Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir | norsheilasalleh.blogspot.com

Tips Penjagaan Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum...
Dikreditkan khas buat Marissa Shoppe ya. Semoga sedikit sebanyak beri info berguna untuk kita pratikkan kemudian :-
sheila shahfiekry
1) Mandikan bayi anda dengan air suam untuk elakkan bayi kesejukan.
2) Sediakan segala kelengkapan lebih awal seperti pakaian, sarung kaki dan tangan, barut, minyak telon dan sebagainya sebelum memandikan si kecil supaya proses tersebut berjalan dengan baik dan lancar, anda turut berasa lebih tenang.
3) Selepas mandi, lapkan tubuh bayi termasuk tali pusatnya sehingga kering. Sapukan tali pusat bayi anda dengan 'alcohol swab' yang diberikan doktor. Tak perlu sapukan dengan sebarang ubat lain. Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat doktor. Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.
4) Tuam perut dan ari-arinya dengan kain atau daun sirih yang dipanaskan dengan seterika untuk elakkan kembung perut dan angin pasang.
5) Sapukan juga perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda dengan minyak bayi untuk beri keselesaan kepadanya.
6) Pakaikan barut dengan kemas, namun tidak terlalu ketat.
7) Selepas itu, pakaikan bayi anda pakaian yang sesuai dan selesa.
8) Jika anda memakaikan bayi anda dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah terlalu lama bagi mengelakkan bayi mengalami kerengsaan dan ruam lampin.
9) Sehinggalah dia berusia lebih 4 minggu, bayi tidak mampu mengawal pergerakan kepalanya. Jadi pastikan anda sentiasa menyokong kepala dan lehernya. Apabila anda hendak meletakkannya pula, pastikan keseluruhan lengan anda menyokong tulang belakang, tengkuk dan kepalanya sehingga dia diletakkan dalam keadaan selamat di atas katilnya. 
10) Bedunglah si kecil untuk membantunya tidur dengan lebih selesa dan lama. Keadaan berbedung memberi rasa selesa kepadanya, seolah-olah masih berada dalam perut ibunya. 
11) Setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sendawakannya bagi mengelakkan kembung atau muntah.
12) Susukan bayi anda sekerap mungkin (setiap 2 jam) walaupun dia hanya ingin melelapkan mata. Kuis atau geletek tapak kakinya untuk kejutkan dari lena.
13) Berilah susu ibu secara eksklusif kepada bayi anda selama 6 bulan pertama untuk pastikan dia mendapat khasiat susu ibu dengan sepenuhnya. Jangan berikan si kecil anda selain susu ibu, hatta air masak sekalipun sepanjang 6 bulan tersebut.
p/s : Menjaga bayi baru lahir sesungguhnya bukanlah perkara mudah, apatah lagi bagi ibu baru. Dengan kesihatan ibu yang masih belum pulih sepenuhnya, si bayi pula perlukan perhatian. Selain sokongan orang sekeliling, ibu juga perlu jaga kesihatannya dengan baik supaya dapat elakkan stress atau 'gila meroyan' istilah melayunya. Ibu perlu lengkapkan keperluan nutrisi tubuh dengan sebaiknya supaya badan sihat, cergas dan ceria menjalankan tanggungjawab seorang ibu (",)

59 comments

April 10, 2014 at 8:58 AM

tips berguna pada bakal bakal ibu.. **singgah invest disini..

April 10, 2014 at 9:08 AM

persediaan yg bagus utk bakal ibu mcm sheila. take care dear ^^

April 10, 2014 at 9:10 AM

assalammualaikum shiela...
wah...seronok kan...x lama jer lagi...mesti seronok nanti..SA menabung INTI kat sini...

April 10, 2014 at 9:17 AM

sampai sekarang akak, walau pun dah anak tiga akak masih seriau nak handle baby baru lahir.. hehehe..

April 10, 2014 at 9:30 AM

BAGUSNYA TIPS NIE

April 10, 2014 at 9:37 AM

Thanks untuk info yang sangat berguna..rasa berdebar pulak nak rasa pengalaman ni..

