norsheilasalleh.blogspot.com: February 2014

Cerita Mengandung #3

Assalamualaikum...

Second Trimester 

4 bulan :-
Still boleh masak, cuma agak malas. Suka nak makan luar je. kuikui. Mula bekerja semula pada usia kandungan 18 minggu. Alhamdullilah. Puas mencari kerja, dapat juga yang paling dekat dengan rumah. Dekat sangat, sampai takpayah nak rushing bangun awal dan hadap jem. Alhamdullilah. Baby mula mengeraskan perut dalam minggu yang sama. First time rasa bawah pusat ni keras dan mengembung naik. Geli gila, terkekeh-kekeh aku gelak. Sama-sama dapat rasa baby first movement dengan suami sebab masa tu kitorang baru je terjaga pagi. Setiap kali aku baring terlentang boleh rasa baby mengeras.

Bercakap pasal mengidam, since mengandung sampai masuk bulan yang ke-4. Sikit demi sikit hilang rasa mengidam makanan. Alhamdullilah suami banyak bagi feedback kalau cakap nak itu ini. Sekarang dah beralih kat beliau. Setiap hari nak ikan patin masak asam pedas. hihi.

5 bulan :-
Baby lebih aktif bergerak. Kadang tu dengar kuat gila bunyi 'blurp' sampai tergelak baba dia. hahaha. Paling suka bila baring, dia keraskan perut aku.  Kadang tu baby taknak kacau umi dia pun, tapi umi dia dok panggil-panggil. Sekali dia gerak kuat-kuat sampai krem perut, terdiam jap. Check up haritu kena cucuk titanus yang pertama kat lengan. Peghhh jarum kecik, tapi lenguh gila tangan dibuatnya.Sampai lemau satu hari. First time pergi check up sendiri. Suami kena kerja, tak boleh temankan T__T

Dan paling aku suka sebabnya dah mula boleh makan ayam! Alhamdullilah. Alahan beransur hilang, selera naik mendadak. Masa check up tu tengok penimbang naik 2 kg satu bulan. kahkahakhhh! Mujur aku timbang sendiri, misi busy time tu. Kalau tak, kena bebel kot ;p


6 bulan :-
Sekarang makin jelas ketara nampak tendangan padu dekat perut. Kalau dulu, waktu terbaring je boleh rasa kan? Kat office tengah duduk buat kerja pun baby dok menendang. Minta berkawan la tu. hiewhiew. Puas juga, sebab baby teman umi bekerja. I'm the only staff. Pity me.

Masuk 24 minggu, decide pergi skodeng jantina baby. Dan mula membeli sikit-sikit barang baby pada hari yang sama. haha. Lenguh dan penat tapi puas hati bila belek barang-barang baby. Tinggal nak cari set breastfeeding dengan set berpantang.

Check up yang terbaru tu kena cucuk lagi titanus kat lengan buat kali kedua. Mak aihh, dengor pun boleh nervous. Takut nak rasa sakit tu. Sebelum cucuk tu, aku try saiko diri. Buat sehabis rileks, alhamdullilah. Takda rasa sakit pada hari kedua. hihi. Oh ya, kali ni penimbang naik 2.5 kg. Ohmaiiiii... Ngeri dengor, tang mana gemuk taktahu la. Konfius umi konfius ~~~

Sempat puasa ganti 9 hari, syukur alhamdullilah dipermudahkan Allah. Baby meragam hari pertama puasa tu, kuat tendangan dia... Kesian baby lapar ya, sorry sayang. Umi langsaikan sekarang nanti lepas berpantang tak ler penat nak berpantang sambil menyusu.

p/s : welcome 3rd trimester ^____^

Custom Made Fridge Magnet

Assalamualaikum...

Tak disangka, ada promosi custom fridge magnet daripada seorang blogger Gallery Anna-Fauzie. Aku beli saiz cinonet je, 4 keping bersaiz 5 x 7cm. Postage RM6 la, standard price. Tempah lebih daripada 20 keping, boleh dapat harga lagi murah tau...

10 x 7 cm = 2 keping RM10
tempah lebih 14 dapat lagi diskaun ya ~

5 x 7 cm = 4 keping RM10
tempah lebih 20 dapat lagi diskaun ye ~

Try la email kak Jueliyanna terus di loveannajueanna@gmail.com atau 019-2880276

p/s : dulu pernah tempah dengan Photo Delivery Enterprise kat link ini, tapi gambar dah takboleh tengok pasal aku deleted semua pics kat google. muahahaa. Nak buat sendiri fm pun boleh, cuba klik DIY : fridge magnet ;p

Mengidam Kek Batik

Assalamualaikum...

Dekat seminggu juga aku cari orang yang boleh buatkan kek batik. Tapi hampeh, takdo feedback. Lastly, google resepi, balik beli barang dan buat sendiri. Pasrah betul! Mujurlah suami support, siap tolong patahkan biskut marrie untuk kita. Terima kasih banyak suamiku...

