norsheilasalleh.blogspot.com: May 2011

Day 1 - Your Facebook profile photo

currently my facebook profile picture (",)

*gambar ni dah lama, Mak aku yang snap ni. haha. Raya Korban tahun lepas, 2010 .. baru lepas dari ziarah kubur arwah nenek kat Taman Ehsan, Kepong. 

nak challenge diri sendiri (=.=)

Yang ni aku dapat lepas baca blog Kak Reen aku (",)

10 Day Picture Challenge.

Day 1 -  Your Facebook profile photo.
Day 2 - A photo of yourself a year ago.
Day 3 - A photo of someone you love.
Day 4 - A photo that makes you happy.
Day 5 - A photo of you making a funny face.
Day 6 - A photo of a former crush.
Day 7 - A photo of you and your best friend.
Day 8 - Your most recent photo of you.
Day 9 - A photo of you have taken.
Day 10 - A photo that makes you laugh.


*nantikan ya ...

A m p a n g - K T V - D A M A I

Petang jam 18:00, tengah syok aku melayan blog kawan2. Terdengar bunyi 'CLICK CLICK' double click tau. haha. Aku maleh nak amik port, sebab aku tengah takde credit. hmm. Aku baca gak, kut2 emergency ke? Pelik juga cara nak baca mesej guna telefon oldskool ni. hee. "Awak....awak kat ne?" - grr.. grrr.. aku kena usha balik kat phone book , bro? aku balas, ada je kat Damai ni. Rupanya family dia ada makan2, and also Aunty Mariam ada sekali. Aku terus setuju. Aku rasa ni last aku follow event dengan family dia. Lepas solat maghrib dia akan datang jemput aku. Dan aku masih lagi leka dengar lagu Paul Young- Everytime You Go, dalam bahasa melayu ; Paul Muda - Setiap Kali Kau Pergi. kahkahkah. kelakar je bunyi. makna tetap sama, kan?

  Lepas bersiap, aku terus capai phone hantar text ke Babot. hmm feedback- tidak memuaskan. biasalah, hati dia tak sedap lah tu aku keluar dengan orang lain. hee. takpelah, harapnya dia okey je. so aku agak clumsy lepas solat tu. tak dan nak pilih apa nak pakai. main rembat je. yelah family dia mana pernah tengok aku berjilbab gini. Aku siap2 tunggu kat bawah. Bro ni payah sikit, bawak Volvo lembab, kalau jalan kaki lagi cepat sampai. haha.

Masuk je kereta dia, dia pandang sambil senyum. Aku paham dah makna tu... (",)  Dia terus tanya 'Sejak bila bertudung??' aku balas, 'baru je lagi, heee' .. so kami meneruskan perjalanan, sebab yang lain dah tinggalkan kitorang pun. Paling kelakar bangang, janji jam 20:00 kena sampai kat Ampang tu. Masalahnya kitorang lupa jalan sebab dah lama tak lepak sana pastu dah lewat sejam. aku dah sound sedas awal2 kat bro, lama sangat tak naik Volvo, sakit badan belakang aku, adeh :(

Tapi dia rileks je, dia tak marah aku cakap camtu pun. hehe. aku bukan apa, saja nak kenakan dia. ciss terdiam aku. aduh rindu lagi sorang bro. sesampainya kami , boleh pulak main pusing2 kat mall tu. last2 baru jumpa KTV Ampang ni. hahahhahahaha. sengal ubi sungguh kitorang! dah naik pun kena tunggu lagi. tahu sebab apa?  kitorang taktahu dorang amik bilik nombor berapa. kahkahakah rasa nak hantuk kepala kat lantai kejap! haish!!

