Set Berpantang Anugerah & Shaklee | norsheilasalleh.blogspot.com

Set Berpantang Anugerah & Shaklee

Assalamualaikum...
Ramai tak mom-to-be yang first time mengandung konfius pasal set berpantang ni? Jenuh haihh baca review blog orang sana sini. But still susah nak trust to those item yang direview. Yelah, kita tak pernah guna kan. Lepas update entri set berpantang tradisional atau moden, ramai komen bagi pendapat. Terima kasih banyak semua ya. Macam-macam suggestion ado. Tiba-tiba kan, berkenan nak beli loose item. Amik item untuk kegunaan luaran je. Ramai kata jamu panas, tak elok guna kalau baby jaundice. Kena pula M2B - Ecah updated entri pasal  Anugerah. Terus berkenan hati. Baca sikit info pasal Anugerah ya.

Set Berpantang Luaran : Anugerah
sheila shahfiekry
Herbal Tangas RM58
Bertangkas baik untuk mengeluarkan peluh dan racun daripada badan. Ini penting untuk membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Membantu merapatkan saluran sulit dan rahim melalui tindakan haba yang dinamakan bertangas.
Ia membantu :
* mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin
* mengecutkan dan mengetatkan rahim
* menghindari keputihan dan mengeluarkan toksin daripada badan
* dihasilkan daripada halba, serai, daun limau purut dan temukunci
1) Rebus satu pek Herbal Tangas Anugerah di dalam air sehingga mendidih. Kemudian masukkan air rebusan dalam baldi kecil.
2) Wapkan bahagian badan yang luka selama 20 minit, gunakan kain selubung seperti kain batik untuk menutup bahagian atas pinggang sehingga ke bawah kaki untuk memastikan wap terkumpul dengan secukupnya.
3) Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, bertangas dengan selang 2 hingga 3 hari sehingga habis tempoh berpantang iaitu 44 hari.

Mandian Sauna Herbal RM48
Mengembalikan kecantikan tubuh badan adalah satu kemestian buat ibu-ibu yang bersalin. Angin yang ada didalam badan perlu dibuang segera untuk mengelakkan meroyan. Membantu anda mendapatkan bentuk badan yang ideal melalui tindakan haba yang dikenakan semasa anda mandi sauna atau mandi biasa.
Ia membantu :
* mengeluarkan bisa-bisa dan angin di dalam badan
* mengurangkan sakit sendi dan otot yang tegang semasa bersalin
* melancarkan pengaliran darah, menghilangkan masalah keputihan dan menghaluskan tekstur kulit
* dibacakan dengan doa-doa terpilih
* dihasilkan daripada temulawak, daun lempoyang, mengkudu dan tahi angin
kandungan : 6 uncang herba
1) Rebus satu uncang Mandian Sauna Herbal di dalam air mendidih sehingga mengeluarkan bau herba yang wangi. Kemudian campurkan air mandian herba dengan air biasa semasa hendak mandi. Keringkan uncang yang telah digunakan untuk kegunaan selanjutnya.
2) Satu uncang herba boleh digunakan sehingga 2 kali sahaja.

Losyen Sejuta Khasiat (apple garden) RM26
Bukan sekadar losyen biasa untuk kecantikan dan kesihatan tetapi ia mengandungi 4 kombinasi penting yang memberi kesan terbaik buat pengguna.
1) Dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa terpilih untuk merawat, melindung dan mencapai hajat dengan izin Allah Taala.
2) Khasiat 7 herba tradisional yang terbukti berkesan untuk mencantikkan kulit dan membantu menghilangkan kesakitan.
3) Haruman Apple Garden yang segar dan sesuai digunakan setiap masa.
4) Tekstur losyen yang lembut, halus, tidak melekit menjadikan ia mudah meresap ke dalam kulit dan mempercepatkan proses pemulihan.
Ayat-ayat suci Al-Quran sebanyak 30 juzuk dibacakan dalam keadaan yang sempurna dengan penjagaan terhadap adab dan niat pembaca. Kemudian ayat-ayat suci Al-Quran tersebut dibaca berulang kali mengikut kiraan tertentu.
sheila shahfiekry
1) Sapu pada bahagian badan yang sakit sambil membaca AL-Fatihah dan berselawat. Untuk kegunaan luaran sahaja. Pastikan Losyen Sejuta Khasiat ini tidak dilangkah.
Minyak Pilis RM15
Urat-urat yang kembang perlu dikendurkan selepas bersalin. Kerana itulah wanita yang berpantang akan mengambil pilis untuk melegakan otot, melancarkan peredaran darah dan menghilangkan sakit kepala.
Dihasilkan daripada minyak kayu putih, serai, cengkih, halia bara, lengkuas, minyak buah pala dan minyak avacado, herba-herba semulajadi yang bermanfaat buat kesihatan. Mudah digunakan dan cepat meresap ke dalam badan. Tiada lagi sakit kepala, kabur mata dan angin. Aromannya yang nyaman sangat menenangkan.
Juga ada keberkatan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibaca didalamnya. Antara surah-surahnya :-
sheila shahfiekry
1) Hanya sapu pada dahi setiap kali selepas mandi. Pasti terasa tenang semasa berpantang.