Kita kurangkan susu pekat, dan hasilnya :- suami pun makan sama even beliau jenis paling payah nak makan benda manis. Yeayyy! I'm happy... syukur, menjadi. Hilang terus rasa terliur lepas makan sesuap dua... Berbaloi buat sendiri ~~~
Stok yang aku beli, dapat buat 2 kali kek batik. Dua hari sekali, habis satu tupperware. Serius takleh stop makan, nak pula sambil layan Running Man. Phewww~~~.

resepi :
* biskut marie
* susu pekat
* milo
* butter  aku guna marjerin

caranya : 
* patahkah biskut marie ikut suka hati korang
* masukkan milo 1/2 paket, susu 1/3 tin dan marjerin 3 sudu dalam kuali panas
* gaul sampai ramuan cair
* tutup gas, masukkan biskut marie yang dah dipatahkan dalam kuali. Gaul rata
* tuang dalam tupperware atau loyang
* masukkan dalam freezer
* lepas dah keras dan sejuk, sesuai sangat dimakan

p/s : thanks and credit to blog http://haslizalizz.com

Ubat Kuatkan Rahim

Assalamualaikum...

source : google image

Masalah spoting ini biasanya terjadi pada wanita yang pernah keguguran. Aku pernah baca kat entri blogger @deq He dan baby center. Inilah ubat yang aku dapat masa 8 weeks. Alhamdullilah lepas seminggu makan, spoting hilang. Bila scan baby dah ada heartbeat. Syukur alhamdullilah.

Buat mummy-to-be kat luar sana yang mungkin ada spoting (jika perasan). Tanda-tandanya adalah turun darah sikit-sikit warna coklat pekat. Harus pergi klinik swasta, sebab kalau pergi hospital dia cuma scan dan minta korang bedrest. Datang scan baby next time. Yang ni dah ramai member-member kita kena.

Better la pergi klinik swasta, tanya doktor tu terus. Ada juga jenis injection, tapi aku tak amik. Doktor pun tak provide. Sama-sama kita jaga kandungan ya, ada apa-apa jangan segan silu tanya aku. In shaa Allah, kalau terdaya aku jawab ye. Nak lebih private, email me sheilashahfiekry@gmail.com (",)

Review Blog 2.0 #Part 24

Assalamualaikum...

 sheila shahfiekry
http://farafirhana.blogspot.com/

Blog Fara, alahaii comel betul doodle kat header blog tu. Alhamdullilah, dengar cerita dah graduation minggu lepas. Syukur... Walau point jatuh sikit, takpe. Yang penting usaha lepas habis grad tu... hehe. Sheila doakan yang terbaik buat kamu ya Fara.

Blog simple yet comel. Tak banyak nak dikomenkan sangat. Live traffic feedjit tu rasanya tak berapa berguna kot. Awak boleh check stats atau mengunjung di nuffnang atau setting blog kan? Cubalah gabungkan beberapa widget dalam bentuk tabber bagi memaksimumkan loading blog dan mencantikkan blog lagi. hehee. Just my 2cent. Yang lain bagi kita just nice. Korang semua, bolehlah datang blogwalking sini. Berkawan biar berjuta ~~~
sheila shahfiekry

Blog Ezan, sahabat maya yang boleh tahan nice penceritaannya di blog. Tapi macam dah lama sangat tak nampak dia updated blog, last received entri 20 Disember 2013. Kemanakah perginya Ezan? Kat instagram pun macam menghilang juga... rindu tau Y__Y

Zan ni simple je orangnya, tengok blog pun dah tahu. Background sesuci salji. Sempoi je, penggunaan widgetnya. Tapi sheila nak suggest la gabungkan bloglist dalam bentuk tabber widget bagi memendekkan blog untuk discroll. hehehe. Pastu popular post buatlah jenis nampak gambar dengan tajuk je. Lebih teruja nak klik dan baca tau. Btw, Zan cepat-cepatlah update blog lagi. Yang lain bagi sheila just nice. Korang boleh follow dan blogwalking sini ya. Tak rugi buat kawan ~~~

sheila shahfiekry

Blog Mama QS, agak nice walaupun first time masuk sini. Salam perkenalan ye Mama QS. Oh ya, ini gambar header lama QS tau... Sweet je ada gambar anak-anaknya. hehee. Warna kuning dan merah ni sangat ceria, sheila suka sebab unik. Penceritaan di blog best, dan sesuai dibaca semua peringkat umur ~~~

Ada beberapa perkara sheila nak sentuh, hope akak tak kecik hati dan terima dengan hati yang terbuka ya. Just my 2cent. Sheila rasa better layout ditukar kepada yang lebih teratur. Penggunaan layout ni terlalu banyak widget digunakan sedangkan blog yang simple adalah paling senang loading dan paling disukai penggunjung. Dan sheila nak sarankan dekat Mama QS gabungkan beberapa widget kepada tabber supaya blog lebih nampak kemas dan penggunaan space lebih terhad. Yang lain, just nice Mama QS (",)

sheila shahfiekry

Blog tak dapat ditemui. Huwaa camne nak buat review? T___________T


sheila shahfiekry
http://annaz79.blogspot.com/

Blog Annaz ni, sweet je. Tengok header nampak mata.. hehe. Sempoi rasanya! Seorang ibu dan isteri kepada suami tercintanya. Ada juga dikongsikan petua dan kisah menarik semasa bercuti bersama keluarga. Harus terjah dan blogwalking sini ya.

Ada nak komen sikit pasal template dan susun atur widget. hehe. Hope akak boleh terima ya. Word verify kat bahagian komen sila buang ek. Susah nak komen Y___Y Font di entri rasanya perlu ditukar, bold keseluruhan buat tulisan nampak kecik dan agak sukar nak dibaca bagi yang rabun seperti sheila ni. hehe. Popular post dengan bloglist boleh digabungkan dalam tabber widget. So blog tak perlu discroll memanjang ke bawah. Jimat masa orang nak blogwalking kan? hehe. Mister Linky bawah followers tu letak sekali dalam tabber widget, pastikan dibuat scroll box dulu. Pasti lebih comel blog akak. hehe. Yang lain, just nice. Salam perkenalan ye kak~~~

p/s : Ini adalah review yang terakhir! Alhamdullilah, berjaya juga aku review 100 blog. Maaf sangat-sangat kalau ada yang masih bertanya camne nak join. Kita tak buat dah kot. Tak larat mak nak menaip, naik juling tau dak. 2 bulan ni struggle kaw-kaw nak habiskan review. Syukur, dipermudahkan. Rata-rata yang direview masih sudi jejak sini dan baca. Terharu mak! Terima kasih semua 100 blogger yang sudi joined Review Blog 2.0 aku ni. Semoga kita berjumpa lagi di review akan datang, in shaa Allah. Jutaan dan berbillion terima kasih jua diucapkan buat sahabat-sahabat yang sudi blogwalking ke blog yang direview. Korang memang terbaik dan sporting. Sayang semuaaaaaaaaaa ~~~

Give Away Birthday Akiff

Assalamualaikum...