Aku masuk je, semua macam terpaku sebab nak usha siapakah gadis kat belakang bro ni. bertudung litup pulak tu. hahah. memang lain, tak macam aku pun. Aku salam Kak Farehah, Kaklong, Aunty Mariam, Umi, Baba, Ibu  Kila , Adam, Sara dan Kila , lelaki dewasa yang lain aku tak salam , sorry guys! heee .. aku amik tempat kat tepi Uncle kawan Aunty Mariam. Guys yang turut hadir Bro, Along, Abg Khidir, Abg Deddy, Paan, Bapak Kila and Uncle Bad. ramai kan? aku rasa macam makhluk asing je duduk situ dengar dorang nyanyi. aku terlupa nak cakap, diorang ni meraikan harijadi Abg Deddy dengan si kecik Sara tu. so makan2 semua si Kila yang ambik. baiknya si comel ni... heee. dah sah2 lah ketiga2 budak kecik ni menyempit kat seblah aku. paling aku tersentuh, si Adam ni terus meluru ke aku waktu baru masuk memula. adeh sayang lebih kat kamu Adam. :)

Sambil makan2 tu, aku chitchat dengan budak2 ni. comel betul, serius aku suka sangat dengan diorang! Especially Adam lah, yang aku rapat sekali. punya manja takyah cakap wehh. aku taknak teman dia pergi toilet tadi, taknak cakap dengan aku. hishh. aku takleh camtu, aku pujuk dia, 'meh aunty temankan Adam jum' ... terus dia pimpin tangan aku keluar bilik tu. haha. see? aku faham, bapak dia malas nak temankan. Dan aktiviti makan2 tu masih lagi aku teruskan. Banyak makanan ni. aku rembat ayam KFC plus nasi goreng. sedap! sedap sebab tengah lapar seharian.. ikutkan hati nak g pasar malam dengan kawan2. tapi dah terikut dia pulak. hmmm..

Sudah tiba masanya kitorang balik, dia ada futsal tiba2. sedih aku nak balik tu... ingat nak chitchat dengan semua orang, tak kesampaian lah. sikit2 je lepas.. yelah dalam bilik karaoke camtu , camne nak chitchat kan? takpe wa caya sama Baba - nenek bro. selamba je beliau follow anak2 n cucu2 outing camni. hahaa. siap nyanyi lagu lama lagi tu... tabik mem!!! cuma Abah dia je yang takde macam biasa... rindu nak lepak dengan beliau! lagi best tu, sayang aku macam anak sendiri, hikhikhik - Alip, jangan jeles okey !! 

Dan aku terus balik rumah lepas bro terus ke Kota Damansara, hmm satu je benda yang aku tak dapat buat. TAK DAPAT JUMPA BABOT, mesti dia kecik hati kan? sorry ya. anyway aku happy walaupun takcukup korum keluar takde lagi sorang. i missed our day brothers! time lepak2, menggila macam hidup ni kita bertiga je yang punya, hahaha. *masing2 ada jalan sendiri , takde lalu highway yang sama macam dulu*

aku nak masuk tidur, sorry takde pictures pun. 
aku takde phone canggih macam dulu kala =.='
BYE (",)

Trend buka tutup Jilbab

Buat apa sebenarnya memakai jilbab? 
Apa yang menjadi dasar ketika mereka memutuskan untuk menggunakannya?

“Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS 33:59)
Ayat diataskah yang mendasari keputusan itu? Atau hanya sekadar trend mode saat ini? Kerana mulai banyak para perempuan yang menggunakannya saat ini, walaupun cara menggunakannya masih belum benar–benar sesuai syariat. Yah… masih lumayanlah dibandingkan dengan yang sama sekali belum menggunakannya.
Tapi kalau buka tutup bagaimana pula ya?
Ini masalahnya. Jilbab sebenarnya bukan trend pakaian masa kini yang bisa ditiru saat sedang trend, lalu dilepaskan lagi saat trend itu habis. Jilbab adalah kewajipan bagi seorang Muslimah yang sudah baligh. Sama wajipnya dengan keharusannya menegakkan sholat. Tidak bisa digunakan sesuka hati kerana ALLAH sudah menetapkan aturannya dengan jelas.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada ALLAH, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”(QS 24:31)
Tadi sudah dibahas bahawa sebenarnya jilbab itu adalah kewajipan yang harus ditunaikan oleh keseluruh kaum muslimah. Bukan pilihan kerana merasa sudah siap, atau alasan lainnya. Kerana saat ini ramai yang belum menggunakannya kerana merasa lebih baik membenahi diri dulu baru berjilbab. Masalahnya adalah waktu yang kita tidak tahu sampai bila akan bisa kita jalani. Sementara membenahi diri adalah kewajiban yang harus kita lakukan setiap saat tanpa ada akhirnya? Apakah ada seseorang yang merasa dirinya sudah soleh, sudah baik, dan sudah sempurna?
Lalu bila kita akan menyempurnakan keimanan kita bila terus menerus menggunakan dalih seperti diatas? Kerana sampai bila kita hidup pun kita tidak akan pernah tahu. Sementara selama kita hidup, kewajipan kita adalah terus memperbaiki diri, kerana pada dasarnya manusia tidaklah sempurna. Lalu mereka yang berdalih memperbaiki diri dulu baru berjilbab atau menunggu datangnya hidayah (padahal hidayah itu harus dijemput dengan keimanan kita, bukan ditunggu!) bagaimana? Sempatkah menyempurnakan perintah-NYA?
Jilbab adalah saksiyyah (jati diri) wanita Islam, mahkota yang harus dijunjung tinggi. Jika seorang wanita telah memutuskan untuk berjilbab, maka ia harus siap dengan segala rintangannya atau ujian dari ALLAH. Siap menjaga sikap dan perilakunya. Ini kerana, jika seseorang wanita berjilbab melakukan hal-hal yang tidak semestinya, maka yang dituding bukan hanya diri wanita itu, tetapi jilbab dan Islam. Contohnya, jika seorang wanita berjilbab merokok di tempat umum, maka masyarakat akan berkata “Tu kan, dah berjilbab tapi merokok?” Jilbab dan Islam mendapat kesan negatif. Terlepas dari segala pembahasan tentang hak asasi seseorang untuk bebas melakukan apapun sepanjang tidak mengganggu kepentingan orang lain, wanita yang telah memutuskan untuk berjilbab hendaknya menjaga adab perilaku. Kerana ia merupakan jati diri, sudah selayaknya kita menjaga jati diri, martabat sebagai seorang muslimah tersebut dengan sebaik–baiknya. Tidak memperlakukannya sesuka hati dan melakukan peraturan sendiri. Ada yang berjilbab awalnya kerana merasa mendapat hidayah, namun dalam perjalanan hidupnya ketika merasa kecewa dengan apa yang dialaminya, lalu jilbab pun dilepaskan. Sayangnya ketika melepasi jilbab yang ada adalah sikap dan perilaku jahiliyah… Astaghfirullah halazhim.
Wahai para Muslimah, kita yang dimuliakan ALLAH, bahagialah dengan kemuliaan itu, sudah selayaknya kita menjaganya dengan segala daya dan upaya. Hanya itu cara kita mengabdikan diri kepada-NYA, mematuhi perintah-NYA dan Rasul-NYA. Bekali diri dengan ilmu dan fahaman yang cukup tentang perintah ALLAH yang satu ini. Luruskan niat untuk berjihad melawan hawa nafsu. Sekali memutuskan berhejab, yakinlah bahawa kita sudah melakukan sesuatu yang benar dan mohon pada-NYA agar tetap menjaga hati ini tetap beristiqhamah dalam ketaatan pada-NYA. Ketika kita sudah memutuskan untuk berhejab, sama artinya kita membeli ‘one way ticket’ don’t look back and cause there’s no way back. Jangan pernah berjalan mundur dan kembali kepada kejahiliahan diri kita. Tidak ada alasan apapun untuk menanggalkannya, kerana ALLAH adalah segalanya. Tidak juga kerana masalah rezeki yang sering membuat orang menanggalkan jilbab demi professionalisme dan tuntutan pekerjaan. Yakinlah ALLAH sang penjamin rezeki, apabila DIA yang memerintahkan kita menutup aurat, DIA juga yang akan menjamin rezeki untuk kita. Jangan pernah meragukan-NYA. Sedikit atau banyaknya rezeki adalah urusan-NYA. Namun yakinlah apabila kita patuhi-NYA, ALLAH tidak pernah menyia–nyiakan kepatuhan hamba-hamba-NYA. ALLAH Maha Mengetahui niat yang terkandung dalam hati para hamba–hamba-NYA.
Jangan pernah mempermainkan aturan–aturan-NYA. Kita hanya diperintahkan patuh dan taat, bukan mengganti ketentuan-NYA sesuai dengan yang kita mahukan. “Syurga di kelilingi oleh sesuatu yang luar biasa sulit, sementara sebaliknya, neraka justeru di kelilingi segala kemudahan.” Mahu kemana kita nanti, kembali kepada kita masing–masing dalam mentaati perintah-NYA.
*credit to Islam Itu Indah 

