norsheilasalleh.blogspot.com: March 2013

SEGMEN BLOGGER MUSLIMAH

Assalamualaikum...
http://www.fizzgraphic.com/2013/03/segmen-blogger-muslimah.html
warna baju - hijau
warna tudung - hijau
nickname - Sheila Salim

So aku tag +yana aina dan +afisya afida. Apit akan buat 100 doodle utuk 100 peserta pertama yang join. So kalau korang adalah peminat doodle seperti aku. Why not join kan? heheheee. Thanks ibu tag sheila ♥

AKU MASIH SETIA ...

Assalamualaikum
Baru-baru ni, aku ada bertegur sapa dengan my ex-classmate. Dia juga pengantin baru sepertiku. Eh? hahaha. Rasanya aku awal 2 bulan sebelum dia melangsungkan perkahwinan. Mulanya begini, aku ucapkan selamat hari lahir buat dia.
sheila shahfiekry
Lalu, terus-menerus kami saling berbalas komen. Sampailah soalan paling standard luar biasa. hehe. Soalan tentang anak. Kami berdua masih menunggu. Masih setia menunggu dengan penuh harapan. Ya, hanya kami memahami apa erti menunggu dengan penuh kesetiaan itu. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala yang dicaturkannya buat kami semua.

Janganlah sesiapa berani menuding jari, bahkan bermegah dengan zuriat masing-masing. Sungguh, bukan kami pinta untuk ini. Kami redha. Kami berdoa. Agar tidak meninggalkan dunia tanpa zuriat penyambung keturunan dan agama. Insyallah :)

DICORET OLEH :

AMIR KHAN TUNAI UMRAH

Assalamualaikum...
Alhamdullilah, syukur. Semoga beliau terus sukses dalam hidup. Suka sangat tengok lakonan beliau. Boleh dikatakan he is one of my favourite actress actor. heee :)
DICORET OLEH :

AKU RINDU SUASANA ITU (T___T)

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Kau tahu, mereka tidak saling menolak antara satu sama lain. Mereka sangat baik dan sopan santun. Suami tengah layan game Temple Run 2 sambil menunggu acara seterusnya selepas solat zuhur. Seorang demi seorang datang duduk disekeliling suami. Semua excited nak main game dekat tab.
Diorang sangat toleransi, lepas seorang main game dan kalah. Orang lain amik giliran tanpa gaduh-gaduh dan cakap kasar. Aku sangat tersentuh dengan sifat yang terdidik dalam diri mereka. Ya Allah, semoga mereka kuat menjalani hidup di dalam dunia yang penuh cabaran ini. Janganlah Engkau sesatkan mereka, bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai-Mu :)
DICORET OLEH :

GIVEAWAY : EDY 3 DESTINASI

Assalamualaikum...
Lama tak join giveaway. Poyo aje cakap gitu kan. *sila lempar key board korang* hahahaa. Aku kan, memang tak boleh tau tengok giveaway yang cute-cute ni. Tertarik sangat dengan giveaway daripada Edy ni.

Al-maklumlah, hadiahnya fridge magnet. hohhhhhhhhhhhhhh! Dah tentu aku mahu join. Korang nak? Kalau nak, tengok dulu hadiah-hadiahnya!
*Pengsannnnnnnnn*
Jom lah korang, join giveaway ni. Nasib baik usha blog kak mas tadi. Hee! Gempak ni.. klik --> http://www.danielzaidi.com untuk join (^___^)

DICORET OLEH : 

#WW- 12 (DONT BE SAD)

Assalamualaikum...
DICORET OLEH : 

PROGRAM AMAL ANAK YATIM - PART 6

Assalamualaikum...
Ini part yang terakhir nak direview. Orang lain sibuk update ini yang pertama sekali. I is terbalik orangnya. haha. Kat sini disertakan sekali senarai nama blogger, link blog mereka dan juga nama partner semua peserta sekali. Yang ni aku cedok daripada blog Nadia ye.
Link Blogger Yang hadir Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim
1. Nadia -http://www.nadiafarahida.com/
2. Eida - http://msieda.blogspot.com/
3. Mila - http://milaahmad.blogspot.com/
4. Nory - http://noryzoulkefle.blogspot.com/
5. Ieza - http://senyumangadisgerimis.blogspot.com/
6. Nuha - http://lovebubbling.blogspot.com/
7. Kak Bella - http://bellaisyqeef.blogspot.com/
8. Along - http://ierasebelas.blogspot.com/
9. Aku - http://www.sheilashahfiekry.my/
10. Ayu - http://ayuamanshah.blogspot.com/
11. Linda - http://anggunbabycloset.blogspot.com/
12. Kak Zana - http://adieyza.blogspot.com/
13. Kak Zue - http://akubukanblog.blogspot.com/
14. Kak Yana - http://leeyanaradhi.blogspot.com/
15. Kak Mimi - http://www.mimiepinkummi.my
16. Boni - http://www.bonikacak.com/
17. Kamarul - http://www.soutulmujahid.com/
18. Ummi - http://nukilanummiabi.blogspot.com/
19. Nugrul - http://www.nugrulsakura.my/
20. Liza - http://syahidahbillah.blogspot.com/