Sempena birthday Akiff anak tunggal Bro Careno buat giveaway gempak. Hadiah dia t-shirt yang super awesome babe. Macam biasa, like fanpage dan follow blog penaja hadiah. Semuanya dah buat dengan jujur ya bro. heheee. 

Ucapan khas untuk Akiff, " semoga membesar dengan sihat, jadi anak yang soleh. In shaa Allah Akiff besar mesti hensem, kalah abah Akiff! hehee "

p/s : boleh tahan menarik hadiahnya

Puasa Ganti

Assalamualaikum...

sheila shahfiekry

Korang semua dah ganti puasa tahun lepas ke? Heheee. Aku ni baru nak ganti puasa balik, apasal boleh terlupa ekk. Biasanya, tahun-tahun sebelumnya habis syawal je aku rajin ganti terus. Lepas habis syawal rupanya dah berbadan dua. Otak fikir nak jaga kandungan baik-baik diawal trimester. hehee.

Hari pertama ganti puasa, actually aku terbabas sahur. Sedar-sedar dah azan subuh, tapi niat puasa dah baca sebelum tidur. Kesian kat baby, harap-harap baby bersabar banyak berpuasa dengan umi. Seharian dok tendang umi, agaknya lapar kot. Hari kedua, dan ketiga dapat bersahur kurma, kismis dan nasi berlauk. Syukur alhamdullilah. Kena ganti 9 hari. Ada apa-apa petua atau tips nak sahur apa untuk ibu mengandung sentiasa kenyang? Please bantu ekk. Sebelum ni dengar makan kurma dengan air susu... Tapi i dont like susu at all. Boleh gantikan dengan air apa ye? hehehee.

p/s : waktu berpantang tu dekat bulan puasa dah. so ganti puasa cepat selagi berdaya, kan? doakan aku dan baby kuat semangat langsaikan hutang puasa ya.

Lucky Giveaway by Tisya & FD

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :-
Beg laptop & dress by Yumida | Keychain handbag 3D by Batrisyia | Bookark 4Rabia by Iman Zakaria | Tudung by Karimah | Topup RM10 by Arrien | Topup RM10 x 3 by Waney | Printed Shawl by Adriana Azam | Topup RM5 by Darlina | Preloved Novel by FD | Topup RM5 x 5 by Shad | Topup RM5 x 2 by Iza Arina

Lucky Giveaway ditaja oleh Batrisyia, Fatin Diana, Yumida, Iman Zakaria, Karimah, Arrien, Waney, Adriana, Darlina, Shadira, dan Iza Arina.


Tamat 25 Februari 2014, 10 Malam

Review Blog 2.0 #Part 23

Assalamualaikum...

sheila shahfiekry

Blog kak Ayu, sweet sangat bunga kat header tu. Kak Ayu ni seorang guru tau. Sheila suka background dan template yang kak Ayu gunakan.

Cuma ada sedikit perkara tentang widget di sidebar yang sheila nak sentuh. Diharap kak Ayu dapat menerima dengan hati yang terbuka ya. About me biasanya lebih afdal diletak dibahagian atas sekali sidebar diikuti dengan widget followers bagi memudahkan orang mengenali pemilik blog dan klik button follow. Button fanpage tu kak Ayu boleh satukan dalam tabber widget bersama google+ , bloglist, blog archieve dan daisy path. Tabber widget ni khas untuk meringankan blog dan mencantikkan sidebar daripada dipenuhi widget sehingga blog menjadi panjang. Labels tu rasanya tak perlu kot. Yang lain, bagi sheila just nice. Teruskan menjadi guru dan blogger yang berjaya ya (",)

sheila shahfiekry

Blog milik adik Hana ni, bakal nursing tau. hehe. Blog sangat comel, tapi akak tak paham apa makna Mak Yang Hana? hehe. Nama panggilan ke hape? hehe. Penceritaan di entri, sempoi. Ringkas dan senang nak dibaca.

Kita suka sangat, awak pandai manage widget dibahagian sidebar. Tak ada benda banyak nak bebel kat sini. Kawan-kawan semua, sudi-sudilah singgah sini masa blogwalking ya. Tak rugi kita berkenalan sesama blogger. Btw Hana ada jua sediakan tutorial blog. Boleh klik dekat header dia ya (",)

sheila shahfiekry

Blog Kak Eryati Gojes ni, memang comel gila header dia. Doodle serba merah. Alahaii geram tengok tau. Kak Gojes banyak share pasal tips dan resepi. Sheila komen sikit pasal widget dekat sidebar ya. Harap kak gojes dapat menerima dengan hati yang terbuka. hehe.