Punca sebenar PENJARA PUDU ditutup

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu.. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "Bilik Terakhir " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya.... Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

 "Heyyyyyy manusiaaa.. Jangan awak sentuh harta itu.. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... "
 udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja.......... ......... .....


Tahniah kerana minat membaca.
 p/s:-kita pun terkena...so apa salahnya post sini bagi u all gak terkena haha ilek2

the one and only

'Sorry sayang, lambat bersiap sikit. Biasalah kan, phm2 sendiri k? ' aku tersipu2 salam dia lepas tutup grill rumah macam selalu. 'Hehh!' - tu je yang dia mampu cakap. kahkahkah. ciss, panas je hati kena perli. 'Apsal lambat ni? ni comfirm ____________ punyalah, betting lah?' - ayat kerek dia keluar masa menunggu aku bersiap. ciss lagi. Jalan lambat2 je p kat kereta. hmm. takde destinasi? mana boleh.. MAKAN , jum makan! Agreed!

Di Hilir Cafe, port biasa. Nasi lemak memang terangkat. Lokasi kat mana? Pada siapa2 yang stay kat Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh sure tahu punya. Terjumpa port makan ni sebab kitorang merayap satu Sungai Buloh sebab kelaparan suatu ketika dulu, haha. Yang makan sudah tentulah bukan aku. aku jaga pemakanan sikit. Berat badan dah bertambah2 ni, *ngeri pula aku kalau gemuk sangat*  hmm borak2 macam dah lama tak jumpa aje. ada je benda nak dicelahnya. haha. gembiranya hati.

'Sayang, sejuknya hati saya tengok awak camni. Bertudung atas kerelaan sendiri, bukan dipaksa sesiapa. I love you umi..' aduh, gembiranya. Makin sempurna , makin sayang. Itu yang aku mahukan. Hidup didunia hanyalah sementara, aku jadi insaf ..

Suddently aku buka cerita kawan dia excident! hm, tak pandai nak berahsia! so just tell him the truth. kesian dia, terkejut. terus call Zaki. ni lah gambar terkini yang Zaki tag sendiri kat facebook aku malam tu. Ish kasihannya dia. Perit gak rasa bila pandang gambar ni. Kawan2, sila berhati2 bila bawa motor atau kereta okey? jangan nak seronok sangat.

Tak lama dari duduk2 dengan dia, Kak Nab mai bawak teksi baru dia. Babot tak menyabar nak jejalan KL , merasa jadi penumpang. Takleh belah! Terus aje bawak kereta dia balik rumah. so Kak Nab plan makan kat Mc'donalds. ahh sudah. lewat malam sangat ni. hish, ikutkan hati balik rumah tidur layan mata lagi best.

