norsheilasalleh.blogspot.com: 2010

"Tangan Kedua"

koleksi barang jualan pertama  :-

 
 

  



 ABOUT :
* Secondhand stuff =  in good condition 
* price available = RM20 - Rm35
* date = 1st December 2010 - 30 January 2011 
* paid = prefer cash & direct bank in to my MBB account 

semangat : aku!

Macam yang tertera di atas. aku rasa nak share something kat sini. dah lama aku tak update blog. actually aku sangat busy dengan sesuatu. hee! malu plus segan nak heboh. aku terlibat shop online. means that aku menbeli dan menjual baju-baju bundle + vintage . aku jatuh cinta dengan fashion ni sejak mengenali Nabila Binti Abdul Nasser. dia lah penyebabnya aku teruja habis .. starting aku telah pun beli barang dia. so aku pun belajar tukar fesyen ikut mood. more to vintage. HAHA. macam kelakar gila tengok aku si papan kering ni dalam sesuatu yang haha  pelik!. kan kan?? 

dan yang telah menyokong aku dari mula tu adalah ma yang terchenta dan sahabatku, ciku! she is my first customer lah. sayang lebih lah kat you.. ♥ ngee! cuma aku nak buat suprise kat boyfie lah, agak-agak nanti dia akan marahkah? hopefully tidak! last week aku sibuk mencari barang jualan aku. alhamdulillah syukur, takyah g jauh, kawan-kawan ramai yang support barang aku, hee! tak sempat nak simpan untuk diri sendiri. pun begitu aku bersyukur sangat sangat sebab terbuka hati ni nak try something yang aku sendiri tak pernah buat,huhu. dulu ma ada bukak  kedai baju waktu kat Terengganu , 5 years ago if I dont mistake. okey admit aku teruja lah nak bukak kedai sendiri. benda ni datang sendiri, susah nak cakap. aku nak bantu keluarga dan diri sendiri. insya allah, aku akan jadikan ia kenyataan jua, wish me luck. dan terima kasih sekali lagi buat kalian yang banyak menolong aku baru-baru ni. semoga apa yang aku buat ni mendapat keberkatan dari-Nya. amin  J

Lost in LOVE

I realize the best part of love is the thinnest lace
and it dont count for much but I'm not letting go
I believe there's still much to believe in

so lift your eyes if you feel you can
reach for a star and I'll show you plan
I figure it out
what I needed was someone to show me


you know you can't fool me
i've been loving you too long
it started so easy
you want to carry on

Lost in love and I dont know much
was I thinking about
fell out of touch
but I'm back on my feet
eager to be what you wanted

so lift your eyes if you feel you can
reach for the star and I'll show you a plan
i figured it out
what I needed was someone to show me

you know you can't fool me
I've been loving you too long
it started so easy
you want to carry on

Now i'm lost in LOVE, lost in LOVE, lost in LOVE
lost in LOVE, lost in LOVE, lost in LOVE,
lost in LOVE, lost in LOVE.. 

special dedicated to my sweety nursyahida binti zulkifli.. ♥  

Dajal

Disini, aku nak share somethings dengan uols. aku dapat dari seorang kawan. 

Bayi ini bukan dajal. Sebenarnya dajal adalah seorang lelaki dewasa yang telah wujud sejak zaman Rasulullah - gambar hiasan.
Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

  Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

                Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?
   
Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

                Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

                Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

                Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

                Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar  al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

                “Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

                “Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

                Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”


KEISTIMEWAAN DAJAL
                Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

                Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

                Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

                Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

                Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

               Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

               Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.


BILA DAJAL DILAHIRKAN
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?
                Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).”Riwayat Muslim.

                Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.

                Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.”Riwayat Imam Ahmad.

                Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

                “Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

                Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

                Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

                Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

                Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)


Pulau Bermuda, dikatakan tempat persembunyian Dajal..
Tasik Tabariah a.k.a. Sea of Galilee... dajal sedang menanti air tasik itu kering.

 HARAP ANDA SEMUA MENGAMBIL IKTIBAR SELEPAS MEMBACANYA
 Sekian, 
sheila.

Damai - Kuang - Puncak Alam = Klang

  Hello dan assalamualaikum, kali ni aku telahpun berpenat lelah kerana sanggup berjalan jauh demi berjumpa sahabat lamaku :) Jasz Myra. hehe. Actually kami iaitu aku dan kawan2 meredah jalan berliku yang membosankan untuk ke Puncak Alam, UITM. haha. haiyakk sumpah aku penat dan mengantuk! so jam 1 petang bertolak ke Kuang amek lagi seorang dan terus ke PA. hampir jam 2 lebih kami berjaya sampai tanpa terSESAT. haha. thanks to co-driver yang cerdik pandai which is ME ! hahha. kidding je. so dari lokasi UITM ni kami dengar kelaparan yang melampau.. terus ke Shah Alam , tapi disebabkan nak sangat tengok movie.. kami pun masuk ke Jusco Bukit Raja, Klang. hehe. best! sebab aku dah boleh melantak banyak rini. hehhe. masuk2 je, terus cari port makan, FoodCourt! yeayy, menu pilihan aku kali ni, Yee Mee Sizzling Ayam.. plus Air 'Sweet Sour' haha. hebat tak? hmm lamanya tak jumpa dorang semua ni. Actually aku ni jemputan terakhir kut join outing kali ni. nasib baik lah semua kawan2. so takde masalah aku nak join pun. hmm. my girl, Jasz! haiyoo comel gile dia.. nampak dah pembesaran tu :) hehhe. aku je maintain habis! lalaaa..  ada satu je yang tak berubah ; perangai. hahah. serius. semua nampak sama lagik. haha. 