 Sukarelawan Yang hadir Program Amal Mesra Blogger Bersama Anak Yatim 
1. Syafiq
2. Andi
3. Mcdee
4. Zul
5. Nasrul
6. Hadi
7. Dayat
8. Karlida
9. Hadi Kahar (suami tercinta, hihi)
10. Faidzal
11. Nini
12. Wan
13. Kak ngah
14. Khairul
15. Poksu
16. Moksu
17. Kak Lim
18. Joey
19. Salim
20. Kak Dahlia
21. Kak Nora
22. Kak Alia 
Aku saluted dengan semua urusetia program ni. Banyak kerah tenaga,masa,dan segala-galanya demi menjayakan event ini. Aku tunggu next event. Nak dating-dating dengan blogger semua. hehe. 
Pada yang ingin menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim ni, silalah transfer ke akaun Maybank Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari562085584770 atau CIMB 12830001013100. Setiap bantuan anda, sangat meringankan beban mereka. Mudah-mudahan Allah SWT membalas jasa baik mereka semua yang membantu anak-anak yatim ini.

p/s : dah habis review untuk event ini. Terima kasih sudi membaca dan tinggalkan komen korang yang bernas-bernas okey. Muahh!
DICORET OLEH :

MALAM KEMBARA DAKWAH RASULULLAH SAW (LIVE)

Assalamualaikum...
Syukur alhamdullilah, kerana diizinkan Allah SWT untuk menghadiri majlis ilmu sebegini bersama suami dan ipar duai. Pada yang sedia maklum, rabu minggu lepas aku ada publish satu entri berkenaan dengan Malam Kembara Dakwah Rasulullah SAW bersama Habib Syeikh Al-Sagaf.  Korang ada baca tak? (sila klik link yang dibold dan dibesarkan font itu)
06.30 petang : last minute, suruh suami try ajak bestfriend dia. Alhamdullilah. Akhirnya kami dapat pergi, tapi tidak bertiga saja. Abang ipar dengan akak ipar pun joined sekali. Muat satu kereta, hahaha, cam sardin pun ado gak. Takpe, dalam tak sedar kami berhimpit kat belakang tu akhirnya sampai jua kami ke destinasi iaitu Dataran Merdeka
08.35 malam : subhanallah, ramainya umat Islam sama-sama menghadiri majlis ini. Sepatutnya jam 8.30 malam dah start, tapi kerana menghormati waktu solat Isyak dan berkemungkinan orang akan keluar lambat lepas menunaikan solat, jam 9 malam bermulalah kembara dakwah tersebut.
kami duduk jauh sikit...
pengantin forever, insyallah :)
09.00 malam : oleh kerana kami tak dapat duduk dekat dengan pentas, tak dapat nak snap picture Habib and the gang masa tengah berqasidah. Spek pulak buat hal, dah tercalar balar lepas 2 minggu tertinggal dalam kereta mak. Apakah nasib ku? hmm. Sikit-sikit je nampak, nasib baik ada screen besar. Membantu sangat-sangat. hee. Rasa tenang sangat dengar alunan Qasidah daripada Habib. Kami semua sama-sama berqasidah.
11.00 malam: qasidah dah habis baca. So ada ceramah sikit berkenaan dengan Rasulullah SAW. Semua masih tidak berganjak dan menghayati ceramah dan dakwah yang disampaikan.
11.30 malam : terasa sekejap sangat masa di situ. Hihi, ada gak gambar berdua dengan suami tercinta. Nah, aku tepek sekeping dua gambar untuk tatapan kalian. Insyallah, sekiranya ada lagi majlis ilmu seperti ini aku akan war-warkan kepada korang semua ya.
DICORET OLEH : 

FESYEN MANJA ON FACEBOOK

Assalamualaikum...
Mohon rakan-rakan semua 'LIKE' page Fesyen Manja. hehe. I baru je buat dalam 2 hari lepas. Masih fresh lagi. Kalau ada yang sudi nak tolong promote ke, kita dahulukan ucapan terima kasih. Jangan rasa dipaksa pula ya. Kalau tak ikhlas, nevermind. Lupakan aje permintaan aku ini. hehehe.

