Assalamualaikum...
Bulan lepas aku ada update entri Opening Sale - Set Berpantang. Ingat? Alhamdullilah, dapat juga pergi ahad tu. FYI, Kedai Bornda ni dalam Giant tau. Naik tingkat 2, sebelah kiri... Kedai kecil tapi promosi punya pasal, nampak besar aje dimata aku. kihkih. Ada juga orang yang kirim belikan loose item Tanamera. hehe. So besar langkah aku sampai ke sini ~
Sambil menyelam minum air, beli virgin oil Tanamera untuk diri sendiri sebab nak buat urutan perinuem. Tanya kat mommy to be lain, depa kata 34weeks ke atas dah boleh buat urutan dan minum sekali. Semua item kat bawah ni dapat less 20% tau.
(kiriman kak Shakina Farhan - harga dibawah sebelum diskaun ye)
brown soap RM15, virgin oil RM34, baju kelawar baby RM17
brown soap RM15, virgin oil RM34, baju kelawar baby RM17
Virgin Oil adalah minyak terbaik di dunia yang berkhasiat memulihkan dan memberi perlindungan dari pelbagai penyakit. Kaya dengan acid laurik, satu struktur molekul rantaian asid lemak sederhana yang unik, berciri anti-virus, anti-bakteria dan anti-kulat. Nak tahu selanjutnya pasal minyak kelapa ni, klik link urutan perinuem ya. Perinuem adalah kawasan kulit antara vagina dan dubur.
Penggunaan semasa mengandung ;-
* untuk elak rekahan kulit
* untuk memudahkan proses bersalin tanpa pengoyakan faraj
* untuk elak sembelit
* untuk elak rekahan kulit
* untuk memudahkan proses bersalin tanpa pengoyakan faraj
* untuk elak sembelit
Penggunaan selepas bersalin ;-
* untuk pudarkan rekahan kulit
* untuk melembab dan mencegah kekeringan pada puting
* untuk elak sembelit
* untuk urut bayi dan elak ruam lampin
* untuk pudarkan rekahan kulit
* untuk melembab dan mencegah kekeringan pada puting
* untuk elak sembelit
* untuk urut bayi dan elak ruam lampin
Teknik urutan perinuem ;-
1) sapukan jari dengan minyak
2) letakkan satu atau dua ibu jari ke dalam vagina
3) letakkan empat lagi jari dibahagian punggung
4) masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk "U"
5) urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali
6) selepas selesai urutan, buat kemutan di vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
1) sapukan jari dengan minyak
2) letakkan satu atau dua ibu jari ke dalam vagina
3) letakkan empat lagi jari dibahagian punggung
4) masukkan ke dalam sedikit dan gerakkan ibu jari dan jari lain mengikut bentuk "U"
5) urut selama mana yang anda mahu tetapi sekurang-kurangnya dalam masa lebih kurang 5 minit setiap kali
6) selepas selesai urutan, buat kemutan di vagina. Ia seperti anda hendak menahan kencing atau menahan angin keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Lakukan setiap hari, perinuem akan menjadi lebih elastik dan bakal menolong anda semasa proses bersalin nanti.
59 comments
thank u sheila kongsi info ni :) saila tak sabar2 nak bt urutan,tp nmpk nya lambat lagi rupanya..murah je virgin oil tanamera ni eh..
ramai kata product nie bagus
baru tau pasal urutan ni..nnti nak beli jugak la..thanks untuk info berguna ni..
harap semuanya berjalan lancar ye nanti sheila...take your rest banyak...
salam. thanks share dear
menabung libresse 2x kat sini :)
bagus produk nie kan..lya tak pernah nmpk lagi kat cne
Btul tu...cik mah minum minyak kelaa dara...rasanya mmg membantu untuk bersalin..alhamdulillah dipermudahkan...n koyak xbnyk pun..kejap je dah pulih...baby azwa klik tabung aunty juga...
ooo...baru akak tau...maklumla..dah 9 tahun lebih x mengandung kan...hehehe...menabung Libresse kat sini jugak tau...
wah! buat bekalan dihari mendatang. tq sheila
infor yg bagus!
Sheila take care tau!
salam sheila to be a good mother :), mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan kamu.
pcl nak klik nuf atas dan bawah tp xnampak iklannya , sidebar je lah yg ada..klik.
DAH MACAM BACA MAKLUMAT DARI PAKAR SAKIT PUAN LE PULAK.. :)
GOOD INFO..
bagus produk2 ni yer.. done nuffnangx2 for u yer
selamat mencuba produk ni sheila..
anak dah 3 tak pernah buat urutan perinum.. teruk betul..haha
chaiyok mummy.... klu mama lynn nak guna tanamera boleh ??
owh, ibu mengandung pun boleh mengurut ek? first time zizie tahu.. hehe.
less 20% mmg menjimatkanlah.huhu
Waaa...perkongsian menarik untuk ibu pregnant...