  Tengah2 makan ni masih sempat nak membahan orang.  tulah dia kalau 2 jejaka sama nama tapi lain rupa berada disuatu tempat yang sama? haiyaa, haru je.. yang mamat sorang ni sakit kepala kut. panadol soluble telan sebijik. kesian aku tengok. hmm! sementara si mamat ni bermanja jap dengan Jasz, aku masih lagi mengunyah, yang pasti.. makanan ni sangat-sangat tak sedap arghh! tensionnya aku. dah lerr lapar.. saja nak bunuh mood aku. hishh! lepas makan borak2 tanya khabar le macam biasa.. bukan senang nak jumpa kawan kan. yang ni dah lama gila tak jumpa. setahu aku last tu darjah 6. hahah. so next plan is tengok wayang. oh my favourite things, hee. HARRY POTTER. dan kami meneruskan perjalanan.. tengah queue beli tiket, masing2 dah de citer nak tengok. tapi dalam pilihan cuma Harry Potter or Ngangkung je. hhaha. so HP, here we come. terkeluar jugak sawan aku dalam membahan mereka semua. hee! sumpah takleh nak kawal. macam aku plak yang tengah high panadol. gahhaha. memang harini untuk fun ngee, pada yang tak biasa dibahan oleh aku, harap maklum lah . mulut ni potpet melobeh2. huhu. lepas beli HP, kami meronda sat. mamat berdua ni g hisap rokok, sementara aku dengan Jasz jejalan. masuk ruang Jusco.. aku beli kardigan. sebab tak bawak spare. tak budget langsung nak tengok movie. haiyakk. takpe aku pun memang gemar beli kardigan kut. haha, buat spare kat umah. haha! anyway, salah satu sebab lagi ialah ; baju putih aku ni dah pun kena 'dot' kuah sizzling tadi. niat dihati nak cover TETAPI  kantoi gak dengan Jasz! hee, selamba sudah. Lalu depan Mcd, aku terpandang aiskrim. wahhh, awak.. saya nak satu please..! tanpa kecomelan yang ada ni, si mamat ni pun baik hati belanja. thanks! sempat gak kena cubit bila aku membahan dengan kasar.. hahah! chill lah weyy. 

  Sambil makan aiskrim dalam hujan lebat, menunggu nak masuk panggung jam 5:20 petang, tiba-tiba.. "ehh awak.. habis baju. macam budak-budak. haha." aku touching! kenapa lah time camni aku comot ni. hahah. puas hati korang gelakkan aku :( "somebody please.. i need tissue lorhh" dan.. dia yang baik hati tolong amik . thanks again! hee. terpaksa cover lagi kardigan ni. butang terus. hahah. terlebih manja plak dengan korang, bla bla bla .. haha ^^ si kecik ni duk meronda-ronda. semua kedai comel2 dia jenguk. hehe, aku tau dia minat benda2 comel ni. yang mamat duorang ni suh aku pantau si kecik. aku tak lepaskan peluang masuk MPH! up gile Jusco sini. hehe. aku pun beli novel melayu "AD+IZ" karya Eury Athena, terbitan Kaki Novel. "weyy korang jangan nak perli aku okey? aku memang suka gila melayan cerita hasil anak jati Melayu, serius hebat kut.." hee.

  Macam-macam benda yang membolehkan aku membahan dorang tanpa henti, nakal plak aku rini. hee kalaulah laki aku tau, kena piat punyee. dan waktu yang dinantikan sampai jugak! Kami melepakkan diri sementara tunggu dapat masuk je. ni haa si kecik asyik kena bahan je. sorry sayangku. jangan amik hati please.. kami suka suki begini (>.<)  seat kami J1,J2,J3 & J4.. aku dengan si kecik duk tengah. dorang guard. haha. comel gile sebab blakang seat aku ni ada budak kecik. so paham2 lah kan.. suaranya aje bergema. haha. kacau daun tol tapi aku suka!!! hahah!! aku menumpukan perhatian tonton citer HP ni, menggigil aku dibuat nya, kalau takde kardigan terjun ni, mau aku beku beb. ahaha. memang la sonok, tapi citer ni terang2 ada lambang "freemanson" : segi tiga. ish ish, aku mulalah lemau. yelah dunia sekarang ni banyak sangat pengaruh beb. aku takut betul kalau terlebih melayan benda2 luar alam ni. but seriuosly aku selalu dengar kawan2 sekeliling bercerita pasal ni. aku just amek pengetahuan dorang tu buat ilmiah aje. sekadar mendengar dan menganalisis sendiri. anda?