Ramai yang tanya pasal saiz. FYI, item first batch ni aku amik size S dengan M dulu. If my business run smoothly, insyallah i will take all size and put it on my shop. Just wait for it. For now, i need your supportive darling-darling. hehehe.

instagram - fesyenmanja
facebook - fesyen manja
email - fesyenmanja@gmail.com

p/s : Sekiranya korang segan silu nak add aku, bagi id korang. Aku add okey ?

DICORET OLEH :

GAME : SUBWAY SURFF

Assalamualaikum...
my first goal, hehe
suami tolong naikkan score
thank you hubby!
Dimasa terluang, suami suka main game. Biasa amik secara free kat play store. Kan banyak game yang famous amous kat situ. Contoh game yang beliau suka sekali adalah Temple Run, Temple Run 2, Subway Surfers, Word Search dan Real Football 2012. 
Kadang kala, kami suami isteri suka bergurau dengan mencabar diri masing-masing untuk create highscore yang marvellous! Setiap game mesti ada penglibatan antara kami berdua kecuali Real Football 2012. Yang tu khas beliau main seorang diri. hehe. Aku inform kat beliau (sambil buat muka seposen dua), score yang aku buat dalam game Subway Surfers tu paling rendah di antara rakan facebook aku. Maka, dengan baik hatinya suamiku cuba pecah lagi rekod. hehe. Daripada nombor ke 22. Sekarang aku di kedudukan 15. hehe. Cute tak? 
Sebenarnya, main game ni boleh meng-rileks-kan diri. Lupa pada benda yang tension-tension. Apa kata, korang take five dekat office tu. Layan game kegemaran korang. Tapi ingat, jangan main sampai lupa diri, tak ingat kerja dan kantoi dengan bos! hehe :) 
DICORET OLEH : 

WECHAT BERSAMA KESAYANGAN

Assalamualaikum...
Korang perasan tak? Zaman IT ni betul-betul buat kita mengejar dia. Segala kemudahan nak bayar bil, transfer duit, shopping online dan bermacam lagi semuanya dengan mudah. Hanya dihujung jari anda katanya. hehe. Kalau siapa buta IT tu, mungkin tak kisah dengan segala macam kemudahan ni. 
Yang pasti, sekarang ni semua berlumba-lumba nak beli smartphones yang canggih manggih. Install itu ini kat phone. hehe. Dulu popular My Space, Facebook, Twitter, BBM, Whatsapp dan sekarang WeChat! hehe. 
Aku bukan tahu pun kewujudan benda alah ni. Suami aku cakap kawan-kawan Cina dia semua pakai ni berbanding Whatsapp sebab diorang boleh talk to talk macam walkie talkie. Atas desakan suami tersayang, aku install benda ni dan buat satu akaun. Sekarang, setiap masa boleh dengar suara suami. Tengah kerja, tengah makan ataupun kat mana-mana. Macam suara suamiku mengekoriku sahaja! Vahvahhh poyo cam buat novel lak. hihi. Kalau ada sesiapa nak wechat dengan hamba, add -->>Sheila Salim
DICORET OLEH : 

SAMBUTAN ULANGTAHUN BIG BOSS

Assalamualaikum...
Selamat hari jadi... selamat hari jadi.. selamat hari jadi my big boss. Selamat hari jadi....
Semalam, my ofis ada buat jamuan sempena Ulangtahun Kelahiran bos kitorang. Sorry lah, atas kek tak letak umur beliau. huhu. Kalau letak, heyyyy boleh mendatangkan kerisauan pada semua orang. Kot-kot beliau mengamuk besar sebab takmau terima kenyataan pasal umur beliau semakin mentuakan diri, hihi ;p

Semua pekerja ofis bersama-sama meraikan kecuali my manager yang dah di-transfer-kan ke Penang Branch. heee.

To my big boss, semoga panjang umur, murah rezeki dan sukses dalam hidup. Insyallah. Gaji naik boleh bos? hahahahahah. *lariiiiii*

DICORET OLEH : 

