Assalamualaikum...
Kredit buat sahabat yang post dekat group Mom-to-be
1) Apabila seorang perempuan sedang mengandung dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Alla SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kejahatan.
2) Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT.
3) Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa-dosanya seperti keadaan ia baru dilahirkan.
4) Apabila telah lahir anaknya lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
5) Apabila semalaman si ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
6) Rakaat solat wanita yang sedang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
7) Wanita yang memberi air susu (ASI) kepada anaknya dari dirinya sendiri akan mendapat 1 pahala pada setiap titisan air susu yang diberikannya.
8) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah SWT seluruh dosanya dan bila ia menghiburkan hati anaknya Allah SWT memberi 12 tahun pahala beribadah.
9) Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa di siang hari.
10) Wanita yang hamil akan dapat pahala terus berpuasa di malam hari.
11) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa, serta setiap kesakitan pada uratnya Allah SWT mengkurniakan 1 pahala haji.
12) Sekiranya wanita mati di masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.
13) Setiap wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2,5 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita baik bahawa syurga wajib baginya.
14) Jika wanita memberi susu dirinya pada anaknya yang menangis, Allah SWT akan memberi pahala 1 tahun solat dan berpuasa.
Subhanallah, betapa mulianya status wanita hamil, tentunya dengan jalan kehamilan yang diredhai oleh Allah SWT bukannya dengan cara/jalan kehamilan yang tidak disukai-Nya (",)
48 comments
Sebab itu syurga di bawah telapak kaki ibu. Banyak sangat pengorbanannya.
banyak betul kemuliaan yang ibu mengandung dapat..syukur alhamdulillah..selamat pagi sheila
Subhanallah....tak terkata kata bila baca entry ni. Alhamdulillah cukup 2.5 tahun sy menyusukan anak.
great sharing
Banyak ganjaran yg Allah bg utk wanita hamil kan.. =D
MasyaAllah...:-)
Sbb tu perempuan ni unik...semoga jadi umi yg baik ye Sheila :)
Bertuahnya kita yang ada pengalaman mengandung kan :) oh nk tnye cne nk join group mom to be kt fb?
bestnya..doakan oya hamil la.. ;)
allah sayang perempuan ni..
special kat kita
Subhanallah.. cembury ny Zara ngan kaum hawa yg bgelar ibu dan bakal2 ibu..
Assalam,
banyak kan ganjaran2nya untuk wanita yang mengandung dan melahirkan ni...
Tapi ada jugak yang tak mau mengandung, takut gemOkk..
Sebab tu syurga dibawah tapak kaki ibu.
cakap pasal puasa, akak belum habis ganti 4 hari..adesss...
Ibu mmg sgt tinggi kedudukannya dalam Islam..proud to be one
mulianya wanita hamil kan..
aminn..
betapa mulianya seorang wanita muslimah.. sehingga ibu yang mati ketika bersalin pun dikira sebagai syahid..
ada hadis ke? perempuan yg melahirkan memang ada ganjaran dari Nya
ALhamdulillah.. mulianya wanita :)
besar manfaat dan pahala..masa pregnant ni jugak boleh kumpul pahala berganda2... :)
baca n3 ni dah teringat nak preggie lagi oopss ! hehehe
Alhamdulillah, berpeluang menjadi wanita hamil.
Alhamdulillah..dah dua kali merasa pengalaman mengandung yang penuh nikmat. cuma tk tahan part contraction yang dasyat gile bile dekat nak bersalin tu.. huhhuhuh
mulianya wanita hamilkan kak? semua makhluk mendoakannya... :)
subhanallah....sekarang ni my bff, preggie twin lagi....kita yang tau ni pun happy...apetah lagi tuan badan kan ;)
begitu banyak kemuliaan diberikan pada bakal ibu.
sebab itu syurga itu dibawah tapak kaki ibu,
untungkan wanita yang hamil..^_^
oic...yang ini saya baru tahu...thanks for sharing sheila...
Regards,
-Strider-
Alhamdulilah. Untung kt sbg wanita...
Subhanallah maha suci Allah yg memberikan kemuliaan bgi kaum wanita...
bagus info ni..
Semoga semua amalan diterima oleh Allah..amin...
Alhamdulillah... sekarang ni Sheila tgh kumpul pahala la ni.. Semoga dipermudahkan ea :)
nice entri kak sheila :)) i'm going to tell ma sista. hewhew
untung lah wanita :))
Allahuakbar.. betapa Allah sayangkan hanba-Nya..
ps: baby apa khabar.. hehe
Sungguh besar hikmah dan ganjarannya... itulah nilai kepayahan, kesukaran, kesakitan dan bebanan yg ditanggung. Semoha Allah merahmati anda semua!
mulianya seorang wanita hamil kan sheila, subhanallah
Ganjaran dari bebanan yg ditanggung..utk ibu2 isteri2 yang sabar..
untung menjadi wanita dan menjadi ibu.. semua perkara yang dilakukan mendapat ganjaran pahala..
seronoknya. banyak ganjaran yg kite bole dapat kan. hihii :D
payah jerit semasa mengandung, sakit semasa bersalin, berjaga siang malam menyusukan anak..itu semua satu pengorbanan yg besar buat si anak..betapa tingginya martabat seorang ibu..dan betapa besarnya ganjaran yg Allah SWT sediakan buat kita..alhamdulillah..
ala.. da nak bersalin.. alhamdulillah.. banyak ganjaran yang kite daptkan..
Alhamdulillah banyak ganjaran ketika mengandung ni kan.
Assalamualaikum.sheila...untungnya seorg isteri yg mengandungkan
tahniah akk SS,,mulianya wanita mengandung mcm akak kn=))
Alhamdulillah.. Diberi pulang rasainya...
Alhamdulillah dapat merasai peluang mengandung.,
Jemput singgah blog
www.haniqhanisalihah.blogspot.com
untuk memdapatkan supplement sepanjang mengandung,bersalin dan berpantang...
Terdapat juga minyak
kelapa dara untuk memudahkan kelahiran