Sheila nak sarankan akak guna tabber widget atau menggabungkan widget tertentu dalam satu tab. Contohnya ada disidebar sheila ni. Boleh gabungkan blog archieve, bloglist, ping busuk, dan banner. About me harus diletakkan dibahagian atas sidebar diikuti followers. Yang ni bior pengunjung blog senang nak mengenali tuan blog dan follow blog. Yang widget bawah entri tu, rasanya tak perlu kot. Banyak sangat entri backlink nanti pengunjung pening jadinya. Kalau ada widget yang dah tak digunakan, boleh remove bagi meringankan blog. Yang lain, nice. Sheila first time tengok blog warna merah berani ni. Nampak berani sangat kak gojes (",)

sheila shahfiekry

Blog Fiza, salah seorang blogger yang sering berbalas komen dengan aku. Gambar hello kitty kat header tu cute betul. Korang boleh rujuk tempat-tempat yang Fiza dah pergi, ada disediakan ditepi sidebar. Fiza ni puan ye, jangan ada yang nak datang mengorat pula. hihi ;p

Ada beberapa cadangan nak beritahu, kalau Fiza sudi boleh buat. hehe cantikkan blog untuk kepuasan diri sendiri, tak salah. hihi. Iklan churp churp kat sidebar, kalau ditukarkan jenis kecik dan buh dibawah header mesti lebih menarik. Widget about me letak di bahagian atas sekali. Gabungkan beberapa widget dalam bentuk tabber widget seperti follower, google follower, bloglist, blog archieve, kaki komen bagi mengurangkan blog menjadi panjang. hehhee. Lagi satu, sheila harap Fiza dapat besarkan sedikit font size diruangan komen dan sidebar. Kecik sangat susah pula nak baca. Fiza, terus berblogging dan sukses dalam hidup ye dear Y_____Y 

sheila shahfiekry
http://lovingwantie.blogspot.com/

Blog Kak Wantie, tengok header ada gambar anak-anak. Alahaiii melting sheila tengok kak. Sheila nak sarankan sedikit untuk mencantikkan blog kak Wantie, diharap kak Wantie sudi baca ya.

Gabungkan beberapa widget dalam bentuk tabber seperti yang sheila pakai disidebar contohnya blog archiever, bloglist, top komentor. Gambar anak-anak boleh dibuat slideshow bagi menambah seri, dah adjust sedikit bentuk gambar supaya tak terkeluar daripada widget. Ada widget yang perlu dibuang seperti gushcloud, recent visitors, linkwith, contributors (boleh buh about me)... Dan untuk blog archieve dan bloglist, sheila cadangkan buat scroll box. So takdalah panjang sangat nak scroll blog, just scroll box je. Jimat masa kan? hehe. Yang lain bagi sheila, nice. Keep updating blog ya (",)

Nervous Mak !

Assalamualaikum...

sheila shahfiekry

Blogger Cik Mah dah selamat lahirkan anak perempuannya, syukur alhamdullilah. Comel tau baby Cik Mah. Dah jadi emak seminggu pun. Aku pula makin hari makin nervous. Lagi 3 bulan je, Allahurabbi... Semoga dipermudahkan segala urusanku Ya Allah. 

Tilam Kelambu Berzip

Assalamualaikum...

Comel tak? Comel tak? Aku tak tahulah adakah ini satu keperluan untuk bayi nanti? Apa pendapat korang semua? FYI, tilam ni sesuai untuk bayi sehingga umur setahun berdasarkan kenyataan yang disarankanlah. Aku tergoda betul tengok kelambu comel ni, melting hoiii melting. Aku ada whatsapp kat suami, dia suka juga sebab murah. hahaha. Kalau mahal, jangan harap dengar beliau komen SUKA. kihkihhh ~~~


Sekarang tengah promosi sampai sabtu ni (22 Februari 2014) dengan harga RM28 tapi tidak termasuk postage ya. Normal price RM35. Aku jumpa dekat facebook kak Masliza Abas. hehee. Tapi tak banyak warna la, tengok kak Dalin beli macam sweet je design dia. Geram pula tengok. Dah jadi kes terpengaruh lagi nampaknya Y_____Y

Actually, minggu lepas aku ada terjumpa orang jual dekat pasar malam Sg Buloh. RM45 tapi untuk tilam kelambu je bukan set macam gambar kat bawah ni. Yang ni kalau beli set dua benda ni RM78 free postage. Boleh jenguk facebook Tilam Comel Jom Shaklee. Bertambah konfius sekarang, nak beli online atau by hand. Tengok gaya nak dapat murah dekat pasar malam tu macam payah la. Aku dah try bargain kot. 

tilam kelambu & tilam bendung (set)

p/s : silalah bantu aku dengan memberikan pendapat anda di bahagian komen ya, terima kasih banyak kesayangan semua...

Pretzel Eyesha & Kimchi Kak Rai

Assalamualaikum...

Alhamdullilah, tak sampai seminggu mengidam terus dapat pretzel ni. hehe. Aku tempah dengan rakan blogger - Eyesha Zaidin sebabnya rumah dia dekat je dengan aku. hahahha. First time jumpa padahal lama dah bertegur di alam blogger ni. kihkihkihhh...

Sempatlah juga jumpa anak daranya, Nur. Haihhh kenal Eyesha daripada sebelum dia ada anak.. Sekarang dapat jumpa dia masa anak dia dah masuk 6 bulan lebih. Aku pulak dan masuk 6 bulan lebih. Lepas ni jadi geng mak-mak lah. hihi. Alhamdullilah... Lepas ni, kalau teringin lagi boleh tempah dengan sha. hehe (",)
sheila shahfiekry
100 pcs white coklat, coklat & strawberi = rm41

********************

Melayan lagi keinginan tekak! Kali ni versi Korea sikit. Mentang-mentang tengah rajin tengok Running Man. pftt. Senang betul terpengaruh. hahahha. Thank you so much Kak Rai, teruja okey makan dengan nasi... Sedap tauuu, tapi suami rasa sikit je. Dia yang pelik-pelik, tak mahu nak teruja sama ;p

Maaf lighting terlampau menyerlah pula. Ada sesiapa suka makan kimchi ni? Nak tahu apa ada dalam kimchi? Terjah lah resepi kimchi sedap lagi halal daripada Kak Rai. heeeee ~~~

sheila shahfiekry

p/s : lebih kurang macam jeruk sayur la, bau dia kuat. tapi tetap menyelerakan tekak mak buyong

Segmen : Paly ajak korang baca entri ini !

