norsheilasalleh.blogspot.com: May 2016

Pengalaman Bersalin Anak Kedua ;)

Assalamualaikum...

39 minggu 2 hari, aku mula rasa braxton hicks yang agak kerap. Kadang 15minit sekali, 10 minit sekali. Kadang tu dia pause lama la sampai sejam dua. Baru sakit tu muncul balik. Sakit tu sejak zuhur, ngam-ngan aku bangun nap dengan adam.

Pagi tu masa subuh, sungguhlah berdoa supaya mula rasa sakit hari ni. Kalau boleh biar ada zauj disisi sepanjang sakit nak bersalin. Inform zauj pasal sakit ni. Dia inform akaknya, then akak ipar datang amik adam, jagakan sementara aku layan sakit sesorang kat rumah. Hihiii. Sambil sakit tu, ke hulu ke hilir aku bergerak dalam rumah. Buat jalan itik. Layan movie hantu kat tv. Petang request akak ipar air kelapa berais tanpa gula. Perghh nyaman kat tekak den.

Syukur sangat zauj balik maghrib tu. Aku ajak jalan-jalan kat kawasan perumahan. Dapat 1 round, terus decided pergi hospital nak tahu kot dah ada bukaan. Adam pun tak sempat nak kiss umi T____T'

Siap dari rumah pakai kain batik je, sebab senang nak check ctg & ve. Kul 10 malam masuk check ctg, memang agak sakit la sebab kena baring, terasa baby hempap perut umi. Hihiii dekat 30 minit, then keluar tunggu doc panggil untuk check ve.
Kul 10.40 malam kita scan perut dulu, check air ketuban, anggaran berat baby. Masa check ve, rupanya dah 6cm! Masyallah, terperanjat aku dgn doc tu. Doc ckp aku bukan main rileks lagi mcm takde sakit nak bersalin. Padahal berdebor kencang weh dapat tahu dah besar bukaan.

Contraction makin membuas. Terus kena cucuk jarum kat tangan. Ni paling aku ngeri.. pedih oii jarum masuk kat tangan. Euwww terbayang lagi. Tukar uniform pink. Whatsapp zauj inform. Terperanjat dia sebab kitorang ingat lepas settle semua nak pergi jalan2 lagi. Hahahaha.

Terus check in labour room no 18. Masa ni gila best layan contraction sambil berzikir, selawat... jam baru 11 malam. Pheeww... masih berwhatsapp dengan zauj kat luar tu sampai kena marah. Selenga rasa sebab taktahu no internet dalam LR! 2 kali kena marah baru aku off phone. Hahaha bukan suka nak lambat off, tapi aku tengah buka surah yassin kat phone. Aku minta izin nak mengiring sebab taksuka terbaring  sebab sambil layan contraction yang dasyat.

Aku amik side kiri, so tiap kali dtg contraction, aku genggam palang katil sekuat hati sambil terkemut-kemut takut terteran tak pasal-pasal. Dah tak boleh rileks bila contraction makin membuas. Hahahaa. Jam 12.30 malam, aku doa sungguh-sungguh minta bersalin jam 1 pagi. Alhamdullilah, masa 8cm tu dekat jam 1 pagi aku gtau nurse yang dah taktahan sangat nak teran. Terasa benda nak keluar kat punggung ni.

Depa check kepala baby dah nampak kat laluan. Bagi izin utk meneran. 3-4 kali aku push. 2-3 nurse join doktor bersorak suruh push. Masa tu aku tak fikir apa, nak teran sekuat hati. Main curi nafas masa contraction. Zauj pun dah ada kat sisi bagi semangat. Terus happy tengok teman hidup kat sisi katil. Awww.. Bila adik baby keluar, leganya Ya Rabbi. Hilang terus sakit contraction. Berganti dengan gigilan kesejukan dan kehausan ;p

1.02am, adik baby keluar dari rahim umi. Syukur semuanya selamat. Lepas setengah jam jahit luka semua. Doc pelatih baru belajar jahit dari senior staff. Jenuh la tunggu siap menjahit. Sakit wehh kali ni dijahit padahal takde gunting cuma terkoyak sikit. Baru dapat rehat sambil tengok adik baby. Muka sama along adam. Mata sepet macam baba kecil dulu. Dapat katil on the spot lepas bersalin. Bf baby, precious moment. Sakit juga sebab da setahun stop bf anak. Hikhikkk.

Petang tu jam 6 dah boleh balik rumah. Katanya 2nd baby kalau takde apa hal memang dibenarkan balik selepas 6 jam bersalin. Lega den walaupun macam tak caya boleh balik rumah. Rindu benor kat along adam.

Adam pun kesedihan peluk umi bila sampai rumah. Sebak wehhh. Nanti kita share pasal prolonged jaundice.

Muhammad Umar Ridhwan
3.07kg
1.02 pagi
22 Mac 2016
Our 1st selfie, yeahaaa ;)