Set Berpantang Dalaman : Shaklee
Since mengandung ni dah amik b-complex dan ostematrix shaklee, kita berhajat besar nak sambung guna shaklee as my supplement masa berpantang dan menyusu. Harga not bad la kalau beli sekaligus. Aku mengumpul 2 bulan baru dapat beli. Guna ID sendiri, dapat murah... Shaklee ni tersangat popular kan, baik orang muda yang belum kawin ataupun sudah pasti dah pernah cuba. Bertahun gak aku amik masa nak cuba ni, lepas sah pregnant baru terbuka hati nak beli. Testimoni aku, i like shaklee so much. Membantu sangat memberi tenaga dengan izin Allah SWT. Syukur alhamdullilah.


Vita-Lea dengan zat besi : mengandungi 23 jenis vitamin dan mineral yang belum tentu kita dapat perolehi daripada makanan seharian memandangkan perlu berpantang makan. Oleh itu vita-lea ini dapat memastikan badan mendapat semua vitamin bagi menambahkan kembali tenaga dan meningkatkan kesihatan.
Vita-C : dapat memperbaiki tisu-tisu yang telah rosak sepanjang kehamilan dan kelahiran. Ianya juga membantu dalam meningkatkan sistem pertahanan badan. Jangan dilupa juga vitamin c adalah penting dalam pembentukan kolagen dan kesannya kulit bertambah cantik.
B-Complex dengan asid folik : sangat membantu dapat mengembalikan dan meningkatkan tenaga ibu-ibu. Tempoh berpantang bukanlah tempoh berehat. Ibu-ibu biasanya tidak mendapat tidur yang cukup dek kerana rengekan anak dan sebagainya. B-complex memberikan ibu tenaga luar biasa, di mana ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga dengan cepat.
Zinc Complex : merupakan antara supplemen terpenting sepanjang berpantang. Zinc sangat membantu dalam mempercepatkan pembaikan luka-luka luaran dan dalaman. Ibu berpantang digalakkan makan ikan haruan, dan ikan haruan ini sangat kaya dengan zinc. Adalah lebih mudah dan menjimatkan dengan mengambil kapsul zinc ini.
Ostematrix : 1 biji ostematrix = 1 gelas susu. Kita semua sedia maklum susu adalah sangat penting dalam menguatkan kembali tulang. Juga dapat membantu melawaskan ibu-ibu sepanjang berpantang.
Esp : membantu memberikan tenaga segera kepada ibu. membina sel-sel baru dan menggalakkan pengeluaran susu ibu dengan lebih pekat.
p/s : Kesimpulannya, aku amik Anugerah (loose item) untuk luaran dan shaklee untuk set dalaman. hehehe. Maybe nampak banyak, tapi aku nak cuba. Kalau bagus, aku boleh review bagi mom to be nanti. Sharing is caring... nak kredit to link & link (",)

55 comments

April 24, 2014 at 8:51 AM

shaklee nie mmg byk org pakai..bagus..sy pun guna juga..wahh dah jd ahli untung la beli dpt harga ahli kan..

April 24, 2014 at 8:51 AM

shaklee nie mmg byk org pakai..bagus..sy pun guna juga..wahh dah jd ahli untung la beli dpt harga ahli kan..

April 24, 2014 at 8:58 AM

dulu akak pun makan jamu tak abis sebab menyusukan badan..nurse kata, stop dulu..

