk

Assalamualaikum...
Tidak ada dalam mana-mana nas, melarang kita menggunakan ibu jari semasa menunjuk. Sekiranya terjumpa dengan orang guna ibu jari semasa menunjuk, jangan pula kita marah ya. Rasulullah SAW dan para sahabat menggunakan jari telunjuk.

Untuk lebih lanjut, tengok youtube ceramah Ustaz Azhar Idrus berkenaan dengan Sunnah Nabi dalam menunjuk guna jari. Semoga bermanfaat buat semua. In shaa Allah... (",)

Opening Sale - Set Berpantang

Assalamualaikum...
Mommy semua, kot lah ada yang masih mencari set berpantang. Meh datang sini, opening sale yang akan berlangsung selama 10 hari. Ada banyak vendor yang awesome seperti Tanamera, Spa & Ma Maternity Set, Tru Bellai, Embun, Nona Roguy, Sarjayu, Bornda, Tropika, Swaddle Pod by Gugu. 
Jangan lepaskan peluang ya, in shaa Allah aku akan kesana. Nanti aku update gambar dan apa lagi yang meriah dan menarik kat sana ya. hehehe
Info : 
21 - 31 March 2014
10 am - 9.30pm
S1-9B Giant (Hulu Kelang),
Lot 13793 & 13796, Jalan Changkat Permata,
Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur

p/s : dekat dengan rumah papa kita la ~~~

Elak Baby Jaundice

Assalamualaikum...
Penggunaan jamu (panas) ni katanya mudah mendapat risiko jaundice pada baby terutamanya si ibu yang berdarah O. Taktahu lah samada statement ni benar atau tidak. Aku tergolong dalam kumpulan darah O tau. Cukup ramai member yang dah beranak terdiri daripada kumpulan darah O. Kesian tengok baby diorang kena jaundice. Cuak seh. Terus google cara pemakanan untuk elak baby jaundice. 
* minum air glukos original semasa kandungan masuk 9 bulan
* minum susu kambing semasa mengandung
* jangan makan jeruk semasa mengandung
* jangan makan junk food
* jangan makan kacang parang
* makan makanan yang kaya dengan Vitamin D seperti minyak hati ikan, ikan air masin, hasil tenusu & telur mentega, minyak ikan kod, susu, ikan salmon, sardin, ubi kentang, tuna dan minyak sayuran
* elakkan minum ais
* makan epal hijau, anggur dan buah delima
* minum susu yang dikisar bersama kurma
* elakkan makan kerang
* elakkan makan mee segera
* amalkan minum jus pegaga
* elakkan makanan yang mengandungi MSG- bahan perisa tambahan
* elakkan minum air berkarbonat
* kurangkan makan makanan yang beta kerotin tinggi seperti lobak dan betik
Kalau ikut list atas ni, aku dah makan junk food, jeruk, minum ais, kerang, mee segera sepanjang 7 bulan ni.... Mujur terfikir nak google pasal jaundice ni. So 3 months to go, kita elakkan makan semua benda ni demi baby. 
sheila shahfiekry
Back to SUNNAH , amalkan ini :-
* menelan madu tanpa air, 3 sudu atau minum air madu 5 sudu (tiada masalah bagi mereka yang mengalami kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
* mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur (sebaiknya dicampurkan sedikit dengan zaafaran.
* mengamalkan minum pati delima paling kurang 500ml
* mengamalkan kurma sebagai sarapan
* mengamalkan makan buah tin setiap 3 hari
* menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas
* suami digalakkan mengosok lembut perut isteri yang sedang hamil dengan berselawat sebanyak mungkin
p/s : kredit buat www.lamansufi.com dan whenmayend.blogspot.com.

My Nuffnang

Assalamualaikum...

A billions thanks to my sis, Blogger Kak Mimie yang sudi bantu betulkan iklan nuffnang diblog dan sekaligus mengembirakan hatiku. hehehee. FYI, sejak aku berblogging tahun 2010 aku tak pernah dapat side income daripada blog. Selama ni, aku memang ada akaun nuffnang tapi tak reti nak buh iklan dekat blog. hahaaa. 