  Tak silap aku, kuar dalam jam 7:50 malam. Aku tengok phone dapat missed call kawan. so i'll call him first lah. ek eleeehh ni lagi sorang. nak ajak jejalan plak. haiyahh, saya manyak2 mintak soli la kawan. saya manyak penat lohh. dalam kereta saja odw nak hantar si kecik ni kemain lama.. tapi kat Shah Alam, berhenti kejap lepak minum sambil tengok bola live Aston Villa vs Arsenal .. perut aku mintak dikosongkan segala angin dan airr.. hahha. ladies jap! hmm lega beb, si mamat ni makan lagik. Apam Manis cecah santan , aku tengok je. malas nak mintak skit. hahah. segan aku dengan si kecik ni. karang dia fikir lain, hehhe. Anyway aku diberitahu Alip Kuang punya birthday. so i wish him twice. hehe. cuma tak dapat nak beli something je, sorry. maybe nanti akan beli kut. otak tengah tepu coz banyak gelak2. dan aku tak sempat nak snap pictures pun dengan si kecik. hope next time bleh laa jumpa lagi okey. 

  Aku dah start pening lalat ni, dengan lagu macam dekat disko (kuat yang amat) aku betul2 dah tak larat.. senyap je! takut nak bersuara karang niaya je kena cubit! lalalaaa..  dan akhirnya sampai sudah PA ni. so kami berpisah setelah peluk cium dan muah muah untuk si kecik Jasz ni. im gonna miss her LOL.. dan selepas si mamat ni disakat aku, adalah sikit "i love you, muah muah -untuk Jasz" haha. dengar cakap sungguh! haha.. kami pun beredar pulang. jam semakin berdetik laju. aku sangat ngantok! seriuosly tak tipu punya.. request lagu best dari dia. yang abang nyanyi masa karok ritu pun ada.. haha. love that song aa :) hee.
segala lagu nostalgia kedengaran. lepas hantar Alip kat Kuang. kami g Bukit Rahman Putra sat amek Omar. destinasi kami- Damai! yehaa aku enggak sabar mahu pulang deh! terlalu letih, lenguh dan ngantok. so terima kasih kerana membaca sehingga habis. sekian, wassalam.


special thanks to Aliff,Alip, Jasz for outing day with me. hahha. sayang manyak aa kat korang :)
aku happy dengan korang walaupun tak dapat scene paling best which is baling tepung ke Alip. haha. kasihan dia. penat join sawan kami . haha
dari kawan kecik besar
kecik besar;
sheila.
(>.<)

Silvery , Silently

A letter from mom and dad..
My child's..
When I get old..
I hope you understand..
and have patience with me..
In case I break a plate..
or spill soup on the table because..
I'm losing my eyesight..
I hope you don't yell at me..
Older people are sensitive..
Alway's having selfpity when you yell..
When my hearing get worse..
And I can't hear what you're saying..
I hope you don't call me "DEAF!"
Please repeat what you said or
write it down..
I'M SORRY MY CHILD..
I'm getting older..
When my knees get weaker..
I hope you have the patience to help me get up..
Like how I used to help you while you were little..
Learning how to walk..
Please bear with me..
When I keep repeating my self..
Like a broken record..
I hope you just keeping listening to me..
Please don't make a fun of me..
Or.. get sick of listening to me..
Do you remember when you were little..
And you wanted a balloon?
You repeated youself over and over..
Until you got what you wanted..
....Please also pardon my smell..
I smell like an old person..
Please don't force me to shower..
My body is weak..
Old poeple get sick easily when they're cold..
I hope I don't gross you out..
Do you remember when you were little..
I used to chase you around..
Because you didn't want to shower..
I hope you can be patience with me..
When I'm  always cranky..
It's all part of getting old..
You'll understand when you're older..
And if you have spare time..
I hope we can talk..
Even for a few minutes..
I'm always all by my self all the time..
And have no one to talk to..
I know you're busy with work..
Even if you're not interested in my stories,
Please have time for me..
Do you remember when you were little..
I used to listen to your stories..
About your teddy bear..
When the time comes..
And I get ill and bedridden,
I hope you have the patience to take care of me..
I'M SORRY..
If I accidentally wet the bed..
And make a mess..
I hope you have the patience to take care of me 
During the last few moments of my life..
I'm not going to last much longer, anyway..
When the time of my death comes..
I hope you hold my hand..
And give me the strength to face death..
And don't worry..
When I finally meet our Creator..
I will whisper in his ear..
To BLESS you..
Becaused you love your MOM and DAD..
Thank you so much for your care..
WE LOVE YOU..
With much love,
Mom and Dad..


Aku & Dia

pejam mata..
teringat si dia..
hati tertanya.. 
sayangkah kita??
gemar berjauhan..
bukan kehendaknya..
rasa sayang..
jauh tetap ditinggalnya..
bila malam rasa gelisah..
satu ditanya..
dua dijawab..
patutkah beriak atau bersedih??
sedangkan si dia masih sempurna..
bayangkan jika si dia tiada..
kelamlah malam butalah siang..
akanku mengingati malah masih sendirian..
menunggu si dia pulang kembali..

saya sengaja berkata bukan-bukan untuk menghilangkan stress, BINGO! saya berjaya.. anda ?

setan kembali (2)

