PROGRAM AMAL ANAK YATIM - PERMATA HATI | norsheilasalleh.blogspot.com

PROGRAM AMAL ANAK YATIM - PERMATA HATI

Assalamualaikum...
Ada juga terselit lagi aku dikalangan anak-anak kecil ini. Comel tak diorang? Diorang mesra alam tau. Minta berkumpul nak tangkap gambar, laju je datang.

Rata-rata budak perempuan kat sini tak banyak cakap dan malu walaupun dengan budak lelaki yang duduk sini. Aku suka tengok sifat pemalu diorang ni. Terlintas gak kat hati ni nak amik seorang jadi anak angkat. hehe.

Perasan tak budak lelaki tengah kat bahagian depan yang buat muka pelik tu? Suami aku satu geng dengan dia. Masa semua orang tengah sibuk nak dapatkan nama hero tv yang terbaik sebagai nama kumpulan, ada satu conversation antara suamiku dengan budak lelaki tersebut.
Suami tanya Ultraman atau Ultraman-T mana satu lagi power? Budak lelaki comel tu jawab Ultraman-T paling kuat. Tiba-tiba dia sambung, tapi Allah lagi kuat. Suamiku terdiam. Bayangkan, budak sekecil camtu sentiasa mengingati Allah SWT dalam setiap perkara dalam hidupnya. Kami berdua kagum dengan si kecil pintar ni. Sedih wehh bila teringat kenangan dengan mereka semua (T___T)
p/s: Akak doakan korang semua berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat! Jangan lupa jasa baik Ustaz dan Kak Zu yang jaga korang selama ni okey. Nanti ada masa akak datang jenguk korang lagi, insyallah :)
DICORET OLEH : 

16 comments

March 3, 2013 at 1:48 PM

sedihhhhhhhhhhhhhh T______T

March 3, 2013 at 5:22 PM

tenang melihat wajah mereka.. semoga mereka membesar dengan baik, InsyaAllah

March 4, 2013 at 10:35 AM

kita pun sedih gakkkkk =.='

March 4, 2013 at 10:37 AM

amin, insyallah sara. kita doakan yang terbaik untuk mereka ♥

March 4, 2013 at 11:38 AM

semoga mereka terus membesar dgn sihat, bijak & soleh/solehah hendaknya...

March 4, 2013 at 11:51 AM

insyallah zana. kita doakan yang terbaik buat mereka semua ♥♥♥

March 4, 2013 at 2:16 PM

Alhamdulillah. berjaya didikan mereka kat umah anak yatim tu kan.. gembira tgk shiela buat aktiviti macam ni... =)

March 4, 2013 at 2:37 PM

alhamdullilah syukur sangat kakak maria. mudah-mudahan. doakan yang terbaik buat mereka ♥

March 4, 2013 at 3:36 PM

kita doakan yang terbaik untuk hidup dorang ye.. semoga jadi insan yang soleh & solehah

March 4, 2013 at 3:45 PM

terima kasih zue. insyallah. semoga mereka dalam perlindungan Allah SWT ♥

March 5, 2013 at 7:53 AM

amalan yang bagus ni....ingatlah org yg susah d luar sana

- Admins Blog 3 Dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/

March 5, 2013 at 10:05 AM

betul tu ♥

March 7, 2013 at 12:38 AM

alhamdulillah..itu menunjukkan rumah amal itu menitiberatkan soal agama..semoga mereka menjdi ank yang soleh dan solehah

March 7, 2013 at 8:53 AM

tau xpeeee. jgn macam macam dgn diaorang walaupun mereka aktif semacam.. huuuu~

March 7, 2013 at 11:09 AM

alhamdullilah nadia. syukur Ya Allah, masih menitikberatkan hal agama. insyallah mereka akan membesar dan jadi orang yang soleh dan solehah :)

March 7, 2013 at 11:10 AM

betulll tu eida. kita taktahu hati diorang camne kannn :)

Post a Comment