Pastu aku merajuk sendiri dengan nuffnang *takda motif*, aku masuk KOMLI. Susah gak guna Komli ni. Lagi-lagi haritu ada 3 bulan aku tak updated blog. So merundum jatuh trafik, earning pun susah nak naik lepas tu.

sheila shahfiekry
semalam, 11/03/14

sheila shahfiekry

sheila shahfiekry

sheila shahfiekry

Dengan ini, aku berharap korang semua sudi-sudi lah menabung sini. hiewhiew. Boleh ke cakap gini? Gasaklah. And aku akan rajin-rajinkan diri menabung dekat blog korang gak, in shaa Allah.

Nak baca lebih lanjut tentang Nuffnang? Klik link bawah ni ya. Aku pun tertarik dengan penulisan Yumida ni :-
Tips tingkatkan earning cpuv nuffnang
Tips dapatkan cpuv dari nuffnang
Maksud CPUV dalam nuffnang
Kelebihan letak iklan nuffnang diblog
Nak jana income melalui blog jom daftar
Kepentingan unique visitor (uv)
Maksud unique visitors dan pageviews

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Assalamualaikum...


Jum meriahkan segmen cikgu Zamani Abe ni... Mana tahu rezeki korang kan? Klik gambar sekiranya berminat nak join ya (",)

Cenderahati Laby Rinth

Assalamualaikum...

Terima kasih banyak dekat adik Zafirah Zarrae dan Laby Rinth, cenderahati yang sangat comel untuk baby kita. hehee. Dapat sapu tangan, topi dan stokin comel. Melting kita tengok tau. Tak sangka sangat, dapat banyak. Tanjat gigirl tau ;p

sheila shahfiekry

Siap bereben bagai, sweet betul. Macam tahu-tahu je akak tak beli lagi topi baby. Terima kasih banyak ya dik! Semoga dipermudahkan survey kalian tu. Klik gambar dibawah ya, kalau korang nak bantu adik Zafirah kita ni... Just mention "Im a pregnant mommy" kat fb Laby Rinth ya. Rasanya dia still mencari orang (",)

Ubat Sembelit Wanita Mengandung

Assalamualaikum...

Selama ni, tahap membuang air besar aku adalah baik sekali. Takda nak melepak lama dalam toilet, no no. Sistem pencernaan aku before mengandung sangat smooth. Masuk toilet tak sampai 5 minit dah keluar sambil tersengih-sengih *perkara biasa buat*

Tetapi keadaan tidak lagi seperti dulu. Aku dah cuba makan betik dan pisang. Tak serasi juga. Masalah tetap macam tu. Kadang tu lepak sampai 1/2 jam dalam toilet. Suami pun marah bila tahu aku suka meneran. Aku tak sengaja, sebab tak tahan nak menahan sakit perut tu. Solutionnya adalah, setiap kali breakfast kat office makan roti coklat brand Mighty White ni. Murah je 6 ketul RM 2.90 kat 7E. 


Alhamdullilah, solution berjaya. Lagi banyak makan roti coklat ni, lagi senang dan cepat keluar masuk toilet. Wakakaaa. Actually, tak perasan sangat pun benda ni ubat sembelit aku. Dalam 2 minggu pertama makan, aku perasanlah before lunch time dah berdesup pergi toilet. Setiap hari membuang tanpa bermasalah. Im happy ok. Perut pun kena jaga, risau baby tak selesa kat dalam tu.

Terbaru, dah cuba almost a month. Pati Delima Gulsan... Sedap sangat. Hari-hari buat air minuman ni guna air suam. Aku buh sikit air gula buat penambah rasa. Lebih kurang cam asam jawa gak rasanya. Delima ni banyak khasiat yang bagus untuk ibu mengandung ya. Boleh rujuk link ini. Aku beli kat kedai jamu tepi Econsave Sungai Buloh, RM15 je. Sekarang dah masuk botol kedua. Ni pun boleh kawal tahap sembelit aku incase kat rumah dah habis roti coklat Mighty White ni. hehee *abaikan frame name we'olls*


p/s : ada lagi pemakanan yang bagus untuk kawal sembelit? Meh kongsikan bersama...

Set Berpantang Tradisional atau Moden?

Assalamualaikum...

Sebelum cari set berpantang, kita check dulu apa kebaikan dan keburukannya. Terjumpa satu link ni fabulousdash.com. Inti pati yang diberikan memang terbuka mata hati. Aku ada print screen daripada blog Fabulousdash.com... Pengalaman beliau guna jamu tradisional dan set shaklee. Baca tau....