April 10, 2014 at 10:23 AM

terima kasih di aats perkongsian tips ini sheila.. menabung digi.. :D

April 10, 2014 at 10:24 AM

dok terbayang cemana la nak mandikan baby yang masih lembik tu.. hehehe...

April 10, 2014 at 10:24 AM

tips berguna ni utk first time :)

April 10, 2014 at 10:28 AM

Semua langkah yg listed tue mmg wajib kita buat sheila.. =D

April 10, 2014 at 10:30 AM

nice info...untuk mommy2 yang baru mcm kite ni memang blur..tak tahu nak buat ape

April 10, 2014 at 10:42 AM

thanks shiela sharing tips nie..mana tau berguna nanti

April 10, 2014 at 10:46 AM

Alahai..sambil baca sambil terbayang dok jaga baby ni...asa x sabar plak...shila..pm kat fb no phone..nnt kita boleh whasup2..;-)

April 10, 2014 at 11:02 AM

Askm sheila, bangganya Ustazah kerana pemilik Marisha Shoppe adalah bekas anak murid ..he2 terima kasih sudi menabung, ustazah pun tabung jugalah di sini

April 10, 2014 at 11:20 AM

bantuan suami sgtla diperlukan..

April 10, 2014 at 11:44 AM

setuju...mmg ini yg sebaiknya...mmg sediakan brng n pkaian bby sebelum mandi...xdelah lps mandi bby kesejukkan...azwa dtg menabung untuk bkl bby...

April 10, 2014 at 11:48 AM

Zara ikut excited baca2 tips2 pasal bby ni.. =D .. haha..

Zara dtg vote sis & klik2 !yeayyy =D

April 10, 2014 at 11:52 AM

Bg sy jaga bby mudah, tapi nk jaga dan kawal emosi lepas bersalin tu agak mencabar.. Moga dipermudahkan urusan nnt ya...

April 10, 2014 at 12:08 PM

Good tips utk ibu² baru.

April 10, 2014 at 12:24 PM

BACAAN YANG BAGUS UNTUK BAKAL-BAKAL IBU.

April 10, 2014 at 12:29 PM

Assalamualaikum mok su . terima kasih tips nya :)

April 10, 2014 at 12:50 PM

baca post2 akk ni, buat dyra rasa tak sabar nak ada anak sendiri. harus FAV kan blog akk ni. nanti apa2, boleh refer kat sini je. hehe :D

April 10, 2014 at 12:59 PM

tips berguna untuk shiela..isis dua tabung di sini..

April 10, 2014 at 1:01 PM

Salam sheila, bagus tu, harap ada sokongan family, ibu baru perlu rest :)

April 10, 2014 at 2:31 PM

gud info mummy

April 10, 2014 at 2:48 PM

tips yang menarik...menabung Libresse sini...

Regards,
-Strider-

April 10, 2014 at 3:03 PM

nak tambah sikit.. heee.. tang kepala tu kalau boleh jangan mandikan dengan air suam gak.. kalau boleh mandikan dengan air biasa.. untuk sejukkan kepala baby.. dan elak panas.. heee.. just share aje.. adik punya tips.. #larikk

April 10, 2014 at 3:28 PM

gud info dear..

April 10, 2014 at 3:46 PM

tips yang sangat berguna untuk bakal ibu ^_^

April 10, 2014 at 4:22 PM

bukan kerja yg mudah jaga baby yg baru lahir..perlu pengawasan yg rapi

April 10, 2014 at 4:39 PM

Untuk bakal ibu dan jugak bapa ..bukan bakal ibu jer ..bakal bapa pon kena tahu jugak ya ... nanti senang kalau isteri tak sihat suami pon bleh membantu ..

April 10, 2014 at 4:49 PM

bayi baru lahir ni fragile, perlu perjagaan yg khusus, dah setahun lebih baru kebal bdn dia mcm si irfan ni ! hehe

April 10, 2014 at 5:29 PM

Countdown sheila, countdown.. Moga segalanya di permudahkan.

