Hello 3rd Trimester ! | norsheilasalleh.blogspot.com

Hello 3rd Trimester !

Assalamualaikum...
Pengalaman keguguran masa bulan Mei banyak memberi kesan pada aku. Syukur alhamdullilah, ada hikmah walaupun hari-hari selepas pantang aku masih mengenangkannya. Tahun 2015, aku dapat rasai nikmat mengandung 2 kali. Syukur Ya Allah. Insya Allah, due date bulan Mac 2016 :)

1st Trimester
Terasa perut buncit lain macam. Debaran bermula bila mak tegur badan macam naik sikit. hehhee. Balik tu terus check upt, alhamdullilah positif. Double line naik lambat pastu tak terang. Tapi aku boleh perasan pulak double line tu. hahahhahha. Start mual dengan bau tumisan, kiranya tak berapa nak masuk dapur la untuk memasak dalam 2 minggu. Hilang selera dengan ayam, telur dan daging. Paling tak suka western, terutama hotdog! Awal trimister ni banyak makan ikan dengan sayur je. Mabuk datang 2 hari sekali. Memang melemau jelah depan tv. Start check up kk masa 12 weeks, itupun malu-malu kucing hahahhaa. Berat naik sebulan 1kg.

2nd Trimester
Masa 15 weeks, join kelas antenatal. Free by PMC Sungai Buloh. Pengalaman dulu tak sempat join kelas ni. Banyak cedok ilmu daripada doktor-doktor PMC. Aku start mengah bila dah makin membesar dengan jayanya. hahahha timbang sebulan naik 2kg. Jenuh la pergi check up sebab kk tengah renovation nak besarkan kk. Pantang berdiri lebih 5 minit, dah terasa penatnya macam berlari 5 kilometer. Mertua den pun tegur kita nampak berisi daripada mengandungkan Adam dulu. hahaha. Sempat check jantina baby sebelum balik bercuti ke kampung. oh ya, kali ni sembelit memanjang sampai boleh lepak 1 jam dalam jamban. Seram seh dibuatnya. Sebabkan itu, aku jadi sakit seluruh badan terutamanya bahagian bawah perut. Balik kampung minta bidan urut satu badan, dia siap sengkak naik sikit. Alhamdullilah cergas balik badan ni. Nak masuk bulan-bulan terakhir ni, makin suka pula buat kuih. Kadang tu popia, donut... hihiiii siap frozen banyak-banyak, senang nak goreng bila lapar :)

3rd Trimester
Mabuk kembali datang. Baru start shopping baju newborn. Yang lain recycle balik barang-barang Along Adam. hihiiii. Makin hari makin mengah. Nak buat kerja rumah pun lambat-lambat je siap. hahahhaa. Adam makin cranky, tapi mujur mami dedi rajin layan dia. Sampai nak balik rumah sendiri pun takmau :))

**********************************************************

Aku coretkan juga permulaannya, rasa tak aci pulak tak update pasal adik baby hehehhee ....

Masa balik kampung, heboh pasal akak ipar aku mengandung anak kedua. Aku pula yang teruja lebih nak mengandung lagi lepas dengar berita gembira tu. hehehe. Balik je rumah, tiap-tiap hari check upt. hahahhahah ;p

Obses pula setiap hari check upt. Mentang-mentang dapat banyak upt strip daripada @TheShopABlog. hahahhaa. Seminggu berlalu, lastly aku give up asyik negatif je. Masa tu baru aku sedar period dah seminggu tak datang. Berdebor rasanya.. hihiii then check upt lagi sekali sebab nak hilangkan debor tu...

Naik 1 line je, aku keluar dari tandas, sengih jelah kat zauj. Masa tu fikir, ok period tingtong lagi sekali. Pastu masuk tandas balik sebab nak amik upt tu buang. Aku tengok lagi sekali result, eh ehhh 2 line lah!!!! Tapi kabur sangat. Macam tak percaya. Aku tunjuk kat zauj, dia minta aku check pakai pregnancy cassette untuk lebih menjaminkan jawapan double line tu. ahhahha. Aku pun turutkan aje. Memang naik double line tapi kabur sangat-sangat. Rupanya mengandung saing dengan akak ipar. Pening mak mertua nak pilih jaga siapa time pantang nanti, tarikh bersalin kami dekat sama je. hahahahha ;p

Pastu try whatsapp Kak Kina, dia cakap kemungkinan mengandung. Fuhhh gembira sangat hati ni. Nak tidur malam tu pun tak lena, excited. Setiap malam asyik borak dengan zauj pasal nama-nama pilihan untuk jantina lelaki & perempuan... Sampai dah jumpa nama pilihan barulah stop borak pasal nama anak. hehehe.

