norsheilasalleh.blogspot.com: 2013

Recap 2013

Assalamualaikum...

Memandangkan hari ni hari terakhir dalam tahun 2013, aku amik kesempatan untuk recap.

Tahun ni tahun pertama guna domain sendiri. Tapi dihujung tahun daku kecundang dengan domain tu maka berbalik semula kepada blogspot sebelum sampai masa akan ku beli domain yang lebih konsisten. In shaa Allah.

Dua kali pergi honeymoon trip dengan rakan blogger dan para suami. Kenangan yang tercipta takkan ku lupakan. Thanks korang sudi terima aku bersamamu. USS dan Krabi memang the best, rasalah nak repeat lagiiiii ;)

Raya Aidiladha,  aku bersyukur Ya Allah dikurniakan zuriat yang dah lama dinantikan. Bermula perjalanan menjadi umi to be and baba to be... Now dah 18 minggu. 4 hari lepas si kecil sudah mula mengeraskan perut dan bergerak perlahan. Allahuakbar! Kami terharu anakku =___='

Bulan Disember meninggalkan satu memori sedih dalam keluarga mertuaku. Ayah mertuaku telah pergi menemui Ilahi. 3 minggu kami berulang alik ke kampung. Syukur Ya Allah kerana kami sempat bersama sebelum pemergiannya. Aku sungguh sedih mengenangkan zuriatku tidak dapat dilihatnya, tidak dapat merasai kasih sayang daripada yayi-nya.. Aku redha. Mari sedekahkan al-fatihah buat allahyarham Kahar b. Haji Yusof.

p/s : alhamdullilah akak ipar baru kita dah mengandung. murah rezeki mereka. riuh rendahlah rumah mertua tahun depan >___<

Sekian sahaja dapat ku coretkan. Semoga kita sentiasa beramal soleh dan berada dilandasan yang benar. In shaa Allah

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum...

Alhamdullilah, dah seminggu dapat akak ipar baru dalam keluarga mertua. Syukur, abang ipar dah punya isteri untuk disayangi dan dikasihi. Doakan mereka dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah ya. Terima kasih :)

sheila shahfiekry

Cerita Mengandung

Assalamualaikum...
Rindunya nak berblogging dan blogwalking. Hampir sebulan tak update blog. Yang korang nampak dua tiga entri tu sebenarnya dah lama aku buat auto publish. hihi.

Pengalaman mengandung 1st trimester, aku cuma check UPT sendiri dan disahkan mengandung 7 minggu di klinik swasta. Selama ni kalau kita check UPT bila tak period, mesti macam excited kan. Time nak buat last UPT ni, aku tak berapa menaruh harapan la. Tawakal dan berserah pada Ilahi.

Masa double line tu naik, aku macam blur gila. Terus menggigil dan menangis dalam toilet. Bawa result kasi suami tengok. Dua-dua syahdu.. Aku masih menangis, gembira.

Masuk ofis, sengih sepanjang hari. Actually dua pegawai aku yang dok sebut pasal kemungkinan aku pregnant. Sebabnya setiap kali lunch, aku akan minta depa belikan roti ke hape-hape la. Cepat lapar masa tu. Aku pun bagitau suami, dia pun syak juga...

Pastu call mak dan ibu mertua. Depa happy. Mak Mertua cakap, berita gembira di raya haji. Alhamdullilah syukur. Tumpah air mata aku T___T
Lepas dah tahu diri dah berbadan dua, terus pandai je makan acid folic dengan b-complex. Padahal selama ni aku culas sangat nak telan ubat. Demimu anak, umi sanggup :)

Scan baby dah dua kali buat. Sebab yang pertama tu terpaksa buat. Ada bleeding sikit, lepas makan ubat kuatkan rahim. Alhamdullilah dah tak bleeding. Yang second tu scan nak check apa hasil lepas makan ubat kuatkan rahim. Allah, comel betul tengok baby berguling.. Baba dia terkekeh-kekeh gelak. Baby ni nakal tau. Macam tahu-tahu je umi baba nak tengok dia. Alahaii melting tengok..

