Homemade Kimchi | norsheilasalleh.blogspot.com

Homemade Kimchi

Assalamualaikum...

Lama tak update pasal resepi makanan yang aku suka makan. Hehehe. Kimchi ni makanan korea, yang selalu aku mengidam bila mengandung. Hahahaa.

First time makan masa mengandung adam, beli dengan blogger kak rai. Sebekas kecik tu bukan main sedapnya sayang gila nak habiskan. Amik sikit, hiris halus. Makan dengan nasi panas. Ewahhh terus telan air liur kau baca ni ekekekeee ;))

Bahan-bahan :-
2 biji Kobis -potong ikut gambar rajah
1/2 cawan garam kasar / garam halus
3 sudu besar serbuk lada
1 sudu besar chili flakes (ikut tahap kepedasan yang disukai)
2 sudu besar sos ikan

(Bahan hiris)
1 biji lobak putih
1 biji lobak merah
Segenggam daun bawang

(Bahan kisar)
1 biji bawang merah
Selabu bawang putih
2 inci halia

(Bahan masak)
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar gula
1 cawan air

Caranya :-
1) potong kobis jangan terlalu nipis, nanti mudah hancur. Basuh dan tos. Gaul bersama garam.

2) bahan masak ni, satukan semuanya dalam periuk. Buka api kecik, kacau guna whisk tanpa henti. Kalau berhenti, atau tinggalkan kejap, boleh jadi ketulan. So ada baiknya tumpukan perhatian mengacau sampai likat. Ketepikan untuk disejukkan.

3) bahan kisar, blend dengan sedikit air. Kemudian satukan dengan bahan yang dimasak tadi.

4) kemudian, masukkan 3 sudu besar serbuk lada, 1 sudu besar chili flakes & 2 sudu besar sos ikan. Gaul rata.

5) masukkan bahan yang dihiris halus, gaul sebati. Kemudian masukkan ke dalam kobis, gaul sebati.

6) simpan dalam peti sejuk. Makin lama simpan, makin terasa masam dia.

Homemade ni lagi bagus kalau guna bahan non msg ya. Cari organik lebih sihat. Tak sabar nak makan kimchi dengan nasi panas. Ohmaiii meleleh air liur (^____^)

6 comments

October 24, 2016 at 5:26 PM

rajinnya buat

October 31, 2016 at 1:47 PM

wah...akak tak pernah pulak raa kimchi ni...mesti pedas ya amat kan...

November 8, 2016 at 12:47 PM

Waaa pandai nyer buat kimchi... :D

November 10, 2016 at 3:18 PM

meleleh air liur tgk..hehe

December 1, 2016 at 10:37 AM

Tak pnh mkn. Tp sllu tgk orng tersuka2 kn kimci ni.

March 1, 2017 at 1:02 AM

Assalamualaikum Kak Sheila, nampak sedap betul kimchi homemade tu. Saya makanan korea x berapa sangat nak makan, tapi kimchi sy suka. Boleh try nie nanti. Terima kasih Kak Sheila sudi share resepi =)

Post a Comment