norsheilasalleh.blogspot.com: April 2014

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum...
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas basah (wet tissue) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air terlebih dahulu. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang, menggunakan air mengalir supaya bersih. 

Tujuannya supaya apabila bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan daripada kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

Adab Memandikan Bayi Baru Lahir
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di dunia rahim. Justera ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam. Antara yang mungkin kita tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kesan mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah pembentukan tulang yang baik.

1) Seeoloknya mandikan bayi waktu dhuha kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2) Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian barulah disiramkan ke kaki , seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3) Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ia akan membuatkan pengaliran darah bayi berjalan dengan lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4) Seterusnya siraman dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5) Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6) Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selsema atau jangkitan kuman.

7) Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan tali pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses 'gugur' tali pusat.

8) Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Share ya, biar semua tahu.

p/s : kredit buat artikel

Hilangkan Parut Stretchmark

Assalamualaikum...
Benda ni sepatutnya awal-awal lagi publish. Sejak stretchmark dah mula menjalar, baru terfikir nak up juga tips untuk menghilangkan parut stretchmark. Sebenarnya sejak masuk 3rd trimester ni aku duk menunggu kemunculan parut stretchmark ni. Finally on 34weeks baru mula menampakkan diri. hahahaha. 
Parut ni salah satu tanda kita berjaya gemukkan diri semasa mengandung. Lagi-lagi aku yang tak pernah nak lebih 50kg sebelum ni. hihi. Aku cuma amalkan virgin oil di sekitar perut dan paha. Tapi rasanya tips yang aku jumpa ni lebih berkesan kot. Moh ler baca ya?
sheila shahfiekry
Telur putih : mengandungi protein yang bagus untuk mencantikkan kulit, menggebukan kulit, menghilangkan parut. Sapu telur putih pada parut stretchmark.
Minyak zaitun : tinggi dengan vitamin E yang bagus untuk kulit. Sapu pada parut stretchmark. Kulit akan melembut. Bila kulit lebih lembut, kulit akan mengembang dan menghilangkan parut sedikit demi sedikit.
Daun lidah buaya (aloe vera) : potong daun lidah buaya, sapukan pada parut. Biarkan kering.
Kentang : jus kentang penuh dengan vitamin dan mineral yang membantu mengembalikan sel kulit. Caranya, potong ubi kentang. Sapukan pada parut stretchmark. Biarkan jus kentang keluar, kemudian biarkan kering sebelum cuci dengan air suam.
Harap korang boleh mencuba 4 tips ini dalam menghilangkan parut stretchmark. hihi sharing is caring (",)
p/s : kredit buat DiaryIbuMengandung

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

Assalamualaikum
[ Tekan banner di atas kalau nak join ]
Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

Checklist Beg Hospital

Assalamualaikum...
Alhamdullilah, lengkap sudah semua senarai keperluan baby dan umi. Hari ni nak share sikit keperluan yang perlu dibawa untuk ke hospital. Maybe, semua dah tahu. Tapi aku noted juga my self kat blog ni, supaya dapat membantu mommy to be (first timer) In shaa Allah. Tak rugi kita bantu orang, besar pahalanya kan.
FYI, aku refer blog NinaAz. hihi. Sebab bagi aku, blog dia memang serba serbi lengkap persediaan dia nak dapat baby Daffa Ezra. Sebelum aku mula melalut ke laut, meh baca senarai kat bawah ya.
Keperluan Bayi :-
1) baju & seluar baby
*sepasang baju panjang (berlubang)
*sepasang baju pendek (berlubang)
*sepasang baju panjang (sleepsuit with sock)
*sepasang baju pendek (untuk keluar wad)

2) Mitten, booties & topi
*2 pasang mitten (sarung tangan)
*2 pasang booties (sarung kaki)
*topi bawa satu je, untuk cover keluar wad nanti

3) bedung
*bawa 3 helai, boleh dijadikan bedung atau nursing cover

4) barut
*bawa dalam 4 helai

5) lampin pakai buang (new born)
*bawa dalam 10 keping, jenama mamy poko

6) toiletries
*beli travel pack Pigeon. All in one, yang penting paraben free

7) wet tissue
*bawa sebungkus kecil je, in shaa Allah cukup

8) minyak telon
*bawa botol kecil, untuk emergency case

9) sapu tangan
*nak buat lap mulut baby lepas menyusu

10) towel
*untuk mandikan baby
sheila shahfiekry
Keperluan Umi :-
1) kad pengenalan
*wajib bawa sentiasa (no reason nak tinggalkan dekat rumah kan)

2) buku merah
*wajib sentiasa ada dalam beg sejak 34minggu

3) guarantee letter (GL)
*wajib ada kalau mommy kerja dengan kerajaan

4) kain batik
*bawa 3 helai

5) tuala mandi
*bawa sehelai besar untuk mandi, sehelai kecik untuk buat lap badan