Sampai sini je mampu aku tulis, in shaa Allah, next story pasal my 2nd trimester ya. Maaf takda gambor nak attach sini :p

#WW- 35 (Air Asia)


Assalamualaikum...
p/s : sudah lebur tiket flight yang daku beli untuk tahun depan. hehehe. Sabar jelah, mungkin akan ada rezeki lebih, bolehlah beli tiket murah lagi. Insyallah :)

Kisah Benar Seorang Warga Malaysia di Thailand

Assalamualaikum...
Daripada seorang pelancong Malaysia yg melancong ke Thailand.. 
" tiada yang tak mungkin, kerana kini semuanya berkemungkinan "

via fb
Dear friends,
Kepada kita yang suka melancong ke luar negara ............ ... satu peringatan.
I would like to relate to you all an incidence... ......... ...... quite recent, i.e. about two weeks ago......... ..After my daughter's wedding in early February, I had gone to Shanghai (saja nak enjoy lepas penat menguruskan perkahwinan) and my cousin went to Bangkok with his wife and brother in-law.. Dia orang ni pun penat juga menolong buat hantaran dsb. Nak dijadikan cerita, waktu nak pulang ke KL menaiki Air Asia, my cousin dan isterinya berbelanja di Duty Free Shop di airport.

Mereka membeli chocolates untuk cucu-cucu dan rokok untuk dirinya sendiri. Mereka telah diberitahu bahawa pembelian chocolate mereka ada free gifts berupa chocolate juga. Semuanya ini mereka letak di counter bayaran.Waktu hendak membuat bayaran, mereka ternampak ada sebungkus rokok diletak di atas 1 karton rokok yang diletak di casher, berupa rokok dari brand yang sama. My cousin telah membayar kesemua chocolates dan 1 karton rokok tersebut dan meletakkan ke dalam beg untuk di bawa keluar, tanpa mempedulikan sebungkus rokok yang terletak di atas karton rokok beliau.

Nak dijadikan cerita, isterinya menunjukkan kepada rokok yang sebungkus itu yang sangkanya diberi percuma. My cousin terus mengambil sebungkus rokok tersebut dan berlalu untuk ke dewan berlepas (departure hall). Sewaktu di Dewan Berlepas, beliau telah didatangi oleh seorang sekuriti dan bertanya kepadanya sama ada my cousin ada membeli rokok. Dengan ikhlas my cousin telah menunjukkan chocolate dan rokok yang dibelinya di Duty Free Shop tadi..... bersama dengan rokok sebungkus yang disangkanya diberi percuma.

Sekuriti menuduhnya mencuri rokok tersebut dan mahu membawanya ke balai polis untuk didakwa. My cousin offered to pay for the cigarettes kerana salah faham beliau.. Tetapi pihak sekuriti menolak dan masih berkeras untuk membawanya ke balai polis. Manakala isteri my cousin disuruh pergi menaiki kapal terbang. Isteri my cousin tidak mahu meninggalkan suaminya di sana dan berkeras untuk ikut sama ke balai polis. Di Balai Polis (yang terletak di kawasan lapangan terbang itu juga) my cousin telah diminta membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 jika mahu dilepaskan.

Kalau tidak beliau akan ditahan sehingga wang tersebut dibayar. Oleh kerana mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu, my cousin telah dimasukkan ke lock-up di situ disamping ramai lagi tourists yang mendapat nasib yang sama. Manakala isterinya menumpang di rumah salah seorang kenalan mereka di Bangkok. Bersama beliau di lock up itu ada seorang tourist dari India telah berada di lock up itu lebih sebulan lamanya kerana keluarganya belum dapat mengumpul wang sebanyak US$70,000 kerana beliau dituduh mencuri pen (padahal tourist tersebut mengambil pen tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter). Waktu mencari kaunter pembayaran, beliau terkeluar sedikit dari kawasan kedai tersebut, terus ditangkap dan didakwa mencuri!)

Sewaktu my cousin ditahan di balai polis tersebut, adik iparnya yang menaiki MAS tidak mengetahui kisah yang berlaku kepada abang iparnya. My cousin's wife menghantar SMS kepada adiknya menyatakan kisah yang terjadi kepada mereka. Tetapi oleh kerana adik ipar ini telah memasuki pesawat, beliau tidak boleh keluar lagi. Setiba beliau di KL, beliau berpatah balik ke Bangkok dengan menaiki pesawat MAS juga. Disamping itu keluarga my cousin di KL telah cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan beberapa kenamaan yang lain. Pihak polis Bangkok tidak memperdulikan semua rayuan yang dibuat baik oleh Menteri-Menteri di Malaysia maupun pihak Kedutaan kita di Bangkok. Keesokkan harinya setibanya adik ipar my cousin ini dengan pesawat MAS dari Kuala Lumpur, beliau terus saja ke lock up untuk melepaskan abang iparnya.  Dari RM30,000 telah diturunkan ke RM20,000.... . tapi adik ipar my cousin ini tidak punya wang sebanyak itu. Beliau hanya ada RM11,000.  Maka setelah beberapa lama berbincang, akhirnya pihak polis bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM11,000.

