Recap 2013 | norsheilasalleh.blogspot.com

Recap 2013

Assalamualaikum...

Memandangkan hari ni hari terakhir dalam tahun 2013, aku amik kesempatan untuk recap.

Tahun ni tahun pertama guna domain sendiri. Tapi dihujung tahun daku kecundang dengan domain tu maka berbalik semula kepada blogspot sebelum sampai masa akan ku beli domain yang lebih konsisten. In shaa Allah.

Dua kali pergi honeymoon trip dengan rakan blogger dan para suami. Kenangan yang tercipta takkan ku lupakan. Thanks korang sudi terima aku bersamamu. USS dan Krabi memang the best, rasalah nak repeat lagiiiii ;)

Raya Aidiladha,  aku bersyukur Ya Allah dikurniakan zuriat yang dah lama dinantikan. Bermula perjalanan menjadi umi to be and baba to be... Now dah 18 minggu. 4 hari lepas si kecil sudah mula mengeraskan perut dan bergerak perlahan. Allahuakbar! Kami terharu anakku =___='

Bulan Disember meninggalkan satu memori sedih dalam keluarga mertuaku. Ayah mertuaku telah pergi menemui Ilahi. 3 minggu kami berulang alik ke kampung. Syukur Ya Allah kerana kami sempat bersama sebelum pemergiannya. Aku sungguh sedih mengenangkan zuriatku tidak dapat dilihatnya, tidak dapat merasai kasih sayang daripada yayi-nya.. Aku redha. Mari sedekahkan al-fatihah buat allahyarham Kahar b. Haji Yusof.

p/s : alhamdullilah akak ipar baru kita dah mengandung. murah rezeki mereka. riuh rendahlah rumah mertua tahun depan >___<

Sekian sahaja dapat ku coretkan. Semoga kita sentiasa beramal soleh dan berada dilandasan yang benar. In shaa Allah

6 comments

January 1, 2014 at 7:46 PM

selamat tahun baru :)

January 2, 2014 at 12:34 PM

Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. =)

ZH Blogger

January 3, 2014 at 4:36 PM

mcm2 citer disebalik 2013kan.. hemm.. yg penting apa yg sheila hajati dah termakbul.. mga lahirkan baby yang sihat dan comel yea.. bestnya dah nak jadi mummy.. =)

January 5, 2014 at 8:14 PM

kenangan yang tidak dilupakan..tahun baru dapat baby..hehe

January 6, 2014 at 3:14 PM

nak ucap tahniah jugak kat sheila..

January 6, 2014 at 10:11 PM

Semoga 2014 membawa lebih kejayan serta keberkatan dlm kehidupan.. aamiin..

Post a Comment