Assalamualaikum...


Sempoi gila segmen ni, daripada blogger Paly. hehe. Korang jangan lupa klik gambar kalau nak join ya. hehehe. 

Takoyaki Versi Pasar Malam

Assalamualaikum...

Ini pelik, aku ternampak orang jual kat pasar malam Sungai Buloh hari selasa lepas. Aku macam nak rasa sangat, aku pun belilah. Sekali rasa, mengundang rasa mual. Aku makan 3 ketul je, yang lebih buang. Suami tak reti makan. Erhhhh T___________T

sheila shahfiekry
takoyaki cheese + chicken rm5

Beza benar dengan aku google ni. Siap kengkawan dengan instagram pelik dengan rupa takoyaki aku beli tu. muahahhaaa. Aku ingatkan aku tersalah nama ke hape, sekali google. Memang sebijik la. Cuma takoyaki aku tu macam buruk bebenor ek? hiewhiew. So far, tekak takleh terima. Pasni takyah bazir duit nak beli ni lagi. huhu ;p

credit pic : link

Butik Fiffy Sg Buloh

Assalamualaikum...

Kali ni aku janji habis cerita pasal shopping baby ya. Last entri ni, muahahaaa. Aku up juga entri ni, buat referral diri sendiri. hihi. Bulan Januari tu, ada sales 50 % tau dekat seluruh cawangan Fiffy. Aku takda duit masa tu, maka pendam perasaan jelah. Dapat je gaji pertama kat tempat baru ni, aku asing sikit buat peruntukan baby. Rentetan daripada scan 4D Klinik Sofea, shopping kat Marissa Shoppe, bertemu Abil Fikri Ahmad, so aku sambung last shopping sebelum balik rumah itu hari. Fuhhh sakan berjalan T__T

Walaupun dah tak ada sales bulan Februari, aku masuk gak Fiffy ni sebabnya nak cari baju new born sehelai dua sebab haritu dapat beli sehelai je kat kampung. Mertua pesan beli la lagi sikit, aku setuju 100% tapi beli tak banyak ye kawan-kawan. Tambah lagi 4 helai je. Suami aku warning siap-siap jangan borong satu kedai. Aku pilih 3 jenis, suami tambah satu pilihan warna coklat tu sebab baby boy kan. Kita amik warna ala-ala macho gitu.
sheila shahfiekry

*baju new born (hijau) = RM11.90
*baju new born (coklat) = RM11.90
*baju new born (putih) = RM14.31
*baju new born (yang gambar seluar pendek) = RM14.31
*mitten & bootees (2 set) = RM6.21 (kali dua ye sebab 2 pasang)
*baby bib = RM4.95
*cotton bud = RM3.15
*tuala mandi (2helai) = RM11.90
sheila shahfiekry

Sesungguhnya aku geram betul dengan baju new born ni. Cinonet betul. Jenis material pula macam selembut kapas gitu. Sebab tu aku suka masuk Fiffy ni. hahahaa. Masa nak bayar tu, diorang tanya ada kad ke tidak. Pastu aku macam biasa mesti nak daftar jadi ahli. Paling best is, dapat 10% setiap item yang ada tanda harga warna putih (kalau tak silaplah). Syukur alhamdullilah, murah rezeki baby. Harga state kat atas lepas diskaun ye. Dapat free sebotol baby wash size kecil. I like it, thank you Fiffy !

Kalau korang nak masuk Fiffy tapi malas nak buat kad ahli tu tapi mahu dapat diskaun? Guna je no kad ahli aku ni :- 9804 3531

Saya Nak Rasa Steamboat M2Cafe

Assalamualaikum...

Semua sihat ke? Hari ni nak share sikit pasal satu tempat steamboat yang aku teringin sangat nak rasa iaitu M2Cafe! Dulu pernah melepas peluang nak merasa makan free dengan Blooggers Dot Com sebab awal trimester disarankan tak berjalan jauh T____T so kali ni diharap tak melepas lagi peluang ni. hiewhiew...

Latar Belakang M2 Cafe and Catering

Ini gambar M2Cafe, simple tapi sungguh menarik hati dengan adanya lambang Allah (SWT) dan Muhammad SAW di signboard mereka. Lambang Islam yang sangat unik. Rasanya belum pernah lagi aku nampak kedai/restoran/cafe guna di signboard mereka. Sejuk hati tengok. Lagi buat tertarik hati nak rasai pengalaman ke sini sendiri. hihi.


Kalau tengok tak terliur, tak teruja. Tak tahulah nak kata apa. Muahahaa. Deko dan susunannya memang menarik dan nampak bersih serta kemas. Mix steamboat dia, perghhh buat kita ni kecur air liur. Tambahan ada kambing golek. Fuhh. Lemah semangat. Bawa daku pergi ~~~


Kalau rasa tak tertahan nafsu makan, singgah terus cafe mereka yang terletak di Setapak ya... Doakan aku dapat turut serta bersama 30 blogger lain pada 21 Februari 2013 2014 ya. Terima kasih banyak sudi baca entri sampai habis, sayang korang (",)

"Kepuasan Anda, Keutamaan Kami" 
operasi : 7am - 12am
no tel : 017-211 2500
alamat : A-01-06, Star Parc Point, Jalan Taman Ibu Kota, Off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3)

Salam Melancong!