Belum pun sempat my cousin keluar dari balai tersebut, polis-polis ini telah membahagi-bahagikan wang tersebut sesama mereka dengan bangganya. Mereka juga menunjukkan wang-wang yang diperolehi yang terdiri dari matawang asing.... dan mereka sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah dengan rasuah yang diperolehi itu. Keesokkan harinya my cousin telah dibawa ke mahkamah (pesalah hanya berjumpa majestret melalui tingkap saja). My cousin telah disuruh mengaku salah dan didenda sebanyak 2000 baht (what happened to the RM11,000? Tak disebut pun......... ) Nasib baik my cousin teringat kisah tourist yang didakwa bersama beliau yang keluar tanpa meminta surat dari pihak berwajib tentang penahanan beliau, lalu ditahan kedua kalinya sewaktu mahu pulang di airport Bangkok. My cousin meminta mereka mengeluarkan surat menyatakan kes beliau telah selesai dan beliau dibenarkan pulang.

Sewaktu mahu membeli tiket kapal terbang pulang (tiket ini diuruskan oleh pihak imigresyen Bangkok) beliau telah diberitahu bahawa semua tiket Air Asia telah habis terjual. Yang ada cuma tiket MAS yang ternyata lebih mahal. Oleh kerana my cousin tidak punyai wang yang banyak, beliau mau menggunakan kad kredit untuk membeli tiket MAS. Yang peliknya bila my cousin kata nak bayar tunai tiket air asia, tiba-tiba saja pegawai ni kata ada tiket lagi dengan air asia........ (nampaknya semua peringkat yang mengambil kesempatan)

Pihak imigresyen Bangkok telah mengecop Pasport my cousin dan isteri beliau sebagai 'Thief'! Bukan itu saja, my cousin telah digari untuk di bawa ke pesawat. Setiba di pesawat pasport beliau telah diserahkan kepada pihak Air Asia dan apabila sampai di KL pihak imigresyen KL diminta mengiring my cousin ke pejabat imigresyen di Lapangan LCCT. Waktu di pejabat tersebut my cousin telah diberitahu bahawa kejadian ini setiap harinya terjadi kepada rakyat kita........tapi yang peliknya kenapa perkara ini masih dirahsiakan dari kita semua? Pihak kedutaan kita pun menyatakan perkara yang sama...... dan menasihatkan my cousin supaya memberitahu keluarga dan sahabat handai untuk tidak ke Thailand dalam waktu yang terdekat ini sehingga keadaan politik di negara tersebut kembali stabil. Sekiranya ini tidak terjadi kepada keluarga saya sendiri, saya pasti tidak mempercayainya. ..... macam cerita wayang saja....... tapi percayalah..... memang ini kisah benar. kredit : fb admin amRF

p/s : aku tak pasti ini kisah benar atau tidak, sekadar share dengan korang semua. Mungkin lebih baik kita berhati-hati ketika melancong ke negara orang. Teringat pulak kisah kami ke Krabi, Thailand. Mujur tiada apa yang berlaku ketika tu :)

Review Blog 2.0 #Part 11


Assalamualaikum...
Mari kita baca apa review aku kali ni tentang 5 blogger. Kenapa 5? Aku nak kejar masa ni, kemungkinan besar masa untuk berblogging akan dikurangkan setelah aku bertukar kerja nanti. Maaf kalau review aku tidak menyeluruh kepada isi blog. Aku tak sempat dan terpaksa kejar masa untuk habiskan 100 blog untuk direview. So aku mohon ampun sangat pada rakan-rakan blogger yang tak puas hati dengan cara review ini. Minta jangan emosi ya. I'll try my best for all of you. Insyallah.

sheila shahfiekry

Mohd Noor Shawal, blogger muda yang menggunakan tagline, 'blog budak remaja'. Ada banyak info keislaman, tips kesihatan, free wallpaper dan tutorial berguna untuk naikkan lagi seri blog. heee. Tak banyak benda nak komen pasal blog kamu kecualilah pasal header. Warna background awak tu dah okey. Tapi header tu cuba bold kan. Naikkan sikit warna dan seri header. Boleh? Yang lain, dah comel dah. Aku kagum dengan budak zaman sekarang. Boleh bagi masa untuk berblogging. Serius, bagus. Akak harap Shawal terus maju dalam berblogging ya. 
sheila shahfiekry