PARCEL DARI YANA

Assalamualaikum...
Shiseido Mask! Wahwah, sejak akhir-akhir ni feeling macam hape ntah. Rasa nak mengedik, rasa nak tergedik. Grrrrr.. Sebenarnya, jauh disudut hati aku memang dah lama aim benda ni. Tak tahu nak beli kat mana dan kat siapa. Mujur +yana aina jual kat kedai blogshop beliau. 
Ngam pulak time tu ada sales. Normally orang jual satu ni RM 2.50. Yana kasi 5 paket berharga RM10.00 tak termasuk postage! Kelabu terus mata time tu juga. hahahahha. Korang boleh check entri Puan Yana kat sini
Aku order, bayar dan terus dapat. Mudah gila berurusan dengan yana ni. And one thing yang buat aku terharu dengan dia. Aku tak reti guna CIMB Click via my tab. So takleh nak transfer duit. She so believed me walaupun kami tak pernah berjumpa sekadar melalui blog sahaja selama ni. Dia hantar barang, aku bayar kemudian. EH? Ada ke orang lain bukak blogshop online camni? Non hado! Nehi! Aku terharu betul dengan Yana.
Selang sehari lepas aku berjaya buat transfer duit tu, terus dapat parcel mask. Siap ada gift lagi tau. hehe. Terima kasih banyak-banyak Puan Yana! Insyallah kalau ada duit lebih, sheila order dengan yana lagi ye :)
DICORET OLEH : 

MALAM KEMBARA BERSAMA HABIB SYECH AS SEGGAF

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Jom pakat pergi tengok beramai-ramai. Subhanallah, aku dah lama nak hadiri dalam kembara dakwah beliau. Sedap betul dengar alunan Qasidah dan selawat daripada beliau, masa tu first time tengok rancangan beliau di TV Al-Hijrah. Abang ipar aku joined kembara beliau masa tu. hee. Semoga kami dapat menghadirinya.
Lokasi : Dataran Merdeka
Hari : 23 Mac 2013
Waktu : 8.30 - 11.30 malam
sheila shahfiekry
wajib beli! best, rajin-rajin lah ye (^__^)
DICORET OLEH :

PEPLUM MURAH + POSTAGE

Assalamualaikum...
Dengan lafaz bismillahirohmanirrohim, aku buka Fesyen Manja untuk umum. hihi. Lega akhirnya impian tercapai. Dulu aku memang pernah buka blogshop, tapi aku jual baju vintage style. Disebabkan hampir 2 tahun ditutup untuk sementara, akhirnya aku nekadkan hati dan cuba masuk balik industri blogshop ni. 
Dalam masa terdekat ni, aku akan buat satu blogshop. Meanwhile, sesiapa yang ada instagram boleh add Fesyen Manja. Takpun, tinggalkan id instagram korang kat ruangan komen ni. Aku add kemudiannya.

Konsep aku mudah je, fesyen pun takda seksi meksi. No! Nehi! Aku harap para wanita diluar sana yang gila fesyen, silalah berfesyen dengan bijak! hehehe. Pesanan ikhlas daripada aku :)
p/s : sehelai peplum rm30 termasuk postage. Beli banyak, lagi murah.
DICORET OLEH : 

HADIAH TERMISTERI BUAT KU

Assalamualaikum...
Ini entri paling fresh. Masih panas dan kelaparan. Eh? hehehe. Actually, tadi aku terima satu parcel berisi fridge magnet dan keychain dari Melaka. And im so blank. Aku rasa cam aku takda pun menang pertandingan apa-apa yang membolehkan aku memenangi hadiah termisteri dan paling cute ni.

Boleh tak sesiapa tampil memberitahu pada aku, sekiranya korang yang hantar ni. Dalam envelope tu takda nota kecik. Tolong ehh kawan-kawan...

DICORET OLEH :

PROGRAM AMAL ANAK YATIM - PART 5

Assalamualaikum...
Review kedua terakhir, entri ini tak berapa panjang pun. Sesi penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang ,semua blogger dan semua anak-anak yatim. Ceria sungguh para blogger dan sukarelawan masa dapat hadiah masing-masing. hihi. Anak-anak yatim semua dapat hadiah terus menghilang. Yang tinggal sikit je. Aku dan suami, hadiahkan 2 file keras kat anak yatim sebab kitorang tak guna pun benda alah tu nanti. Daripada simpan berhabuk kat rumah, baik beri pada yang lebih memerlukan. hee.

Selepas penyampaian hadiah, Nadia selaku ketua segalanya memberikan wang kutipan hasil derma dan ihsan manusia-manusia yang prihatin kepada Ustaz Hayaudin. Pastu bagi Ustaz microphone untuk memberi sepatah dua kata...

Time tu, masing-masing beri perhatian sepenuhnya pada Ustaz. Sedih, sebak dan pilu datang bermukin dihati. Antara bait-bait Ustaz yang menyayat hati kami semua adalah "Siapa sangka blogger yang tiada apa apa, tiada penaja besar, tiada vvip, dan bukan dari institusi mana mana, boleh menyempurnakan majlis ini. Ustaz sangat terharu dan berterima kasih kepada semua. hanya Allah mampu balas jasa baik kalian semua." 


p/s : jangan lupa, ada review lagi. Review yang terakhir. hehe. Just wait for it!
DICORET OLEH :