Assalamualaikum...
Review kedua terakhir, entri ini tak berapa panjang pun. Sesi penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang ,semua blogger dan semua anak-anak yatim. Ceria sungguh para blogger dan sukarelawan masa dapat hadiah masing-masing. hihi. Anak-anak yatim semua dapat hadiah terus menghilang. Yang tinggal sikit je. Aku dan suami, hadiahkan 2 file keras kat anak yatim sebab kitorang tak guna pun benda alah tu nanti. Daripada simpan berhabuk kat rumah, baik beri pada yang lebih memerlukan. hee.Selepas penyampaian hadiah, Nadia selaku ketua segalanya memberikan wang kutipan hasil derma dan ihsan manusia-manusia yang prihatin kepada Ustaz Hayaudin. Pastu bagi Ustaz microphone untuk memberi sepatah dua kata...
Time tu, masing-masing beri perhatian sepenuhnya pada Ustaz. Sedih, sebak dan pilu datang bermukin dihati. Antara bait-bait Ustaz yang menyayat hati kami semua adalah "Siapa sangka blogger yang tiada apa apa, tiada penaja besar, tiada vvip, dan bukan dari institusi mana mana, boleh menyempurnakan majlis ini. Ustaz sangat terharu dan berterima kasih kepada semua. hanya Allah mampu balas jasa baik kalian semua."
p/s : jangan lupa, ada review lagi. Review yang terakhir. hehe. Just wait for it!
DICORET OLEH :
8 comments
wahh dh part 5!! alhmdlh ... niat yg suci Allah permudahkn ^^ tahniah buat kalian
hehehe, alhamdullilah. syukur semua berjalan dengan lancar. hehehhee. terima kasih yana :)
Stuju sgt2 dgn apa yg ustaz tu ckp. respek kat korg!
terima kasih awak, heheheh. ini semua kerjasama urusetia dan para peserta :)
terharunyer, bangga dgn usaha2 sebegini
hee, terima kasih KA. alhamdullilah syukur semua berjalan dengan lancar dengan izin-Nya :)
program ni korang buat kat mana ye? semlm ada ternampak banner yg sama tu kt kg melayu subang. kalau tau, bole join aritu
kat kampung Melayu Subang kak suria! maknanya betullah akak nampak banner tu kan? hee. program ni under blogger Nadia Farahida and the geng. sheila peserta je kak suria :)