Nur Farahain, header di blog sangat comel! Tapi url blog dia buat kita geli hati. akuainkausiapa nampak macam gangster tapi comel sangat! hihi. Aku suka baca entri dia, simple dan sempoi sangat. Dia suka joined giveaway atau segmen. Bagus ni.. Sama-sama support rakan blogger. Cuma nak bebel sikit pasal widget trafik jem tu, macam takda kepentingan pun. Kalau setakat nak check pageviews, senang lagi check dekat Stats Blog. hehe. Widget untuk fanpage tu, rasanya kalau ubah jadi kecik sedikit seperti sheila punya, mesti lagi comel dan meringankan blog. Yang lain, cool bagi sheila. Keep updating ur blog, sheila suka baca entri sini :)
sheila shahfiekry

Salah seorang blogger yang rapat dengan aku. Heee. Dikenali sebagai Yumida. Seorang blogger yang rajin gila join contest atau giveaway. Yumida ni selalu tau menang hadiah best-best. Geram gak tengok dia update segala gambar hadiah dia. Rasa nak minta satu je. hehhee. Header dia, memang comel! Kalau hari perayaan ke, biasanya dia ubah la header dia. Ikut tema perayaan. Memang sweet la, sebab header dia ada kucing. Dia banyak bela kucing kat rumah tau. 

Berkenaan dengan kondisi blog, sheila dah cukup berpuas hati. Blog simple dan kemas. Memang selalu menarik hati orang nak blogwalking sini. Cuma widget label tu tak penting kot. Widget busuk.org dengan banner ping boleh digabungkan. Ringan sikit blog kan? heeeee!
sheila shahfiekry

Sue Sopian, ibu kepada seorang cahaya mata. Header blog dia sangat sweet, siap buh gambar suami dan anak. Sheila suka sangat header kekeluargaan ni. Nampak la anda sangat mengaspirasikan keluarga dalam dunia blogger. 

Actually, widget dekat blog nampak banyak. Sheila harap awak boleh cuba gabungkan bloglist dalam tabber widget. Iklan nuffnang, sheila sarankan letak dibawah header, insyallah akan lebih mudah orang nak klik tabung awak. Widget Mister Linky boleh la letak dibawah body post. Sebab tak berapa pratikal letak ini bawah header. Yang lain bagi sheila, just nice...
sheila shahfiekry

Mother of two, memang kagum! Kedua anaknya sangat comel! Korang boleh tengok dekat header ada gambarnya. Alahaii melting sheila tengok. Kak Bitt ni suka pergi holiday dengan family. Sheila suka baca review tempat yang mereka pergi melancong. Sangat berguna setiap review yang diberikan. Bolehlah sheila cedok sikit ilmu, kot lah sheila nak pergi melancong tahun akan datang. heee. 

Berkenaan dengan blog, widget terlalu banyak. Iklan nuffnang bolehlah letak dibahagian atas post. Widget label tu tak perlu kot nak letak. Widget followers letak dibahagian yang orang senang nampak contohnya dibahagian bawah header. Yang lain, bagi sheila nice. Terutama sekali background blog gambar anak tu. Sheila suka gila kak.. heee. Korang semua jangan lupa terjah dia ya, boleh cedok sikit ilmu pelancongan. hihi :)

Karikatur Giveaway By Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim


Assalamualaikum...
Zaza Zehra
Hari ni nak war-warkan satu contest yang awesome. Kalau ada kawan-kawan yang sudi nak meriahkan karikatur giveaway ni. Boleh ikut cara-caranya ya :-

*Buat entri bertajuk "Karikatur Giveaway By Zaza, Ruang Monolog dan Sheila Salim"
*Follow blog Ruang Monolog dan Sheila Salim
*Tampal banner GA dan  linkkan kepada entri giveaway ini. Tulislah apa-apa atau copy je syarat-syarat GA ni.
*Tinggalkan url entri anda ke ruangan komen entri :- http://sayazaza.blogspot.com/2013/10/karikatur-giveaway-by-zaza-ruang.html

Hadiah lumayan menanti anda :-
karikatur by Ruang Monolog (gambar anda) x 2 orang pemenang (1 lelaki & 1 perempuan)
shawl x 2 orang pemenang (Zaza)
3 biji keychain x 1 orang pemenang (Zaza)
RM10.00 topup x 2 orang pemenang (Sheila Salim)
Zaza Zehra
contoh karikatur by Ruang Monolog dan keychain mirror

