norsheilasalleh.blogspot.com: 2012

REBATE RM200 DARI KERAJAAN

Assalamualaikum...

Pendaftaran Online Telefon Pintar Rebat Rm200 akan bermula pada 1 Januari 2013 pada pukul 7:00pagi.

Bagaimana Cara Memohon Rebat Telefon Pintar Rm200 ?
Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.

Syarat² layak memohon rebat rm200 boleh check dekat sini (link Jiwa Rosak)

* akan diupdate model telefon dari semasa ke semasa *

sumber : Jiwa Rosak


DICORET OLEH :

TUMPANG KASIH

Assalamualaikum...


Gambar kat atas ni anak buah, nama dia Luqman. Comel dan degil. Tapi dia pandai tau, tak suka menangis dan sangat senang nak jaga dia. hihi. Aku suka peluk dan cium dia! Bau baby sangat sedap dan nyaman rasanya. hehe. Sekarang, abang dia yang berumur 2 tahun tu (pelat) dah panggil dia Maman. Comel to the max !

Hanya dioranglah tempat aku menumpang kasih sementara belum ada rezeki anak daripada Allah. Mak aku sangat rajin pergi rumah my sis semata-mata nak jumpa 2 cucu lelaki beliau ni. hihi. Aku doakan akak aku cepat-cepat dapat baby girl pula. hehe. Tak sabar nak belikan barang mainan untuk diorang! I love you nephew! Hubby too :)

DICORET OLEH : 

DUA KEGEMBIRAAN (^_^)


Assalamualaikum...

conversation via twitter

TWITTER! Pasal kau sajalah yang boleh menghubungkan aku dengan bestie semua. hihi. Aku tengah countdown ni tapi bukan pasal nak masuk tahun 2013, one of my bestie nak balik Malaysia. She's from Singapore ONLY! Miahahaha. Cannot tahan rasa rindu dengan kelima-lima gadis sunti ni. huewhuew! But still, tak tahu bila ntah si gadis tu nak balik. Macam suprise sangat dah ni. hehe. 

I hope they can lepak at my house. Since married, tak ramai my friends yang dah datang melawat kat rumah because of diorang berkemungkinan akan sesat sekiranya mahu datang ke rumah aku. hihi. Al maklumlah kawasan rumah adalah perkampungan. Aku sampai sekarang still tak boleh nak hafal alamat rumah. Berguna sungguh noted kat phone yang mampu mengatasi masalah pelupa macam aku ni.

Satu lagi kegembiraan adalah aku berjaya mempunyai domain sendiri. hihi. Alhamdullilah, berjaya juga buat dengan menggunakan tuto daripada orga, thank you orga!

DICORET OLEH :

CUBAAN MENJADI VERSATILE KONONNYA *___*

first trial !

second trial !

Semua orang dah reti buat doodle sendiri. Ada yang pakai photoscape,paint.NET, kalau yang hebat pakai photoshop. HAHA. Tapi aku trial buat doodle ni guna photoscape. Happy pulak lepas berjaya buat. Huwarghhh malu juga kalau pro-pro datang tengok sini. Boleh lari tak cukup tanah gamaknya. hihi. Kalau ada yang nak cuba buat cam aku, klik je sumber sini. Nanti jangan lupa share dengan aku kalau doodle korang dah menjadi ya!

DICORET OLEH :

TUTORIAL : WIDGET INSTAGRAM DI BLOG #1

Assalamualaikum...

Lama tak buat tutorial. hihi. Kali tutorial khas untuk pengguna instagram yang nak letak gambar instagram dalam widget di sidebar blog. Contohnya ada kat bawah. Just ikut step by step, insyallah menjadi ya.

*Tolong klik link ini > sini <
* Pastu akan keluar page, bawah page tu ada customize your widget macam contoh yang aku printscreen ni

* Mana yang aku dah bulatkan warna oren tu silalah ubah ya. Yang lain toksah usik!
*username - nama korang kat instagram
*Widget Type - letak slideshow
*thumbnail size - saiz ikut sukahati. 100 tu kecik, 200 tu besar cam aku

*Sila preview dulu, kalau jadi, klik get code

**********

Dashboard >> Layout >> Add a Gadget >> HTML/Javascript
Masukkan code yang korang amik tadi terus je save!

contoh di blog aku :-

* slideshow semua gambar dari intagram *

DICORET OLEH :

ASIAN FOOD CHANNEL

Assalamualaikum...