6) toiletries
*bawa saiz kecil, janji ada sabun,pencuci muka,berus gigi dan ubat gigi

7) nursing bra
*bawa 4 helai

8) nursing pad
*bawa kotex overnight, dalam 10keping

9) maternity pad
*beli pad Avail, amik overnight punya untuk serapan tanpa bocor. hihi

10) stokin tebal
*bawa 3 helai

11) kardigan/tudung/pakaian
*kardigan sehelai, tudung jenis sarung sehelai dan baju lengan panjang 3 helai

12) Al-Quran & Yassin
*untuk bacaan sebelum masuk labour room

13) minyak / air selusuh
*bawa air yasin atau air selusuh bacaan suami

14) beg plastik
*bawa 2 keping untuk isi barang yang dah diguna pakai

15) handphone + charger
*penting ni, kalau boleh bawa extra la powerbank untuk senang calling-calling keluarga dan sahabat handai

16) makanan
*biskut, roti atau segala makanan yang boleh dikunyah dengan cepat untuk bagi energy meneran dalam labour room.
Sekian, hopefully checklist beg hospital ni lengkap dan dapat membantu mommy sana buat preparation juga. In shaa Allah. Doakan keselamatan aku dan baby ya. Terima kasih banyak semua ~
Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bi khair
Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulit Ya Allah, sempurnakan dengan kebaikan. Amin

Soal Jawab Dengan Nuffnang

Assalamualaikum...
Korang dipersilakan klik gambar untuk tumbesaran lebih besar ya. Aku ada hantar 2 tiket pada pihak nuffnang bertanyakan pasal CPUV/CPC dan jumlah klik advertisement per day. Korang boleh check jawapan daripada pihak nuffnang ya. Rasanya sedikit sebanyak, aku mula faham la sistem nuffnang ni. hihi.
Soalan pertama : 
Hi.. selamat pagi. Saya nak tanya, saya baru check jumlah wang yang sedang dikutip dan saya perasan CPC sedang berjalan. Tapi CPUV tidak mempunyai sebarang wang. Boleh beritahu saya, kenapa saya dapat CPC tanpa CPUV? Terima kasih...
sheila shahfiekry
Soalan kedua : 
Hi... boleh saya tahu sekiranya saya klik iklan churp churp, adakah wang mereka sedang berjalan? Dan bolehkah saya klik iklan sama pada hari yang sama? Terima kasih banyak...
sheila shahfiekry
p/s : maaf, aku speaking berterabur. mohon korang baca yang aku dah translate tu. hihi ~~~

Set Berpantang Anugerah & Shaklee

Assalamualaikum...
Ramai tak mom-to-be yang first time mengandung konfius pasal set berpantang ni? Jenuh haihh baca review blog orang sana sini. But still susah nak trust to those item yang direview. Yelah, kita tak pernah guna kan. Lepas update entri set berpantang tradisional atau moden, ramai komen bagi pendapat. Terima kasih banyak semua ya. Macam-macam suggestion ado. Tiba-tiba kan, berkenan nak beli loose item. Amik item untuk kegunaan luaran je. Ramai kata jamu panas, tak elok guna kalau baby jaundice. Kena pula M2B - Ecah updated entri pasal  Anugerah. Terus berkenan hati. Baca sikit info pasal Anugerah ya.

Set Berpantang Luaran : Anugerah
sheila shahfiekry
Herbal Tangas RM58
Bertangkas baik untuk mengeluarkan peluh dan racun daripada badan. Ini penting untuk membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Membantu merapatkan saluran sulit dan rahim melalui tindakan haba yang dinamakan bertangas.
Ia membantu :
* mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin
* mengecutkan dan mengetatkan rahim
* menghindari keputihan dan mengeluarkan toksin daripada badan
* dihasilkan daripada halba, serai, daun limau purut dan temukunci
1) Rebus satu pek Herbal Tangas Anugerah di dalam air sehingga mendidih. Kemudian masukkan air rebusan dalam baldi kecil.
2) Wapkan bahagian badan yang luka selama 20 minit, gunakan kain selubung seperti kain batik untuk menutup bahagian atas pinggang sehingga ke bawah kaki untuk memastikan wap terkumpul dengan secukupnya.
3) Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, bertangas dengan selang 2 hingga 3 hari sehingga habis tempoh berpantang iaitu 44 hari.

Mandian Sauna Herbal RM48
Mengembalikan kecantikan tubuh badan adalah satu kemestian buat ibu-ibu yang bersalin. Angin yang ada didalam badan perlu dibuang segera untuk mengelakkan meroyan. Membantu anda mendapatkan bentuk badan yang ideal melalui tindakan haba yang dikenakan semasa anda mandi sauna atau mandi biasa.
Ia membantu :
* mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan
* mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin
* melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit
* dibacakan dengan doa-doa terpilih
* dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin
kandungan : 6 uncang herba
1) Rebus satu uncang Mandian Sauna Herbal di dalam air mendidih sehingga mengeluarkan bau herba yang wangi. Kemudian campurkan air mandian herba dengan air biasa semasa hendak mandi. Keringkan uncang yang telah digunakan untuk kegunaan selanjutnya.
2) Satu uncang herba boleh digunakan sehingga 2 kali sahaja.