GA tamat pada 23Oktober 2013

Putih Berseri Dengan Radiglow


Assalamualaikum...
Lama dah nak beli Radiglow ni. Ini cerita terpengaruh dengan Kak Ain. hehe. Tengok muka dia, gebu anak gadisnya si Irdina tu. Wallah.. Terus buka website cimb click dan bayar. hehe. Dah ramai bagi testimoni berkesan. 
sheila shahfiekry
Radiglow : RM100 untuk trial set. Ada 30 biji, makan 2 biji sekali sebelum sarapan. Jenis chewable. Boleh kunyah atau hisap sampai habis. Lagipun rasanya blackcurrent. Memang manis, takda rasa pahit pun. Sebotol ni boleh tahan 15 hari je. Kalau beli yang ada 60 biji, boleh tahan sebulan. Yang tu RM180. hehe. Kalau korang nak, boleh lah email terus dekat Kak Ain ya. Aku tolong promote je :)

Antara kebaikannya terkandung didalamnya :-
*makanan tambahan untuk kulit kelihatan muda, sihat dan lebih cerah
*membantu mencantik, menghalus dan menganjalkan kulit
*merawat pelbagai masalan kulit seperti jerawat, jeragat dan lain-lain
*juga terbaik untuk penglihatan, kuku, rambut, gigi
*antioksidan semulajadi. 500kali lebih kuat berbanding vitamin E
*menghindar dan mencegah dari penyakit kronik seperti kanser, alzheimer, parkison, diabetic, sakit jantung dan lain-lain
*sesuai untuk lelaki, wanita mengandung (5 bulan ke atas) dan masih menyusukan bayi 

Contact :-
blog : http://nurulain8888.blogspot.com aka Kak Nurul Ain Abdul Salam
whatsapp : 017-3322693 
Pakej 1 : trial set Rm100 untuk 30 biji + free postage 
Pakej 2: 1 set Radiglow RM180 untuk 60 biji + free postage + mystery gift 

Wonderful Time at Hot Springs and Spa


Assalamualaikum...
Ini part yang ditunggukan untuk bercerita dengan korang semua apa yang paling best dengan Tambun tu. Aku sendiri macam tak percaya betapa have fun kami semua dekat sini. Walaupun tak pernah jumpa atau kenal each others selama ni, tapi kami mesra. Yee, kalau korang tak berkesempatan nak baca part 1 and 2, sila klik dua link yang diboldkan ya. Butterflies Getaway to Lost World of Tambun & Review : Lost Word Hotel.

Part ni memang paling best dalam percutian ke Tambun bersama bloggers.Sekejap masuk air,sekejap keluar air, sekejap makan dan repeat semua tu sampai penat. Enjoyed sangat. Tapi tak banyak lah gambar nak kongsi, ada yang blur habis, siap bergegar macam ada tsunami. hehe. Mohon tak meluat ya.
sheila shahfiekry
Lepas check in hotel petang tu, kami berdua bersiap cepat dan laju-laju turun ke waterpark. Tak sabar nak terjun dalam air. Kitorang pergi main permainan yang ada dulu sebabnya masa limit sangat. Bergegas laa kami berdua naik roller coaster. Ajak juga kak Lily walaupun dia mula-mula taknak. Sekali kena paksa, terus repeat banyak kali dengan kami. hihi. Serius seronok betul.
sheila shahfiekry
Terbeli pula gambar ni. hehe. Kalau tak silap harga sekeping rm25, tapi aku dengan Kak Lily minta diskaun. Dapatlah murah rm5 camtu. hehe. Janji dapat diskaun kan, aci lah tolak rm5 pun. Skill berjimat kena selalu praktik ;p
sheila shahfiekry
Yang ni, sampan besar. Nampak macam biasa kan, tapi sekali dia naik 180 darjah. Kau pandang bawah dalam keadaan tak terkata, terus tutup mata selaju yang boleh! Kemain shafiqah gelakkan kakak dia tau. hehe. 2 kali repeat ni. Walaupun takut, tetap tak kecewakan kawan-kawan yang ajak repeat banyak kali. hihiii
sheila shahfiekry
Time to terbang, ni game memang best. Rasa nak nyanyi lagu i believe i can fly! heeeee. Terbang sampai pening, mata pun juling. 2 kali juga kami repeat. Sekali naik, gian betul. huhu. Abang jaga game ni, layankan saja karenah kitorang. Sebiji macam kanak-kanak riang :)
sheila shahfiekry
credit photo to Kak Sabby Prue
Puas main game semua, kami terus menuju ke kolam air panas. Sebelum tu, baca dulu apa kandungan dalam air kolam panas. Banyak 8 kebaikan dan huraiannya sekali. 
sheila shahfiekry
gambar waktu petang
Ini pula, kolam air panas. Khas booking untuk bloggers sahaja. Memang panas, nak masuk kaki pun takut-takut berani. Lepas saiko diri sendiri, terus masuk dalam. heee. Syok sangat mandi air panas. Cuaca kat sini pula mendung je. Kesemua pool kitorang masuk banyak kali sampai puas hati. hehe. Tapi pool kat sini, tahap kepanasannya lain-lain tau. So tak rugi cuba semua...
sheila shahfiekry
credit photo : I Am Studio , gambar waktu malam
sheila shahfiekry
Camwhore with Norfanil dan Mieza.. Mesra sangat depa ni. Melayan aje karenah aku. Bergambar sakan, macam dah lama kenal. Okeyy, aku rindu diorang semua..
sheila shahfiekry
Mandi kolam air panas berbuih macam lava gunung berapi dengan Kak Lily. Gegar habis gambar ni. hehe. Kalau berendam sini, lepas 15 minit kena bangun. Kalau tak, masak lah satu badan. hihi.
sheila shahfiekry
Ni Steam Cave. Boleh masuk untuk 5 minit je. Kalau duduk lama-lama, tak bernafas babe. Ini percubaan tangkap gambar Norfanil dengan Mieza. Kabur sangat kan.. Maklumlah, kamera bukan kalis air. hihi. Dalam gua ni ada kamera tau, korang jangan buat pelik-pelik pulak kat dalam ni. hihi ;p