April 24, 2014 at 9:02 AM

selamat pagi singgah pagi khamis
have a great day :)

April 24, 2014 at 9:09 AM

linda pun memang terpikir nak amik set anugerah , utk dalaman nk amik shaklee..ramai kawan2 cakap ok shaklee :)

April 24, 2014 at 9:16 AM

Hihi tak sabar nak berpantang ye Sheila. Kekeke. Kawan kita pun baru je order Shaklee set pantang. Padahal bersalin pun belum. :D

April 24, 2014 at 9:27 AM

bgus jugak revuew set produk anugerah..bayak khasiat..pling penting mengunakan ayat2 alquraan..i like :P digix3

April 24, 2014 at 10:01 AM

ecah pon mula konpius pasal set bersalin ni..bnyak yg review pasal tanamera. Lepas tu baca ade yg ckap kalau jamu untuk kegunaan dalaman ni xelok sebab kite mnyusu takot panas nnti anak xsihat. last2 jumpa ade orang review pasal set bersalin anugerah. rasanya ok sebab die ade bacaan ayat2 alquran. kalau beli set rm299..ade minyak telon untuk baby yg dibacakan ayat2 alquran so leh hindarkan dari gangguan syaitan. so ecah dah buat keputusan..set shaklee n set bersalin anugerah =)

Anonymous
April 24, 2014 at 10:06 AM

Masa gugur scha pantang guna krim panas applr anugerah. Mmg panas dia berpanjangan.

Utk pantang bersalin scha pilih shaklee n trubellai.

April 24, 2014 at 10:14 AM

Herbal adalah alami, sy dah follow this site... Follback y

Anonymous
April 24, 2014 at 10:42 AM

bagus produk shaklee ni sheila..akak dah try.

April 24, 2014 at 11:17 AM

yey raya dah bole raya dengan baby.. nanti baby collect duit rya ye.. :)

April 24, 2014 at 11:28 AM

herba tngas tu bagus sheila..badan segar, cpt kecut peranakan

April 24, 2014 at 11:29 AM

Kak Alin pantang dedulu makan set jamu tradisional jek...hehehe..masa tu benda2 ni tak glamer lagik

April 24, 2014 at 11:30 AM

mase anak first sy pki mustika ratu...tp mcm agk mmbazir sbb pakej skali benkung...sy caeser so xblh nk bengkung...n pilis bagai...buat saye rase x brnafas!hehe..tu la kalu pantang xde mak...anak kedua juz salindah...dr awl mngandung sampai selepas mengandung...juz pil mngikut mnggu...xde pilis bagai..hehe...tapi losyen anugerah mmng super duper best...sy pakai wrna pink..letak kat tapak kaki..blakang...n yang pnting die wangi..;)
(panjang lebar komen..hihi)

April 24, 2014 at 11:34 AM

dimnkah pilihan anda...hihihi..

April 24, 2014 at 11:56 AM

assalamualaikum sheila, nanti jadi ibu, ingat kak tau, mesti busy kan, dalam pantang, jaga baby, kawan blogger ramai :)

April 24, 2014 at 12:01 PM

shaklee mmg bagus utk dalaman, tapi jgn lupa hujung berpantang minum air kunyit utk kesihatan rahim ;)

April 24, 2014 at 12:08 PM

haah..confuse..xtau nak memilih yg mane satu... baca review pulak mcm2 ...ada yg ok..ade yg x oke... hihi...mcm nak amek tanamera punye set..tp xtau lg... menabung sini ye

April 24, 2014 at 12:13 PM

1st time mmg banyak nk belajar kan.. mst pening nk cari set yg sesuai dan tak memudaratkan diri.. semoga dipermudahkan segalanya.. amin..

April 24, 2014 at 1:12 PM

Singgah menabung untuk shiela..

April 24, 2014 at 1:32 PM

Shaklee memang terbaik! ekeke

April 24, 2014 at 1:58 PM

nory pun makan set pantang shaklee. beli dari ida. HEHE

April 24, 2014 at 3:10 PM

Alhamdulillah... semoga dipermudah & lancar segalanya Sheila... aamiin.. :)

April 24, 2014 at 3:10 PM

Alhamdulillah... semoga dipermudah & lancar segalanya Sheila... aamiin.. :)

April 24, 2014 at 4:01 PM

nnt boleh la sehila buat review kan :)..lya nak tahu juga kesannya

April 24, 2014 at 4:04 PM

kalau nak bersalin, better siapkan awal2.. ni pun kena masuk dalam salah 1 list utk ibu bersalin ;)

Anonymous
April 24, 2014 at 4:28 PM

byk pilihan dah skang ni cuma kena tau mana yng baik & serasi dgn kita jer

April 24, 2014 at 4:48 PM

ramai yg pilih shaklee skang ni..mmg bgs kot..xtry pun dulu..