Tapi, makan free bukan selalu kan. Lagi2 kalau Kak Nab yang volunteer nak belanja?! haha. Pelik, aku tak merasa nak makan apa2 pun. Just Mc Flurry je. Aku cuma gelak2 aje dengar Babot katai2 Kak Nab. bangangnya lahai. kahkahkah.. so dah masa untuk tidur nyenyak. babai ..

Pantun Adab Bercakap

Perahu kakap darinya Daik
banyak muatannya penuh selaman
suka becakap perkara yang baik
itu tandanya orang beriman

Tangkap ketuka di Tanjung Minyak
ikan tongsan disambat kangar
usah suka bercakap banyak
khuatir bosan orang mendengar

Gulai siakap, sambal tetel
sayur kelisa siput lala
usah bercakap perkara yang batil
ia berdosa menjejaskan pahala

Bakar lokan mujur tak hangit
samamakan di tepi telaga
elok jauhkan perdebatan sengit
Allah jaminkan rumah di syurga

Cik Sayang membuat lekar
berasa hangat kerja tak lama
orang yang banyak berkelakar
ditegah sangat hukum agama

Encik Taib menjual kain
kain datangnya dari Kediri
mendedahkan aib orang lain
seperti menghina diri sendiri

Koci berinti, ketupat palas
sama tapai tambah selera
bercakap mesti benar dan jelas
barulah sampai hajat bicara

Santan kelapa gulai pelata
buah peria buat sayurnya
barang siapa suka berdusta
munafik ia satu tandanya

Jual semangka mendapat laba
sama meranti, si pucuk turi
prang suka mengadu domba
balasan menanti tidak terperi

Jeruk pala, halwa keranji
buat di Sementa di rumah Pak Amin
menjauhi cela, cerca mengeji
baru dikata orang mukmin

Nazel Hashim Mohamad..

13 Aurat Wanita ..

 1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tan gan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.


9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59.

Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

shawl

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Ilahi.

60 petua mendapatkan pasangan

Kawan tag kat facebook, aku amik buat petua kita bersama, 
insha Allah diperkenankan-Nya. Amin. Sila baca , renung2 kan lah..

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Digalakkan , tetapi ..

Ni aku dapat dari email. Ada orang email aku, aku rasa aku patut share. Nak forwardkan email tu balik, tak larat ramai sangat. So, bacalah ni. Sama-sama kita ingat-mengingatkan.

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah, namun berhati-hatilah. Org tua-tua selalu cakap, bila balik daripada melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Teringat saya pada tragedi yang menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan dan tidak pula menyusu. Hati ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu hari raya Aidil Adha. Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu (rumah ibu).

Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut. Ya Allah! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah ke bumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah... katanya) . Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah mayat perempuan tua bukannya seorang tetapi tujuh orang, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Sampai ke tahap saya berdoa agar adalah makhluk Allah yang meninggal pada hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, alhamdulilah.

Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh Cik Man tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga ke malam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat HSA menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah Maha Penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya di sebut. Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada Cik Man (tak mahu ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya tu tapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan ingatkan Allah banyak-banyak.

Pintu dan tingkap diminta dibuka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan. Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu selama beberapa bulan yang lalu. Bayi saya meronta-ronta dan dengan sepontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.

Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya,suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga yang menziarah orang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya. Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kepada bayi saya.

Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukur kerana bayi saya sudah pandai bertatih.

Setelah segala kesulitan terurai saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man. Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat di situ cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang ke rumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris.

Saya dan suami berpandangan sesama sendiri. Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran.

Benar kata Ura,apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan iktibar.