Assalamualaikum , salam sejahtera semua. skematik pulak petang ni. aku mendapat ilham untuk mengUPDATE tentang "geng setanku"..kuputar kembali zaman sekolah di **** yang macam sekolah ni. heshh, mencarut lagi? taklah! hahahha. zaman kami berlalu dengan pantas. tetapi masing2 tak pernah lupa akan segala kenangan yang pernah tercipta bersama. aku nak sambung sedikit daripada salah seorang daripada kami : http://kuderuangsendiri.blogspot.com   heheh. seriusly, kami memang pernah saling mengumpat (taktau betul ke tidak) kadang2 tu usha slek/panas je, padahal semuanya lady's.. tapi memang kami antara yang terHOT waktu batch kedua! hahha. si ain kudut ni haa, memang player. gurau!! so faham2 aje lah. hahha. semuanya diletakkan dalam satu kelas brutal. starting dari sinilah. masing2 mula mengenali antara satu sama lain. Dalam kelas yang cerdik pandai ni, aku antara yang nakal dan jarang2 dengar kata cikgu. yelah, da terbiasa menakalkan diri. hmm.. walaupun gitu, aku masih sopan santun bila depan cikgu yang tersayang aje. hahah. nak tau? CIKGU RASHIDI x) sayang gilaaa gatai kat cikgu aa. haha! jangan jeles mak ye nyah semua ??

sebaris geng SETAN : 
  • NORSHEILA @ milah.
  • NURUL AIN ELMI @ kudut.
  • AIN RUZAIDA @ fido dido .  
  • NURUL ANNE @ chubby. 
  • NAZATUL FATIN @ kecik.
  • INTAN SYAFIQAH @ si lesung pipit.
Lima gadis, heheh. cukup aa korum kami ni. since dulu sampai la ni masih lagi berutus khabar melalui fesbuk, talian telefon. padahal aku lah yang terakhir tahu dorang semua keep eachothers. sebab life aku busy sket. tapi hati aku tetap kangan sama dorang. so atas sebab itulah aku teramat sayangkan mereka. merekalah SETANKU. hahah. walaupun sekejap aje kita dapat juga mengenali sikap luar alam kan. hahah. ingatkah kaurang akan cikgu kelas kita merangkap umi itu? hehe. sumpah aku tergelak tiap kali teringat weyy. apa sengal lah kaurang ni.. haha. i miss my setan group LOL. bila dapat keluar semua sekali? berLIMA? haiyakk tak dapat ku imagine aa.. sape2 yang akan dibahan atau membahan? hahha. x) hmm sayang-sayangku. sorry aku enggak punya ideas nak post lebih.. nanti akan datang, aku buat lagi satu ekk.. LOVE MY SETAN , hahah.












Teacher's Pet

Siapa yang kenal dengan TEACHER'S PET ni? tulah persoalan yang aku utarakan dekat facebook 2 hari semalam. dan feedback yang aku dapat adalah daripada Inche Bobo, dia ni semua benda tahu. so daripada dia jugak lah aku akhirnya dapat view lagu2 hits dari singer ni. hahaah. gila layaan doo. nyah happy gila - gila. thank you so much Bobo. aku usha dekat yahoo.com nak cari full biodata this singer tapi takdak. adesss, kecewanya..ini adalah wajah beliau ketika buat live show dekat satu tempat.. MAMAN atau nama sebenarnya : ROSMAN LAMRI merupakan artis daripada SINGAPORE yang terkenal dengan album Eh.. Keras Tu.. pada tahun 1994 (aku baru berumur 4 tahun,haha) kemudiannya beliau terus melenyapkan diri daripada dunia hiburan selama 10 tahun ketika beliau sedang sangat-sangat HOT ketika itu. KENAPA? ntah. aku pun tak tau apa sebabnya..

Bila kita dalam malam perpisahan..
Namun aku tetap bersamamu..
Ku rasa bagai satu sentuhan.. 
Dalam mimpi ku terbayang wajahmu..
Dalam dirimu penuh kelembutan..
Semakin hari namun semakin rindu..
Tapak tanganmu akan ku genggam..
Akan ku sentuh ketika sayu..
Untukmu akan ku semaikan..
Cinta yang sejati tiada bandingan..
Dalam kerinduan ku sendiri..
Dalam kesyahduan kita hadapi..
Warisan wanita terakhir..
Jiwa raga ku serah..
Kau ingin milik segalanya..
Dimana kasihmu?
Tiada kau memberi..
Apa yang ku perlu..
Hanya kau dapat memberi..(Hati sucimu ingin kumiliki..)
Hanya satu ku pinta.. kasih..
Kau warisan wanita yang terakhir..




Aku kagum gila dengan MAMAN ni. suara dia seakan-akan singer dari Indonesia.. ramai yang ingat lagu dia datang dari negara seberang. haha. Credit photographer! ini adalah kaset lagu. aku rasa zaman sekarang dah takde main atau keluarkan camni dah. hahah. ANTIK ..

anda boleh view beliau di FACEBOOK dan juga MURAI.COM sekiranya anda ingin kekal mengetahui info terbaru tentang MAMAN ni. sila-sila :)

ALBUM-ALBUM
yeah, yang berikutnya adalah cover album Maman yang baru bertajuk HIJRAH.
cover depan & belakang..