Setiap kali sally pergi bercuti...blog sally akan adakan GA yang bertujuan untuk memberi cenderahati kepada rakan-rakan blogger...Apa salahnya berkongsi kegembiraan dan kenangan kan..? Untuk percutian kali ni...Sally nak buat GA yang ketiga...sebab tak mampu nak beli souvenirs untuk semua orang ...hihihi...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/02/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html


Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML, dalam entry, jawab satu soalan yg senang, "Kemana Sally nak pergi kali ni?" dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen
GiveAway berlangsung selama 2 hari bermula 14/2/2014 sehingga 15/2/2014.

5 orang blogger yang bertuah akan menerima souvenirs (undian melalui random.org)

p/s : sheila rasa Sally pergi bercuti ke Ho Chi Minh (",)

Segmen Jom Beramah Mesra

Assalamualaikum...

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe DynastyBifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam

Review Blog 2.0 #Part 22

Assalamualaikum...

sheila shahfiekry

Blog Awatif, first time singgah. Header comel, unik. Blog nampak bersih, guna background putih. Ayat bawah header sangat sweet! Bahagia itu percuma, tak perlu nak keluarkan duit kan? Tapi ada sedikit yang perlu diubah dibahagian sidebar. Hope Awatif boleh terima apa yang sheila cakap ya.

Seharusnya dibawah widget about me, ada followers. Senang orang nak klik dan follow blog awak. Penggunaan cbox macam tak berapa nak berguna sekarang. Kalau boleh, delete la. Lebih ringan blog awak nanti. Bloglist, blog archieve, widget instagram, daisypath boleh digabungkan dalam tabber widget atau disusun atur agar lebih menarik. Sekatakan penggunaan font di atas entri. Font Italic tu macam serabut, kalau guna bold mungkin lebih menarik. Dua gambar barang jualan, sheila rasa awak buat slideshow dan keciklah sedikit gambarnya, pasti blog awak lebih fresh. Yang lain, just nice. Selamat berkenalan ye >____<

sheila shahfiekry

Blog ni, tengok header pun dah tahu. Minat k-pop. hehe. Blog dengan template sangat comel. I like it. Tak banyak benda nak kena komen sini. Simple yet nice blog. Sampai aku takleh detect nama owner blog ni. miahahaaa. 

Nak warkan, supaya rakan-rakan semua sudi-sudi singgah blog ni, buat ramaikan teman blog. hehhe. Entri-entri yang dihasilkan sempoi, dan kebanyakannya cerita semasa, life, k-pop dan lain-lain. Awak, selamat berkenalan ye. Maaf saya buat review pendek sangat. Taktahu nak komen apa. Blog awak cantik >_______<

sheila shahfiekry

Blogger yang gila sporting, peramah yang amat, meet her for the first time masa Butterfly Trip to Tambun last year. Rindu sangat nak jumpa dan borak dengan dia. Innanie Ariffin, bakal peguam yang tersangat best baca isi kandungan entri dia. Nanie bukan calang orangnya, review blog/event yang pernah dia pergi akan diceritakan sehabis details. Kagum gila! Dulu aku register domain under dia, pastu aku terlupa nak bayar. Muahahaa >_____<

Hujung bulan Januari lepas, dia dah tukar header dan template blog. Fuhh makin mantop. Header tu betul-betul menarik hati sheila. So comel! Tak banyak benda sheila nak komen untuk blog Nanie kecuali hadkan sedikit penggunaan widget di sidebar. hehe. Mana yang Nanie nak save, boleh cuba gabungkan dalam tabber widget. Mesti lagi awesome blog Nanie. Yang lain bagi sheila, cool sangat (",)

sheila shahfiekry

Blog Wani ni, cantik sangat. Lembut je background blog. Header muslimah, i'd just love to see it. Kita suka baca entri-entri awak. 

Penggunaan widget yang sedikit, simple sekali. Tak banyak benda sheila nak bebel kat sini. Widget labels dengan live traffic feed rasanya tak perlu letak pun takpe. Harap Wani boleh besarkan sikit font size kat entri. Sheila ni rabun, macam susah sikit nak baca dengan background entri ber-strip tu. hihi. Overall, blog dah smart dan cute. Nak ajak kawan semua blogwalking dan berkenalan dengan Wani. And Wani, saya doakan awak cemerlang dalam Diploma Pengajiaan Islam dan selamat berkenalan ye.

sheila shahfiekry

http://nurinkhairi.blogspot.com/

Blog Puan Nurin, memang simple. Entri yang dihasilkan sempoi tapi ada unsur tegas. Suka baca bab pembaiki rumah. Sheila cedok sikit apa nak buat bila ada rumah nanti. hihi. Ada juga info berguna yang kita boleh amik bila baca entri pasal travelling :)

Widget di sidebar agak banyak. Sheila nak sarankan penggunaan tabber widget bagi mengurangkan widget yang banyak tu, dan ruangan nampak lebih kemas. Widget labels, popular post rasanya tak perlu kot. Letak widget mana yang penting. Iklan churp churp bawah sekali, rasanya boleh dibuang kan? Sebab dah ada iklan yang sama kat bahagian atas. hehe. Font size, besarkan sikit. Bagi senang reader nak baca. hihi. Yang lain bagi sheila, nice. Selamat berkenalan kak, tak sabar nak tengok akak masuk rumah baru tu (",)

Bertemu Abil Fikri Ahmad

Assalamualaikum...


Bersambung lagi cerita minggu lepas...