Losyen Sejuta Khasiat (apple garden) RM26
Bukan sekadar losyen biasa untuk kecantikan dan kesihatan tetapi ia mengandungi 4 kombinasi penting yang memberi kesan terbaik buat pengguna.
1) Dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa terpilih untuk merawat, melindung dan mencapai hajat dengan izin Allah Taala.
2) Khasiat 7 herba tradisional yang terbukti berkesan untuk mencantikkan kulit dan membantu menghilangkan kesakitan.
3) Haruman Apple Garden yang segar dan sesuai digunakan setiap masa.
4) Tekstur losyen yang lembut, halus, tidak melekit menjadikan ia mudah meresap ke dalam kulit dan mempercepatkan proses pemulihan.
Ayat-ayat suci Al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat suci Al-Quran tersebut dibaca berulang kali mengikut kiraan tertentu.
sheila shahfiekry
1) Sapu pada bahagian badan yang sakit sambil membaca AL-Fatihah dan berselawat. Untuk kegunaan luaran sahaja. Pastikan Losyen Sejuta Khasiat ini tidak dilangkah.
Minyak Pilis RM15
Urat-urat yang kembang perlu dikendurkan selepas bersalin. Kerana itulah wanita yang berpantang akan mengambil pilis untuk melegakan otot, melancarkan peredaran darah dan menghilangkan sakit kepala.
Dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avacado, herba-herba semulajadi yang bermanfaat buat kesihatan. Mudah digunakan dan cepat meresap ke dalam badan. Tiada lagi sakit kepala, kabur mata dan angin. Aromannya yang nyaman sangat menenangkan.
Juga ada keberkatan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca didalamnya. Antara surah-surahnya :-
sheila shahfiekry
1) Hanya sapu pada dahi setiap kali selepas mandi. Pasti terasa tenang semasa berpantang.

Set Berpantang Dalaman : Shaklee
Since mengandung ni dah amik b-complex dan ostematrix shaklee, kita berhajat besar nak sambung guna shaklee as my supplement masa berpantang dan menyusu. Harga not bad la kalau beli sekaligus. Aku mengumpul 2 bulan baru dapat beli. Guna ID sendiri, dapat murah... Shaklee ni tersangat popular kan, baik orang muda yang belum kawin ataupun sudah pasti dah pernah cuba. Bertahun gak aku amik masa nak cuba ni, lepas sah pregnant baru terbuka hati nak beli. Testimoni aku, i like shaklee so much. Membantu sangat memberi tenaga dengan izin Allah SWT. Syukur alhamdullilah.


Vita-Lea dengan zat besi : mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral yang belum tentu kita dapat perolehi daripada makanan seharian memandangkan perlu berpantang makan. Oleh itu vita-lea ini dapat memastikan badan mendapat semua vitamin bagi menambahkan kembali tenaga dan meningkatkan kesihatan.
Vita-C : dapat memperbaiki tisu-tisu yang telah rosak sepanjang kehamilan dan kelahiran. Ianya juga membantu dalam meningkatkan sistem pertahanan badan. Jangan dilupa juga vitamin c adalah penting dalam pembentukan kolagen dan kesannya kulit bertambah cantik.
B-Complex dengan asid folik : sangat membantu dapat mengembalikan dan meningkatkan tenaga ibu-ibu. Tempoh berpantang bukanlah tempoh berehat. Ibu-ibu biasanya tidak mendapat tidur yang cukup dek kerana rengekan anak dan sebagainya. B-complex memberikan ibu tenaga luar biasa, di mana ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat.
Zinc Complex : merupakan antara supplemen terpenting sepanjang berpantang. Zinc sangat membantu dalam mempercepatkan pembaikan luka-luka luaran dan dalaman. Ibu berpantang digalakkan makan ikan haruan, dan ikan haruan ini sangat kaya dengan zinc. Adalah lebih mudah dan menjimatkan dengan mengambil kapsul zinc ini.
Ostematrix : 1 biji ostematrix = 1 gelas susu. Kita semua sedia maklum susu adalah sangat penting dalam menguatkan kembali tulang. Juga dapat membantu melawaskan ibu-ibu sepanjang berpantang.
Esp : membantu memberikan tenaga segera kepada ibu. membina sel-sel baru dan menggalakkan pengeluaran susu ibu dengan lebih pekat.
p/s : Kesimpulannya, aku amik Anugerah (loose item) untuk luaran dan shaklee untuk set dalaman. hehehe. Maybe nampak banyak, tapi aku nak cuba. Kalau bagus, aku boleh review bagi mom to be nanti. Sharing is caring... nak kredit to link & link (",)

BF Anti Colic Diet

Assalamualaikum...
kredit : Pump On The Go

Pemakanan semasa penyusuan bayi 
* pemakanan sangat penting dalam menghasilkan susu yang berkualiti dan bernutrien tinggi untuk bayi kita. Mommies semua jaga makan tau dan ada banyak makanan yang bantu memeriahkan susu ibu. Tengok cart kat atas ya...