 TRACKLISTING :
  1. Anugerah Cinta (Warisan Wanita 2)
  2. Kedukaan Dalam Keriangan
  3. Kerinduan
  4. Syahadatain
  5. Cahaya
  6. Kamar (Hati)
  7. Titipan Ilahi
  8. Allahu Akbar
  9. Ruh Alam Semesta
  10. Perjalananku

1995-Album Di Suatu Hari Di Suatu Masa
  1. Kasih (Ku Pinjam Wajah Mu)
  2. Masihkah Ada Harapan
  3. Gejala
  4. Di Suatu Hari Di Suatu Waktu
  5. I Wrote This Song
  6. Nama
  7. Sering Kali
  8. Kaulah (Jiwaku)
  9. Without You
  10. Cinta Kita

 1994-Album Eh.. Keras Tu
  1. Warisan Wanita Terakhir
  2. Dakapkanku Ke Syurga
  3. Talipon Punya Pasal
  4. Malas
  5. Warna Hidup Ku
  6. Kubuktikan Segalanya
  7. Kibarkan
  8. Meruntuh Harapan
  9. Eh.. Keras Tu
  10. Warisan Wanita Terakhir ( Acoustic Version )
 Sekiranya anda adalah fans dia, silalah view beliau di LEPAQCAFE at Desa Sri Hartamas.
Beliau selalu buat show kat situ..Maman juga pernah mendapat anugerah Penyanyi Lelaki Terbaik RTM (1996), Kumpulan Terbaik (1992) dan Best Album (1995).. semuanya Malaysian punya award tau x) bangga aku , hehhe..

 PERBEDAAN BELIAU DULU VS SEKARANG
pasti anda terpegun, beliau sangat-sangat sudah berubah ke arah kebaikan, alhamndullilah.. kepada fan's yang lain, view this two pictures, and make ur own descript. yeahh here 4 you guys..




sangat beda kan? lovee his new style.. more matured! dulu beliau terkenal dengan gaya rockers. tidaklah keterlaluan, namun standard artis. apa je tak layan? anda jangan otak kuning okey. aku rasa happy untuk beliau. syabas dan taniah untuk Maman =) aku harap sangat Maman akan sentiasa berjuang dalam dunia hiburan, adalah satu kerugian kalau suara merdunya tidak kedengaran lagu. hahha. sekian, yang benar, aku!



Definition of Hijrah: a carefully planned migration or departure  which marks a break in history; or a new way of life. translation : berhijrah atau berpindah ,tutup buku lama, buka buku baru.
sumber infomasi :  Akhbar Singapore, Facebook, Yahoo, Murai, Inche Bobo, dan SDN BHD. 

seimbas lalu

Masa dah pun pisahkan kita. Tapi kata2 kau tetap aku pegang.. Janji tetap janji. amacam? ada berani ka nak tunaikan? aku tak tuntut. tapi aku bertanya.. jawablah. kau banyak kesannya pada aku.. dari kecik sampai besar. dari mula sampai kini. hebat? taklah! siapa kata.. takde orang kenal aku macammane kau.. siapa aku sebenarnya. apa yang aku pernah buat atau tidak. all my attitude semua kau pegang celah  ketiak aje.. tapi kau lah the one yang potong line kita. masa kau start membesar dengan orang lain, i mean dengan orang sekeliling.. semua berubah. tak dapat aku nak descript camne. kau boleh ker? hmm, takde persoalan yang kau boleh jawab kan. sebab aku pernah tanya ... kau diam sengal btol! kau rasa better ke bila aku yang becok sket ni tak ganggu life kau lately?? apa macam best? bak datang share aa.. nak gak aku tau. gila syok ke atau kau rindu keletah aku?? hahha. takkan aku nak percaya la weyy.. 

Sampai time kau sakit pun mak kau call cakap "meh lah datang tengok, dok panggil kamu nii" kau tau apa aku rasa.. sedih, perit tengok kau terbaring sakit.. kau yang aku kenal sangatlah periang, sewel yang amat, ketawa besar, cakap merapu.. tapi masa tu kau nampak sangat pendiam.. kau cuma mampu tersenyum tengok aku.. kenapa?? dulu aku dah pernah sarankan pergi checking kat hospital, kau sengih-sengih macam kera busok jee.. now?? see what happen to you my friends??? susahnya aku nak nasihatkan kepala ferum ni. asbestos! degil, main futsal tanak kalah. kawan kau ajak game, laju je. ni padah camne? siapa nak tanggung.. kau tau tak! kesian family kau.. aku sedih sangat ni, aku takleh nak pandang kau lama-lama weyy. 

Aku mula teringat kenangan yang kita dah pernah cipta. since tadika.. kau pantang betul tengok tocang rambut yang mak aku buat asal comel. balik tu tau-tau kena marah dengan mak! kau kusutkan rambut aku, siap main tarik-tarik. sial kan kau kecik-kecik dulu!? darjah satu pula, kau hilang kasut sekolah waktu main bola padang, kena curik aku rasa.. siapa yang tolong kau? aku.. aku bagi kau pakai sebelah kasut sekolah aku. fair kan. sebelah lagi kita jalan sama-sama pakai stoking je.. hahahhah. punya sayang aku kat kau sampai camtu sekali.. nasib lah kakiku sesaiz dengan kau. hmm, bila aku kena kacau dek budak-budak taiko kat sekolah, kau lah heroku.. ninja turtle ku.. aksi bengong kau semua toksah citer, biar aku simpan dalam lipatan memoriku. hahha. berjela kalau nak gtau pun. grr, aku teringat waktu kau suka sorang awek dalam kelas kau.. aku jadi posmen bergaji 20sen , best gila! sebab tiap kali dia reply, kau bayar aku.. tapi akhirnya kau maintain gak solo macam akuu... kata rock? tak main laa jiwang blues ni. 