Selesai scan 4D tu, bergegas ke SACC Mall untuk menghadiri bazaar mom-baby. Excited betul aku dibuatnya sebab dah lama gila tak berjalan berdua dengan suami. Kitorang biasa duk rumah, rehat-rehat. Kali ni, aku pulun berjalan sampai sakit pinggang dibuatnya. Mujur, tak bengkak kaki den. Fuhhh! 

Tengah syok terjah booth Marissa Shoppe, tiba-tiba terdengar suara dekat pentas tu beritahu ada lagi 3 buah buku Abil Fikri Ahmad. Aku macam tersentak kejap, sambil terpandang disudut tepi pentas. Betul wehh tak tipu abang Abil kat situ, steady duduk sambil tersenyum. Aku cakap kat suami, nak pergi beli buku tu sebab haritu dah terniat masa baca blog abang Abil. Suami pun follow g table abang Abil. Depa bersalaman.

sheila shahfiekry
nampak tak versi tak berwarna tu? Abang Abil bagi sign xoxo

Masa ni,  request nak bergambar dengan abang Abil. hehe. Sorry gambar agak blur. Saja bagi separuh muka aku je, muka i pucat sangat kot dalam gambar ni. Malu-malu dibuatnya. Humble je berborak dengan abang Abil. Sempat lagi diajarnya suamiku satu potongan ayat (doa) untuk zuriat kami. Allahurabbi, terharu sheilaaaa Y____Y

Warkah Buat Isteri, sungguh menyentuh perasaan. Kejap aku gelak besar, kejap aku lap air mata bila baca. Sungguh tak tercapai dek akal, bagaimana nak lalui situasi sebegitu. Abang Abil, kuat sungguh semangatmu. Kagum. Oh yeah, aku dapat diskaun beli buku ni. RM 20 je sebab aku daftar ahli Lunatots. Wakaaakaaa. Kan dah kata, aku suka kumpul kad. 

Nama kami suami isteri kat belakang kad tu, in shaa Allah ada masa boleh join kelas yang Lunatots buat. Terima kasih abang Abil atas layanan mesra buat kami berdua. 

sheila shahfiekry

Ada masa kelapangan, bolehlah terjah blog http://abil4fauziah.blogspot.com/ ya.. Banyak tips yang dikongsikan untuk kebaikan rumahtangga. Tak rugi pun singgah...

Shopping di Marissa Shoppe

Assalamualaikum...

Haiii semua mummy-to-be. Harini nak share satu kedai (online shop) jual segala keperluan bayi dan ibu. Sebelum mengandung lagi, aku dah start follow Marissa Shoppe Full ni. Aku suka sangat tengok barang-barang yang dijual dengan harga berpatutan. Nak kata mahal tidak, nak kata murah pun tidak. Masih berbaloi dengan barang yang kita beli. Korang boleh compare harga yang aku state kat bawah ya.

Antara yang dijual :- barut, tungku baby, tommee tippie, breast pump, toys, shell bag, baju bayi dan macam-macam lagi. Tak larat nak sebut satu-satu. hehe. Opsss terlupa nak beritahu, milk booster pun turut dijual. Produk shaklee ada, TMS coklat bar, TMS coklat cookies, TMS coklat drink dan Nursing Tea. Kalau rasa macam malas nak keluar shopping, better duduk depan pc ke laptop. Buka website, klik apa yang korang mahu. Yang penting, fulus cukup ye  ;p


Marissa Shoppe pun pernah keluar dalam majalah Pa & Ma keluaran Ogos 2013. Alhamdullilah. Aku cukup percaya nak shopping sini, kalau dah sampai keluar review. Haruslah dipercayaikan? Aku pun dah pergi kedai dia, memang best masuk. Korang check la gambar yang aku amik masa kat sana ye. Aku tak beli baju bajan, beli barang keperluan yang penting je. Baju bajan aku suka beli kat Fiffy, hehehe. Yang tu aku update kemudian ye.

sheila shahfiekry

Staff dia peramah semuanya, manis-manis pula tu. Aku buat kedai tu macam rumah sendiri. Sambil pilih barang baby, aku duk bersimpuh kaki situ. Wakakaaa. Memang banyak sangat pilihan, rambang mata. Suami aku aim satu benda je. Bagpack nak isi barang baby. hahhaa. I turutkan je pilihan beliau. Nak tengok apa yang aku beli? hihi. Siap buat kad ahli lagi, aku kan suka kumpul kad... Suka beli sambil dapat diskaun dan point. huhu. Puas hati, dapat murah. So next time, kita hunting set breastfeeding dengan set berpantang. Hampir lengkap persiapan baby. Syukur alhamdullilah, dipermudahkan segala urusan (^__^)

sheila shahfiekry


Antara yang aku beli (total RM225.40 ) :-

*Bagpack warna hitam (free changing mat kecik) = RM89
*Nappy rash cream brand Pureen = RM8.20
*Wet wipes brand Anakku (botol sekali dengan refill pack) = RM19.90
*Milk storage  brand Malish (disposable) = RM10
*Detergent brand Pureen = RM18.90
*Nasal block nose brand Pureen = RM4.50
*Rubbercotsheet (waterproof) = RM19.90
*Tungku baby = RM10
*Set mandian baby brand Pureen = RM15
*Sapu tangan = RM18
*Bunjut mandian herba (untuk aku) = RM12

Aku bagi details untuk korang sama-sama terjah Marissa Shoppe kat bawah ni ya. Ini review takda sponsor apa, ikhlas daripada aku yang dah ada pengalaman pergi kedai ni. heee

whatsapp for fast reply : 017-3555 820 
call : 03-5545 4165
alamat : No. 7A, Tingkat 1, Pusat Perdagangan Suri Puteri,
Seksyen 20, Shah Alam (atas Restoran Chetties)
operasi : 10 am - 06 pm (open daily)
email : marissa.shoppe11@gmail.com

Scan 4D Klinik Sofea, Puchong

Assalamualaikum...