Baik, buruk pengubahsuaian ekzos pada kenderaan

  Bagi mereka yang gemar melakukan pengubahsuaian pada sesebuah kenderaan, kebiasaannya antara komponen yang mula-mula diubahsuai ialah sistem ekzos. Seringkali di lebuh raya ada sahaja kenderaan yang menggunakan ekzos bersaiz besar diubahsuai memecut laju. Mungkin juga untuk menarik perhatian orang ramai agar memandang kereta mereka.
  Dari sudut amalan asas kejuruteraan automotif, jurutera telah melakukan kajian yang tepat untuk menentukan ekzos yang bersesuaian dengan kenderaan iaitu merujuk kepada kapasiti enjin, tekanan di bahagian ekzos untuk diselaraskan dengan sistem penyenyap.
  Ekzos boleh didefinisikan sebagai sistem yang menyalurkan gas-gas terhasil daripada bahan bakar dalam enjin keluar melalui salur ekzos. Ekzos asal kenderaan kebiasaannya mempunyai dua silencer system (sistem alat penyenyap) dan satu alat pengesan gas beracun (catalytic converter) yang juga berfungsi sebagai penyenyap satu dan dituruti dengan penyenyap dua dan penyenyap hujung.
  Namun, kini ramai pengguna yang gemar untuk mengubahsuai ekzos mereka lebih-lebih lagi golongan muda-mudi mungkin kerana suka dengan bunyi kuat sesuai dengan jiwa muda mereka.
  Sebenarnya ada banyak kesan sampingan yang perlu diketahui oleh pemilik kenderaan yang menukar ekzos sedia ada kepada yang lebih besar. Antaranya ialah pengubahsuaian ekzos juga boleh menyebabkan kehausan melampau pada injap ekzos ruang pembakaran.
  Dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa pengubahsuaian ekzos ini menjadikan enjin kenderaan semakin pick up adalah tidak boleh diterima sepenuhnya. Ekzos yang diubahsuai sebenarnya tidak memakai penebat haba iaitu satu alat pengesan dan menapis gas beracun (catalytic converter). Ia dibuang bagi mengurangkan beban pada kenderaan dan secara tidak langsung menambahkan kelajuan.
  Namun, kesan ekzos yang diubahsuai tersebut turut akan menyebabkan peningkatan kadar pengeluaran gas-gas pencemar dengan banyak seperti karbon monoksida, plumbum, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, hidro karbon dan partikel-partikel halus yang berbahaya. Risikonya kemungkinan ada kebocoran gas karbon monoksida masuk ke dalam ruang kabin dan boleh membahayakan nyawa.
  Berbeza sekiranya anda tetap memakai ekzos asal yang mempunyai pengesan gas beracun dan penyenyap bunyi untuk menapis tekanan dan menghantar pulangan tekanan kepada ruangan pembakaran serta menapis gas yang terhasil.
  Terdapat juga ekzos yang diubahsuai melintang di bawah tangki minyak. Secara tidak langsung jika berlaku kemalangan kemungkinan besar ekzos tersebut akan menyentuh atau menolak tangki minyak.
  Jurutera automotif telah bertungkus lumus untuk mengkaji kesesuaian ekzos mengikut jenis kenderaan bagi memastikan keselamatan dan pemuliharaan alam sekitar selain mengelakkan berlakunya pencemaran bunyi berleluasa berlaku di jalan raya.
  Selain itu, bahan-bahan buatan ekzos yang diubahsuai setakat ini tidak pernah mendapat mana-mana pengiktirafan ataupun kelulusan daripada mana-mana pihak berwajib.
  Oleh itu undang-undang telah menetapkan bahawa bunyi ekzos yang dibenarkan bagi kereta ialah 85 desibel (db), manakala motosikal tidak melebihi 95 db. Tidak berbaloi sekiranya anda berpuas dengan ekzos besar tetapi menanggung saman, membahayakan keselamatan serta menyara kos petrol yang tinggi.

Sumber - Majalah Auto Touch 

saya bernama Norsheila Salleh, ("-")

I'm new Norsheila binti Salleh  ..