Siapa suka tengok Asian Food Channel (AFC)? Broadcast on Astro Channel 703 for Malaysia and Brunei. Aku gemar tonton ni lagi-lagi bila rancangan masakan Melayu daripada Chef Wan dan Chef Sherson. Chef Wan ni memang famous lah. Takyah kenalkan pun takpe. Daripada kecik membawa ke besar ni, suka tengok CW masak. Chef Sher pula masih muda. Memang hot pasal karisma dia, cara memasak dia yang sempoi. Dua-dua best dan sesuai dibuat idola untuk junior aku ;p

Sabtu lepas aku tengok rancangan CW, dia masak Nasi Beriyani. Pastu aku catit bahan-bahan dia untuk masak nanti , sambil kecur air liur. hihi. Rasanya dah lama sangat tak makan NB ni. Esoknya, suami ajak pergi makan kat luar. Jalan-jalan kat area The Store pastu suami teringat ada kedai makan NBGJ. Tengok gambar bawah!

Nasi Beriyani Gam Johor

Alhamdullilah, kenyang perut. Terbaik lah NBGJ ni. Sedap tak terkata. Harga pun boleh tahan RM 9.00 sepinggan. Aku makan dengan daging, suami amik ayam. Last sekali, daging takleh habis. Full tank. Kalau korang ada restoran NBGJ yang sedap atau lain-lain, promote please dekat aku. I love food to the max....

DICORET OLEH :

CURRENTLY IN MODE

Assalamualaikum...



banyak gila kerja !
emosi sangat terganggu daripada semalam...
hati jadi tak kuat nak dengar makian =.='
DICORET OLEH :

HARI ISTIMEWA IBU MERTUAKU !

Assalamualaikum...

ayah & mak mertua

[16/12/12] Selamat hari lahir mak! Semoga panjang umur dan murah rezeki. Sheila dan Hadi sayang mak dan ayah sentiasa!

DICORET OLEH :

CABUTAN BERTUAH MENGGAPAI GADGET IMPIAN

Assalamualaikum...

Cikgu Naman ada buat satu cabutan bertuah menggapai gadget impian yang berkaitan dengan contest Denai Hati untuk Iphone 5 Gadget Impian. Ini contest ke-3 yang aku dah joined.

  1. Macam biasa, kena klik g+1 untuk Cikgu Naman
  2. Vote setiap hari di Denai Hati , caranya mudah je korang klik entri ini. So nak dapatkan supporter korang untuk klik juga cikgu naman ni bagi pihak aku. Pastu jangan lupa inform kat cikgu naman ye yang korang dah klik @ vote bagi pihak aku. hehehe. Jasamu dikenang...
  3. Buat satu entri tajuk bebas dan submit 

' Cabutan bertuah ini dianjurkan cikgunaman.com sempena contest iPhone 5 Gadget Impian ditaja oleh mrsfiza.comjurugambar perkahwinan , Photoshoot Murah dan Kedai Online Mrs Tuah''

Hadiahnya lumayan sangat! Semoga aku adalah salah seorang pemenang cabutan bertuah cikgu naman ni :)


DICORET OLEH :

SWIPE OUT

Assalamualaikum...

Ini adalah kegilaan ku. Orang sibuk update cerita semasa, aku kasi korang layan cerita game. huhu. Kepada user Iphone, aku rasa mesti korang ada download game ni kan? hihi. Aku siap boleh lawan dengan suami main game untuk dapat highscore. hahaha. And now, currently di level yang ke-27. Power tak? *iyakan ajelah* hahahaha. Simple je,need to swipe the zombie. Tapi kalau salah swipe manusia, boom kebabommm mati. hehe. Kau swipe kena leher zombie tu boleh dapat markah tinggi tau.

Setiap kali main aku excited. Nak-nak pulak suami kat sebelah tumpang tengok, perghhhh lagi kembang hidung sambil ber-game. Siapa ada game ni? Kongsi sikit dah level berapa sekarang? Aku jumpa blog amoy cina dah reach level 73 dengan total score 513,994. Ini link amoy tu. Hebat dok? Kagum banyak aku kat dia! Aku bajet-bajet sampai level 30 nak stop. Kasi chance dekat suami/adik/anak buah aku main pula. Nampak gayanya aku nak reach juga level cam amoy tu. hahahahahaha. Agak-agak korang tercapai ke hasrat ntah pape aku ni?

muka depan
aku pakai darah warna hijau, my fav 
meletop kau zombie !!!


DICORET OLEH :

CHARITY EVENT

Assalamualaikum...


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسلَّمَ: إِذَا مَاتَ الْعَبْدُ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَاِلحٍ يَدْعُوْ لَهُ
(رواه مسلم)

Terjemahan: 
Daripada Abi Hurairah (ra), katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Apabila mati seorang hamba (manusia) maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara: sadakah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang salih yang mendoakannya.