Dah puas terjun 8 kolam dan makan (repeat in many times), kitorang cuba spa pula. Dimulakan dengan massage kat badan belakang. Pertama kali aku tak rasa geli langsung. Mungkin sebab penat sangat dan memang memerlukan massage. Kemudian scrub tangan dan tepek mask berperisa kopi. 
sheila shahfiekry
credit photo : I Am Studio 
Apa yang kami makan? Ohh banyak gila okeyy. Terliur aku makan daging kambing. Hee. Walaupun pening-pening lalat lepas tu, hihi. Laku betul yang bakar-bakar ni. 

Waktu operasi :-
Buka : 11pagi - 6petang
Sabtu-Ahad, Cuti Sekolah, Public Holidays : 10pagi - 6petang
Lost World Hot Springs and Spa (malam) : buka setiap hari 6petang - 11malam
Crystal Spa Treatment : 3petang - 11malam
Park tutup setiap selasa kecuali Cuti Sekolah dan Public Holidays

Sebelum terlupa, nak ucap berbanyak terima kasih pada The Butterfly Project, ETS and The Lost World of Tambun kerana sponsor sweet getaway untuk 30 beauty bloggers. Ada kelapangan masa, kita jumpa lagi :)

Ayam Sedap Uncle Bob


Assalamualaikum...
Kalau ada pasar malam, aku pasti akan beli ayam goreng di gerai Uncle Bob. Aku sendiri tak paham kenapa aku suka sangat makan ayam. Maybe rasa dia sedap kat tekak kot.
Minggu lepas, aku dapat yang paling paling pedas. Sakit tekak aku nak telan semua tu.
Tapi aku tetap telan, dan esok nak singgah pasar malam. Cari gerai Uncle Bob. Korang gemar ayam goreng tak? :)

Review Blog 2.0 #Part 10

Assalamualaikum...
Wahh baru je masuk blog yang ke 28,29 & 30 untuk direview. Fuhhh! Berpeluh gak setiap hari blogwalking sambil review blog. Namun, inilah perkara yang menarik bagi aku. Dapat kenal korang semua sambil promote blog korang. Yeah! Korang happy tak dapat join review ni? *frankly speak please*
Untuk blog Engku Muzahadin, bagi sheila header awak agak besar. Mungkin harus dikecilkan sikit bagi memudahkan blog cepat loading. Sheila rasa blog awak terlalu banyak warna. Sidebar widget seakan membesar juga. Apa kata adjust sikit coding. Biar nampak kecil sikit, dan lebih kemas.  Di bahagian post, elakkan bold perkataan keseluruhan dan ceraikan post kepada beberapa perenggan. 

