A&J Burger Grill Sg Buloh, Terbaik Bohhhh ! | norsheilasalleh.blogspot.com

A&J Burger Grill Sg Buloh, Terbaik Bohhhh !

Assalamualaikum...
Ni cerita dah dekat 2 bulan terperam lama dalam draft, baik aku post sebelum memory lost. hahahhaa.  Aku teruja dapat makan burger bakar. hihiii fyi kat Sungai Buloh ni susah gila nak jumpa tempat yang sediakan makanan sedap. Tak percaya, cer tanya orang yang tinggal kat Sungai Buloh ni ;p

Anj Burger Grill, milik penuh bumiputra bernama Joe & Acot. A&J gabungan initial nama mereka berdua. hehehe Actually depa berdua ni pernah buka gerai bersebelahan suatu ketika dulu. So dapat idea buka stall burger bersama. Officially A&J open on 20/10/ 2012. Dulu mereka berdua je, sekarang dah ada 7 staff yang lain. Terletak di sebelah rumah parents Abg Acot. Mulanya nak jual burger Ramly sahaja, tapi untung macam tak marvelous kata orang. Kena pula time tu burger bakar tengah 'famous' sangat kat Malaysia. Dengan hanya menjual burger bakar biasa, tercetus idea nak buat set burger bakar dengan gabungan french fries yang disadur dengan mayonis & cheezy, salad, meatball, garlic bread, mash potato, mushroom soup.

My first time makan sini dulu, memang suka gila dengan mushroom soup dan set burger daging. Setiap set burger ada disediakan air kordial seperti oren, anggur. Memang menjimatkan order set burger kat sini... Sebab tu jadi loyal customer. Time takda selera nak makan nasi, mesti dating dengan suami kat sini. hihiii. Sejak tu dah tak pandang burger mcd, burger kfc. hahahha. Penangan burger bakar A&J memang terbaikkkk.
RGB (Rasta Grill Burger) RM21.90
set couple untuk 2 orang
set ni termasuklah 2 ketul RGB + fries + mash potato + garlic bread + 2 mushroom soup + 2 gelas air yang ditetapkan
(cth : air kordial sarsi, sirap, oren, anggur)
(teh o, air limau)
Chicken Grill RM11, set ni takda air
Hotdog Jumbo RM5.50
 
 Rasta John RM7 (macam roti john laaa)
 Oblong RM5
Monster Combo RM13
termasuk meatball & wedges, set paling orang suka beli
Set Meatball - ada meatball, wedges, salad
1) set meatball 10biji - RM7
2) set meatball 15biji - RM10
3) set meatball 20biji -RM13
 Naked CCB (Crispy Chicken Burger) RM11.90
set ni tanpa roti, sesuai untuk orang yang kurang gemar makan roti burger

Combo Platter (daging sahaja) RM12 
pun sama tak ada roti burger 
Fuhhhh... tengok gambar balik pun boleh terliur babe.. Tak sabar nak ajak suami makan sini lagi. Ngeeee nasib baik dekat gila dengan rumah den :)))
Satu kerugian bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan Sungai Buloh, tak cuba rasa burger bakar A&J... Harga sangat reasonable. Patty daging tebal, fuyohhhh kenyang perut semalaman. Masa food review tu, jangan cakap lah berapa banyak makan. hahahhaha. Sumpah mengenyangkan.
Terima kasih tak terhingga buat Abg Joe, Abg Acot dan team A&J yang sudi layan kami rombongan bloggers haritu... Semoga terus sukses dalam bisnes ni (",)
Facebook : A&J Burger Grill
Instagram : A&J Burger Grill
Waktu operasi : Isnin-Sabtu (ahad tutup)
Masa operasi : 6 petang - 12 malam
Alamat : Lot 70-D, Kg Melayu Sg Buloh, Selangor (boleh waze, google hehehe)

16 comments

July 2, 2015 at 9:00 PM

Lama menghilang..hehe..Morning sikness dah ok ke?nie nak gtau kita dah selamat bersalin...baby kuar awal 2 bulan lak..hoho

July 2, 2015 at 10:48 PM

wah..ramai nya yang pi makan.,.meriah..

July 3, 2015 at 12:09 AM

Alahaiiii... dekat sangat dengan rumah wa ni :)

pernah pergi sekali je dulu masa mula2 bukak. masa tu rasa dia x berapa Ummphh! lagi..

sekarang ni tgk review dah banyak kata sedap, boleh la nanti nak repeat :)

July 3, 2015 at 9:19 AM

yummyyy dapnyeeee..
sheila dah sihat?

July 3, 2015 at 9:44 AM

oh..price pun ok gak tu.. nak ajak suami try makan kat sini pulakk..

July 3, 2015 at 9:46 AM

scroll laju² sbb terliur.. hahaha

July 3, 2015 at 11:21 AM

kat sungai buloh??? errmmm.. jauh jugak saya nak pergi ni

July 3, 2015 at 11:24 AM

bestnya dapat joined geng food review..
nengok ni mmmm.. sendiri mau ingat dibulan puasa kan..

ada msa blh singgah..
nice sharing tenkiu shiela

salam 16 ramadan ;)

July 3, 2015 at 2:10 PM

Semua pun nampak sedap, kak Sheila :D

July 4, 2015 at 1:20 AM

Nyum nyumm.. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

July 4, 2015 at 10:43 AM

Thx shiela sbb review tentang kedai kami

July 4, 2015 at 1:54 PM

Nyum nyum. Terliur tengok makanan tu semua :)

July 5, 2015 at 12:18 AM

time kasih for perkongsian

July 6, 2015 at 7:18 AM

Nampak macam sedap. Tapi, rasa macam a lil bit pricey. Hahahha saya tau dekat Sg Buloh memang tak banyak tempat makan yang best-best. Ada kawan duduk sana. Asyik komplen je hahaha.

Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

July 7, 2015 at 3:58 PM

uishhh..... menyesal pulak tengok time berpuasa nih... ekekek... semuanya nampak sedap sangat....

September 8, 2015 at 5:34 PM

sedapnya, dekat juga dgn rumah akak ni, bolehla cuba

Post a Comment