Entri Penghargaan Buat Rakan Blogger

Assalamualaikum...
Rasanya dah lama tak buat entri penghargaan untuk sebarang kemenangan ataupun sekadar buah tangan. hee. Actually, minggu lepas dapat banyak parcel. So aku buatlah entri penghargaan secara pukal untuk beritahu kepada pengirim semua yang aku dah terima parcel mereka. Happy betul dapat banyak parcel. hihiii.. Nak ucapkan berbanyak terima kasih dekat kalian semua, semoga dimurahkan rezeki kalian sekeluarga. Amin.
*hadiah top komentator blogger Maszull
*buah tangan Vietnam daripada Ila
*hadiah top komentator blogger Yumida
Awak, terima kasih banyak untuk suprised gift tu! Kita melting tengok baju baby tu Y____Y"
*buah tangan Bali daripada blogger Kak Farah
*buah tangan daripada blogger Kekda
p/s : debor tunggu parcel seterusnya~

Cantik Berseri Dengan Placenta White

Assalamualaikum...
Placenta White by Nikko
Lagi fenomena baru dalam industri kecantikan, memperkenalkan Placenta White by Nikko. Baru dilancarkan awal April, dan semakin mendapat tempat di hati pengguna yang menginginkan kulit wajah tampil berseri dan putih tanpa gangguan cela di wajah. Aku agak ada yang baca senafas tak tadi? heee. Ada 4 fungsi kebaikan ramuan yang terkandung di dalam produk ini. Iaitu salmon, vitamin C, collagen dan glutathione. Kesemua 4 ini mempunyai kebaikan tersendiri dalam membaikpulih wajah pengguna. Boleh tengok gambar di bawah :-
sheila shahfiekry
Walaupun masih baru dalam industri kecantikan, terdapat pengguna yang telah memberikan testimoni berkesan selepas mencuba produk PW ini. Antaranya kulit semakin cerat dan jerawat hilang dalam masa 1-2 minggu penggunaan sahaja. Satu botol PW untuk kegunaan sebulan sahaja dan harus diambil 1 biji selepas sarapan dan 1 biji lagi selepas makan malam. Berperisa strawberry dan hanya perlu dihisap atau telan. Paling aku suka sekali, produk ni boleh diambil oleh ibu mengandung, ibu menyusu dan wanita sedang datang bulan (haid). Memang tidak menyusahkan, penggunaan PW cuma memerlukan minum air kosong yang banyak dan kurangkan pengambilan kafien.
Placenta White by Nikko
Placenta White by Nikko
Jangan malu, jangan segan untuk cuba produk yang dijamin halal dan telah pun mendapat kelulusan KKM ni. Tak rugi mencuba rasanya. Nak tahu info lebih lanjut boleh terjah :-
instagram : Placenta_White
no tel : 013-3633 244
harga sebotol untuk Semenanjung RM90
harga sebotol untuk Sabah & Sarawak RM95
Contest Placenta White by Nikko ini dianjurkan oleh Terbaek Network dan ditaja oleh Placenta White By Nikko, Farisya Anastasyia dan Farid Laham.

Cuci & Steril Botol Susu

Assalamualaikum...
Banyak info aku cedok daripada blog Nina ni. Bersyukur sangat kenal dia walaupun baru lagi. hiewhiew. Boleh dikatakan persiapan dia lengkap, siap berpart lagi entri. Mudah nak diikuti. Sebelum kita mulakan sesi, mari kumpulkan dulu segala botol untuk dicuci mesra (^___^)
sheila shahfiekry
Aku rendamkan segala botol dan penutup dalam besen menggunakan liquid cleanser berbau mint antara 1/2 jam atau lebih. Kasi berbuih sikit cleanser dalam besen baru sedap nak sental botol dengan penuh kasih sayang menggunakan bottle brush. hihi. Bilas semua botol dan penutup, keringkan seketika sebelum steril. Jenuh juga nak susun semua atas alasan nak bergambar. hihiii. Sikit-sikit amik kamera. BLOGGER! Apapepun tak boleh T__________T"
sheila shahfiekry
Aku guna steriliser brand Jingle Jungle. Excited nak guna sebenarnya! Mudah je cara nak gunakan steriliser ni, kat kotak dia memang ada ditunjukkan cara penggunaan. So takda nak konfius ke blur ke. Kat bawah ni aku sediakan kaedah bergambar bagi menyenangkan kerja bakal mak-mak yang excited tunggu masa nak mencuci dan steriliser botol anak. hihiii hopefully membantu ya (",)
sheila shahfiekry
1) Sukat air 90ml dalam botol susu. Kemudian, masukkan dalam steriliser