Merata sebenarnya aku bertanya pasal baby scan 3D/4D. Rata-rata kawan suruh buat scan bila dah masuk 27 weeks. Katanya lebih jelas nak tengok, lagipun masa ni baby dah nampak penuh wajahnya. Haihh serba salah dibuatnya. Satu hal lagi, nak pergi klinik mana yang provide 3D/4D ni. Jenuh google. Mujur aku bertanya dekat group Mom-to-be. Ramai prihatin dan suggest buat kat 3D/4D scan malaysia, boleh jumpa sonographer Jezzlyn yang famous amous tu.

Tapi memandangkan harga rm120 ke atas, dan cara nak booking pun dah cukup rumit untuk aku. Maka aku decide nak ke Klinik Sofea dekat Puchong. Ni tempat Nory pun pergi buat scan. hahaha. Aku nak walk in dan murah. So harga scan kat Klinik Sofea RM80 dapat gambar dengan CD. Puas hati sangat. Murah kannn. Alhamdullilah, syukur.

sheila shahfiekry

Masuk je 24weeks 2 days, terus berdesup pergi Klinik Sofea. Tak sabar sangat nak skodeng jantina baby. Instinct dah ada, tapi nak confirm. Al sedia al maklum, tak sabar nak lengkapkan barang baby plus geram tengok baju yang cinonet tu. Checklist yang penting semua dah ada. Copy paste dari blogger Irine Nadia je. hahaha. Aku memang tak boleh fikir sendiri apa nak beli, silap-silap habis duit kat poket. huaaaa ;p

sheila shahfiekry

Nampak tak muka baby bambam tu? Masa scan boleh pulak dia tidur. Adehh Y_____Y Jenuh gak aku pusing kiri ke kanan, nak nampak muka baby. Alhamdullilah, jantina pun dapat dikenalpasti. Meleset habis daripada jangkaan aku. muahahaaa. Yang penting, suami suka sebab dia dapat geng bola. Tak putus mengucapkan syukur. Aku lagi suka, sebab lepas scan terus pergi shopping barang baby. Nanti next entri aku cerita ya, aku jumpa blogger famous yet humble kat somewhere. 

Maaf terbubuh gambar suami isteri kat atas. kuikuikuiii. Details klinik kat bawah ni, next month nak kena scan lagi sebab baby still in songsang position. Besar harapan nak tengok next scan, baby aktif! hiew ~

Klinik Sofea
No. 36, Ground Floor, Jalan PU 7/3,
Bandar Puchong Utama, 47100 Selangor
(belakang Aeon, opposite 99 Speedmart)
03-8061 9628
" Apa kata... jum kita cuci-cuci mata tengok barang-barang bayi di Kedai Bayi Online The Baby Store Malaysia ini. Comel-comel tau... geram tengok... "

Menang Tudung Bawal Aidijuma

Assalamualaikum...

Alhamdullilah, walaupun ianya sehelai tudung bawal namun aku tetap rasa bersyukur sangat. Tak sangka bertuah dan murah rezeki menang tudung aidijuma warna hijau kesukaanku daripada blogger Kak Adyna


Kita saja-saja je join, tak sangka bila dengar keputusannya nombor kita naik. Muahahhaa. Kak Adyna, terima kasih banyak. Sudi nak beri tudung cantik ni, semoga bertambah murah rezeki akak sekeluarga (",)

Nahh gambar contoh tudung bawal aidijuma warna kegemaran, cantik tak? Cantik tak? Kalau aku buh gambar sendiri, risau korang muntah hijau je. kuikuikuiiii. 

QQ Baby Shop - Factory Clearance

Assalamualaikum...

Begitulah adat bila mengandung, general blog sudah berputar 360 darjah kepada blog keibuan. Mohon sesiapa yang menyampah, pangkah X awal-awal. Setiap apa yang aku coretkan di blog, adalah untuk tatapan dan catatan diri sendiri. In shaa Allah, jadikan kenangan untuk masa hadapan. 

Right away masuk 6 months, hari-hari cari website jual barang baby yang super murah. Naik juling la mencari, ada yang mahal sangat aku pangkah siap-siap. Betul-betul fikir nak murah je, sebab nak jimat seboleh-bolehnya. Muahahaa. Kedekut betul umi awak ni sayang. hahaha. 

QQ Baby Shop ada buat banyak sales murah-murah tak kira walk in store atau via online. Korang cepat-cepat grab mana yang berkenan. Aku terkenan sangat dengan ni :-


murah tak? 


Boleh buat tambah stok untuk saiz 3 bulan ke atas. Lama aku usha-usha gambar kat website ni. Fuhhh boleh habis fulus kalau tak menahan diri T______T



Nak datang ke kedai terus? Boleh takda masalah. Aku bagi details kat bawah ni :-

Alamat : No. 25-27, Jalan 10/23A, 
Medan Makmur, Off Jalan Usahawan,
Setapak, 53200 Kuala Lumpur.
operasi : Open daily (10.30pagi - 07.30petang)
tel : 03-41416018 (office), 016-6701877 (hp), 03-41420603 (retail outlet)
email : cs@qqbabyshop.com, store_hq@qqbabystore.com
websitehttp://www.qqbabyshop.com/
" Anda juga boleh singgah di Kedai Bayi Online The Baby Store Malaysia juga. Di sana ada pelbagai kelengkapan ibu dan bayi "