Penulisan yang kemas dan teratur juga salah satu faktor orang kerap blogwalking sini. Kalau boleh cuba gabungkan mana-mana widget agar blog nampak trendy. Yang lain bagi sheila, just nice :)
My kakak Farah,  seorang isteri dan ibu yang sporting sekali. Header blog sangat lovely tau. Sheila suka bangat. Background dan semuanya nampak sangat teratur. Seriously, tak banyak perlu sheila komen sebenarnya. Blog sudah diedit secantik mungkin. 

Cuma, gabungkan tabber widget seperti blog archieve, chat box dan banner. Insyallah blog akan lebih mudah loading. Yang lain, semuanya cool. Penulisan dan penceritaan akak memang selalu menambat hati sheila untuk terus singgah. Ohh ya, nak pergi Tambun kan this week? Have fun akak! Jangan lupa bergambar sakan ya :)
Vee, pada pendapat sheila blog awak banyak widget iklan. Seharusnya awak limitkan.. Atau cuba kecilkan iklan dan letak di satu tempat yang menarik. Iklan yang banyak boleh jadi salah satu sebab orang malas nak blogwalking, contohnya sheila. Sheila rasa blog yang banyak iklan ni, nampak tak bersih dan tak berapa kemas.

Penulisan dan blog template nampak cantik dan kemas. Petua, tips dan resepi yang awak share, memang berguna. Sheila suka baca. Yang lain, sheila tanak komen lebih-lebih. Diharap Vee dapat memahami apa yang sheila cakap. Heeee. 

Tutorial Booking Flight Air Asia


Assalamualaikum...
Lama terperap entri ni sebenarnya. Tapi lately ni, ramai juga friends yang tanya pasal camne nak booking tiket terbang Air Asia. Aku pun sebenarnya terlupa cara-caranya tadi, so lepas berjaya beli dua ketul tiket jejalan untuk kami suami isteri. Makanya otak kembali cergas dan aku buatlah tutorial ni balik. Aku guna itinerary pergi Krabi ya.
First at all, harus buka website Air Asia. Pastu wajib ada ID di Air Asia. Supaya senang nak booking. Pilih destinasi samada return back atau 1 way, isi berapa penumpang dan juga tarikh pergi dan balik.
sheila shahfiekry

Lepas klik button search, dia akan keluar macam kat bawah ni. Korang boleh check dan klik ikut harga dan masa yang dinyatakan. Kalau dia dah automatik bagi harga promo, jangan lepaskan peluang ya!
sheila shahfiekry

Nampak tak harga tiket pergi balik untuk 2 orang tanpa beli seat, makanan dan insurans, RM588. Fuhh berpeluh kau nak bayar sedebuk gitu. Menyesal gila time promo tak grab awal-awal. heeee.
sheila shahfiekry
Terus proceed next, yang ni kena isi semua tempat kosong maklumat penumpang untuk guest 1 iaitu korang (si pembeli tiket), guest 2 atau 3 untuk orang lain contohnya seperti situasi aku. Isikan nama suami. Kat bawah kolum ni dah boleh add on untuk meals, baggage, sport equipment dan inflight comforts. Boleh skip meal, purchase masa check in atau beli masa dah naik kapal terbang. hehhee. Bayar tunai lah dalam kapal terbang, okey? Paling murah makanan adalah roti, rm9. Kalau nasi atau western food rm12. Baggage, free hanya sampai 14kg sahaja. Sila alert ya*
sheila shahfiekry
Yang ni, insurans. RM23 untuk seorang. Tak pasti pulak dalam setiap penerbangan harga insurans sama atau tidak. Tak perasan. Aku untick dan klik seterusnya
sheila shahfiekry
Nak duduk bersama pasangan dalam flight? Boleh. Untuk pergi balik punya flight pun boleh. Tapi seat warna merah ni hot seat. Harganya tak ingat. hehehe
sheila shahfiekry
Sekarang, lepas confirm semua. Review balik. Kalau dah make sure, taknak tukar apa-apa, boleh terus proceed pembayaran. Aku buat pembayaran online guna Cimb Click. Kalau lain, i dont know. hehe. 
***Payment method - to proceed, please disable your pop up blocker. Sila ikut langkah-langkah yang diberikan dalam gambar dibawah ya. 
sheila shahfiekry
sheila shahfiekry
Kalau tak paham, boleh tanya aku direct with leave your comment here or email me personally. Heee. Harapnya dapat membantu korang yang rungsing tu. Insyallah.
sheila shahfiekry
Kemudian, boleh log in id untuk Cimb Click. Settle pembayaran, tunggu email daripada pihak Air Asia. hehhee. Selamat bercuti kesayangan semua :)

p/s : counter check in dia cas rm10 tau. Aku sarankan check in online la. Free of charge!