Kesudahannya, nak minta korang beri pendapat berdasarkan pengalaman korang. Mana yang seeloknya aku beli, jamu atau shaklee? Dan apa jenis jamu yang bagus ya? Jamu Mak Dara, Jamu Susuk Dara, Tanamera, Salina, Mustika Ratu, Mak Bidan atau lain-lain?

p/s : kredit buat www.lamansufi.com.

14 Kemuliaan Wanita Muslimah Sedang Hamil

Assalamualaikum...

Kredit buat sahabat yang post dekat group Mom-to-be

1) Apabila seorang perempuan sedang mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Alla SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.

2) Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.

3) Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.

4) Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

5) Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6) Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

7) Wanita yang memberi air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada setiap titisan air susu yang diberikannya.

8) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghiburkan hati anaknya Allah SWT memberi 12 tahun pahala beribadah.

9) Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa di siang hari.

10) Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa di malam hari.

11) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, serta setiap kesakitan pada uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.

12) Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

13) Setiap wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita baik bahawa syurga wajib baginya.

14) Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun solat dan berpuasa.

Subhanallah, betapa mulianya status wanita hamil, tentunya dengan jalan kehamilan yang diredhai oleh Allah SWT bukannya dengan cara/jalan kehamilan yang tidak disukai-Nya (",)

Safi Balqis Perfect 10 (2 in 1)

Assalamualaikum...

Pengalaman pertama kali mengandung ni, jerawat naik banyak di dahi. Pastu kulit muka jadi kering bertompok Y____Y Agak stress juga masa mula-mula kena. Terus minta pendapat dan bantuan daripada Beauty Blogger - Innanie Ariffin. Dia suggest pakai Safi sebab beliau sendiri ada pengalaman guna produk ni selama di 3 tahun. Yang penting, produk ni HALAL ya.

sheila shahfiekry

Tanpa ada keraguan, terus pergi kedai cari Safi. Belek punya belek, nampak produk baru 2 in 1 punya. Berkenan betul sebab bayar satu harga dapat pembersih dan penyegar in one bottle. Jimat ongkos! Try satu ni dulu buat masa sekarang. Alhamdullilah, lepas 2 minggu guna dah berkurangan masalah kulit kering bertompok dekat muka. Yahoooo! Suka gila, tak sangka berkesan dengan izin Allah. Muka jadi lebih lembap dan mulus gitu. Segar sentiasa la senang cerita. 

Sekarang dah sebulan pakai produk ni, memang diakui rasa serasi. Lagi satu penjimatan, botol dia baru suku je habis dalam masa sebulan guna. Hari-hari picit setitik je, pastu bubuh air sikit sebelum sental kat muka. Balik kerja dengan letih-letih tu, layan pencuci muka terus segar semacam tau. Maybe nak cuba beli moisturaising pula.
Its soap-free and menthol formulation. It works as both cleanser and toner. It deeply cleanses to remove impurities, restore freshness, refine pores without compromising skin's natural moisture. Its microbeads contain sunflower seed oil which is high in Vitamin E content, working as antioxidant that protects skin.
p/s : nak let go barang garnier warna kuning...

Umi + Baby Checklist

Assalamualaikum...
Berbekalkan tenaga tak seberapa, aku buat research blog thru blog. Habis semua blog mak budak, preggy mum aku terjah. Semakin lama blogwalking, semakin luas dan banyak ilmu yang aku amik. hehe. Thank you all yang sudi share your checklist. Memudahkan kerja aku, alhamdullilah syukur. Kredit buat Irine Nadia, tapi aku edit sikit-sikit ikut keperluan aku.

*** checklist ni dari masa ke semasa aku akan tulis done di setiap barang yang dah dibeli ***

Baby {buat anggaran baby cepat besar}
1) baju harian/siang - 3 helai (done)
2) baju tidur/malam - 2 helai (done)
3) romper & jumpsuit - 10 helai (done)
4) legging tight with sock - 8 helai (done)
5) mitten & booties - beli 2 set (done)
6) topi - (done-orang hadiahkan)
7) sapu tangan - beli 100% cotton (done - 10 helai)
8) bib - beli 2 helai (done - 1 helai)
9) barut - beli 10 helai (done - 2 helai)  (done- mertua buatkan 11)
10) bedung - (done- mertua buatkan 11)

Diapering
1) diapers - beli saiz new born, jenis murah  (done-orang hadiahkan)
2) napkin - tak beli
3) wet tissue - beli dalam 5 (done - 1 set kotak & 1 refill pack)
4) changing mat (done)
5) baldi & bakul - beli 1 setiap barang
6) detergent - beli brand pureen (done)