Tiap kali cuti sekolah...aku dengan tak malunya pasti ikut kau balik kampung!! kampung kau best gilaa. aktiviti berkubang dalam lumpur sawah, main panjat pokok lepak-lepak, lastik orang, main lumba basikal,main galah panjang,sorok-sorok pun best.kita sampai terjatuh dari bumbung pondok dalam kebun orang, kau ingat tak??  aduhh, banyaknya memori tuu. Atuk Opah kau kemain suka dengan aku. yelah, lasak-lasak aku pun, tak selasak kau.. hahha. musim-musim camni tak pernah tinggal walau sekali.. akan sentiasa berulang dan berulang sampai kita dah besar.. bila dah membesar, kau dan aku tetap kemana saja walau kita tak satu tempat lagi.. rumah lain kawasan, sekolah menengah lain-lain, kau dah punya pacar.. aku tak ketinggalan juak.. semua blues kita dah pandai layannn.. tapi kita tak pernah lupa eachothers kan kan. masa kita masih lagi berputar antara kita. BF dan GF kita tak larat nak go on. kata kita yang terlebih romantis berdua. yeker?? kau rasa camtu ke? aku biasa je. mana ada buat pelik-pelik dengan kau. kita kan macam brother sista kan. hmm lantak aa. aku dan kau masih go on bersama. Friends forever indeed. x)

Tukang urut sambilan, haha. jangan biarkan otak kuning tu berleluasa.. aku yang join profesion ni. dan satu-satunya customer aku ,adalah kau! part time job tiap kali balik teman kau futsal. Minyak angin, kau lah pembantu terhormatku. haishh, sampai bila ekk nak kena jadi tukang urut sepenuh masa kau?? asal futsal je, sakit kau datang. kesian! kat aku.. tapi kau punya hal, aku okey beb.. kaki yang panjang berbulu tu, kerap buat hal. kepala lutut kau da makin teruk. berhentilah main futsal. dengar cakap aku.. aku terganggu tau, asal malam je kau call bagitau sakit kaki.. camne aku nak buat?? kepala ferum kau tanak berubah. dengan aku je kemain kau bagitau.. family kau? sorang pun nyah takdak! 

Dan dikejadian yang berikutnya.. Babe, jangan menangis... syutt.. syutttttt. kenapa ni? ooo, dia? dah. dahh. hush babe! aku ada ni okey?? kenapa? persoalan ni berputar ligat kat hotak aku.. kenapa lagi??? kau diaamm je. kau tengah sedih. so aku pun ikut diam laa, first time tengok.. gelabah cap ayam laa aku time tu. hahhaa. INGAT TAK ? selama kenal kau, tak sangka betul menyaksikan kau dalam the worst ever time. kenapa? share? okey jum.. aku dengar.. "bla bla blaa blaa blaaaaaaaaaa blala blala blaaa blaaa.." aku naik angin. shit punya orang! mau mati ka? haiyooo. dah2, kau chill aje nanti aku jamin kerat rambut aa dia lutut depan kita.. kau tergelak, "serius??" yelah nyahh, dah tak percaya aku ke?? gampang sih! see, kau dah pun tersenyum sumbing ^^ happy back to see u're not upset again babe. hahahha, :)

Wehh kenapa jadi lagi? sial. makin jahat mulut aku sejak duduk kat Metropolitan punya tempat ni. haisshh. kau buat tak cakap kat aku pun. bengang betul. Masa tu ada sesuatu yang terjadi. aku gila naik hangin! lama aku merajuk.. hampir setahun.. kecewanya aku, aku ingat kau dah lupa aku.. dan kau datang dengan tiramisu kek kegemaran aku. wittt, nak pau aku lar tuh? ceh pordah.. nasib. nasib.. kau dah berubah? yeker?? aku tak nampak pun. ferum tu ada lagi. egois je turun satu bar, haha. kita kembali normal. aktivitis masih berjalan dengan luar biasanya.. since dah berbaik ni, kau ajak aku tengok futsal. Lagik! seronok gila aku enjoy kau beraksi kat tengah padang. Ada-ada aje yang bisa buat aku ketawa geli hati. yang mamat - mamat kat sebelah ni mesti pelik. apekejadah gelak takde partner neh? peduli apa aku.. aku tengah enjoy sangat malam tu. 