(HR Muslim)
 __________________________________________________


bahagian depan t-shirt 'Kami Blogger'
bahagian belakang t-shirt 'We Are Blogger'
nama sendiri (boleh request) di bahagian lengan t-shirt


contoh baju bf/suami yang takda blog


perbezaan baju L & P



Blogger Nadia and the gang bercadang untuk adakan satu event untuk beramal jariah di rumah anak-anak yatim. Dan ada buat satu t-shirt khas untuk event ni. Murah je harganya RM 20.00 sepasang. Kalau ada suami ataupun teman lelaki yang tidak mempunyai blog, design baju mereka cuma ada logo sahaja. hehe. Kami sangat-sangat memerlukan bantuan blogger lain bagi memudahkan proses untuk membahagikan kerja masing-masing. Kalau ada yang berminat untuk menempah baju sahaja, boleh email ke nadiafarahida@gmail.com terus ya. Diharap ada manusia yang sudi membuat kebajikan bersama kami, insyallah :)

"Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima"
sumber : Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia & Nadia

DICORET OLEH :

17 TANDA HUSNULKHATHIMAH


Assalamualaikum...

Aku sekadar nak berkongsi ilmu dengan kawan-kawan. Klik sumber sini ya. Mudah-mudahan kita tergolong di dalam muslimin & muslimah yang diredhai-Nya. Allahualam :)


DICORET OLEH :

SPORTY MACAM SAYA (^_^)

Assalamualaikum...

Mulakan hari anda dengan senyuman dan lafaz bismillah. Jangan lupa untuk berzikir bagi memperkuatkan ibadah kita sepanjang masa. Boleh refer zikir harian yang sheila dah update kat sini.

********************




Alhamdullilah syukur, berkesempatan untuk update entri tentang sandal or whatsoever we named it. Yang pasti, i love sandal to the max! My first sandal sangat priceless. Sebab designnya masih baru dipasaran ketika itu. First time tengok dah jatuh hati padalah harga kauuu boleh menyesal dikemudian hari. After less, dapatlah around RM 65.00 something. Mahalkah? I bought it from Sunway Pyramid.

See the picture below. Nampak ke designnya? Tak dapat nak cari image full. Dan yang paling sedih, lepas kawin kita dah tak gunakannya lagi maka tercampaklah ia ke bakul sampah. tskk tskk tskkkk... Nampak sangat aku bagai kacang lupakan kulit. Setahun perkhidmatan ia digunakan walaupun koyak sikit. Aku minta mak tampal balik plus jahit mana yang patut. Hahahaha. Gitulah al kisahnya yang tragis kerana mempunyai aku sebagai tuannya. Ecehh dah macam buat karangan autobiografi 'aku sepasang sandal', miahahahhaha ;p



DICORET OLEH :

GOOD NEWS FOR ALL

Assalamualaikum...

Wahai rakan-rakan blogger yang mesra alam dan baik hati, patik nak kalian untuk tinggalkan link blog korang kat kotak komen entri patik ni. Patik dengan senang hati nak buat bloglist yang super simple bagi mengeratkan silaturrahim sesama blogger, insyallah.




DICORETAN OLEH :

GIVEAWAY FREE DOMAIN FOR ALL PARTICIPANTS :D

Assalamualaikum...

Nurmujahidah
Muja

First time dengar ada orang buat giveaway kasi free domain dot my kat semua peserta. Dah la murah je kena bayar for the rest of years, RM 20. Siapa yang taknak kan? I nak upgrade blog ni kepada domain sendiri memang tak mampulah. Pasal duit pun memang berkaitan juga. Tapi kalau dah dapat free domain dot my bernilai RM 120.00 memang berpinar mata. hahaha. Silalah join bagi memeriahkan lagi giveaway Muja ni. Klik link bawah banner ye :)

DICORET OLEH :

#WW

Assalamualaikum...




DICORET OLEH :

SEDIKIT PERUBAHAN SAHAJA =.='

Assalamualaikum...

Macam tak ada perbezaan pulak sejak kawin ni. Masih keding dan kurang berat. haha. Mampu naik 2.9 kg je? Memang kena gelak je dek suami. Camne nak naikkan kg?


.
.
..
..
...
...
....
.....

 Kita makan banyak pastu membuang pula. Nak simpan lama-lama macam tak sudi je perut ni. hihi. Tapi aku tak makan nasi malam kecuali makanan ringan je. hihi. Silalah kasi petua untuk kuat makan. Vitamin pun tak jalan weh...
  

inilah buktinya ...




DICORET OLEH :