2) Susun botol di rak bawah, puting dan sebagainya pula di ruangan atas rak atas

3) Dalam masa 8 minit, semua botol dan penutup akan steril dan stop automatik after 8 minutes. Tunggulah dalam masa 3 minit baru buka penutup serta plug off

4) Sebelum angkat keluar botol dan segalanya, make sure tangan dicuci sebersihnya. Angkat segala botol, puting dan sebagainya guna penyepit sedia ada dan keringkan atas drying rack. Lepas botol dah kering sepenuhnya, barulah lap-lap manja guna kain bersih dan simpan dalam box khas. 
Note penting : lepas dah sterilize, bila dah buka penutup sterilizer tu botol-botol yang ada kat dalam tu kena keluarkan. Kalau tak buka penutup tu tak mengapa. Boleh tahan sampai 6 jam. 
sheila shahfiekry
Sekian, selesai sudah sesi cuci dan sterilize ~~~

Blogger Giveaway by Tasbih Cintaku

Assalamualaikum...
Blogger Giveaway by Tasbih Cintaku
klik gambar untuk join giveaway awesome ni
Sebagai rakan blogger, haruslah aku support giveaway Puan Mah aka ibu kepada baby Azwa yang manis macam gula tu. hehe. Tengoklah apa hadiah yang ditawarkan. Menarik hati kan? Kalau dapat ni elok benar kalau dihadiahkan kepada orang-orang terdekat. Beliau tersangatlah berkemahiran tinggi serta daya kreatif yang melampau dalam bab DIY (do it yourself). Lagi dasyat masa nikah, banyak hasil kerja tangan beliau sendirian berhad. Jimat ongkos kan... Kagum dibuatnya oleh aku si tidak kreatif ni. hihi ;p
Blogger Giveaway by Tasbih Cintaku
Antara hasil kerja Puan Mah, rajinnya awak Mah oi. Geram tengok tasbih comel camni. Haa lupa nak beritahu, selain hasil kerja ni korang boleh juga order corsage, handbouquet, kertas kraft dan juga ada pakej baru tasbih beserta Al-Ma'thurat (kecil). Kiranya nak buat kenduri kesyukuran, akikah atau majlis nikah jangan segan nak gunakan khidmat Puan Mah ni, kan lebih manis kita berikan cenderahati berguna seperti ini kepada sanak saudara serta jiran tetangga? 
Satu pelaburan yang menarik tau, kalau 30 orang guna tasbih yang kita hadiahkan ni dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW... berganda-ganda pahala sampingan kita. Kalau 100 orang? 500 orang? Allahuakbar. Bagus betul Puan Mah ni... Tambah saham untuk akhirat (^_______^)
Blogger Giveaway by Tasbih Cintaku
jangan lupa singgah facebook - Tasbih Cintaku kalau berkenan nak tempah untuk majlis korang. hehe ~~~

Maternity Nursing Murah

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
Kali ni, kita mai jelajah lagi GM Klang buat kali kedua... Sejujurnya, aku pergi kali ni memang dah niat nak cari baju muslimah khas untuk nursing sekali. Yang website Aqeela Muslimah Wear terpaksa aku cancel sebab alasan tertentu. hihi. Sedia maklum, semua baju lama dah tak muat. Dah derma kat adik-adik. Maka pencarian ini harus dijayakan bersama dengan kiriman barang baby oleh mommy to be. Serius memang letih nak tawaf GM Klang kali ni. Mungkin juga kerana badan makin memberatkan diri >_____<
Aku jumpa satu kedai nama Qsara, tengok-tengok baju yang dia jual semuanya bercirikan muslimah. Labuh dan paling penting ada butang di bahagian dada. Automatik boleh jadi nursing juga. Alhamdullilah syukur. Puas la cari design yang berkenan dihati. Masuk fitting room berulang kali. And finally, berjaya borong 3 helai. Yang buat kitorang suami isteri terperanjat adalah saiz baju aku semakin membesar. hahaha ;p
sheila shahfiekry
Syukur alhamdullilah, makin melengkapi checklist umi + baby. Next month berlenggang kangkung, tunggu masa masuk labour room je (",)

GA Nurul Yui Collection

Assalamualaikum...
Semua syarat sheila dah follow dengan jujurnya. hehe. Boleh tengok semua syarat yang ada pada gambar atas. Kalau nak join giveaway ni, cepat-cepat klik gambar ye. Semoga murah rezeki yui dalam bisnes ni. Amin (",)