April 10, 2014 at 7:21 PM

Peringatan yang bagus untuk semua bakal ibu, I pun need this as refreshment, apa pun.. need not worry much, percaya kan naluri keibuan uols.

April 10, 2014 at 7:43 PM

Marissa Shoppe..eh pernah nampak bungkusan ni sampai umah..akak order barang baby.. tq sharing sis.. berguna bila nak jadi parent..digix3

April 10, 2014 at 8:39 PM

Bagus dikongsi bersama trutama pd bakal2 ibu.

April 10, 2014 at 10:37 PM

datang menabung digi sini..hehhe

Regards,
-Strider-

April 10, 2014 at 10:57 PM

Tips yg bermanfaat.. semoga membantu kpd semua yg memerlukan... aamiin
3x libresse.. :)

April 10, 2014 at 11:17 PM

nice entry....

April 11, 2014 at 1:42 AM

sy teringin sangat nak beri penyusuan eksklusif tu pada bby NZ sy.. tpiii atas sbb2 trtntu.. tak dpt. .akn dicerita kemudian kot kt blog sy nt huhu neway tips yg bgus ni bg bakal2 ibu di luar sna :)

Anonymous
April 11, 2014 at 12:36 PM

Sheilaa ... thanks for info ... jum follow pp . Pp baru2 je buat blog balik ..

April 11, 2014 at 2:23 PM

Nice sharing. Comel baby tu...
Agreed, newly parents need a guidance from olders. (^^,) Peace atuk & nenek ~

*Singgah menabung mr.nuff colgate. Boleh klik balik kat sini: 3 Months FREE Surfing MAXIS . TQ.

April 11, 2014 at 6:46 PM

Betul.Tasha buat semua tips ni.

April 11, 2014 at 10:26 PM

Betul perlukan persediaan awal untuk sambut kelahiran bayi..

Apa apa pon semoga dipermudahkan ye Shiela

April 12, 2014 at 12:27 AM

Nice sharing...

April 12, 2014 at 5:36 AM

nice share.. dapat tambah ilmu, walaupun x kahwin lagi.. :)
menabung sini..

April 12, 2014 at 8:20 AM

Semua nih akak buat...heheee

April 12, 2014 at 10:55 AM

Baby baru lahir mmg kene jaga betul2... thanks atas tips nie... >_<

April 13, 2014 at 8:28 AM

insyaallah..
akan ikut... sheila kongsi banyak banyak banyak banyak tips tau....
suka sangat..

hari ni kite marathon blog walking, coz husband ada kursus, boring sorang kat rumah... hehe

April 13, 2014 at 6:07 PM

waaaaa..akak mesti tak sabar kan?? husna plak yg rsa teruja.. ^^

April 15, 2014 at 10:04 AM

bagus ni..boleh buat sumber rujukan nanti :)

April 17, 2014 at 8:54 AM

wahhh.. nnti insyallah kalo Zara preggy, bole laa rujuk blog sis jaa.. byk tips mgenai bby kat sni.. weweee ! =D

April 18, 2014 at 10:34 AM

tetiba zura terhidu bau baby baru lahir plk...

April 18, 2014 at 1:57 PM

info yg bagus.thanks shiela berkongsi

April 18, 2014 at 11:00 PM

susukan bayi setiap dua jam..ok..thanks info ni..ehhe

June 20, 2014 at 3:17 PM

Info yang menarik..;)

September 18, 2014 at 1:02 PM

thanks for sharing..info yang sangat menarik untuk dikongsikan...

April 2, 2015 at 2:09 PM

Terima kasih sharing. Info menarik! :)

July 4, 2015 at 11:10 AM

saya sangat setuju dengan tips yang terakhir. Sejurus sebelum bersalin, ibu-ibu perlu persiapkan diri dengan ilmu tentang penyusuan susu ibu supaya si ibu dapat menyusukan bayi secara eksklusif tanpa sebarang masalah.

Susu ibu bukan sahaja banyak khasiat malah sangat menjimatkan di era GST ini.
Anyway, thanks for sharing.

Post a Comment