Esoknya.. aku dapat call dari mak kau. HOSPITAL. rushing aku ,sampai-sampai je aku tengok mak terduduk di satu sudut. "Makcik ****, kenapa dengan dia?" mak kau suruh aku tengok sendiri.. saat tu, berdebar gila hati ni. rupanya kau dah lama sakit.. sakit kau dah makin makan dalam. patutlah kau hanya mampu tersenyum melihat aku.. kedatangan kau semalam untuk memberikan aku suatu kenangan yang mampu ku imbas kembali.. babe, aku kah orang terakhir yang tahu ?? kenapa aku?? kenapa kau tak share macam kita dulu-dulu?
aku bukan sahabat kau kah? persoalan ni takkan terjawab dan diketahui sampai bila-bila. Semoga kau pergi dengan aman dan kami disini sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu.

kepada yang membaca, ini hanya cerita semata-mata . maaf kalau ada yang tercalar emosinya. cerita ini terlintas di fikiran lalu ku titipkan buat kalian. hmm tidak bermaksud untuk bercanda disini. APAKAH JIKA KALIAN DIDALAM SITUASI SEBEGINI?? bisakah kalian??

speechless

this moment of meeting seemed to be a birthtime for both of us ; her first and my second life. Nothing, i knew, could ever be the same again, and I think I was reasonably shaken..

 Laurie Lee (1914-1997)
from "Two Women"

Playboy atau Heartbreaker ?!?

Bila sebut heartbreaker pasti ramai yang akan menyamakannya dengan playboy. Namun harus diingatkan heartbreaker itu tidak semestinya dia seorang playboy. Pertamanya kerana heartbreaker belum tentu suka bercinta lebih daripada seorang dalam satu masa. Seterusnya, kebiasaaan mereka ini melayan wanita dengan cara yang sangat manis malah sentiasa digelar gentleman. Namun dia bercakap manis bukan niat untuk bermain kayu tiga tetapi kerana sikapnya memang begitu. Walaubagaimanapun persamaan heartbreaker dan playboy kedua- duanya bakal menghancurkan hati perempuan. Jadi hati- hatilah! Kamu mungkin sudah sedia maklum dengan ciri-ciri seorang playboy tetapi heartbreaker mungkin ramai yang belum mengenali mereka ini dengan sepenuhnya. Jadi kenali ciri-ciri si heartbreaker agar kamu tidak terus terpedaya. 

PAKAR DALAM MELAYAN PEREMPUAN
Lelaki heartbreaker tahu cara terbaik untuk melayan perempuan. Misalnya kalau kamu ingin masuk kereta si dia dengan pantas akan berlari membukakan pintu. Bila kamu lapar, si dia akan membawakan makanan untuk kamu tidak kiralah berapa sekalipun. Boleh dikatakan mereka gentleman sejati!hmm buat masa ni aku tak pernah jumpa friends yang gila gentleman camni. aku geli hati aa..
SWEET TALKER
Lelaki kategori ini sangat manis bila berkata-kata. Si dia akan memuji kamu sehingga kamu terasa ingin terbang ke langit tujuh. Si dia akan membuat kamu terasa kamu adalah wanita yang paling cantil di dunia, istimewa, luar biasa hanya dengan perkataan-perkataannya! ee dasyat kan. kamu sudah kenakah?
PUNYA BANYAK TEMAN WANITA
Andai diperhatikan, teman-temannya kebanyakan perempuan. Saat kamu berjalan-jalan dengannya pun orang yang menyapa si dia adalah perempuan! Si dia juga terlalu bersikap ramah dan melayan perempuan-perempuan yang menegurnya. Alasannya mereka hanya kawan. hahha. boleh percaya meh? ngee.. normally kalau aku, aku akan fikir 3 kali, mamat pattern gini akan sentiasa didampingi wanita-wanita keliling pinggang.. take my word!
AGENDANYA PENUH
Mencari waktu luangnya memang sukar. Bahkan sampai akhir tahun pun jadualnya penuh. Jadi kamu ingin buat temu janji dengan dia perlu buat seawal mungkin. Kalau last minutes jangan haraplah si dia akan menemani! grrr, aku rasa baik toksah laa kamu nak buang masa mencari si dia tu ekk.. 
SENSITIF
Si dia amat peka dengan apa yang kamu inginkan. Sekiranya kamu punya masalah si dia berkali-kali menyakinkan kamu bahawa si dia amat memahami perasaan kamu. Namun si dia bukan cakap-cakap kosong kerana kenyataannya mereka sangat mengerti tanpa perlu menjelaskan dengan panjang lebar. wahh, yang ni best! aku nak somebody yang ada in and out aku.. bebehh, come here..
HANGAT
Bermaksud si dia jenis lelaki cepat sahaja berjalan. Misalnya bila berjumpa dengan kamu kalau tidak memegang tangan, merangkul pinggang, menyentuh lengan kamu atau menyentuh rambutmu memang tidak sah! Tetapi hal ini si dia lakukan pada semua teman perempuannya bukan kamu seorang saja! hmm,lahanat! apa gatal mamat ni. cuba-cubalah ubah jangan sampai kena cop ULAT DAUN dek orang..
PEMURAH
Si dia kaya dengan kejutan dengan menberi pelbagai hadiah. Dikirimkan bunga atau membeli barangan yang kamu inginkan. Si dia juga rajin mengajak kamu ke tempat-tempat yang romantis. Kesimpulannya kamu sangat dimanjakan habis-habisan! waduh ibuk, kayak sungguh bapak ini... baik ada makna ni.. ^^
MENARIK
Si dia tahu di mana tarikannya dan kerana itu si dia tidak ada masalah untuk menonjolkan kelebihannya. Sentiasa update dengan trend-trend termasuk golongan yang amat mementingkan penampilannya! Malah ada kalanya berkongsi tips agar kamu turut menjaga penampilan. lelellele..serabut pulak kalau terlampau menjaga ni. sekali-sekala selekeh comel apa..
BIJAK BAGI ALASAN
Pandai mencari alasan yang menbuatkan kamu jarang menyalahkan si dia andai si dia memungkiri janji dan sebagainya! Ini kerana alasan-alasan yang diberikan bukan sahaja kuat malah penyampaiannya juga buat kamu rasa simpati! tak hingin aku nak dengar apape ntah..
SENTIASA RASA BAHAGIA
Apabila bersama si dia kamu akan terasa tenang dan bahagia. Si dia juga sentiasa buat kamu ketawa dan tersenyum serta tidak pernah sedih. Kalaupun kamu berhadapan dengan masalah, si dia akan berusaha untuk menggembirakan kamu sehingga terlupa akan masalah kamu! hahha, lovee it.. aku pernah rasa dengan somebody! kawan yang bisa membuat aku tergelak sawan x) hahha. rindu time gelak ketawa tu..
  