Adam pun dah tak lasak kat perut macam dulu. Senang sikit hati ibu mengandung ni. Tapi tulah malas nak update cerita kat blog macam dulu sebab mengandung kali ni aku suka menjahit. Lepas ni tak pastilah dapat update blog lagi ke idok. hiewhiew :))

Mula berjinak bisnes menjahit barang kraft, antaranya yang tengah hot & trending sekarang Busy Book aka Quiet Book, pastu ada juga amik tempahan flashcard ABC, flashcard hijaiyyah. Actually aku siapkan adam punya 20 aktiviti Busy Book, then updated kat fb. Ada la kawan2 yang request buka order. So start dari situ berjinak2 la. Hahahaha. Normally order siap dalam 2 minggu. Aktiviti boleh pilih dari album instagram @craftbysheila. Harga semua dah stated per aktiviti. Boleh juga nak request from google. Tapi sekarang dah tak buka order. Nak rileks2 sebelum bersalin. hehehhee :)

Antara feedback daripada customer yang dah tempah :-

Tak tahu la, kang askar dah 2 kat rumah masih mampu nak terima tempahan Busy Book ke idok. hihiiii tapi rindu nak bergelumang dengan barang2 kraft ni....

19 comments

December 31, 2015 at 11:47 AM

semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti..amin

December 31, 2015 at 11:52 AM

Alhamdulillah
diam diam berisi rupanya. tahniah sheila. jaga diri.. tak lama dah adik baby nak jumpa along adam..
ciksu doakan semoga semuanya baik2 aje hingga bersalin.aamiin :)
tumpang happy ni..

December 31, 2015 at 12:08 PM

Alhamdulillah..syukur..tahniah ya..jaga diri..jaga kesihatan..

December 31, 2015 at 3:29 PM

dah 3rd trim baru nak update blog ye..hihi lame dah tunggu... tahniah...kite due awal bln 5..insyaallah

December 31, 2015 at 4:13 PM

hi Sheila... samala kita on the 3rs trimester... mengah betul rasanya~~

December 31, 2015 at 4:43 PM

As/kum Sheila... lama menyepi dan tak dengar berita... tahniah bakal dapat baby lagi.

December 31, 2015 at 5:11 PM

tahniah sheila.. baru tahu sheila buat busy book. nanti nak tempah boleh tak? hehe

December 31, 2015 at 6:06 PM

X lama lagi abang long Adam dah berteman..

January 1, 2016 at 11:34 PM

Assalamualaikum Sheila.
Lamanya tak dengar khabar berita. Tup2 nak dapat baby lagi.. bestnya..
Jaga kesihatan ye. Moga segala urusan dipermudahkan.

January 2, 2016 at 5:44 PM

semoga dipermudahkan segalanya..inshaa Allah

January 2, 2016 at 5:53 PM

Assalamualaikum yanggg, tahniah.. And semoga di permudahkan. InsyaAllah

January 2, 2016 at 8:23 PM

Assalammualaikum sheila.. Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah.. :)

January 5, 2016 at 10:11 AM

moga semuanya dipermudahkan ye

January 7, 2016 at 8:18 PM

semoga dipermudahkan..
ain datang singgah sini .
:)

January 10, 2016 at 10:06 AM

Tahniah shiela. Xdak rezeki nk sebaya dgn amir amzar, tp xpa lewat sikit pun. Moga semua ya dipermudahkan. Sy pun mcm berminat nk buat busy book ainul mardhiah tp macam bonda dia plak yg terlebih busy skang ni. Haha

January 15, 2016 at 12:13 PM

lama tak jenguk sini...tahniah sheila....bestnya

January 19, 2016 at 9:30 AM

Alhamdulillah dah nak masuk anak kedua. Wah creative Shila buat educative craft. cute semua:)

January 27, 2016 at 12:47 PM

Baca pengalaman orang macam best tapi cukuplah dulu buat masa ni.. Syukur dengan rezeki yang diberikan olehNYA.. ;)
Moga Sheila dan baby kuat dan sihat hendakNYA.

February 12, 2016 at 3:19 PM

Assalamualaikum ... alhamdulillah dah nak tunggu hari jek tu , semoga di permudahkan shiela ... semoga selamat semuanya ... pipie pon tunggu bulan june plak .. hihi . btw baby kite ni dua-dua tahun sama yeee ...

Post a Comment