Review Blog 2.0 #Part 21 | norsheilasalleh.blogspot.com

Review Blog 2.0 #Part 21

Assalamualaikum...

sheila shahfiekry

Blog khusus untuk segmen dan giveaway sahaja. Aku kagum sungguh dengan semangat dan kerajinan orang yang siap create blog khas untuk support contest daripada rakan blogger lain. Semoga awak sentiasa murah rezeki, dapat hadiah banyak-banyak. hehe. Background blog cantik, template yang digunakan pun menarik. Ada beberapa benda nak sheila utarakan. Harap awak boleh terima ya :)

Penggunaan pages bawah header sangat bagus dan tersusun. Tapi Ads bawah entri tu patut diletakkan dibahagian sidebar blog. Widget kategori rasanya tak perlu letak. Widget search this blog dengan followers better letak di sidebar paling atas supaya senang orang nak follow blog dan cari sesuatu entri yang dah lepas. Kalau rajin dan mahu blog kelihatan lebih menarik, cuba guna tabber widget. Gabungkan widget blog archieve, bloglist dan juga ping.org. In shaa Allah, semakin cantik blog kamu. 

sheila shahfiekry
http://kakikerja.blogspot.com/

Blog simple, hanya menggunakan background putih. First time singgah sini, rasa tertarik dengan entri-entri yang dihasilkan. Banyak tips dan info dishare bersama. Font size pun simple dan comel  buat sheila senang nak baca entri awak. 

Keadaan blog nampak kemas, cuma susun atur widget perlu dibaik pulih. Saranan sheila tidaklah wajib diikuti, tapi apa yang sheila sampaikan in shaa Allah untuk menambahbaik blog awak. hihi. Follower hendaklah diletakkan di bahagian paling atas bagi memudahkan orang nak klik follow. Google+ boleh digabungkan dalam tabber widget bersama dengan bloglist, artikel terkini dan artikel popular. Manakala widget ping boleh disatukan bersama widget laman terbuka. So jimatkan space dan kurangkan widget dapat menaikkan seri blog. hehe. Semoga terus hasilkan entri yang menarik (",)

sheila shahfiekry

Blog ni tak leh buka, camne nak buat review ni? Aduhaii T_______T

sheila shahfiekry

Blog Opzz Pinky milik Sharina Elyana selalu buat aku tersilap dengan blog Uzu pemilik Emas Putih. hehe. Maybe sebab blog sama pink. hee. Blog dah comel, pandai edit. Sheila paling suka ada 2 button fanpage dekat atas header. Camne nak buat ye? Boleh ajar sheila tak? hihi ^____^

Ada banyak sangat widget di sekeliling blog. Rasanya awak perlu reduce sikit, bagi ringan mata nak blogwalking sini. hehe. Iklan banyak sangat, cuba satukan iklan dalam space yang sama. Button like fanpage bawah entri rasanya tak perlu kot sebab sama je dengan atas header punya. Bloglist, blog archieve, popular post awak satukan dalam tabber widget yang sedia ada. Notice board tu delete je, tapi awak copy paste masuk dalam widget intro. Button google + better letak saing dengan 2 button atas header. Saya tengok blog awak dah cukup cantik diedit, cuma perlu kemaskini sedikit biar nampak lebih fresh dan teratur :)

sheila shahfiekry
http://faimarstory.blogspot.com/

Blog milik Marini, muda lagi orangnya. Rasanya dia dah selamat nikah walaupun belum tamat zaman sekolah menengah. hehe. Saing-saing waktu kawin sebab aku tengok daisypath dia. hihi. Btw header unik. I like it!

Background dan template sangat comel. Kreatif orang yang tolong edit blog ni. Cumanya widget kat sidebar blog boleh dikurangkan. Contohnya ya :- banner, blog archieve dan chat box masukkan dalam tabber widget. Pastu follower letak atas sekali, bagi senang orang nak klik button follow. Widget gambar dengan about me, sila buang salah satu. Sebab fungsi dia sama je dik. Bayang-bayang tulisan dekat entri tu takpayah pakai, buat susah nak baca entri je. Lagipun awak guna font size yang kecil. Better besarkan sikit font size. Yang lain bagi kita, just nice. Semoga terus maju dalam hidup dan selamat berkenalan ya (",)

18 comments

February 5, 2014 at 6:28 AM

Tahniah buat mereka yg direview.. keep it up k.. =D

February 5, 2014 at 8:41 AM

jom follow

February 5, 2014 at 10:00 AM

pasal blog kusus utk GA tu kan, igt lagi dolu2, siap buat blog utk cik abg semata2 nk guna utk GA. last2 skg ni dah lupa passwordnya apa. usernamenya apa. hehehe

February 5, 2014 at 10:37 AM

wahwah.. jom bw ke blog mereka ! hoho

February 5, 2014 at 11:24 AM

jom kita terjah...

Anonymous
February 5, 2014 at 11:25 AM

nanti akan diterjah

February 5, 2014 at 11:36 AM

banyak gak komen2 yang membina...boleh terjah blog nie nanti...hehehe

Regards,
-Strider-

February 5, 2014 at 12:33 PM

bagus buat review mcam ni....akak dah lama x buat...nanti la if ada masa lebih boleh buat kan...

February 5, 2014 at 12:52 PM

semoga lepas review ni blog mereka makin maju :)

Anonymous
February 5, 2014 at 1:27 PM

pening kepala memikir bila nk wat review kan... but thsi one terbaik !

February 5, 2014 at 2:27 PM

Hanya blog Fizi jer yg pernah ku singgah. Ya...entrinya menarik sekali cukup menutup kelemahan yg lain.

February 5, 2014 at 3:00 PM

mudanya dia kahwin.. jeless.. semoga kekal bahagia..

eh ke situ pulak komennya..hahaha..

February 5, 2014 at 3:06 PM

huk3.. rasa macam nak singgah semua blog kat atas ni, tapi kena settle kan kunjungbalas ke blog kawan yg singgah blog teman dulu kan.. xpelea.. nanti ada masa leh jenguk2 blog diatas ni.. heee

February 5, 2014 at 4:28 PM

ramainye nye yg direview... yg tunggu turn pun ramai lagi ke sheila... mmg dpt sambutan hangat nie...

February 5, 2014 at 7:52 PM

okay nak menerja lepas ni :)

February 6, 2014 at 4:23 PM

muda2 lagi dah kawen ye marini, nnt anak2 dh besar, dia muda lg.. opss off topic plk..

February 7, 2014 at 6:10 AM

jom terjah blog ni

February 9, 2014 at 9:01 AM

Rajinnya buat revieww dik...hahahaha jom terjahhhhhhhhhh

Post a Comment