Minyak kelapa dara tu kan... mmg ramai yg kata bagus.. all the best Sheila.. :)
Salam Sheila. Bagus la Sheila banyak buat research eh utk preggy mum ni. Entri yang bagus untuk dikongsi.
*Yana singgah sambil menabung mr.nuff
Singgah isi dua tabung untuk Shiela...
dah bersiap sedialahnikan... ini kira brand baru ler yerk..dulu2 takder pun...
kite baru nk update jugak psl urutan perineum ni sbb kwn yg suggest suh try nnti. hehe.
wahh.. baru tau pasal ni.. ilmu baru bagi teman.. thanx .. sesuai untuk dijadikan panduan ni..
Ecah x sempat buat pon urutan ni..hihi
Sy guna vco.bioasli... Dh 6 Thun guna tpi x pnh buat urutan tu just minum je..
semoga dipermudahkan segala urusan bersalin nanti yea.. amalkan urutan tu inshaAllah.
mcm ngeri je nk letak vigina?=/..
Salam Sheila, tak pernah tau pun pasal minyak tu tapi buat urut lepas bersalin pernah, best sangat.
info berguna ni..tp xfaham sgt tang urutan tu..huhu~
promosi dapat mengubah segala-galanya. hahaa :D
wohaa....baca jer..nak apply x leh x der bini lagi...sekadar info mana tau bila dah kahwin nanti...hehe
informasi baru untuk akak.. terima aksih di aats perkongsian ini sheila.. menabung churp2..
datang melawat ke sini tambah isi tabung dan tambah ilmu.. thanks for info sheila :D
akak dulu masa preggy my mom selalu pesan suruh letak baby oil ke, minyak zaitun ke kat perut utk elak rekahan..
sekarang dah ada di jual senang le.
ramai gak orang review psl virgin oil tanamera ni, kena try utk anak kedua sebab anak pertama teruk gak 'rabak'! hehe
baru tahu tanamera tu sheila...byk khasiatnya. nanti nak rekemen kat kengkwn la produk ni
Nanti nak share dengan kawan saya yang pregnant la. Terima kasih kak :)
Anak dah 5 baru baru tahu... huhu
Tak tau nak komen (bukan topik saye le)...singgah klik2 aje le.
tanamera..saya mcm pnah tgok jenama tu..tapi x barapa kenal sangat..wah bakal ibu shoping sakan .ya ..
libres x3
Assalammualaikum,..sheila,
vargin oil byk kegunaan dan khasiat nyer... terima kasih atas info nie baru tahu baca kat sini.
mselim3
all the best sheila.... macam2 persediaan sheila dah sediakan... harap2 semua nya berjalan dengan lancar...
sekarnag minyak pun nak kena beli kan, kalau dulu mak mak mesti buat kat kampung, la ni payah dah. Btw I buat minyak kelapa ni myself here, kalau kat KL tak kuhasa nak buat muahaha.
ayong guna vco catalyst je wat perineum tu...tp waswas btl ke x buat urutan tu..mcm something wrong somewhere je..haha...last2 lumur jela minyak area situ..hehe...btw nak tanya, kedai sheila pegi ni kat mana ek?
Adik pun guna product ni.. dia pun kate bagus
mudah-mudahan dipermudahkan ya sheila..take care!
assalam
sy suka dgn set tanamera ni.sellu baca testimoni dalam pa&ma.
teringin nak guna juga satu hari nanti..
rata rata testimoni bg reaksi positif pasai minyak kelapa tanamera ni.
kurangnya koyakan masa bersalin dan x amikproses yg lama.in shaa Allah.kita brusaha kan
Selamat mencuba.
isi dua tabung untuk shiela..
bagus ni.. moga usaha sheila untuk bersalin nanti dipermudahkan... :)
nice share.. boleh tambah ilmu walaupun x beristeri lagi.. hehe
menabung sini.. :)
Hari tu akak jenuh jugak mencari Virgin oil ni..nanti kalau preggy lagi,boleh je pergi kedai Bunda ni..hehe..
**Hari tu beli baju kelawar Medina RM10 kat Pasar Payang..hehee
Assalamualaikum sheila...info yg bgus utk sharing dgn mommy to be yg lain
zura tau pasal produk tanamera ni tahun 2010 kalu tk silap bila zura follow fb page serina ridzuan... dgr kata produk ni pun bagus gk..
baru tahu psl produk nie.. thanks sheila sbb berkongsi..
First time dengar nama minyak ni..huhu
Sheila..
Nak kirim brown soap boleh tak..dan tolong poskan pd hana
tq untuk info ni shiela..;-)