Assalamualaikum...
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas basah (wet tissue) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air terlebih dahulu. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang, menggunakan air mengalir supaya bersih.
Tujuannya supaya apabila bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan daripada kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
Adab Memandikan Bayi Baru Lahir
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di dunia rahim. Justera ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam. Antara yang mungkin kita tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kesan mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah pembentukan tulang yang baik.
1) Seeoloknya mandikan bayi waktu dhuha kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.
2) Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian barulah disiramkan ke kaki , seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3) Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ia akan membuatkan pengaliran darah bayi berjalan dengan lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4) Seterusnya siraman dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5) Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6) Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selsema atau jangkitan kuman.
7) Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan tali pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses 'gugur' tali pusat.
8) Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
Share ya, biar semua tahu.
p/s : kredit buat artikel
49 comments
GREAT SHARING
BERTAMBAH LAGI ILMU
Panduan berguna untuk mereka yang nak dapat baby :)
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini..banyak manfaatnya terutama buat bakal-bakal ibu
As salam Sheila..hehehe bila tgk entry Sheila psl bby nie teringin plak nak ada bby lgi...hihihi...
p/s: tq klik2 tabung akk. Akk pun klik2 tabung Michelin Sheila.. :)
tenkiu untuk info ni..mmg berguna sgt2 ni
Bagus utk ibu2 lama dan baru.. Teringin nak baby lagi.. Huju
rindu nak mandikan baby huhu ;)
slalu laki takut nk mndikn anak sbb kecik lg.tgn depa kn kasar besar so tkut2...
bab zikir tu x penah buat....tq 4 info ni
betul tu shiela.
kdng kdng bnda mcm ni org pndng remeh kan.thanks berkongsi.tambah ilmu
shiela, thanks tau kata2 smngt di komen blog tu.. nti ciksu singgah ke link tu ye.tenq :)
pernah terbaca artikel ni...
klik darlie...
ilmu bermanfaat, thanks sheila.. :)
Pengalaman tu yg skrg ni akak lalui...
alhamdulillah.. infoo yg btul2 bmanfaat .. =) Zara dtg menabung dan ziarah
Wah.. nice sharing Sheila!.. betul2 punye persediaan umi ni :D Alhamdulillah..
perkongsian yang berguna....
btul la ramai yg guna tisu basah saja....
terima kasih sebab sharing info ni.. sangat berguna..tq..
belajar cara2 yang betul..ye shiela..nak dapat baby dah nt..
lama dah tak mandikan baby... rindu pulak rasanya... hehehe klik michelin
info yg menarik ni & mmg ramai yg tak tau lagi... done nuffnang yer sheila !
terbaik la sheila.. mcm dh ada pengalaman je.. :)
info menarik buat ibu baru dan bakal ibu..
bagus! panduan yg baik utk ibu baru :)
Kalau hospital gov..biasanya nurse yg akan mandikan baby untuk kali pertama.waktu mandi memang time dhuha
Terima kasih untuk tipsnya, kebetulan saya juga mau punya baby nih :)
salam sheila, good info, kena lap cepat kepala tu, pesan orang tua2 :)
tq share. mmg berguna
alhamdulillah.. bule tick betul semua ekekekek. mak kita ajar cara betul nampaknya :p
tq sharing sheila..
tanpa kita sedar kan..
klik tabung sini ;)
terima kasih info yg menarik
Oh begini rupa nyer.. nasib baik baca dulu sebelum kahwin.. :D
Thanks kongsi info di sini :D
Good info SS.
Assaammualaikum..lama x snggh ke sini..tima kasih kongsi info pasai baby ni..hehe..tp sya mmg tkut klu nk kna baby yg kcik2 ni masa nk mndi.hehe
Assalammualikum..lama x snggh ke sini..tq kongsi info..tp sya mmg tkut nk pgang baby masa nk bg mndi ni.hehe
salam. nice sharing :)
dulu rara x google lak cara mandi baby.sume mak yg buat.hikhik.
I sejak dari JJ baby lagi memang setiap kali tukar pampers akan cuci betul2 dengan air, jarnag sangat pakai tisu basah unless kat luar, its good untuk elakkan ruam.
part ni la ecah paling risau sekali..mandikan baby..
wah..nice info.. suke sgt ngn bby.. hikss.. tpi klu baby baru lahir, mmg tk bani nak pegang.. :)
to tell you the truth dear..akak x pernah mandikan dania masa baby..akak takut dania jatuh...semua my mum yang buat...
bagusnye. maklumat ttg penjagaan bayi semua dah complete dlm blog sheila. sesuai utk direfer buat para ibu. thanks sharing
CN mmg tak berani mandikan baby, si irfan dah dekat 3 mggu baru berani mandikan..hehe
Wah,berguna ni..Bnyak yang tak ikut..hehehe.
thank you!
NEW ENTRY ! PBAKL 2014
Assalammualaikum...shiela,
Terima kasih tips2 mandi kan bayi nie... suka sangat walaupun blom ada baby baru lagi.
mselim3
nice sharing, awal2 mmg x berani buat... suami yg mndikan..
elok dah sudah baca terbayang kak sheila keringkan jr..aloloo.. geramnyaa..
Assalamualaikum sheila...nak mandikan baby pun ada adab tau...aiii xsbr lak tgk baby sheila
selalu kalu baby lahir mst org yg berpengalaman mcm mak kita ke yg tlg mandikan dulu baby tu kan.. sbb tak berani nk buat..
adab yang perlu di jaga untuk baby membesar dengan baik. mudah mudahan :)
masa anak sulong dulu, sebulan mertua yg mandikan.. bila baby dh masuk sebulan lebih baru zura berani mandikan dia sendiri..takut woo..lembut sgt tulang dorg..