Review : Lost World Hotel


Assalamualaikum...
Hari ni nak sambung review trip bersama blogger ke Lost World of Tambun bulan lepas. Kalau belum baca, boleh terjah part pertama yang dah keluar iaitu Butterflies Getaway to Lost World of Tambun. Lepas berjimba dan penat dalam treasure hunt. Kami pulang check in hotel, dalam jam 4 petang. Lost World Hotel ni depan theme park. Jalan kaki kejap je dah sampai, dalam 10-15 minit. Tak percaya? Meh tengok view daripada dalam bilik aku, nombor 315.
Masuk bilik berdua dengan partner in crime-Norfanil. Aku amik katil tepi tingkap. Kononnya nak feeling rindu suami, usha alam luar. hehe. Mengada sangat. 
Ini pulak gambar depan hotel. Besar tau. Enviroment sangat macam kat dalam hutan sebab belakang tu ada hutan tebal pun. Heeee, sejuk dan nyaman udara kat sini. Tak sama KL langsung.

Bilik berkolaborasi dengan Norfanil. Nombor rumah sama dengan rumah mak kita. hihi. Tiba-tiba kan terasa cam masuk rumah mak sendiri. hehe ;p
Ada tv besar, tapi channel bukan Astro la. Jangan pulak korang bajet datang sini, dapat tengok Law And Order tu. hehe. Memang tak lah.. Setakat tengok berita kat tv3.. Bolehlah.. Ikut perkembangan Malaysia sikit ;p
Haaa nampak katil tu. Yang ada tudung tu, Norfanil punya. Tak sempat nak letak tepi masa amik gambar. hihi. Mujur tudung, kalau yang sensitif punya? Hihi. Tak mungkin aku publish gambar tu. ahahhahaa
Single bed, puas babe tidur sini. Sejuk. Bau katil, cadar semua wangi. Bersih habis. Memang terbaik la. Harus datang sini lagi dengan keluarga pulak.
Toilet cantik, bersih, dan selesa gila tau. 
shower ada, air panas dan sejuk termasuk sekali. Tapi kalau ada bath tab. Hmmm mau tidur dalam bath tab. haha. Keluasan dalam bilik air, normal. Tak sempit dan of course selesa. 
Dalam almari, disediakan 2 bathrobes, 2 helai tuala, 2 selipar, hanger dan juga peti keselamatan. Yang ni basic mesti ada kat mana-mana hotel. Aku amik mood, tidur dengan bathrobe tu. hahaha. Malas nak pakai baju tidur sendiri.
Nak buat air panas sendiri dalam bilik, no hal punya. Ada cawan, teh, kopi, gula, botol air dan pemanas air. Tak sempat la nak buat, balik hotel dah mengantuk. Tengok katil, langsung Zzzzzzz...
Telefon untuk intercom hotel, ada disediakan. No worries. Opsss terlupa nak bagitau, wifi sini free. Best gila takyah pakai mobile internet. heeeeeeeeee. I love here, and staff sini semua baik hati tau. Diorang sangat friendly! Korang semua jangan lupa rasai sendiri pengalaman tinggal kat Lost World Hotel. Book online la kalau nak dapat murah ikut citarasa dan ketebalan poket korang. Boleh check harga kat website mereka - link. Heeee, Tambun tunggu aku datang lagiiiiii :)

#WW - 33 (Kalau Terlupa...)

Assalamualaikum...
sheila shahfiekry

Bawal Satin Silk from The Gorjes

Assalamualaikum...
Baru-baru ni aku ada beli tudung online. Setahu aku silk satin memang jadi trendy sekarang. hehe. Aku pun belilah sehelai tudung bawal. Warna hampir ke hijau dan gelap. Suka gila waktu parcel ni sampai. hehe. FYI, owner The Gorjes ni stay di Terengganu ya. Tapi no worries, sebab semalam bayar, harini terus dapat parcel. Kelas tak? Aku pun terperanjat bila tengok address owner TG ni. hihi.
sheila shahfiekry
Ada banyak kelebihan yang aku nampak dengan tudung bawal ni. Antaranya labuh (insyallah aurat lebih terjaga), tak payah iron, mudah nak bentuk dan material kain sangat sejuk. Really comfortable. Sekarang aku dah mula minat bawal semula... Dengan syarat tak payah susah-susah nak iron tudung. I is pemalas okey. hehhee.
sheila shahfiekry
p/s : visit instagram The Gorjes, material all from Terengganu :)