Sekian daripada aku, semoga ada sesuatu yang bisa kamu dapat disini. berhati-hatilah wahai wanita.. ikhlas dari -aku!

Fakta menarik LELAKI & PEREMPUAN

             Wah, ketahui fakta yang mungkin masih kamu belum ketahui. Lets check it out!
  1. Kebanyakan wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam. haha, saya rasa ya! sebab saya adalah contoh terbaik untuk fakta ni.
  2. Pergantian jantina ataupun transeksual lebih banyak dilakukan oleh lelaki. oh no, bertaubatlah anda..
  3. Sperma lelakilah yang menentukan jenis jantina bayi. haha,so guys jangan lepas ni banyak buang sperma anda ditempat yang tidak sepatutnya! hehhe..
  4. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan rata-rata berat otak lelaki lebih kurang 1.4kg, wanita lebih daripada itu! ooo,baru saya tahu..
  5. Basikal lelaki mempunyai palang di tengah basikal. wett,kalau terbeli dan terpakai, takde pape effect kan?haha..
  6. Bagi wanita masalah timbunan lemak lebih banyak berlaku di bahagian punggung. bagi lelaki, lebih banyak timbunan pada perut! betul sangat, saya ada seorang abang yang buncit serta berlemak di perutnya. huhuh ^^
  7. Wanita kurang mampu menahan sejuk kerana permukaan kulit yang lebih besar dan lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat. yeahh! i likee it..
  8. Wanita mempunyai 75% lebih banyak kelenjar peluh (yang menghasilkan bau badan) daripada lelaki. haa?? yeker??saya enggak dono dong. hee..macam taknak percaya aje. nasib laa mak kenalkan NIVEA whitening, sangat mujarab! try laaa.
  9. Kemampuan pancaindera lelaki untuk mengecap rasa masam,manis dan masin lebih rendah pada wanita. wahhaha,tapi sekarang normally chef famaous lelaki, camne tu??
  10. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita dan mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih. grrr..really??wahhh..
  11. Lebih banyak wanita menggunakan kaca sentuh dan kanta sentuh di antara usia 16-44 tahun. saya tidak berada dalam golongan ini. tak reti aok nak pakai..
  12. Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita kebanyakannya mempunyai bibir lebih besar berbanding lelaki. saya memang berhidung pesek dan kecik.. grr..
  13. Rata-rata pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.. beza cuma 5 tahun aje..hahah..
  14. Lebih banyak wanita dapat menyanyi tanpa suara sumbang berbanding lelaki. mostly laa.. terkena waktu karaoke dengan officemate, sengal gila! haiyooo..
  15. Kekuatan meramas tangan lelaki dua kali lebih kuat daripada wanita. i loveee when he hold my hand around.. <3
  16. Kira-kira 78% lelaki mendengkur ketika tidur, hanya 22% berlaku pada wanita. hahha. sangat sokong lah artikel ni..
  17. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kahwin. sebab apa? sayang hubby babe.. ahhahah..
  18. Kebanyakan lelaki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih dua kali ganda wanita yang membaca daripada lelaki. kalau pergi Perpustakaan Negara, hampehh banyak sit penuh.. berebut2 den..
  19. Memilih warna MERAH @ BIRU? lelaki lebih banyak memilih merah, manakala wanita warna biru! but i love green maa..
  20. Semua rekod Olimpik untuk sukan renang, acara balapan, lompat tinggi dan lompat jauh dipegang atlet lelaki. adoii..betul sangat ni..
  21. Wanita lebih banyak menggunakan kata ganti diri "saya" berbanding lelaki! lelaki kan rocker, leleh laa kalau guna kata ganti diri saya ni..hehhe..setuju dok?
  22. Lelaki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak & logika) pada waktu persamaan. ntah,saya tak pernah lalui..
  23. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86% oleh lelaki, dan 95% penghuni penjara adalah lelaki! hmm ngeri aa..
  24. Wanita lebih berani! Lebih 60% wanita memeriksa giginya secara rutin berbanding 40% pada lelaki! hahah,memang tak senonoh aje kan.. nak senyum pun seg
hahah, credit to REMAJA magazine for information x)