Baby care & groming 
1) bedak baby (done - toiletries set)
2) losyen baby (done - toiletries set)
3) minyak baby (done - toiletries set)
4) cotton bud - jenis kecil khas untuk baby (done)
5) pengepit kuku - jenis kecil khas untuk baby
6) minyak telon - untuk elak perut baby masuk angin (done)
7) nappy cream - nak elak ruam di bontot baby (done)

Feeding
1) puting susu saiz S - slow teat
2) bottle warmer & steriliser (done)
3) nipple cream
4) termos
5) nursing pad disposal
6) nursing pillow
7) berus pembersih botol (done)
8) electric breast pump (done)
9) cooler set bag for storage bottle & ice gel (done - free with breastpump)
10) milk storage (done - disposable)
11) storage bottle -bumble bee 30pcs (done)

Nursering
1) set tilam baby (done-mertua belikan)
2) kelambu (done-mertua belikan)

Bathing
1) tuala baby - 2 pasang (done)
2) besen mandi - sebuah  (done)
3) toiletries set - 1 set (done)

Travel
1) beg baby - shield backpack (done - free 1 changing mat)
2) baby carier {tunggu baby besar sikit baru beli}
3) stroller {tunggu baby besar sikit baru beli}
4) car seat {tunggu baby besar sikit baru beli}
5) nursing cover - sehelai

Set berpantang
1) set jamu (done)
2) tungku ibu
3) tungku baby (done)
4) baju sejuk (done)
5) kain batik (done)
6) stokin tebal (done)
7) nursing bra Autumz (done)
8) tuala mandi (done)
9) maternity pad
10) breast pad
11) bengkung - akak ipar kasi pinjam (done)
12) air zam-zam/air selusuh - boleh mula minum masa dah ada bukaan sebelum bersalin
13) tukang urut - belum booking

Extra
1) penyangkut kecil - untuk sarung tangan & kaki (done)
2) mainan baby
3) almari kecil
4) hanger kecil (done)
5) digital thermometer
6) nasal block nose (done)
7) knitted owl (done)
8) toiletries set - 1 set extra Pigeon (done)

Tips :-
Setiap bulan asingkan sikit duit beli barang baby. Tak terasa sangat berhabis, lagi satu kena rajin review online shop jual barang baby dan blog mommy to be lain ya. Boleh start beli barang sejak kandungan 6 bulan ke atas. Sesuai la dengan keterujaan ibu ayah kan. Sebulan terakhir ni, alhamdullilah dah tak perlu fikir pasal itu ini tak cukup. Semakin lengkap checklist ni. Baju new born, beli lah 3 helai untuk pagi dan 3 helai untuk malam. In shaa Allah, cukup dan tak membazir.

p/s : update checklist 17/04/2014

Kebab Turki Baba Rafi

Assalamualaikum...

Minggu lepas ada terbaca review pasal Kebab Turki Baba Rafi dekat blog BroFramestone. Aku jadi tak keruan kot, nampak sangat menyelerakan okey. Terus ajak suami pergi weekend nanti. Tapi khamis tu suami kena acute diarrhea. Dua-dua cuti, so terus terjah kat Bandar Sri Damansara. Branch paling dekat dengan perumahan kami (^__^)
sheila shahfiekry

Branch dia cinonet sangat weh, tapi bersih. Suka pula tengok deko yang simple ni. Akak yang jaga kaunter pun baik je layan kitorang even dia takda suara... Bukan bisu tau, dia sakit tekak. hehee. Aku order Kebab Daging, add on cheese. Suami order mix daging + ayam, add on cheese. Tak sampai 5 minit, hidangan dah sampai. FYI dia siap packing dalam box dia tau. Memang comel dan unik. Jimat tak payah hidang atas pinggan bagai. Total cost dua orang tak sampai rm20 termasuk air. Berbaloi la kalau nak mencuba!

Kat bawah ni gambar animasi suami kita tengah makan, rasanya beliau tak sedar isteri dia amik gambar ni. Wakaka. Sedap gila tau, kenyang perut kitorang. Hiewhiew. Menyesal tak tapau balik rumah, menyesal sangat sebab terliur lagi bila teringatkan wrapping dia yang sedap dan penuh berperisa tu ~~~

sheila shahfiekry

Sekian, pergi terjah laman web http://babarafi.com.my untuk tahu lokasi branch yang terdekat dengan anda (",)