Pastel Hand Sock

Assalamualaikum...
Macam-macam jenis hand sock keluar kat pasaran Malaysia ni... Kalau tengok pun sure terliur. Cantik sangat dan terdapat pelbagai jenis fabrik. Antara yang buat aku jatuh cinta, semua gambar di atas. hehehe. Korang terpikat tak? Warna pastel la mostly. Boleh pakai ikut tema baju. hehehe. Selama ni aku ada warna coklat dengan hitam je. Beli cap pasar malam je, tapi tak sedap sangat bila pakai. Hand sock jadi besar lepas basuh dan gelebeh pula. Jadi, bila aku pakai hand sock tu tidak terletak cantik kat lengan. Kalau tersingsing lengan baju, hand sock tu ikut tersingsing sekali. Frust nongeng dibuatnya T______T"
Dah hujung pregnancy ni, aku pujuk la suami belikan hand sock baru. Murah pastu selesa sangat. Aku tak berani beli yang ada lace sebab risau takleh masuk kat bahagian lengan. Al-maklong lah, tangan orang mengandung. Kejap besar, kejap kecil. Gitu ;p
sheila shahfiekry
p/s : ada sesiapa berminat tak nak beli ni? nak tempah atau borong banyak, boleh email sheilashahfiekry@gmail.com

Mendobi Pakaian Baby

Assalamualaikum...
Yeayy, dah sampai part paling dinantikan. Segala baju bajan baby dibasuh, disental dengan penuh kasih sayang. hiewhiew. Mujurlah baju baby tak beli banyak, so takdalah nak rasa penat membongkok kat dalam bilik air lama-lama. hehe. Sejak krisis air kena catu, walaupun kawasan rumah tak kena tapi kami amik langkah berjaga juga. Tong dengan besen mandi sentiasa penuh dengan air. Nak dobi baju baby pun, buat dalam keadaan berjimat cermat air. Elak pembaziran gitu. 
Nah, sebelum dibasuh. Jujur gila aku susun cantik-cantik. Apa motif? ;p
sheila shahfiekry
Baju bajan kita rendam satu besen. Tuala dengan sapu tangan lain besen. Dan sebesen lagi khas untuk barut, bedung, mitten, botties dan stokin yang cinonet tu. Detergent yang digunakan Pureen jenis serbuk tu. Guna satu sudu setiap besen. Tapi serbuk punya kurang berbuih la. Bau memang best, macam bau baby. Aku campur air panas dengan air sejuk untuk basuhan baju bajan tu  (",)
sheila shahfiekry
Lepas rendam 40 minit, sental dengan penuh kasih sayang. Perah pun penuh kasih sayang. Wahh semuanya nak berkasih sayang. Mengada betul. Kita sidai dalam rumah je, sebab senang kering. hehee. Sidai semalaman pun boleh, kita amik masa 1 hari. Tinggal belum lipat masuk beg bawa pergi hospital. heee. Babanya balik kerja, excited tengok baju siap basuh. hihiiiii patutnya memdobi bersama, tapi aku terlebih rajin buat sesorang. kihkihhh ^^
sheila shahfiekry
Selesai sudah sesi mendobi ~~~

Serbuk Cheese Ala KFC

Assalamualaikum...
reward untuk tekak ^___^
Mesti cheezy wedges KFC menggamit ingatan korang kan? Pheww! Aku boleh dikatakan suka sangat order cheezy wedges setiap kali masuk KFC. Macam side dish wajib ada. hahaha. Kemunculan serbuk cheese ni dah lama bertapak. Aku je yang tak pernah beli dan rasai sendiri. Haritu terjebak lepas tengok Isma Ilya update gambar kat instagram dia. 
Laju-laju aku buka instagram penjual serbuk cheese ni. Ada promosi pula 200gram serbuk cheese dapat free 100gram mayonis dengan free postage. Lagi lajulah aku buka cimb clicks dan buat payment. Gelojoh betul sheila ni... Tak lupa juga untuk masuk Econsave beli fries, nugget dan hotdog. Tak sabar nak rasa kengkononnya...
Serbuk tu biasa aku amik 2 sudu, campur dengan air suam/air panas. Kacau sampai sebati. Pastu makan panas-panas dengan fast food. Fuhhh terliur tak korang? ;p
facebook : Dinodinoenterprise
instagram : Dinodinoenterprise
whatsapp : 019-348 8850

Giveaway Simple-Simple By Shad

Greetings and Assalamualaikum to all.
Jemput Join ya.