Bila masa sudah sampai, aku rasa bahagia sekali. Aku dah buat keputusan untuk bertudung. Yeppi !! Aku selalu tengok kawan-kawan ramai yang dah bertudung, especially geng setan aku tu. For me, awal tahun 2011 aku dah bernazar akan bertudung litup paling lambat lepas kawin. Paling cepat, my birthday coming this June ! heee . Ni semua selepas aku dibawa pulang bersama si dia ke Kampung Paloh, Johor bulan Mac yang lepas. But then, semua gambar takde dalam simpanan aku dah. Phone sony dah rosak, jual awal2 dah. Buat masa ni memang tak dapat update gambar kat blogger ni.

 Aku rasa janggal sebenarnya bila bertudung balik kampung si dia, yelah sebab aku tak pernah buat macam tu untuk jumpa orang tua sang kekasih ni. But then, aku berani dan aku cuba! Ternyata ia mendatangkan rasa insaf pada aku. Walaupun sudah berbulan berlalu hari tersebut, aku cuba jadikannya kenyataan. Alhamdullilah.

  Bermula di suatu hari, aku minta si dia bawa aku ke Uptown Kota Damansara , beli tudung buat pertama kali. Since i was kid, semua tudung yang aku pernah pakai semuanya hasil daripada kraftangan mak ataupun ihsan daripada kakak-kakak sendiri aje. So agak excited walaupun rambang mata nak pilih untuk sendiri kali ni. Thank you so much to HK coz tolong saya pilih memilih haritu. Tak lupa jugak Kak Nab yang mengikut kami. haha.

 Alhamdullilah syukur, keluarga aku pun support aku kali ni. Yelah, benda baikkan. Aku pun rasa lebih bahagia dan sempurna lepas aku berubah camni. Hopefully aku tak jadi macam orang lain yang kekadang tu bertudung kekadang tidak. Keputusan ni tidaklah mendadak sangat, aku rasa dah sampai waktu aku berubah ke arah yang lebih baik. Lebih matang. Lebih bahagia kan?

     Mana tak peliknya?
Adik bongsu aku pun bertudung litup, aku ni pulak degil tahap monyet. Apa punya kakak lah, takde rasa kesedaran sivik, hehe. Apa kene mengena yek.. Dah jalankan tugas aku sebagai muslimah yang diredhai-Nya. Moga lepas ni, aku dapat kurangkan keluar malam pulak. Ni banyak gak benda yang aku kena kurangkan lepas ni. hehe. Tapi aku dah bersedia untuk itu. heee.

Peubahan yang mematangkan aku dalam mengharungi liku2 kehidupan, dah macam bait2 lagu Bintang Kehidupan pulak, \/("-")\/ ..

Dan juga, aku nak jadi Umi yang solehah untuk zuriat aku nanti, insha-Allah dengan izin-Nya. Amin.
Doakan aku ya peeps! Thank you so much ..

Buku novel, koleksi dan kegemaran masa lapang

  Fuhh, puas hati aku dapat lepas geram harini. Semua bahan bacaan aku dah godek. Rasa lapang sikit dada yang sesak ni, mungkin korang boleh try macam aku buat ni. Untuk pengetahuan semua, aku memang gila novel. Kat rumah aku dah penuh rak aku dengan koleksi buku-buku novel ni, hehe. Ni semua sebab dua kakak aku tu. Dari kecik aku duk tengok dorang baca buku novel tebal-tebal ! Start masuk form 1, aku dah pakat pinjam novel-novel kawan-kawan sekolah. Syok habis !

  Haa, ada jugak alkisah yang aku ingat. Papa marah sampai koyakkan novel Skandal hak milik kawan kak reen pulak tu. haiyaa. Kalau tak silap, sebab beliau tengok aku takde ulangkaji waktu cuti sekolah. haha! nak rileks pun tak bagi, sorry papa !! so berbalik pada cerita aku, aku kemas elok-elok buku-buku novel tu. Baru perasan, ada jugak buku yang bukan aku beli sendiri. hehe. ni sebab malas nak pulangkan buku si sayangku Ekin tu, langsung dia bagi jadi hadiah. ngee. siot je aku kan ..