April 24, 2014 at 5:09 PM

set bersalin shaklee memang terbaik untuk dalaman... selamat berpantang dear..!

April 24, 2014 at 5:17 PM

ramai orang pakai shaklee sebab bagus. hee.. tak sabar nak tgk baby kak sheila. =')

April 24, 2014 at 6:12 PM

produk ini bnyk khasiatnya nampkanya semoga dipermudah & lancar segalanya Sheila ,aamiin.. :)

April 24, 2014 at 6:30 PM

Alhamdulillah rasanya da settle prepare brg kan. Tggu masa je bby nk pop out heheh

April 24, 2014 at 6:34 PM

salam sukses saja buat semuanya ya :)

April 24, 2014 at 6:37 PM

wah menarik set anugerah tu... dah macam2 yea sekarang dulu time saya tak la banyak sangat pilihan... hihihi

April 24, 2014 at 8:31 PM

wahhh!sheila dh jadi ahli shaklee ke??gud2... boleh geng!hi-5!hihi

April 24, 2014 at 8:43 PM

shaklee ni byk produk ada kan..kecntikan dan macam2..hihi

April 24, 2014 at 10:16 PM

Akak due bila ya?

Klik digi untuk baby :)

April 25, 2014 at 12:31 AM

Sekarang ramai yang consume shaklee..memang bagus :)

April 25, 2014 at 1:10 AM

banyak sungguh set berpantang sekarang... nnt akak dah pakai, boleh la sarankan yang mana lebih elok.. mana nak tahu giliran zizie pulak.. hehe...

April 25, 2014 at 1:49 AM

sya dulu pakai losyen anugerah tu..sbb masa tu catalyst tak kuar lg yg dorg pnya, sekli panas ya rabbi..last2 tak pakai pun smpai skrg. dlm pntang, sya mkn catalyst aje ambik minimum sbb tau sya jnis xrajin sgt nak mkn mcm2..heehee

April 25, 2014 at 6:13 AM

akak dulu guna nona roguy tpmx ambil 1 set lah sebab mahal kan, asalkan mudah buang air besar dan lawas ok dah sebab seriau nak teran masa berpantang tu nanti

April 25, 2014 at 7:36 AM

Ramai pengguna shaklee..tapi kita tak pernah try lagi..

April 25, 2014 at 7:38 AM

dkna pon amek produk sama untuk luaran amek losyen anugerah color pink dan pitis..untuk dalaman set shaklee. semua dah ready, tunggu untuk pakai dan makan jer lepas bersalin :)

April 25, 2014 at 8:25 AM

Selamat menempuh masa berpantang nanti. Enjoy your pantang day..huihuihui..

April 25, 2014 at 11:42 AM

itulah.. akak anis pun ambik set anugerah.. hehehe.. anis pun takut terpengaruh jugak nanti.. hehehe..

April 25, 2014 at 8:12 PM

mkin popular shaklee.. tp siyes tak pnh tahu ade set bersalin ni

April 26, 2014 at 12:18 AM

Moga dipermudahkan segalanya...

April 26, 2014 at 4:25 PM

bagus juga set anugerah ni kan
nak2 minyak pilis tu.sapu je kat dahi kan
kalau yg tanamera kena bancuh kemdian baru sapu kan.. better amik anugerah ni kan..

April 27, 2014 at 2:48 PM

banyaknye set dalaman tu..seriau saya tgk ubat banyak2..huhu..

April 28, 2014 at 10:58 AM

Assalamualaikum sheila...akak gune vit c shaklee skang

April 28, 2014 at 8:47 PM

Pilihan terbaik :)

April 29, 2014 at 3:24 PM

zura tunggu anak2 tanggal pusat baru mkn jamu kaw2 lps bersalin aritu... org ckp klu anak dh tanggal pusat, dorg dh tk kena demam kuning dh...

May 2, 2014 at 12:13 AM

herrr..dah macam set produk kecantikan mcm2 jenis sampai tak taw nak pilih yg mana..-..-

September 6, 2015 at 2:03 AM

set anugerah ni cam special sket sbb rasanya dia je yang ade herba tangas.. bila baca review dia pun mcm best jer..

Terjah blog saya, jom! DAPATKAN INFO , TIP , PETUA MENGENAI KEHAMILAN DAN KESUBURAN DI SINI

Post a Comment