Klik Banner untuk Join

Senarai Hadiah
R Series Luxury Set from Cosway x2
Novel Pilihan Sendiri x5
R Series Hand & Body Lotion x3
Bawal Plain + Cute Brooch x3
Top-up RM5 x5

Due Date : 21 April 2014

Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum...
Dikreditkan khas buat Marissa Shoppe ya. Semoga sedikit sebanyak beri info berguna untuk kita pratikkan kemudian :-
sheila shahfiekry
1) Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi kesejukan.
2) Sediakan segala kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung kaki dan tangan, barut, minyak telon dan sebagainya sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dengan baik dan lancar, anda turut berasa lebih tenang.
3) Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya sehingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan 'alcohol swab' yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.
4) Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.
5) Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.
6) Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.
7) Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
8) Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.
9) Sehinggalah dia berusia lebih 4 minggu, bayi tidak mampu mengawal pergerakan kepalanya. Jadi pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya. 
10) Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-olah masih berada dalam perut ibunya. 
11) Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan kembung atau muntah.
12) Susukan bayi anda sekerap mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.
13) Berilah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut.
p/s : Menjaga bayi baru lahir sesungguhnya bukanlah perkara mudah, apatah lagi bagi ibu baru. Dengan kesihatan ibu yang masih belum pulih sepenuhnya, si bayi pula perlukan perhatian. Selain sokongan orang sekeliling, ibu juga perlu jaga kesihatannya dengan baik supaya dapat elakkan stress atau 'gila meroyan' istilah melayunya. Ibu perlu lengkapkan keperluan nutrisi tubuh dengan sebaiknya supaya badan sihat, cergas dan ceria menjalankan tanggungjawab seorang ibu (",)

Sanah Helwah Ya Zauj

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry
" Sanah Helwah Ya Ukhti Ya Zauj, Norhadi bin Kahar. Uhibbuki fillah, in shaa Allah hingga ke Jannah. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki yang halal dan jadi baba yang terbaik untuk zuriat kita "
Dah bertambah satu lagi angka pada usia awak, terima kasih banyak suamiku sentiasa ada untuk isterimu samada dalam susah mahupun senang. Alhamdullilah, tahun lepas dapat juga berhoneymoon di USS, Singapore & Krabi, Thailand. Tahun ni mungkin tak ke mana walaupun dah beli flight tiket murah, kena cancel sebab nak buat persiapan nak sambut zuriat kita. Syukur alhamdullilah. Tak ada rezeki nak sambut 2nd anniversary tapi dimurahkan rezeki hadirnya zuriat penyeri rumahtangga kita. In shaa Allah. Tak sabar kan nak jadi umi dan baba (",)

Segmen : Sihat Bersama SHAKLEE (siri 2)

Assalamualaikum...
Dah like Vitamin Kesihatan Keluarga (fb : Sheila Salim)
tempoh segmen : 02 April - 22 April 2014
Terdapat 17 kebaikan zinc, boleh baca di entri mama lynn. Semua syarat-syarat sheila dah follow tau, semoga murah rezeki baby dapat hadiah Zinc Complex (120tables)

Storage Bottle - Bumble Bee

Assalamualaikum...
Pernah up entri pasal parcel datang lagi, seperti yang dijanjikan kita review sikit la pasal storage bottle. Sebenarnya tak terlintas pun nak beli sebanyak ni. Tapi tengok promosi dekat page E-MumShop 30 botol bumble bee RM90 termasuk postage ke Semenanjung. Kita tak beli on the spot, makan hari gak fikir adakah botol simpan susu ni berguna untuk kita? Siap senaraikan hujah kebaikan dan keburukan untuk bentang dekat suami (wajib refer suami, atleast beliau tahu apa yang kita beli untuk persediaan jadi umi)
sheila shahfiekry
Banyak kebaikan sebenarnya ;
2) Grab waktu promosi! Standard harga 10 botol (tak kira apa jenis) rm30 ke atas
3) Just tambah teat medium flow (puting) untuk jadikan botol susu anak
4) Pump and storage in the same bottle. Sebabnya BB ni standard neck. Refer gambar bawah ya
sheila shahfiekry
5) Menyenangkan diri sebagai bakal umi yang bekerja, boleh pump direct ke botol, storage kat freezer, masuk warmer, tambah teat dan terus bagi baby minum *jika dijaga pengasuh luar*
6) Boleh masuk ke dalam warmer Jingle Jungle
7) Boleh guna banyak kali, atleast sampai warna botol berubah ataupun 6 bulan sahaja.
Senang cakap, bumble bee ni standard botol yang wajib ada la kalau nak buat storage botol atau botol susu anak terus. Macam aku ni, nak jimat selagi boleh. Beli teat 2 jenis dah cukup. Suami pun happy dengan isteri bijak berbelanja. hahaha. Aku ada beli breast milk storage bags 25pcs dan dapat free 25pcs lagi masa beli breast pump. Yang tu kira back up storage la. Boleh? hiewhiew ;p
sheila shahfiekry
Kalau berkenan, bolehlah terjah kedai yang terletak di :-
E-MumShop Enterprise
No.22, Jalan SG 1/15,
Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan
fb: E-MumShop
website : www.e-mumshop.com
email : admin@e-mumshop.com
h/p : 012-9165056