  Bila lah aku nak masuk kedai buku lagi, lama sangat tak singgah ni. Entah novel apa yang up to date , haih. Memanjang aje aku busy buat benda lain. Dah tak nampak jalan masuk kedai buku. hahahaha.. ngok ngek!! Dan yang pasti aku baru perasan cerita adaptasi dari novel kat tv3- Nora Elena. haha. kalau versi buku novel tajuknya- Kasih Yang Suci nukilan Meen Zulaikha. haa Seth Tan tu hero dia, Nora Elena tu heroinnya. Aku bagi 9 star daripada 10 lah. Rugi siapa tak beli! *poyo gila kak reen! konon2 aku takde novel tu. haha.

   Start ni, aku akan rajin-rajin masuk kedai buku. Aku nak buat balik apa yang aku tinggalkan. Aku dah tak perlu nak dating ke outing ke, semua tu aku dah tolak ke tepi. Jiwa aku lebih terisi dengan bacaan buku. Semoga aku dapat kotakan apa yang aku dah setting kat kepala ni.

* Dygta- Kesepian 

take me away, love !!


Posted by Picasa

Kenapa adik bongsu aku pendiam, tetapi korang suka buli dia!?

Kesian gila, dengan adik bongsu aku. Dari dia start masuk darjah 1 sampai sekarang dah masuk darjah 4 pun kena buli tak kiralah lelaki ke perempuan ke, sama je. Mangsanya adik aku. Apa punca ya. Aku keliru !! Aku kesiankan adik aku, dia tu pendiam gila. tak banyak cakap, suka buat kerja sendiri. Tak sangka dia pendam perasaan kan.

   Aku selalu nampak dia buat muka sedih. tapi aku cuba diam, nak tengok whether dia nak open dengan kami ke tidak. Unfortunetly, dia enggan bukak mulut.

ilustrasi hanya lakonan sahaja
    


harap-harap lah kejadian camni tak kena lagi kat dia. Lindungilah dia Ya Allah. Amin.

Renung-renungkan ya

 try not to hate your boyfriend's/girlfriend's ex!! 


Entri kali ni aku letak satu link yang menarik perhatian aku. Sangat penting kerana kita (kaum-kaum wanita ni memang ada perasaan iri hati ataupun jeles dengan ex couple ) aku pun tak kurang jugak. But now, aku memang totally dont care who's his ex before we meet up! i hope you guys can take this note here okey!

aku memang kerap dengar dan pernah juga masuk dalam situasi ni. kalau korang perasan, entri tahun lepas aku siap bergaduh dengan sorang perempuan ni which is my ex classmate. gaduh kat facebook pasal sorang mamat ni. aduhai. sangat kelakar bila aku fikirkan.memang tak matang langsung! 

Haa! kat sini aku nak tekankan, sepatutnya kita sebagai manusia apetah lagi orang Melayu yang penuh dengan adat tak sepatutnya jadikan benda ni sebagai pertempuran sesama kita. Dan sekarang, teman yang baru memang aku ada jugak ter'jeles' atas sebab-sebab yang tak boleh nak cakap. Tetapi aku dah lebih fahami, aku lupakan siapa ex dia. aku juga lupakan siapa ex aku. aku gembira dengan life aku sekarang tanpa memikirkan hal yang dah lepas. Korang tak teringin ke nak buat macam tu?

Diharap kalian tidak akan terus-terusan jeles ataupun membenci orang lain.
janganlah jadi manusia yang hatinya busuk nak jatuhkan hubungan orang lain ya
Buat sahabatku, mungkin ini dugaan dalam hubungan kalian. sesungguhnya orang yang bersabar amatlah disayangi-Nya. aku sentiasa doakan yang terbaik.