Snow Bear Single Electric Breast Pump

Assalamualaikum...
Aku baca kat blog m2b Mizz Tina pasal breast pump ni. Ada juga brand yang aku tak pernah dengar, al maklumlah first experience kan? Review daripada teman rapat pun non hado. Dengar cerita setanding Medela Swing. Ramai juga rakan blogger yang beli brand Snow Bear ni termasuk yang dikenali Kak Suria Qistina. Iolss terpengaruh juga nak beli. Kang dah bersalin, kita buat review pengalaman menggunakannya ya. Lagi pun harganya murah sikit daripada jenis manual brand mahal. Masa promo RM199 aku tak sempat grab, beli harga baru RM229. Aku dah siap kemukakan dekat suami, terangkan sikit apa yang beliau nak tahu. And dia kata ikut suka. Green light! Dah siap test dekat rumah masa barang baru sampai. hihi ~
sheila shahfiekry
features daripada PumpOnTheGo :
* automatic suck-release-cycle sama macam hisapan bayi
* 3-level of suction mode boleh adjust frequency berbeza untuk keselesaan paling optimum
* let down cepat less than a minute
* susu senang dan cepat keluar
* suction kuat dan tak sakit
* cepat mengosongkan miss 'B'
* portable dan mudah dibawa kemana-mana
* boleh pakai bateri 4xAA
* parts sikit dan senang dipasang
* tiada masalah backflow closed system
* kecil dan ringan
* kualiti material yang solid dan durable rasa memegangnya sangat best macam pam mahal
* silicone massager yang lembut dan rasa betul-betul mengurut miss 'B'
* BPA free dan FDA approved
* free pos laju
* free 25pcs breast milk storage bags
* free 3pcs ice gel
* free 1pc cooler bag
sheila shahfiekry
[ total free gift yang bernilai rm60 ]
apa yang kita dapat dalam set :
1 x Snow Bear Pump Body
1 x bottle
1 x breastshield set
1 x tubing
1 x bottle stand
1 x silica shield
1 x silica valve
1 x teat & bottle cover
1 x power adapter
+++ free gifts
Support breastfeeding! Semoga Allah permudahkan urusan sepanjang mengandung, bersalin dan menyusukan anak. In shaa Allah. Kat bawah ni ada satu video tutorial camne nak guna Snow Bear dibuat oleh PumpOnTheGo sendiri (",)
Boleh juga baca review daripada Blogger Aina Aadnan tentang Snow Bear ni. Kata beliau, valve kena pandai adjust kalau tak mesti breast susah nak dipam dan susu tak keluar. Klik sini -> link
" Selain itu, boleh juga dapatkan breast pump ini di Kedai Bayi Online The Baby Store Malaysia. Dan ada banyak lagi jenama breast pump lain dengan harga yang berpatutan. Barang bayi lain pun ada dijual "
p/s : kredit buat Imah , Ayna AadnanPumpOnTheGo & The Baby Store

Tanamera & Urutan Perinuem

Assalamualaikum...
Bulan lepas aku ada update entri Opening Sale - Set Berpantang. Ingat? Alhamdullilah, dapat juga pergi ahad tu. FYI, Kedai Bornda ni dalam Giant tau. Naik tingkat 2, sebelah kiri... Kedai kecil tapi promosi punya pasal, nampak besar aje dimata aku. kihkih. Ada juga orang yang kirim belikan loose item Tanamera. hehe. So besar langkah aku sampai ke sini ~
sheila shahfiekry
Sambil menyelam minum air, beli virgin oil Tanamera untuk diri sendiri sebab nak buat urutan perinuem. Tanya kat mommy to be lain, depa kata 34weeks ke atas dah boleh buat urutan dan minum sekali. Semua item kat bawah ni dapat less 20% tau. 
sheila shahfiekry
(kiriman kak Shakina Farhan - harga dibawah sebelum diskaun ye)
brown soap RM15, virgin oil RM34, baju kelawar baby RM17
sheila shahfiekry
Virgin Oil adalah minyak terbaik di dunia yang berkhasiat memulihkan dan memberi perlindungan dari pelbagai penyakit. Kaya dengan acid laurik, satu struktur molekul rantaian asid lemak sederhana yang unik, berciri anti-virus, anti-bakteria dan anti-kulat. Nak tahu selanjutnya pasal minyak kelapa ni, klik link urutan perinuem ya. Perinuem adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur
Penggunaan semasa mengandung ;-
* untuk elak rekahan kulit
* untuk memudahkan proses bersalin tanpa pengoyakan faraj
* untuk elak sembelit
Penggunaan selepas bersalin ;-
* untuk pudarkan rekahan kulit
* untuk melembab dan mencegah kekeringan pada puting
* untuk elak sembelit
* untuk urut bayi dan elak ruam lampin
Teknik urutan perinuem ;-
1) sapukan jari dengan minyak
2) letakkan satu atau dua ibu jari ke dalam vagina
3) letakkan empat lagi jari dibahagian punggung
4) masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk "U"
5) urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali
6) selepas selesai urutan, buat kemutan di vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali. 
Lakukan setiap hari, perinuem akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.